Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnianya dapat juga saya siapkan tugasan pendek ini untuk dihantar

pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Tugasan ini adalah satu permulaan kepada saya untuk menyesuaikan diri bagi membiasakan diri menggunakan aplikasi autocad bagi semester ini untuk kursus RBT3114. Tugasan ini yang diberikan oleh pensyarah untuk saya dan rakan-rakan lain dapat memahirkan diri menggunakan autocad bagi mempelajari aplikasi ini yang lebih mendalam. Walaubagaimanapun, untuk menyiapkan tugasan ini beberapa kekangan bagi saya kerana cara menggunakan aplikasi autocad sudah lama tidak digunakan menyebabkan perlu mempelajari semua cara menggunakannya. Namun, pengalaman sedia ada telah ada pada diri saya kerana pada semester tiga persediaan ijazah kami telah mempelajari aplikasi berbantu komputer. Tugasan ini memerlukan saya berfikiran lebih kreatif bagi menghasilkan logo. Saya perlu membuat carian di internet untuk mendapatkan idea bagi menyiapkan tugasan ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi tunjuk ajar serta bantuan bagi menyiapkan tugasan kali ini. Bagi menghasil plan landskap bagi tugasan ini, saya merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan idea awal seterusnya membuat lakaran awal landskap yang hendak dihasilkan mengikut tema landskap yang dipilih. Kekangan masa begitu ketara kerana saya terlibat dengan intership di sekolah menyebabkan memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai