Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Objektif projek menggegas dilakukan adalah bagi mendedahkan kepada pelajar


teknik-teknik menggunakan peralatan di dalam bengkel,seperti kikir, gergaji
besi, mesin gerudi, alat pengukur, dan sebagainya. Sebagai contoh,pelajar
didedahkan teknik-teknik menggunakan mesin gerudi dengan betul di samping
mematuhi peraturan keselamatan. Selain itu, pelajar juga di disiplinkan agar
sentiasa mematuhi segala peraturan yang ada di dalam bengkel.
GAMBAR RAJAH PROJEK

LANGKAH-LANGKAH KERJA

1. Memotong kepingan logam yang panjang kepada ukuran yang telah


ditetapkan menggunakan gergaji besi.

2. Membuat ukuran pada benda kerja menggunakan pembaris keluli, sesiku L,


tolok tinggi vernier dan penggarit.

3. Membuat lubang kecil pada bahagian A benda kerja denganmenggunakan

penebuk pusat sebelum digerudi.

4. Memotong sisi bahagian A dengan menggunakan gergaji besi.

5. Bahagian A yang digerudi di buang dengan menggunakan pahat logam.

6. Bahagian X dikikir menggunakan kikir untuk menipis dan melicinkan


permukaannya.

7. Titik 5 dilubangkan menggunakan mata gerudi bersaiz 8mm.

8. Bahagian Y dikikir untuk mendapatkan lengkung.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Memakai kasut keselamatan semasa berada di dalam bengkel.
Memakai baju bengkel.
Tidak menggunakan peralatan yang rosak atau sedang dalam proses
pembaikan.

ALAT MENANDA DAN MENGUKUR


1. Pembaris keluli
Mengukur jarak
Menguji kerataan permukaan benda kerja
Membuat garisan lurus

2. Penggarit
Membuat garisan atau tanda pada permukaan logam.

3. Penebuk Pusat
Menanda pusat bulatan sebelum kerja menggerudi.

4. Sesiku L
Membuat garis tegak dari tepi permukaan benda kerja.
Menguji sudut 90.
Menguji kerataan permukaan benda kerja.

5. Pembahagi Pegas:
Membuat lengkok atau bulatan pada permukaan benda kerja.
Mengukur jarak.

6. Tolok Tinggi Vernier


Menanda garisan selari pada benda kerja.

7. Plat Sudut
Menyokong benda kerja semasa membuat kerja menanda.
Memastikan benda kerja berada pada kedudukan tetap dan tepatsemasa kerja
menanda.

8. Ragum Meja dan Andas


Menyokong benda kerja semasa kerja membentuk
Memegang benda kerja dengan kuat dan teguh semasa membuatkerja seperti
memotong logam dan mengikir logam

Alat Memotong
22:35
izzat syahmi
1. Pahat Logam
Memotong dan memahat benda kerja.

2. Kikir
Memotong, menipis, dan melicinkan permukaan benda kerja.

3. Gergaji Besi
Memotong benda kerja kepada saiz yang dikehendaki.

4. Gerudi
Menebuk lubang pada benda kerja.

ALAT-ALAT TANGAN DALAM KERJA MENGGEGAS

2.1

Alat Alat Menanda

Pemilihan alat dan cara yang digunakan untuk menanda dan mengukur
ditentukan oleh ketepatan yang dikehendaki. Sekiranya ukuran-ukuran dalam
lukisan tidak diberi dalam titik perpuluhan, maka bolehlah dianggapkan bahawa
penandaannya tidak memerlukan alat-alat yang jitu.
i.
Pembaris Keluli
Pembaris keluli diperbuat daripada keluli berkarbon atau keluli tanpa karat
dan boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz dan senggatan.
Digunakan untuk mengukur jarak lelurus, menguji kerataan permukaan
bendakerja dan membuat garisan lurus.
ii.
Penggarit
Penggarit diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi dalam berbagai
bentuk, dikeraskan dan dibajakan.
Digunakan untuk membuat garisan di atas permukaan bendakerja.
iii.
Sesiku - L
Sesiku L diperbuat dariapada keluli berkarbon sederhana atau keluli alat dan
boleh didapati dalam berbagai saiz.
Digunakan untuk memeriksa kepersegian, kerataan permukaan dan untuk
menanda garisan bersudut tepat dengan permukaan yang diberi.
iv.

Penebuk Tanda

Terdapat 2 jenis penebuk tanda, iaitu :a.


Penebuk Titik atau Penebuk Cucuk
Penebuk titik diperhuat daripada keluli berkarbon sederhana, huiungnya
bersudut 30 dikeraskan dan dibaja. Digunakan untuk membuat tanda
pengenalan dan menetapkan tapak garisan supaya tidak hilang.
b. Penebuk Pusat
Penebuk pusat diperbuat daripada keluli berkarbon sederhana, hujungnya
bersudut 60 atau 90 dikeraskan dan dibaja. Diqunakan untuk membesarkan titik
tandaan sebelum kerja menggerudi dijalankan dan juga digunakan untuk
mengembangkan hujung satu cemat atau mengasarkan permukaan sesuatu aci.
v.
Sesiku Bergabung
Alat ini mempunyai empat bahagian yang boleh digabungkan menjadi satu
dan boleh diceraikan mengikut kegunaan yang diperlukan.
a.
Pembaris Keluli
Mempunyai alur ditengahnya supaya tiga alat yang lain
iaitu kepala pusat, kepala sudut dan kepala sesiku boleh diletakkan dan
bergerak di keseluruhan panjangnya. Terdapat senggatan-senggatan ukuran
padanya untuk membantu mendapat ukuran yang diperlukan.
b. Kepala Sesiku
Mempunyai sudut 90 dan 45 yang boleh dipasang dimana-mana di sepanjang
pembaris keluli. Terdapat alat aras spirit padanya dan ia digunakan sebagai
sesiku, tolok dalam dan lain-lain.
c. Kepala Jangka Sudut

Pembaris yang dipasangkan padanya boleh dilaraskan kepada sudut yang


dikehendaki. Terdapat juga alat aras spirit padanya untuk menguji kerataan dan
sudut tepat permukaan.
d. Kepala Pusat
Kepala pusat digunakan untuk mencari pusat selinder.
vi.
Tolok Permukaan / Bongkah Penggarit
Alat ini mempunyai 5 bahagian utama, iaitu:a.
Penggarit
Penggarit diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi, dikeraskan dan dibaja.
Mempunyai kedua-dua hujung yang tajam, bahagian yang lurus digunakan untuk
menggarit manakala hujung yang bengkok digunakan untuk menguji.
b.
Pengapit
Pengapit boleh diturunkan dan dinaikkan pada batang dan dikuncikan oleh nat
berbunga.
c.
Batang
Batang boleh dicondongkan dalam satu satah dengan melaraskan tuas
jumpelang
d.
Tuas Jumpelang
Tuas jumpelang membolehkan penggarit diselaraskan dengan halus
e.
Tapak
Tapak diperbuat daripada besi tuang dan di bawah tapak terdapat lurah
berbentuk-V untuk diletakkan pada batang yang bulat.
2.2
TUKUL
Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan.
Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tukul besi dan tukul
Lembut
2.2.1

Tukul Besi

Tukul besi digunakan untuk kerja-kerja menggegas dan menanda. Muka dan
bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah
sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher
dibiarkan lembut. Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted
gum. Berat tukul besi ialah antara 25kg. hingga 1.5kg. Untuk kerja-kerja am,
tukul seberat 0.5kg hingga 1kg digunakan. Tukul yang ringan digunakan untuk
kerja-kerja menanda. Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain
dengan cara biasa iaitu dengan tangan.
2.2.1.2

Jenis-Jenis Tukul Besi

i.
Tukul Bongkol Bulat
Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata
digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala
pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.
ii.
Tukul Bongkol Lurus
Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk
menukul bahagian-bahagian yang tidak boleh dilakukan oleh tukul kepala bulat.

iii.
Tukul Bongkol Tirus
Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan
tukul bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbeza. Tukul ini digunakan
jika tukul kepala lurus tidak boleh digunakan.
2.2.2

Tukul Lembut

Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya
permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga
jenis, iaitu :i.
Tukul Bongkol Kulit
Tukul ini digunakan ke atas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak
akan meninggalkan kesan pada bendakerja.
ii.
Tukul Bongkol Plastik
Bongkol plastik pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila
ia digunakan pada logam yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati,
supaya tidak meninggalkan kesan.
iii.
Tukul Bongkol Gangsa
Apabila tukul ini di hentak, ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul
di atas. Hentakan yang kuat boleh dilakukan tetapi haruslah berhati-hati
terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerjakerja pemasangan.
2.2.3

Langkah Keselamatan Semasa Menggunakan Tukul

i.
Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala
tukul.
ii.
Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii.
Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang
kelancaran untuk menukul.
iv.
Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa
menukul.
Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga sendiri
2.3

PAHAT

Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu sebagaimana kikir pahat
juga merupakan alat tangan yang di perbuat dari keluli bermutu tinggi yang
dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan yang digunakan untuk
memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan dengan
tukul biasa atau tukul peumatik.
2.3.1

Sudut Mata Pahat

Apabila hendak memahat sesuatu bahan, sudut-sudut yang berikut perlu diberi
perhatian supaya kerja tersebut dapat dilakukan dengan berkesan. Sudut pahat
dipegang antara 35% hingga 40%. Jika keluar daripada lingkungan tersebut
pemotongan yang tidak sempurna. Sudut pemotongan mata pahat bergantung
kepada kekerasan bahan yang hendak dipotong.

Logam
Keluli
Besi Tuangani
Keluli
Serderhana
Loyang
Tembaga
Aluminium

Sudut
70%
60%
60%70%
45%60%
45%
30%

Jadual 2.1 : Jadual Sudut Mata Pahat


2.3.2

Jenis-jenis Pahat

Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan di dalam bengkel


kejuruteraan iaitu:
i.
Pahat Mata Rata
Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai untuk
kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat ini di
canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong.
ii.
Pahat Mata Melintang
Pahat ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong dengan
pahat rata, memotong alur-alur pada permukaan yang lebar, memotong alur
kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih kurang 200mm panjang
dan 6-12mm lebar.
iii.
membetulkan

Pahat Mata Bulat


Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak,
penjuru bulat pada
lubang yang dalam.

iv.
Pahat Mata Bentuk Intan
Pahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak
pusatnya semasa hendak mengerudi,
memotong penjuru yang tajam. Pahat
mata bentuk intan ini boleh digunakan untuk memotong kepingan logam.
v.
Pahat Berkepala Cendawan
Kepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat
merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan boleh terkena angota
badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk cendawan ianya
hendaklah dicanai ke bentuk asal.
2.6.2

2.3.3 Langkah Keselamatan Semasa Memahat

i.
Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana
serpihannya mungkin makan melayang dan mengenai mata.

ii.
Jangan memegang pahat dengan tangan yang
berminyak. Bersihkan tangan daripada minyak sebelum memegang pahat.
iii.
Bendakerja yang hendak dipahat hendaklah dipegang dengan kuat
pada ragum.
iv.
Jangan gunakan pahat yang telah rosak untuk kerja memahat.
v.
Pegang pahat hampir dengan kepalanya dengan kuat apabila
mengetuk.
vi.
Jangan berdiri dihadapan orang yang sedang menjalankan kerja
memahat.
vii.
Semasa memahat lihat pada tempat yang hendak
dipahat.
2.4
2.4.1

PENGULIR
Pengulir Dalam

Pengulir dalam diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi atau keluli tahan lasak
yang dikeraskan dan dibajakan, dua atau empat lurah dipotong secara
memanjang untuk mengizinkan tatal keluar dan lelehan pemotong
masuk. Dihujung batang dibuat bersegi untuk membolehkan perengkoh
memusingkan pengulir semasa mengulir. Pengulir dalam biasanya diperbuat
dalam tiga jenis dalam satu set. Untuk pemotongan sebarang saiz. Pengulir
dalam disebut tirus, sedang dan pepat atau tirus, kedua dan palam
i.
Tirus
mempunyai tirus dari 8 hingga 10 ulir skru dan digunakan pada permulaan
mengulir.Pengulir memasuki lubang dan memotong sepenuhnya.
ii.
Sedang
mempunyai 2 atau 3 ulir skru yang ditiruskan dan digunakan selepas
mengunakan pengulir tirus. Sekiranya lubang tembus pengulir ini tidak perlu
digunakan kerana mengunakan pengulir tirus sahaja sudah memadai.
iii.
Pepat
mempunyai ulir hingga ke hujung dan pengulir ini hendaklah digunakan sebagai
pengulir terakhir apabila ulir skru penuh hendak dipotong hingga ke
dasar.
2.4.2

Pengulir Luar

Pengulir luar ialah alat yang digunakan untuk memotong ulir skru luar, di satu
permukaan pengulir ditandakan saiz jenis ulir skru dan jarak ulir skrunya. Di
permukaan ini juga ulir skru ditiruskan sedikit untuk membolehkan pemotongan
ulir skru bermula dengan mudah. Adalah sangat mustahak pengulir dipasangkan
ditempat yang betul didalam tonggak agar permukaan yang tirus dapat
memulakan proses mengulir. Beberapa jenis pengulir luar iaitu :i.
Pengulir Luar Padu
Digunakan untuk memotong semula atau membetulkan benang yang rosak.
Saiznya tetap dan tidak boleh dilaraskan. Spanar yang sesuai boleh digunakan
untuk memusingkan pengulir .
ii.

Pengulir Luar Bulat Berbelah Boleh Laras

mempunya tiga skru pelaras yang membolehkan pelarasan dalam benang yang
lebih atau kurang daripada dalam benang piawai. Tonggak pengulir di guanakan
untuk memusingkan pengulir itu. Biasanya digunakan benang saiz kurang
daripada 12mm.
iii.
Pengulir Luar Bulat Berbelah Boleh Laras
mempunyai dua keping pengulir untuk tiap-tiap saiz dinomborkan 1 dan 2.
Berbagai-bagai pelarasan untuk saiz boleh dibuat . Digunakan untuk memotong
ulir skru berdiameter besar.
2.4.3

Langkah-Langkah Mengulir

i.
Pilih pengulir dalam dan perengkohnya yang betul untuk kerja
yang dibuat. Gunakan pengulir dalam tirus untuk permulaan mengulir.
ii.
Masukan pengulir kedalam lubang setegak yang mungkin, tekan
perengkuh kebawah dengan daya tekanan sama pada kedua pemegangnya, dan
pusingkan mengikut arah pusing jam(untuk ulir skru kanan) lebih kurang dua
kali.
iii.
Tanggalkan perengkoh dan periksa kepersegian pengulir (90%
dengan bahan kerja) pada dua tempat.
iv.
Sekiranya tidak tegak tanggalkan perengkoh dan laraskan kembali
pengulir itu.
v.
Apabila pengulir dalam telah mula memotong dan kepersegiannya
telah diperiksa, pusingkan pengulir itu lebih kurang setengah pusingan dan
pusingkan balik kebelakang untuk mematahkan tatal.
vi.
Teruskan mengulir sehingga siap, gunakan pengulir kedua jika
perlu, gunakan lelehan pemotong yang sesuai semasa mengulir iaitu:

Bahan
Keluli, Kupram,
Gangsa
Aluminium
Loyang, Besi
Tuangan

Jenis lelehan
Minyak, Minyak Berlarut
Paraffin, Minyak
Berlarut
Kering (tidak perlu
lelehan)

vii.
Apabila memotong ulir skru dilubang sekat (buntu), gunakan
ketiga-tiga pengulir mengikut turutan, tirus, sedang, dan akhir sekali gunakan
pengulir pepat Sebelum menggunakan pengulir pepat, keluarkan semua tatal
dari lubang dan berhati-hati apabila pengulir telah menyentuh dasar lubang,
jangan di pusingkan lagi.
viii.
Berikan perhatian yang lebih apabila mengunakan pengulir yang
kecil kerana ia mudah patah.
2.7.4

2.4.4 Sebab-Sebab Pengulir Dalam Patah

i.
Tidak mengikut aturan mengunakan pengulir, mestilah menggunakan
pengulir tirus terlebih dahulu.
ii.
Memaksa pengulir itu masuk dengan memusingkannya secara
berterusan, sepatutnya mestilah dipusingkan balik supaya tatal dapat di
patahkah.

iii.
Menggunakan daya tekanan yang kuat semasa memusingkan
pengulir.
iv.
Tidak mengunakan lelehan pemotong.
v.
Tidak mengeluarkan tatal didalam lubang semasa mengulir lubang
sekat.
2.7.5

2.4.5 Saiz Gerudi Pengulir Dalam

i.
Saiz gerudi pengulir dalam ialah saiz gerudi yang digunakan untuk
membolehkan sebahagian daripada bahan didalam lubang tinggal agar dapat di
potong oleh pengulir.Saiz gerudi tersebut mestilah lebih kurang sama dengan
garispusat kecil benang .
ii.
Garispusat kecil boleh didapati dengan menolakan 2 kali dalam
benang dari garispusat besar benang contoh 1.
Saiz gerudi (SG) untuk benang M 20 x 2.5mm
SG
=
20-2(0.5413 x 2.5)
=
20-2.71
=
17.29 mm.
Oleh itu , saiz mata gerudi yang dipilih mestilah yang paling hampir besar
dengan 17.29mm. Dari segi teori nya, saiz gerudi mestilah sama dengan saiz
garispusat kecil benang tersebut tetapi dari segi pratikal nya, pengulir di
samping memotong ia juga mengesel puncak benang . Sekira nya saiz lubang
gerudi tidak dibesarkan sedikit, maka ini boleh menyebabkan pengulir itu
tersepit atau patah. Oleh yang demikian rumusan untuk saiz gerudi pengulir
dalam yang mudah di ingati dan yang akan memberikan 92% saiz benang penuh
ialah:
SG

Garispusat besar jarak benang.

Maka itu, saiz gerudi untuk benang M20 x 2.5


SG
=
20 2.5
=
17.5 mm.
2.7.6

2.4.6Terminologi Ulir Skru

i.
Garispusat Besar
ialah garispusat yang paling besar bagi skru atau nat.Garis pusai ini juga di
kenali sebagai garispusat luar atau dalam
ii.
Garispusat Kecil
ialah garispusat yang paling kecil pada ulir luar atau dalam
iii.
Garis Pusat Pic Ulir
ialah garispusat selinder bayangan(tidak dapat dilihat) yang melalui benang
pada satu titik dimana lebar benang adalah sama
iv.
Jarak Ulir
ialah jarak dari satu titik pada ulir kesatu titik yang sama diulir yang berikutnya,
diukur selari dengan paksi
v.

Maju Ulir

ialah jarak benang sekeru itu maju kehadapan pada paksinya dalam satu
pusingan. Pada benang satu punca majunya adalah sama dengan jaraknya
benang. Pada benang dua punca majunya adalah dua kali jarak benang. Pada
benang tiga punca, majunya adalah tiga kali jarak benang
vi.

Dasar Ulir
ialah permukaan bawah hasil sambungan dua sisi benang
bersebelahan
vii.

Puncak Ulir
ialah permukaan atas hasil sambungan dua sisi benang bersebelahan

viii.

Rusuk
ialah permukaan benang tempat sambungan puncak.

ix.

Sudut Benang
ialah sudut yang terkandung diantara rusuk benang diukur pada

paksinya
x.
xi.

Dalam Benang
ialah jarak antara puncak dan dasar diukur seranjang dengan paksi

Sudut Heliks
ialah sudut yang diterbitkan oleh benang dengan satu satah
yang bersudut tegak dengan paksi benang

Anda mungkin juga menyukai