Anda di halaman 1dari 13

DMA 3122

JIG DAN LEKAPAN


Chapter 1
INTRODUCTION TO
JIG AND FIXTURE
KANDUNGAN :
1.1 Jig
1.2 Fixtures
1.3 Different between jig and fixtures
1.4 Advantages of Jigs and Fixtures
1.5 Fundamental Principles for Jig and Fixtures
1.6 Designing Jig and Fixtures
1.6.1 Material
1.6.2 Factors
1.0 PENGENALAN
• Adalah perkakas yang digunakan dalam operasi pengeluaran atau operasi pemasangan
untuk membantu di mana proses kerja dijalankan.

• Dengan kata lain, untuk memulihara hubungan dan jajaran yang tepat antara pemotong
dan bendakerja di sepanjang proses.

• Untuk itu jig atau lekapan yang direka mestilah dimesin dalam had terima yang
ditetapkan supaya matlamat penghasilannya untuk memegang, menyokong dan
menempat barangan dengan cekap dan berkesan tercapai.

• Menggunakan jig lekapan tertentu, mesin konvensional biasa yang murah, dapat ditukar
kepada mesin khusus yang dapat dikendalikan oleh pengendalli berkemahiran tahap 1
pada kos dan keberkesanan yang bersesuaian.
1.1 JIG
• Fungsi Jig ialah sebagai alat panduan untuk melakukan sesuatu kerja-kerja
khas atau individu untuk menghasilkan barangan dan melengkap sesuatu
proses.

• Rod penyambung yang perlu melalui proses kisar dimana memerlukan


dihasilkan lebih dari satu atau dalam kuantiti yang banyak. (Lihat Rajah 1.1
di bawah)

Rajah 1.1 Contoh barangan yang perlu dihasilkan dengan banyak


1.2 LEKAPAN
• Fungsi Lekapan (fixture) sebagai alat untuk memegang (clamping) benda
kerja atau objek semasa melakukan sesuatu proses pemesinan atau
pembuatan. Sebagai contoh adalah ragum atau clip. (Lihat rajah di bawah 1.2)

 
Rajah 1.2 Kaedah memegang benda kerja bulat menggunakan pengapit (clamper)
 CIRI – CIRI JIG DAN LEKAPAN
1. Tekanan pengapit yang dikenakan terhadap bahan kerja mesti melawan tekanan
pekakas.

2. Daya apitan harus dibuka secara minimum. Ia boleh memuatkan bahan kerja dan
tidak boleh dibuka melebihi had sehingga merosakkan benda kerja.

3. Tekanan mengapit perlu ditekan pada bahagian ruang pengapit serta apitan yang
penuh untuk mengelakkan bahan terkesan dan rosak.

4. Pengapit mestilah mudah, cepat dikendalikan dan tahan lama.


1.3 PERBEZAAN JIG DAN FIXTURE
• Jig dan lekapan mempunyai hubungan yang amat rapat, oleh sebab itu istilah yang
digunakan kerapkali mengelirukan dan kerapkali saling bertukar.
• Apa yang membezakan antara keduanya terletak pada bagaimana pemotong dipandu
menuju benda kerja. Ini dapat dijelaskan dengan lebih baik seperti jadual 1.3 dibawah.
1.4 KEBAIKAN JIG DAN FIXTURE
• Kegunaan utama menggunakan jig & lekapan ialah untuk mengurangkan kos
pengeluaran dan meningkatkan keberkesanan dalam kerja (effienciency).
• Penggunaan jig dan lekapan (fixture) ini dapat membantu melancarkan proses
pengeluaran dengan cepat dimana tidak perlu melakukan penetapan berulang
kali (setup) semasa memasang, mengukur, menanda dan sebagainya pada
1.bendakerja antara kebaikan
Tidak memerlukan penandaan adalah seperti
bendakerja yangberikut:
akan menghapuskan masa penyediaan (setting
up).
2. Meningkatkan ketepatan (accuracy) pemesinan dan memastikan ciri-ciri keboleh-saling-tukar
(interchangeability).
3. Meningkatkan daya pengeluaran (productivity) kerana kelajuan pengeluaran dapat ditingkatkan.
4. Mengurangkan kos pengeluaran banyak operasi dapat dijalankan serentak atau banyak
komponen dapat diproses serentak (mempermudahkan operasi).
1.5 PRINSIP ASAS REKABENTUK JIG DAN FIXTURE
• Setiap Jig & Lekapan (Fixture) yang direkabentuk mestilah mempunyai asas berikut
supaya memudahkan melakukan kerja-kerja pemesinan atau sebagainya.

1. Penempat (locating).
2. Pengapit (clamping).
3. Badan (body) atau kerangka (frame).
4. Pemandu Pemotong (Jig) dan Penyelaras Pemotong (Lekapan).
5. Pengetat (Fastening) dan Pemposisi (Positioning).
6. Mekanisma Pengindeks (Indexing).
7. Kekuatan untuk mengoperasi pengapit.(Clamp Force).
1.6 KAEDAH DAN FAKTOR UNTUK
MEREKABENTUK JIG DAN LEKAPAN
• Jig dan lekapan yang direkabentuk dan digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:

• Pengapit (Clamping) - hendaklah mudah dan ringkas yang tidak akan menjejaskan keberkesanannya.
• Kelegaan (Clearances) - Memadai untuk mengoperasi dan membuang tatal.
• Rekabentuk (Design) - Ringkas dan mudah difahami untuk dikendalikan dan dibuat.
• Memasang dan Membuka (Loading and Unloading) - Mempunyai kelegaan yang memadai untuk
memudahkannya untuk diangkat.
• Tolok (Gauges) - Terdapat ruang atau rujukan untuk pengukuran.
• Satah Rujukan (Datum)-Menggunakan hanya satu satah rujukan untuk mengelakkan kesilapan bertokok
dan berulang.
• Bahan (materials)-Perlu bersesuaian dengan keadaan di mana ia akan digunakan.
• Keselamatan (safety)-Sumber atau punca bahaya perlu dikenalpasti dan dicegah.
• Ekonomi - Kos yang murah penghasilkan, rekabentuk dan semasa penggunaan.
 PEMILIHAN BAHAN
• Pemilihan bahan(material) dalam merekabentuk jig & fixtures juga amat penting untuk
menentukan ketahanan, kehausan (wear and tear) dan kos penghasilan.
• Kebiasaannya bahan yang dipilih mestilah tahan lasak dan mempunyai kadar kehausan yang
rendah mengikut jenis kerja yang dilakukan.
1. Aluminium : Bahan yang lembut dan ringan serta mudah dimesin sesuai untuk dijadikan jig untuk kerja-
kerja ringan seperti pemegang, alat rujukan dan sebagainya.
2. Plastik : Bahan yang lembut dan ringan untuk serta mudah dan mesin lebih sesuai untuk dijadikan jig untuk
kegunaan kerja-kerja yang tidak terlalu berat daripada jig yang dihasilkan serta untuk kegunaan kerja
pemasangan barangan elektronik yang sensitive terhadap arus elektrik dan elektrostatik.
3. Logam Padu : Bahan yang lebih teguh dan tahan lasak digunakan untuk membuat jig boleh digunakan
untuk kerja-kerja berat dan lasak tetapi lama kelamaan akan terhakis akibat geseran dan teroksida.
4. Tembaga : Bahan yang kadar kehausan yang rendah dan tahan lasak untuk dijadikan jig tetapi kos bahan
mentah ini mahal.
5. Keluli Aloi : Bahan yang unsur bercampur sebagai contoh titanium, keluli tahan lasak, keluli tahan karat dan
pelbagai bahan termaju. Dimana bahan ini tahan lasak dan ringan tetapi kos yang tinggi.
 Berikut adalah contoh dan jenis-jenis jig dan lekapan yang telah dihasilkan
dengan pelbagai jenis bahan :

Jig dan lekapan yang diperbuat daripada Jig dan lekapan yang diperbuat daripada
logam plastik

Jig dan lekapan yang diperbuat daripada Jig yang diperbuat daripada Jig yang diperbuat daripada
tembaga keluli aloi keluli aluminium
TERIMA KASIH

Q&A

Anda mungkin juga menyukai