Anda di halaman 1dari 10

Analisiskan punca-punca konflik politik , terutamanya konflik antara kumpulan

etnik
Konflik etnik merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia. Kurniaan Tuhan
supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah
dijadikan punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik telah pun
wujud sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari
ini. Pada hari ini, konflik etnik tetap wujud di setiap pelusuk dunia.
Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak puas hati
antara manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya yang masih
ketara. Konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah
Timur, negara-negara Balkan, Palestin, negara Afrika seperti Rwanda, juga di
negara maju seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini di negara jiran kita
Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku
kaum telah membawa kepada keganasan dan konfrontasi. Maka, timbullah
persoalan samada konflik etnik akan berkesudahan?
Etnik pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada
golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan
dari etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan
agama. Sebagai contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan
Bosnia secara fizikalnya adalah sama tetapi mereka berbeza dari segi budaya,
bahasa dan agama.
Pada dasarnya etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi
mengelakkan kekeliruan, konsep kelompok etnik digunakan bagi merujuk
kepada golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan,
adat resam, bahasa, agama dan sebagainya. Selalunya, prasangka timbul akibat
penilaian awal (prejudgement) yang dibentuk tidak dirujuk dengan tinjauan
terhadap fakta-fakta yang sebenar. Perasaan prasangka sering kali dijadikan alat
oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti. Walau bagaimanapun,
ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai
prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain mengikut Teori
Scapegoat (Dollard, 1939).
Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama-kelamaan kebencian secara
membuta-tuli tanpa sebab dan dikaitkan dengan perasaan cemburu dan
prasangka (Oliver, 1976). Rasisme sering dikaitkan dengan keganasan dan
kemusnahan. Kes pembersihan etnik (ethnic cleansing) yang terjadi pada kaum
Yahudi semasa pemerintahan Hitler merupakan contoh terbaik, di mana rasisme
telah mengakibatkan beribu-ribu keturunan Yahudi menjadi mangsa dalam
tindakan untuk menonjolkan kaum Jerman sebagai kaum terunggul (Macionis,
1998:223).

Etnik boleh didefinasikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan


budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan
kegiatan ekonomi. Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada
golongan yang berbeza dari segi kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan
ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang
kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.

Manakan nenurut Hocker dan Wilmot (dalam Isenhart dan Spangle, 2000) konflik
adalah luahn perjuangan diantara dua belah pihak untuk mencapai tujuan
tertentu, dimana dua pihak itu merasakan tidak memiliki tujuan yang sama,
Konflik Etnik Di Indo China
Konflik yang berlaku di negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos pula
adalah disebabkan oleh perebutan kuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979
sahaja, lebih daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawah pemerintahan
pemimpin Khmer Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998: 223). Pertempuran ini juga
merebak ke Laos dan pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak
kerajaan komunis, telah meragut nyawa seramai 300,000 orang (Pobzeb, 1997).
Konflik di negara-negara Indo-China lebih merupakan jenayah kemanusiaan, di
mana rakyat jelata yang tidak berdosa telah dijadikan mangsa dalam usaha
penyebaran ideologi komunis. Di sebalik imej negara China yang menonjolkan
rakyatnya bersatu-padu di bawah pemerintahan komunis namun sebenarnya
negara besar ini masih lagi berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya
dalam hal yang berkaitan dengan hubungan etnik sehingga berlaku kekecohan
pada 5 Julai lalu.
Selepas insiden rusuhan di Tibet sebelum ini yang jelas menunjukkan
penggunaan kekerasan oleh Beijing dalam menangani masalah etnik,kali ini ia
berlaku di Urumqi, bandar utama wilayah Xinjiang. Insiden melibatkan kaum Han
yang merupakan penduduk majoriti China dengan etnik Uighur, rakyat minoriti
beragama Islam yang merupakan penduduk asal Xinjiang itu telah
mengorbankan 192 nyawa, selain 1,680 mangsa cedera dalam konflik etnik
terbesar sejak berdekad lamanya.
Rusuhan berpunca selepas kematian dua pekerja Uighur di sebuah kilang mainan
di wilayah Guangdongdan juga berikutan khabar angin berlaku kes rogol
melibatkan lelaki Uighur dan pekerja wanita Han. Berita tersebut sampai ke
Xinjiang dan membuatkan penduduk Uighur tidak berpuas hati dan seterus
menjalankan demonstrasi menuntut penyiasatan mendalam dilaksanakan
terhadap insiden itu. Demonstrasi pada 5 Julai 2010 di bandar Urumqi itu menjadi
ganas apabila orang ramai enggan bersurai.
Konfrontasi awal dengan polis akhirnya didakwa bertukar kepada serangan
terhadap Han yang dua hari kemudian menyaksikan Han dan Uighur
menyelesaikan pergeseran antara mereka di jalan raya, sehingga membawa
penangkapan 1,434 orang. Bagaimanapun sehingga ke hari ini pertempuranpertempuran kecil masih berlaku dan ia dijangka berterusan untuk satu jangka
masa yang panjang kerana rasa tidak percaya antara Han dan Uighur yang
semakin menebal.
Ekoran krisis etnik yang berlaku kali ini bukanlah yang pertama namun keadaan
yang bertambah buruk, Jintao memberi tumpuan kepada usaha untuk
mengekalkan kestabilan sosial serta menuding jari ke arah 'tiga pihak' di dalam
dan di luar negara bertanggungjawab dalam insiden itu, yang merujuk kepada
pelampau agama, kumpulan pemisah dan pengganas.
Rusuhan yang berlaku di Xinjiang mendapat perhatian Turki apabila Perdana
Menterinya, Recep Tayyip Erdogan menggesa kerajaan China supaya
menghentikan 'kekejaman' di wilayah itu. Turki menganggap etnik Uighur sebagai

saudara mereka dan bimbang terhadap layanan yang diberikan China kepada
etnik minoriti itu.
Pemimpin aktivis Uighur, Zebiya Kadeer turut menyatakan kebimbangan dengan
apa yang berlaku. Lapan juta daripada adalah Uighur yang beragama Islam dan
menggunakan bahasa Turki sebagai bahasa pengantara sekali gus menjadikan
mereka majoriti di Xinjiang. Xinjiang sebenarnya adalah antara wilayah
pedalaman yang paling terpencil di dunia yang dikelilingi padang pasir dan
bersempadan dengan Pakistan, Afghanistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Rusia dan
Mongolia dengan populasi seramai 20 juta orang.
Bilangan populasi Han yang semakin bertambah mewujudkan ketegangan kerana
jumlah mereka hanyalah enam peratus pada 1949 namun berkembang kepada
40 peratus sekarang, itupun tidak mengira kebanjiran masuk berikutan keadaan
ekonomi dan industri cari gali minyak yang pesat.
Menurut sejarah, Xinjiang merupakan sebahagian daripada Jalan Sutera, laluan
perdagangan yang membawa sutera China ke Asia Barat dan Eropah. Ia menjadi
sebahagian daripada China dalam dinasti terakhir pada abad ke-19. Ekonomi
secara tradisi di sini adalah perdagangan, penanaman gandum dan penternakan
biri-biri ditambah dengan tanaman kapas, bit gula dan galian seperti minyak dan
gas yang merupakan sebahagian besar daripada ekonomi China yang bernilai
AS$61 bilion (RM218 bilion).
Harapan menubuhkan negara Uighur berasingan, Republik Turkestan Timur, telah
dipatahkan dalam dekad pertama pemerintahan komunis lagi. Walaupun Beijing
memberi penekanan kepada semangat kebangsaan di bawah satu kerajaan,
etnik-etnik minoriti terus dilayan secara tidak adil, tidak seperti etnik Han yang
menduduki sebahagian besar China. Keadaan adalah lebih buruk di sebelah barat
yang dulunya berada di bawah penaklukan dinasti Qing, terutamanya kawasan
Tibet yang beragama Buddha, etnik Uighur yang beragama Islam di Xinjiang,
puak Mongol yang hidup secara nomad dan satu lagi etnik beragama Islam, Hui.
Ketegangan etnik bukan perkara baru di kawasan ini kerana pada Februari lalu,
ratusan penduduk etnik Hui turut bertempur dengan kaum Han di wilayah Henan,
tengah China yang bermula akibat pertengkaran kanak-kanak mengenai mercun.
Malah pernah berlaku satu kemalangan jalan raya di wilayah itu pada 2004 yang
kemudian bertukar kepada pergaduhan etnik yang menyebabkan tujuh orang
terbunuh menurut berita rasmi, namun laporan luar menyatakan angka kematian
setinggi 150 orang. Antara punca terjadinya ketegangan etnik di China adalah
kerana layanan tidak sama rata dan lebih memihak kepada etnik Han dalam
segala hal terutama melibatkan politik dan ekonomi. Malah polisi kerajaan yang
mahu melupuskan penggunaan bahasa minoriti atas alasan perpaduan
menyebabkan etnik Uighur berasa dipinggirkan, baik dari dalam sistem
pendidikan sehinggalah kepada pasaran kerja.
Kerajaan komunis juga mengekang kebebasan beragama selain melantik imam
dan ulama, meruntuhkan madrasah tidak berdaftar dan melarang pelajar
universiti serta kanak-kanak dari menyertai aktiviti keagamaan, dilihat sebagai
satu penindasan dalam usahanya memupuk semangat kebangsaan. Ini
dibuktikan apabila pihak berkuasa masih menutup masjid dan tidak
membenarkan penduduk Uighur menunaikan solat Jumaat atas alasan ia akan
dijadikan tempat memulakan rusuhan dan kekecohan.

Beijing mempertahankan polisi yang diamalkannya sejak 50 tahun lalu itu


berjaya membawa kemajuan ekonomi dan infrastruktur ke kawasan minoriti. Apa
yang dlihat tidak adil dan lebih mencetuskan ketegangan ialah rusuhan etnik di
Xinjiang dipaparkan media negara sebagai berpunca dari etnik Uighur,
Di Indonesia
Republik Indonesia saat ini sedang dilanda sejumlah kekerasan dan dalam
beberapa kes konflik yang berpanjangan. Lanjutan perjuangan pemisah di Aceh
dan Irian Jaya. Pengolakan komuniti berdasarkan etnik dan agama di Kalimantan
dan Maluku dan beberapa wilayah lain.
Konflik-konflik berlarutan dan memuncak di era reformasi, dalam masa dua tahun
sejak kejatuhan rejim Suharto. Ia berlaku dalam masyarakat Indonesia di
sepanjang garis etnik, agama, dan sosial sebahagian besar dicipta oleh
konsekuensi dari tahun pemerintahan autoritarian tambah diburukkan oleh
reformasi politik baru seperti proses pemilihan umum dan penghapusan sekatan
ekspresi rakyat dan penyertaan massa dan pembaharuan ekonomi . Kesan
berterusan dari krisis ekonomi tahun 1997 menjadikan serta memburukkan
ketegangan yang ada. Konflik-konflik ini berpotensi untuk memiliki sejumlah
implikasi serius bagi Indonesia dan kawasan. Nampaknya ketidakstabilan dan
konflik akan terus menghalang pelaburan asing, membuat pemulihan ekonomi
Indonesia lebih sukar.
Semasa Presiden Abdurrahman Wahid (Oktober 1999-Julai 2001) beliau berusaha
untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya beberapa daripada konflik melalui
pelbagai penyelesaian politik. Namun banyak daripada strategi non-tentera
dicuba oleh Presiden Wahid terbukti tidak berjaya kerana beberapa faktor
termasuk kurangn sokongan politik, ketenteraan dan organisasi yang tidak
mencukupi dan pelaksanaan. Kerajaan yang tidak menentu, lemah dan
konfrontatif pengurusan juga memainkan peranan besar dalam menghalang
pelaksanaan yang berkesan seperti krisis dalaman politik Indonesia.
Fakta menunjukkan bahawa konflik berlaku di Indonesia Oktober 1998 hingga
September 2001 saja, ada 18.910 orang bangsa Indonesia meninggal dunia
akibat konflik. Kerajaan Indonesia mengambil masa yang lama untuk
menyelesaikan konflik tersebut dan ekoran dari itu ia amat merugikan dari aspek
sosial, ekonomi dan politik . Sementara keupayaan untuk menyelesaikan konflk
yang dilakukan oleh semua pihak selama ini pada beberapa daerah konflik
seperti; di Poso, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah, Maluku dan Maluku
Utara masih belum menunjukkan hasil atau tahap yang optimal.
Masalah politik dan ekonomi sesebuah negara akan menjadi kayu pengukur
kepada keamanannya. Jelas sekali sewaktu keadaan ekonomi di Indonesia
mengalami masalah dengan kejatuhan nilai mata wang rupiah. Maka timbulkan
masalah konflik etnik yang serious di Indonesia. Politik perkauman yang telah
wujud di kalangan-kalangan etnik boleh menjadi punca kepada konflik etnik ini.
Seperti yang berlaku di Maluku dimana Maluku Utara dan Maluku Selatan adalah
dua wilayah Indonesia di wilayah yang dahulu dikenali sebagai Kepulauan
Rempah. Daerah ini mempunyai penduduk sekitar 1.85 juta, yang beragama
Kristian dan Muslim.

Sejak tahun 1999 konflik sering berlaku berpunca antara agama. Namun selain
itu ia bukan sahaja berpunca daripada masalah agama juga kerana perjuangan
antara kumpulan untuk menguasai ekonomi dan politik Diburukkan lagi apabila
campurtangan dari organisasi seperti kumpulan militia Islam, Laskar Jihad, ke
dalam konflik pada bulan Mei 2000 dianggap sebagai punca utama untuk
melindungi Maluku Muslim. Dasar kerajaan pusat, terutama selama Orde Baru,
telah menimbulkan ketegangan sosial-ekonomi dan budaya yang ada, dan
mencipta aduan bahawa sebahagian besar mendorong kepada konflik hari ini.
Sumber alam semulajadi yang tidak terkawal serta eksploitasi sumber tersebut
oleh kerajaan, telah mencipta persepsi eksploitasi oleh pusat pinggiran yang
terpinggir, khususnya di Kalimantan. Begitu kerana keinginan Kerajaan Pusat
untuk menjaga kepentingan seperti membenarkan pembalakkan dan perkebunan
kontrak yang diberikan oleh Presiden Suharto untuk syarikat yang berpusat di
Jakarta telah menghasilkan eksploitasi yang sangat sistematik dan
menghancurkan hutan Kalimantan oleh kumpulan-kumpulan komersial dan
penafian keatas tanah Dayak oleh Kerajaan Indonesia. Selain segala hasil yang
dari pembangunan komersial atau pertanian akan disalurkan kepada sekutu
Presiden Suharto Persaingan sosial-ekonomi antara kumpulan-kumpulan
mencetuskan ketegangan antara puak-puak untuk menguasai antara satu sama
lain
Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca utama
penyebab konflik ini. Ini dapat dilihat dengan timbulnya golongan perniagaan dan
perusahaan yang tidak sama besar antara kaum, maka ketidak wujudnya
perseimbangan ekonomi di kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah
etnik. Masalah kepincangan ekonomi di kalangan rakyat ini sebagai masalah
keturunan atau masalah kumpulan etnik. Boleh dikatakan bahawa masalah
ekonomi dan politik memberi kesan yang mendalam kepada keamanan sesebuah
negara.
Dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu
dan mengabaikan kepentingan kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya
menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik itu, tetapi tidak
akan berjaya mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang tulen di kalangan
rakyatnya. Sebaliknya dasar yang demikian akan melebarkan lagi jurang
perbezaan ekonomi di antara kumpulan etnik itu dan seterusnya akan
menimbulkan pula jurang ekonomi dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu sendiri.
Dasar perjuangan parti-parti politik perkauman yang lebih mengutamakan
perjuangan untuk kepentingan satu-satu kumpulan etnik tertentu daripada
kepentingan negara dan rakyat secara umunnya. Keadaan ini telah menyebabkan
perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat yang berbagai etnik gagal
mencapai tujuannya. Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan
rakyat mengikut garis etnik itu sebenarnya lebih kuat daripada kecenderungan
yang mahu menyatupadukan mereka. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak
puas hati, curiga mencurigai dan permusuhan di kalangan kumpulan etnik
berterusan dan mengugat keamanan.
Konflik di antara kumpulan etnik di Indonesia bukan berpunca dari faktor
keturunan atau fizikal tetapi berpunca dari faktor politik, ekonomi dan
kebudayaan. Ketiga-tiga faktor ini menarik kumpulan-kumpulan tersebut ke arah

yang berlainan dan mendorong mereka membentuk kumpulan-kumpulan


berdasarkan kepada garis etnik. Dengan demikian maka kerenggangan dan
pengasingan yang sedia wujud di kalangan mereka itu akan bertambah kritikal
lagi. Selanjutnya perbezaan-perbezaan ini boleh menimbulkan perbezaan dalam
kepentingan, nilai dan penentangan dalam cita-cita. Manifestasi perbezaan kelas
dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu juga boleh menyebabkan berlakunya konflik.
Tiap-tiap kumpulan etnik itu mempunyai kedudukan yang berbeza-beza
berdasarkan kepada kelas ekonomi dan status sosial mereka. Penggolongan diri
mereka ke dalam kelas-kelas yang berbeza ini boleh menimbulkan masalah etnik
Faktor-faktor Konflik Etnik
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya
konflik etnik dan faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan
negara lain. Terdapat beberapa faktor yang utama yang mendorong kepada
berlakunya masalah etnik ini. Daripada analisa yang dibuat mengenai konflik di
China dan Indonesia didapati pelbagai faktor yang menyebabkan berlaku konflik
tersebut.
Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek
politik dan ekonomi, perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang
mencetuskan banyak peluang baru yang menguntungkan telah memperhebatkan
lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat. Setiap kelompok atau
kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu daripada kumpulan
masing-masing untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan persaingan itu.
Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana terdapat penonjolan berbagaibagai isu perkauman yang diutarakan untuk memenangi persaingan. Apabila
pemerintah tidak bertindak dan tidak mengambil satu pendekatan yang sesuai
untuk menyatupadukan kumupulan yang berkonflik. Sudah tentu masyarakat
majoriti akan mengalahkan masyarakat minoriti. Ini yang berlaku di China
bahawa kaum Han yang merupakan penduduk majoriti China dengan etnik
Uighur, rakyat minoriti beragama Islam. Juga dengan layanan tidak sama rata
dan lebih memihak kepada etnik Han dalam segala hal terutama melibatkan
politik dan ekonomi.
Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh menyebabkan
atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puashati dan mungkin boleh
menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok.
Apabila kestabilan ekonomi tergugat, maka masalah atau konflik akan bertambah
hebat.
Diskriminasi dan prasangka atas dasar agama atau faham agama nyata
merupakan faktor yang utama pendorong berlakunya konflik etnik. Terdapat
sesetengah masyarakat negara-negara tertentu masih menilai kemampuan
seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial.
Ada kaum-kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding
kaum lain. Hak kaum lain yang status lebih rendah dalam soal pembahagian
kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan.
Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan
kaum yang berstatus rendah ini. Di China kerajaan komunis juga mengekang
kebebasan beragama selain melantik imam dan ulama, meruntuhkan madrasah

tidak berdaftar dan melarang pelajar universiti serta kanak-kanak dari menyertai
aktiviti keagamaan, dilihat sebagai satu penindasan dalam usahanya memupuk
semangat kebangsaan
Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau
kelompok terhadap individu atau kelompok yang lain. Dasar-dasar kerajaan di
Indonesia yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu dan
mengabaikan kepentingan kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya
menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik.
Ini juga berlaku di China apabila kumpulan majoriti di beri layan istimewa oleh
pemerintah. Konflik akan hanya wujud apabila mereka memandang dan
menganggap bahawa perbezaan kebudayaan, agama, kelas sosial atau lain-lain
lagi sebagai sesuatu yang boleh membezakan taraf serta kedudukan.. Ini terletak
pada pandangan mereka sendiri dan juga boleh disebut sebagai diskriminasi.
Andainya wujud hak kesamarataan atau beranggapan bahawa semua ahli
masyarakat adalah sama maka tidak akan wujud konflik
Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis
etnik itu sebenarnya lebih kuat daripada kecenderungan yang mahu
menyatupadukan mereka. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati,
curiga mencurigai dan permusuhan di kalangan kumpulan etnik berterusan dan
mengugat keamanan.
Ini berlaku di Indonesia. Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja
menghadkan keanggotaannya kepada anggota dari kumpulan etnik tertentu
tetapi juga bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan kepentingan
kumpulan yang diwakilinya. Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang
berasaskan etnik dan ras, jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh
perasaan perkauman itu di kalangan masyarakat. Kegiatan dan perjuangan
organisasi-organisasi demikian boleh mendorong kepada peningkatan darjah
polarisasi etnik.
Di negara Indonesia masalah politik perkauman yang telah wujud di kalangankalangan etnik menjadi punca kepada konflik etnik ini. Dasar kerajaan yang
melihat masalah politik dan ekonomi di negara ini sebagai masalah etnik.
Selain dengan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca
utama penyebab konflik ini dengan kewujudan golongan perniagaan dan
perusahaan yang tidak sama besar antara kaum, maka ketidak wujudnya
perseimbangan ekonomi di kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah
etnik.
Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai
tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan
perkauman itu dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan persaingan atau
perebutan kuasa di kalangan mereka. Golongan elit ini juga seringkali akan
menggunakan media massa samada surat khabar ataupun media elektronik
untuk menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.
Langkah-Langkah Mengatasi Konflik Etnik
Konflik etnik ini tidak akan menguntungkan sesebuah negara itu mahupun
rakyatnya kerana ramai rakyat yang tidak berdosa telah terkorban dan banyak

harta yang musnah. Malah ia membawa kerugian dan pengalaman pahit kepada
rakyat di negara yang berlakunya masalah konflik etnik.
Konflik etnik di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan
strategi untuk mempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi.
Di antara langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi
kemiskinan tanpa mengira perbezaan etnik.
Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki
ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan
pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam
masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakan daripada
kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu.
Ini dapat di capai dengan menerapkan pendekatan seperti Konsep Intergrasi.
Konsep Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai
kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam
negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan
tetapi disuburkan.
Dalam konteks Indonesia mahupun China, integrasi merupakan satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari
segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Unsur-unsur integrasi ialah integrasi wilayah untuk mengurangkan jurang
perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah, integrasi ekonomi
untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik, integrasi
kebudayaan untuk pembentukan satu kebudayaan kebangsaan, integrasi sosial
merupakan usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti
sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dan lain-lainnya.
Integrasi pendidikan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak
kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial,
integrasi politik adalah untuk kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses
mencapai sesebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan
integrasi ialah satu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik
boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu
Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin
dalam perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan,
semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran
negara mereka, kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak
akan dibenarkan berlaku pemerasan manusia oleh manusia.
Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan
dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah
organisasi yang sependapat.
Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk
menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik
dan ras. sistem pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk
keperibadian dan kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang
terlibat.

Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan
persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di
kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan
yang berkesan .
Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan
kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu
ikatan politik yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan
sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu.
Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa
berbincang. Politik campuran ini boleh mencari jalan penyelesaian dalam
keadaan berlakunya konflik.
Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai
tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara
dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan
pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan
masyarakat itu sendiri. Pendekatan secara tradisional dengan mengadakan
rundingan damai antara puak yang bertelingkah salah satu cara untuk
mengurangkan konflik berasaskan persetujuan atau menawarkan satu
kepentingan dalam puak tersebut.
Dalam perbincangan ini, cuba mengemukakan faktor-faktor yang boleh
menyebabkan berlakunya konflik etnik dan ras di negara-negara misalnya di
China. Kesimpulan yang dapat diperkatakan dalam berlakunya konflik etnik ini
terdapat persamaan satu negara dengan negara lain. Cuma ada negara-negara
tertentu mempunyai sejarah tersendiri yang boleh menyebabkan konflik ini
berlaku.
Konflik etnik adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan
sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial
masyarakat. Dari segi politik, masalah perkauman serta agama tidak dapat
dipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti.
Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan
memperhebatkan masalah perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama
dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah perkauman.
Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai
tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara
dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan
pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan
masyarakat itu sendiri.
Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras
cuma akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah
kepada rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar
peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku.Oleh kerana itu faktor-faktor yang
bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu mestilah
dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu .
Meskipun, pendekatan ini bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik, kerana
banyak perkara yang perlu dipertimbangkan secara mendalam. Namun tidak ada

jalan pintas menuju ke arah keharmonian dan kedamaian tanpa melalui ujian
yang hebat.
Pakar-pakar hubungan etnik menyatakan bahawa antara sikap-sikap yang
dianggap sebagai negatif dan menghalang perpaduan negara adalah apabila
tidak setia pada negara, tidak memiliki semangat patriotisme, tidak mahu
berkompromi, menggunakan berbagai-bagai strategi dan taktik untuk
kemenangan kaum sendiri, mementingkan diri, tidak menghiraukan perasaan
kaum-kaum lain, tidak mahu hidup berjiran, tidak ada rasa keseronokan untuk
saling membantu, bermusuhan dengan kaum-kaum lain, curiga yang terlalu
tinggi terhadap kaum lain, hanya mementingkan komuniti etnik sendiri, dan tidak
berusaha untuk mempelajari yang terbaik daripada kaum-kaum lain (Mansor
Mohd Noor et al, 2007). Pernyataan ini diperkukuhkan lagi seperti mana yang
kemukakan oleh para sosiolog di mana mereka memandang betapa pentingnya
pengetahuan tentang interaksi sosial.
Pengetahuan tentang interaksi sosial memungkinkan seseorang untuk
memperoleh pengertian mengenai segi yang dinamis dari masyarakat atau gerak
masyarakat. (Soekanto, 2002:61 dalam Badruzzaman). Melihat kepada faktor
halangan sosialisasi di atas, integrasi hanya dapat dicapai jika berlaku interaksi
dua hala kerana melaluinya akan menumbuhkan semangat kekitaan dan
kekeluargaan. Interaksi hanya akan berlangsung jika penutur bahasa memahami
dan menguasai bahasa dan mengungkapkannya seperti bahasanya

Anda mungkin juga menyukai