Anda di halaman 1dari 31

PENGHARGAAN

Saya Chandra Naidu A/L Thanaraj dari kelas Q4, ingin memanjat setinggi-tinggi
kesyukuran kepada Tuhan atas limpah kurnianya yang telah memberikan saya akal fikiran
serta tubuh badan yang sihat sepanjang saya melakukan kajian untuk menyiapkan kerja
kursus PSVK 3063 iaitu Pendidikan Seni Visual Bidang Dan Pentaksiran.
Selain itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kelas Q4
untuk subjek PSVK 3063, Pendidikan Seni Visual Bidang Dan Pentaksiran Visual iaitu
Puan Siti Hayati Binti Hj Mohd Yusoff yang sanggup meluangkan masa peribadi beliau untuk
memberikan saya dan rakan-rakan sekelas saya panduan-panduan yang berguna untuk
menyiapkan kerja kursus dengan lebih cepat tetapi padat dengan informasi yang berguna.
Di samping itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, terutamanya kepada
pihak pusat sumber yang telah banyak membantu saya mencari bahan-bahan serta
maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga telah
membantu saya dari segi kemudahan fotostat yang membolehkan saya menjimatkan wang
serta masa saya.
Seterusnya, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada rakanrakan saya yang telah banyak membantu saya sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini
dari segi pencarian maklumat dan dari segi sokongan moral. Tanpa mereka semua saya
mungkin akan menghadapi pelbagai masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Selain daripada itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya iaitu, Thanaraj A/L
Krishnan Perumal serta Mehgala A/P S.Muniandy serta seluruh keluarga saya yang telah
banyak membantu saya dari segi sokongan moral mahupun dari segi kewangan dan
material.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam kerja kursus saya secara langsung dan tidak langsung. Jasa anda semua
akan dikenang sehingga ke akhir hayat saya.

30

SOALAN
A
Penulisan
ESEI
PENGENALAN
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan
melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan
30

empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak
dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman
seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual
murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga
selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi
sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan
persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan
dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat
dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam
sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif
dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni
visual,

proses

pembuatan

hasil

seni,

menyimpan

maklumat

atau

dokumentasi,

mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara
kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan
teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi
secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan
dan perkakasan.

MENGGAMBAR

MENGGAMBAR

KONSEP
Menggambar adalah perwakilan sesuatu visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di
30

atas permukaan yang rata. Ia melalui aplikasi warna di atas permukaan yang rata.
Perwakilan visual yang dihasilkan ialah dalam bentuk 2 dimensi.

TEKNIK-TEKNIK DALAM BIDANG MENGGAMBAR


Terdapat 13 teknik dalam bidang menggambar ini. Antaranya ialah :1)

LUKISAN

Lukisan

adalah

karya

yang

dihasilkan

daripada

garisan

yang

membentuk

imej

menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta menggunakan
campuran warna yang terhad.
2)

CATAN

Catan merupakan suatu proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat
yang disapu di atas permukaan.
3)

KOLAJ

Aktiviti kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah aktiviti menampal
kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu permukaan.
4)
Montaj

MONTAJ
ialah

aktiviti

menampal

dan

melekatkan

bahan

pada

permukaan

untuk

menyampaikan tema dan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar
dan sebagainya.
5)

CETAKAN

Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di atas
kertas.
6)

RESIS

Resis ialah teknik menggambar yang menggunakan bahan air dan lilin iaitu dua bahan yang
berbeza untuk mendapatkan hasil penolakan warna.

7)

GOSOKAN

30

Gosokan ialah kesan jalinan yang terhasil pada kertas hasil daripada pelbagai kertas yang
diwarna di atas pelbagai permukaan.
8)

STENSILAN

Stensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan
sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
9)

PERCIKAN

Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas
permukaan yang dipilih.
10)

GURISAN

Teknik yang menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan
yang lembut pada sesuatu permukaan
11)

CAPAN

Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan
tertentu.
12)

MOZEK

Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.
13)

POSTER

Poster ialah reka bentuk grafik yang bertujuan untuk memberi maklumat, berkomunikasi,
memberi peringatan dan promosi barangan.

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


30

KONSEP
Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau
bebas. Bidang ini membolehkan pelajar memahami pelbagai

cara untuk menghasilkan

corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh
juga dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan,
kraf dan sebagainya.

TEKNIK YANG TERDAPAT DALAM BIDANG CORAK


CORAK TERANCANG

1)

LUKISAN

Mencorak menggunakan teknik lukisan dalam aktiviti mencorak dan membuat rekaan
adalah melukis corak menggunakan media kering.
2)

CATAN

Di dalam bidang mencorak dan membuat rekaan catan digunakan bagi menghasilkan corak
yang terdiri daripada penggunaan warna air.
3)

CETAKAN

Lazimnya bahan yang digunakan untuk membuat karya cetakan dalam bidang mencorak
ialah papan lino atau alam semula jadi yang ditebuk dan diukir seperti kentang. Bahan yang
dipilih diukir dengan corak yang diingini dan dicetak di atas permukaan yang rata.
4)

CAPAN

Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan
tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.
5)

LIPATAN DAN GUNTINGAN

Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas dan menggunting mengikut corak
yang dikendaki.

6)

RESIS
30

Aktiviti menyapukan warna basah ke atas pemukaan kertas yang telah dilukis dengan lilin,
krayon atau oil pastel. Hasil penolakan warna air dan lilin akan menghasilkan corak yang
menarik.
7)

KOLAJ

Aktiviti kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah kegiatan
menampal kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu permukaan.
8)

KALIGRAFI

Dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan. Motif yang digunakan ialah
motif huruf yang lazimnya terdiri dari ayat jawi dan Al-quran.

CORAK TIDAK TERANCANG

1)

PUALAMAN

AKtiviti ini menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke
dalam bekas lalu dititiskan dengan cat minyak dan dikacau untuk menghasilkan jalinan.
Seterusnya, kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
2)

TIUPAN

Tiupan adalah salah satu teknik dalam bidang mencorak dan membuat rekaan Dengan
menggunakan straw, warna air yang terdapat pada permukaan kertas ditiup sehingga
mendapat kesan yang diingini.
3)

IKATAN DAN CELUPAN

Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan yang
menghasilkan corak yang menarik. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang
besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.
4)

RENJISAN/PERCIKAN

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang
atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan.

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

30

KONSEP
Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi dan dua
dimensi. Bidang ini menegaskan perkembangan persepsimurid terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
TEKNIK-TEKNIK DALAM BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.

Teknik Picitan
Teknik Lipatan
Teknik Potongan
Teknik Cantuman
Teknik Pembungkusan
Teknik Guntingan
Teknik Luakan

AKTIVITI-AKTIVITI YANG MELIBATKAN BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT


BINAAN

1)

ARCA TIMBUL

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau
dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara
acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.
2)

ARCA MOBAIL

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang.
Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak.
3)

ARCA STABAIL

Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek
membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan,
cantuman skru,paku atau gam. Stabail tidak mempunyai mana-mana bahan atau bahagian
yang dicantum yang boleh bergerak secara terawang-awang.

4)

ASEMBLAJ

30

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik
ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna.
5)

MODEL

Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan
nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan.
6)

DIORAMA

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di
dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat
dari hadapan atau pun sisi.
7)

BONEKA

Boneka adalah benda atau objek yang digerak, lakonkan oleh pemain sama ada secara
sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej.
8)

TOPENG

Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka. Topeng digunakan untuk membuat
persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak pemakainya.
9)

ORIGAMI

Origami ialah seni lipatan kertas yang mula diperkenalkan di Jepun. Seni origami tidak
memerlukan gam untuk melekat bahagian-bahagian kertas hingga menjadi bentuk yang
diingini kerana kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk membuat bentuk yang diingini.

MENGENAL KRAF TRADISIONAL


30

KONSEP
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turuntemurun. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional
dalam budaya tanah air.

KRAF TRADISIONAL YANG TERDAPAT DIBAWAH BIDANG MENGENAL KRAF


TRADISIONAL
1)

ALAT DOMESTIK

Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang
digunakan bagi memudahkan urusan seharian.
2)

ALAT PERMAINAN

Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan tradisional


berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.
3)

ALAT PERTAHANKAN DIRI

Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada
serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam
majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan
melayu.
4)

ALAT PERHIASAN DIRI

Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Masyarakat
melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang
keunikan masyarakat melayu hingga kini.
5)

BATIK

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi
lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu,
masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik
telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.
6)

TEKAT
30

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang
emas ke atas kain dasar (jenis baldu).
7)

TENUNAN

Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai keunikan
tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga
mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif.
8)

UKIRAN KAYU

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi
dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Menghasikan sebuah karya seni ukir
memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif
ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.
9)

ANYAMAN

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk


dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Penggunaan tali, akar dan rotan
merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha
tradisi sejak berabad-abad lalu. Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan
dan fungsinya hingga kini ialah tikar.
10)

TEMBIKAR

Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah
liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian.

RUMUSAN
30

Seni visual adalah satu bidang yang sangat penting yang dianggap remeh oleh
sebahagianmasyarakat. Masyarakat melihat seni sebagai satu bidang tempelan dalam
pembentukan dirimanusia. Ini dapat diperhatikan pada sebilangan masyarakat yang hanya
mementingkanpendidikan anak-anak dalam mata pelajaran yang hanya terdapat di dalam
peperiksaan awamsahaja. Pandangan ini sangat dangkal sekali kerana pada dasarnya seni
terutamanya seni visualsangat luas penggunaannya bagi kehidupan kita. Sebahagian besar
aspek kehidupan terbabitdalam bidang seni. Bermula dari pembentukan lambang kanakkanak, pra-tulisan, pembinaantulisan cantik, melukis peta dan gambar-gambar dalam semua
mata pelajaran sehingga membawakeseluruh kehidupan, manusia memerlukan kemahiran
yang ada dalam seni. Sesuatu harusdilakukan untuk memartabatkan seni lebih jauh lagi di
mata masyarakat.

SOALAN
30

B
PENGHASILA
N
PRODUK
PORTFOLIO
30

BORANG SOAL SELIDIK


BIDANG MENGGAMBAR

NAMA

NO K/P

:
30

UMUR

UNIT

ISU

: Bidang menggambar dalam Pendidikan Seni Visual (PSV) adalah salah satu bidang
untuk murid meluahkan perasaan dan menilai serta menghargai sesuatu hasil seni
dari aspek estetik. Namun, ada sesetengah murid yang kurang menggemari bidang
ini.

1. Adakah anda bersetuju bahawa bidang menggambar dalam PSV membolehkan


murid untuk mengekspresikan dirinya?
YA
2.

TIDAK
Aktiviti-aktiviti dalam

bidang ini membolehkan

murid untuk menggunakan kesemua deria mereka untuk menghasilkan sesuatu


karya.
YA
TIDAK
3. Pelajar mampu menghasilkan sebuah karya dalam bidang lain menggunakan teknikteknik yang dipelajari dalam bidang ini.
YA
TIDAK
4.

Pelajar dapat menghargai keindahan ciptaan Tuhan dan


menghargai nilai estetik di sekelilingnya melalui bidang menggambar.
YA
TIDAK

30

30

BORANG SENARAI SEMAK


BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
NAMA
NO. MATRIK

: _________________________________________
: _________________________________________

BORANG PENILAIAN BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Tandakan (/) dalam ruangan yang berkenaan.
Tidak setuju (1), Setuju (2), Sangat bersetuju (3)

30

Bil

Perkara

1.

Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami


pelbagai

cara

untuk

menghasilkan

corak

dan

mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan yang lain.


2.

Murid diberi peluang untuk membuat rekaan corak tidak


terancang, corak terancang dan juga corak tradisional
dengan teknik tertentu dalam bidang ini.

3.

Pelbagai corak dapat dihasilkan daripada pelbagai teknik


dan cara yang berlainan.

4.

Murid dapat memahami


imbangan,

harmoni,

prinsip seni reka seperti

kadar

banding,

penegasan,

kepelbagaian, kesatuan dan kontra dalam penghasilan


corak.
5.

Murid dapat mengaitkan corak dan rekaan dengan


kegunaan serta aplikasinya dalam kehidupan seharian.

Ulasan : .............................................................................................................

30

30

LANGKAH - LANGKAH UNTUK MEMBUAT BURUNG BAYAN (PAPER CRANE)

1)
Ambil sehelai kertas yang berukuran 20cm X 20cm. Lipat sudut yang berada di atas ke
sudut yang bawah. Kemudian, lipat sudut kiri ke sudut kanan. Buka balik lipatan dan anda
sekarang boleh melihat lipatan anda kelihatan seperti symbol (+) dihadapan anda.

30

2)
Kemudian, terbalikkan kertas tersebut dan lipat kertas secara menegak dan melintang.
Anda, sekarang boleh melihat kertas anda telah dibahagikan kepada 8 bahagian.
3)

Menggunakan lipatan yang telah anda buat tadi, bawa tiga hujung bawah ke sudut atas.
Kemudian,

ratakan lipatan tadi untuk mendapat


bentuk berlian(diamond) seperti di atas.

4)
Lipat kedua-dua belah hujung tepi ke garisan tengah dan buka balik lipatan. Kemudian, lipat
bahagian atas ke tengah dan buka balik lipatan tersebut.

30

5)

Buka hujung bawah model ke atas dan tekan sisinya ke dalam pada masa yang sama. Anda
akan dapat bentuk seperti di atas. Balikkan model, dan ulangi langkah ini untuk
mendapatkan bentuk seperti gambar kedua.

6)
Lipat sayap tepi kedalam seperti di atas. Terbalikkan kertas dan mengulang langkah
tersebut. Anda akan dapat bentuk seprti di atas.

7)
30

Lipat kedua-dua kaki model ke atas kemudian tekan sehingga terbentuk kesan lipatan.

8) Lipat kedua-dua kaki tersebut ke tengah model seperti dalam gambar di atas.

9)
Lipat satu hujung sehingga kelihatan seperti kepala. Kemudian, lipat bahagian atas yang
akan menjadi sayap ke bawah. Burung Bayan (Paper Crane) anda telahpun siap.

30

BORANG SOAL SELIDIK


BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Nama
Tarikh

:_______________________________________
:_______________________________________

Arahan : Baca soalan di bawah dengan teliti dan bulatkan jawapan anda.

1.

Adakah bidang ini meningkatkan tahap kreativiti murid-

( Ya / Tidak )

murid?

2.

Murid dapat mengetahui penggunaan semula barang


terpakai dan dapat menyumbang kepada kesejahteraan

( Ya / Tidak )

alam.

3.

Melalui percubaan yang tidak putus-putus murid akan


mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat

( Ya / Tidak )

menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.

4.

Murid akan lebih mengenali bentu-bentuk asas seperti

( Ya / Tidak )

segi tiga, segi empat tepat dan sebagainya.

5.

Murid dapat menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti


rentak,

pergerakan,

kontra,

warna,

kesatuan yang menarik.

30

imbangan

dan

( Ya / Tidak )

30

BORANG SENARAI SEMAK


BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Tajuk : Mengenal Kraf Tradisional
Tarikh
:
Tandakan (X) pada pilihan jawapan anda.

jawapan
Bil
1.

Soalan

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa


jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.

2.

Semua kraf tradisional mempunyai fungsi dan tujuannya


yang tersendiri.

3.

Murid mampu memahami cara pembuatan kraf tradisional


dan dapat memastikan kesinambungan tradisi awal nenek
moyang kita.

4.

Murid akan belajar untuk menghargai dan bersyukur dengan


apa yang kita ada pada zaman sekarang.

5.

Murid boleh memperkenalkan fungsi, proses dan teknik


membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan melalui
kegiatan kraf tradisional.

30

Petunjuk

Catatan

Setuju(1), Tidak setuju (2)

Refleksi
Pertama sekali syukur kepada Tuhan kerana akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja
kursus ini. Semasa menjalankan tugasan ini, banyak pengalaman yang telah saya hadapi
untuk menyiapkan tugasan dengan baik.
Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, saya telah bertungkus lumus mencari
maklumat berkenaan tajuk yang telah diberi. Saya telah mencari bahan berkaitan tajuk ini
melalui internet dan juga buku. Tugasan ini memerlukan kami untuk mencari maklumat
tentang empat bidang dalam pendidikan seni visual serta pentaksiran dalam PSV.
Memandangkan tajuk yang diberi adalah senang untuk dicari maklumat, ini
memudahkan kerja saya untuk menyelesaikannya dengan lebih cepat. Namun begitu, saya
tetap bertanya tentang tugasan ini kepada rakan-rakan serta pensyarah saya iaitu,Puan Siti
Hayati Binti Hj Mohd Yusoff.
Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui dengan lanjut tentang kepentingan empat
bidang seni kepada kanak-kanak. Empat bidang ini dapat memberi peluang kepada murid
memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai
patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat
pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
Secara umumnya, setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu
pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi
seni visual serta menghargai nilai baik.

30

Bibliograf
Aidalie. (2012, Februari 26). Purnama Merindu. Retrieved Mac 13, 2016, dari
http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/06/kepentinganpendidikan-seni.html
Afifah, N. (15 April, 2012). Bidang PSV. Dicapai 17 Mac, 2016, dari Sfera Seni: http://sferaseni.blogspot.my/2012/04/bidang-psv-kbsr.html
Bakar.A. (2010, Januari 2013). Seni Dalam Pendidikan. Dicapai pada Mac 15, 2016, dari
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html
Ghazali, H. (2009, Julai 24). scribd:kepentingan pendidikan seni visual. Dicapai Mac 17,
2015,

dari

http://www.scribd.com/doc/17640899/Kepentingan-Pendidikan-Seni-

Visual.
Hafizan, N. A. (2014, Ogos 26). Kepentingan-Pendidikan-Seni-Visual. Dicapai Mac 17, 2015,
dari

http://noorafifahazizan.blogspot.sg/2013/10/kepentingan-pendidikan-seni-

visual.html
Shi, G. (29 January, 2013). Pendidikan Seni. Retrieved 18 Mac, 2016, from Academia.Edu:
https://www.academia.edu/4656429/Pendidikan_Seni
Zala, L. (26 Jun, 2012). PSV KBSR. Dicapai 19 Mac, 2016, dari Life As An Art Student:
http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.my/p/psv-kbsr.html

30

LAMPIRAN
MENGGAMBAR

30

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

30

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

30

Anda mungkin juga menyukai