Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA, IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN
Bilangan Jurnal

:9

Minggu Praktikum

:9

UP_R01

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 4 April 2016 8 April 2016


Tajuk Jurnal

: Masalah Pembelajaran dalam kalangan murid Tahun 5

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan


Pada era kemodenan dan negara yang pesat membangun ini, seharusnya setiap
individu bersaing untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, khususnya murid-murid
sekolah. Sewajarnya tidak wujud lagi budaya lepak, malas belajar dan masalah-masalah
disiplin lain yang berlaku di sekolah. Murid-murid seharusnya tahu bahawa pada merekalah
disandarkan harapan negara untuk menjadi contoh terbaik kepada generasi akan datang.
Namun begitu, adalah sedikit mendukacitakan apabila hal ini dipandang enteng oleh
segelintir murid-murid dari Tahun 5 Z. Sikap sambil lewa terhadap pelajaran menjadi perkara
biasa bagi mereka. Walaupun kehadiran ke sekolah hampir seratus peratus, namun prestasi
akademik dan sahsiah mereka masih berada di tahap lemah dan membimbangkan. Perkara
yang lebih menyedihkan adalah terdapat dalam kalangan murid-murid ini yang masih tidak
tahu membaca dan menulis secara holistik sedangkan pada usia 11 tahun mereka
sewajarnya telah menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran asas ini.
Saya berpendapat bahawa berkemungkinan natijah kepada masalah ini, murid-murid
tersebut menjadi tidak berminat untuk belajar dan sering berasa bosan setiap kali proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Masalah ini merupakan suatu perkara yang serius
dan harus diberi perhatian dan perlu diambil tindakan yang sewajarnya dengan kadar yang
segera. Hal ini demikian kerana, kemahiran membaca, menulis dan mengira merupakan
kemahiran asas yang harus dikuasai oleh semua murid pada tahap satu. Sekiranya masalah
ini tidak diberi perhatian lanjut, visi dan misi sekolah akan menjadi suatu perkara yang siasia sahaja. Lebih malang lagi akibat daripada masalah ini, murid-murid tidak dapat untuk
memajukan diri mereka pada masa akan datang.
Murid-murid yang berdepan dengan masalah ini seharusnya ditempatkan di kelas
khas bagi proses pemulihan dan pengayaan. Selain itu, murid-murid harus diajar mengikut
kebolehan mereka agar mereka dapat menguasai kemahiran asas pembelajaran dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Melalui program ini, diharapkan murid-murid tersebut

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA, IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

UP_R01

mendapat peluang meneruskan pelajaran seperti murid-murid lain. Guru kaunseling, guru
pemulihan dan semua guru harus mengembleng tenaga bagi memastikan murid-murid ini
dapat mempelajari sesuatu yang berguna sepanjang persekolahan mereka.
Analisis masalah
Masalah penguasaan kemahiran asas dalam pembelajaran iaitu 3M seperti membaca,
menulis dan mengira sering berlaku di mana-mana sekolah sama ada di sekolah pinggir
bandar mahupun di sekolah pedalaman. Maka, kelas pemulihan diwujudkan bagi membantu
murid-murid yang berdepan dengan masalah ini. Menurut Mook Soon Sang (2003) dalam
penulisannya menyatakan bahawa pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas
untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut. Beliau turut
menjelaskan

bahawa

mengikut

kajian

pakar-pakar

pendidik,

kanak-kanak

pada

keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang
berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu
membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu,
ramai murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi
membantu murid-murid mengatasi masalah ini, program pemulihan merupakan satusatunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.
Selain itu, murid-murid ini sememangnya memerlukan perhatian dan bimbingan
berterusan daripada pihak guru. Sekiranya dibiarkan, mereka akan mencetuskan satu demi
satu masalah bagi mendapatkan perhatian. Hal ini demikian kerana, murid-murid dalam
golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara
menyelesaikan masalah serta tidak berdisiplin ketika belajar. Mereka mudah terganggu dan
mudah berputus asa. Murid-murid ini memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru
sama ada secara kumpulan kecil atau individu. (Mook Soon Sang, 2003)
Cadangan
Setelah menganalisis masalah di atas, saya berpendapat bahawa murid-murid ini
harus diberi perhatian segera. Beberapa cadangan perlu diusulkan. Antaranya adalah
tindakan guru bimbingan dan kaunseling berkolaborasi bersama guru mata pelajaran dalam
menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid tersebut.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA, IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

UP_R01

Saya berpendapat bahawa ada baiknya murid-murid yang menghadapi masalah ini
dirujuk dan dihantar ke sesi kaunseling. Di sini, mereka dapat meluahkan apa yang terbuku
di dalam hati, juga dapat menyatakan keinginan dan kehendak sebenar mereka.
Kebiasaannya, ketika sesi kaunseling murid-murid akan menunjukkan personaliti mereka
yang sebenar. Semasa sesi kaunseling, guru bimbingan dapat meneroka masalah sebenar
murid tersebut dan dapat membuat analisa masalah tersebut. Guru juga boleh
melaksanakan program-program yang boleh menyuntik semangat dan motivasi seperti
Program Bina Insan, Program Jati Diri, Program Kerjaya dan sebagainya. Program- program
ini dapat menyedarkan murid-murid tentang kepentingan ilmu serta cara menjadi murid yang
cemerlang. Selain itu, melalui cara ini juga murid akan sedar akan kelemahan mereka dan
cuba mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi khususnya masalah yang
melibatkan kemahiran asas belajar; membaca, menulis dan mengira.
Masalah ini juga boleh dirujuk kepada guru pemulihan agar dapat mengatasi
masalah tersebut dengan berkesan. Bersama guru pemulihan, murid-murid yang mengalami
masalah penguasaan

akan menjalani proses pengayaan dan pemulihan khas. Aktiviti-

aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah mengikut kebolehan dan prestasi murid. Justeru,
besar kemungkinan minat belajar akan dapat diwujudkan dari semasa ke semasa. Hal ini
demikian kerana murid akan berasa dihargai dan diberi perhatian oleh guru.
Di samping itu, guru pemulihan harus memainkan peranan dan melaksanakan
tanggungjawab mereka semaksimum mungkin. Melalui kelas-kelas pemulihan yang
dijalankan, guru pemulihan dapat mengenal pasti masalah-masalah 3M (membaca,menulis
dan mengira) melalui pemerhatian, pentafsiran rekod prestasi, profil, ujian kertas dan
pensel, latihan harian serta soal jawab/kuiz. Guru pemulihan juga dapat menyenaraikan
masalah pembelajaran yang dikenal pasti serta dapat mengesan punca masalah dengan
menggunakan ujian diagnostik.
Sementara itu, guru-guru lain juga perlu bersama-sama mengembleng tenaga dan
menyuarakan pendapat dalam menangani masalah ini. Sekiranya semua pihak bersatu,
masalah murid yang keciciran akan segera dapat diatasi.

Tempoh penyelesaian

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA, IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

UP_R01

4 April 2016 8 April 2016


Tindakan susulan
Saya yakin sekiranya semua usaha yang dicadangkan tersebut diaplikasi dan
diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid
juga harus dibantu agar menyedari kelemahan diri dan sanggup berusaha untuk
mempertingkat prestasi diri.
Catatan
Masalah pembelajaran adalah isu besar dan semakin meningkat dewasa ini dan hal
ini memerlukan perhatian dan pertimbangan pihak bertanggungjawab untuk diatasi dengan
segera mahupun berkala. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan
bangsa dan negara, mereka juga yang akan menerajui tampuk pimpinan negara suatu hari
nanti. Maka, setiap masalah yang melibatkan murid khususnya dari segi akademik harus
dipantau dari semasa ke semasa agar generasi yang akan datang bukan sahaja kental
bersaing malah mempunyai kepakaran yang tidak kurang hebatnya berbanding negaranegara lain.
Disemak oleh Guru Pembimbing.
Tanda tangan :
Nama

Tarikh

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing.


Tanda tangan :
Nama

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai