Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN

Bersyukur saya ke hadarat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya kerana
dapat menyiapkan projek amali kerja kayu dan laporan proses amali yang telah
dilaksanakan dalam tugasan RBT 3162 Proses dan Kaedah Reka Bentuk. Kesimpulan
berdasarkan pelaksanaan amali kerja kayu dan portfolio, saya dapat mempelajari sesuatu
pengalaman dan pengetahuan baharu bersama ahli kumpulan dalam menyiapkan sebuah
projek kerusi kayu. Walaupun saya mempunyai pengalaman dalam membuat amali kayu
semasa semester satu secara individu, namun pengalaman baharu dalam bekerja secara
berkumpulan merupakan satu pengalaman yang mengajar saya bekerjasama dengan ahli
kumpulan dalam merancang sebuah projek kerusi kayu.

Penghasilan projek ini bukan sahaja dapat menerapkan nilai kerjasama dalam
kalangan guru pelatih, malah dapat mengeratkan hubungan antara guru pelatih dan
pensyarah dalam berkongsi pendapat dan pandangan. Sebagai bakal seorang guru,
hubungan yang baik perlu dilaksanakan terhadap mana-mana pihak. Pengalaman ini
mengajar guru-guru pelatih dalam menghormati dan saling bantu-membantu dalam
melaksanakan produk kerja kayu yang kreatif.

Tugasan ini juga bertujuan untuk menjana idea-idea yang kreatif oleh guru-guru
pelatih mengatasi penyataan masalah dalam penghasilan projek sebelum
mendokumentasikannya. Pelbagai reka bentuk projek yang dicari di dari pelbagai sumber
sebagai rujukan dalam menghasilkan sesuatu projek yang lebih kreatif. Lakaran projek juga
dilaksanakan melalui penggunaan perisian komputer iaitu autocad. Penggunaan perisian ini
bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam menghasilkan lakaran
yang lebih terperinci malah ia dapat menjana daya kreativiti guru pelatih dalam
menghasilkan suatu projek kayu yang lebih sistematik.

Amalan mendisiplinkan diri dapat diterapkan dalam diri guru pelatih semasa
menyiapkan tugasan ini. Saya bersama ahli kumpulan dapat menghasilkan projek kerusi
kayu mengikut tarikh yang ditetapkan walaupun terdapat beberapa halangan seperti
kekurangan bahan dan alatan. Amalan menggunakan alat dan bahan secara jimat-cermat
dapat mengurangkan permasalah kekurangan bahan sekali gus dapat membantu kumpulan
guru pelatih yang lain dalam melaksankan projek kerja kayu.

Saya juga dapat belajar pelbagai teknik serta cara-cara baru dalam menghasilkan
projek kerja kayu ini. Hal ini kerja pertukangan kayu ini memerlukan ketelitian dari segi
aspek pemilihan bahan, pengukuran serta kaedah-kaedah lain dan teknik yang digunakan
untuk menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kerja pertukangan ini memerlukan penelitian
yang tinggi bagi menghasilkan kerja yang sempurna dan berkualiti.
Keseluruhannya, tugasan ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana semua
proses pelaksaan dilakukan secara berpasukan. Saya berharap tugasan ini dapat
membentuk seorang guru yang professional dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi
kelak.

Anda mungkin juga menyukai