Anda di halaman 1dari 6

TAJUK PEMBELAJARAN 2

UKUR DAN TANDA PADA BENDA KERJA


LOKASI
BENGKEL KIMPALAN ADTEC
TUJUAN PENGAJARAN

Mengukur dan menanda menggunakan pembaris keluli.


Menanda menggunakan penggarit, jangka dan penebuk pusat.

*Proses menanda ialah suatu yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan suatu benda
kerja/komponen. Proses ini bertujuan untuk membantu melakukan kerja seperti memotong,
menggerudi dan sebagainya. Oleh itu,berbagai-bagai jenis peralatan menanda akan digunakan
untuk menghasilkan kerja yang tepat dalam bengkel.

ALAT KELENGKAPAN & BAHAN


Alat-alat Menanda
Terdapat berbagai-bagai jenis alat yang digunakan dalam kerja menanda. Alat-alat ini adalah
seperti penggarit, tolok permukaan, pembahagi/jangka tolok,jangkarit dan sebagainya.
1) Pembaris Keluli

KIMPALAN ARKA DAN GAS

Page 1

Pembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan
keras.Permukaan pembaris keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan milimeter
(mm).Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan 1000 mm. Kegunaan alat ini ialah :-mengukur dan memindahkan
-membina garisan lurus pada permukaan
-menguji kerataan permukaan

KIMPALAN ARKA DAN GAS

Page 2

PENGGUNAAN PEMBARIS KELULI DENGAN CARA YANG BETUL.

Langkah kerja:1. Persediaan dilakukan dengan memeriksa pembaris keluli pada bahagian
sudut dan bahagian tepi.
2. Pembaris keluli dibersihkan dari
kotoran dengan berus dawai dan
dilapkan dengan kain.
3. Sesuatu logam diletakkan dalam
keadaan tegak, seperti V-block dan
permukaan dipadukan pada logam
yang akan ditanda.
4. Hujung pembaris keluli diletakkan dan
dirapatkan pada V-block.
5. Bahagian tepi pembaris keluli diletakkan selari pada permukaan untuk
pengukuran.
6. Pembaris keluli diletakkan secara menegak bagi mengukur ketinggian.
7. Saiz diukur dari hujung tepi pembaris keluli.
8. Hujung tepi dan penjuru pembaris keluli dielakkan dari haus dan terdedah
pada bahan panas bagi mengelakkan ralat sifar.

TANDAAN PADA KEPINGAN KELULI LEMBUT MENGGUNAKAN PENGARIT

KIMPALAN ARKA DAN GAS

Page 3

Langkah Kerja:1. Permukaan kerja yang akan ditanda dibersihkan dari kotoran dan
karat.
2. Hujung pengarit diperiksa, jika tumpul ditajamkan dengan
pengasah.
3. Tandaan 10mm dibuat pada bahagian atas dan bawah logam
4. Bahagian atas dan bawah diletakkan pembaris keluli dan
ditekankan agar tidak
bergerak.
5. Hujung pengarit diletakkan
pada bahagian bawah
pembaris keluli dan pengarit
diletakkan sedikit bersudut
dari arah garisan.
6. Garisan nipis dan terang dibuat dengan satu atau dua larian.
7. Garisan tegak dibuat dari atas ke bawah.

GARISAN BULAT PADA KEPINGAN KELULI LEMBUT DENGAN MENGGUNAKAN


SABUN BATU DAN PENEBUK PUSAT
Langkah Kerja:1. Permukaan kepingan keluli lembut dibersihkan bagi memudahkan
untuk membuat penandaan.

KIMPALAN ARKA DAN GAS

Page 4

2. Hujung mata penebuk pusat


diperiksa bagi memastikan
dalam keadaan baik, jika
tumpul ditajamkan dengan
pengasah.
3. Kaki jangka diperiksa bagi
memastikan dapat dibuka
dengan baik dan panjang kaki adalah sama.
4. Garisan penting dibuat pada logam dan titik pusat ditanda.
5. Penebuk pusat didirikan dengan keadaan tegak dan matanya di
atas titik pusat dan garisan yang
dikehendaki.
6. Ketukan ringan dibuat pada
kepala penebuk pusat dengan
tukul.
7. Tebukan boleh dibuat dua kali,
tebukan pertama untuk ringin
dan apabila sudah pasti garisannya, dibuat tebukan kedua yang
lebih dalam.

8. Kaki jangka dibuka untuk membuat keluasan bulatan jejari untuk


tandaan.
9. Kaki jangka didirikan dalam lubang yang telah dibuat dan jarak
bulatan didapatkan.
KIMPALAN ARKA DAN GAS

Page 5

10.Garisan sepenuh bulatan dibuat mengikut pusingan jam dan jangka


ditekan supaya tidak terlepas dari pada lubang.
11.Garisan separuh lagi bulatan dibuat dengan mengikut pusingan
lawan pusingan jam.
12.Selepas selesai membuat tandaan dengan pangarit dan penebuk
pusat, sabun batu ditanda bagi lebih jelas.

KIMPALAN ARKA DAN GAS

Page 6

Anda mungkin juga menyukai