Anda di halaman 1dari 53

PROSES PEMBENTUKAN & PROSES PENYAMBUNGAN

PROSES PEMBENTUKAN

PENUANGAN
Satu proses pembentukan barangan dengan cara menuangkan logam atau bukan logam lebur dalam acuan. Terdapat pelbagai teknik penuangan - Penuangan Pasir - Penuangan Acuan - Penuangan Lilin

Penuangan Pasir
Menggunakan pasir sebagai bahan utama acuan. Sekurangnya dua lubang disediakan iaitu:- Spru - Penaik

Penuangan Acuan
Menggunakan mesin acuan yang telah dibentuk dahulu sebelum digunakan. Dilakukan menerusi bekas suntikan. Logam yang lazim digunakan adalah :- Aloi Zink - Aloi Aluminium

Penuangan Lilin
Kaedah pembentukan produk logam dimana corak untuk acuannya dibuat daripada lilin.

KERJA TEKAN
Kerja membentuk logam dengan cara menekan kepingan logam menggunakan set penekan dan acuan. 3 proses kategori kerja tekan :- Mericih - Pembengkokan - Penarikan Dalam

Proses Mericih
Operasi membuat lubang dengan kaedah menebuk. Terdapat 2 jenis proses mericih :- Penebukan - Pengosongan

Proses Pembengkokan
Proses melenturkan kepingan logam untuk mendapatkan bentuk tertentu logam. Berbanding proses mericih, proses ini tidak menyebabkan kepingan logam terpotong.

Proses Penarikan Dalam


Proses untk menghasilkan barangan berbentuk seperti cawan, silinder atau kotak dengan menggunakan set penekan dan acuan. Pembentukan logam menggunakan proses ini memerlukan logam yang mempunyai sifat kemuluran yang tinggi.

PROSES PENGACUAN & PEMBENTUKAN PLASTIK


Jenis-jenis pengacuan dan pembentukan plastik :- Pengacuan Mampatan - Pengacuan Pindah - Pengacuan Suntikan - Pengacuan Penyemperitan - Pengacuan Tiup - Pembentukan Vakum

Pengacuan Mampatan
Proses menghasilkan barangan plastik termoset dengan cara memanaskan bahan plastik dalam acuan diikuti dengan proses menekan plastik tersebut dengan penekan.

Pengacuan Suntikan
Cara pembentukan barangan plastik haba yang paling meluas penggunaannya. Bahan plastik yang digunakan berbentuk serbuk, butiran atau emping.

Pengacuan Pindah
Merupakan pengubahsuaian terhadap pengacuan mampatan. Berbanding pengacuan mampatan, bahan plastik termoset yang akan dibentuk dipanaskan terlebih dahulu dikebuk pindah. Plastik yang telah lebur kemudiannya ditekan masuk kedalam acuan.

Pengacuan Penyemperitan
Proses untuk menghasilkan barangan plastik yang panjang dan mempunyai keratan simetri seperti tiub, paip dan dawai bersalut.

Pengacuan Tiup
Proses pembentukan plastik yang menghasilkan bekas plastik berongga seperti roda. Tiub plastik yang digunakan sebagai bahan mentah boleh dihasilkan dengan menggunakan pengacuan penyemperitan atau pengacuan suntikan.

Pembentukan Vakum
Merupakan proses pembentukan berhaba. Kepingan plastih haba diletakkan diatas bahagian atas acuan dan dipanaskan pada suhu 55 90 darjah celsius. Terdapat 2 jenis proses pembentukan ini iaitu :- Vakum Langsung - Vakum Drape

Proses Penyambungan

PROSES PENYAMBUNGAN
Dilakukan dalam situasi berikut :- Dalam reka bentuk - Mendapatkan bentuk yang dikehendaki - Untuk menambahkan ketebalan Terdapat 2 jenis :- Kekal - Sementara

Penyambungan sementara
Yang boleh dibuka dan disambung semula Melibatkan pengubahsuaian dan pemindahan rupa bentuk objek. Melibatkan penggunaan skru, rivet, bolt dan nat

Skru
Digunakan untuk menyambung/mengikat bahagian bahan yang dicantum. Dibezakan berdasarkan saiz, jenis kepala, jenis mata ulir. Kekuatan penyambungan ditentukan dengan jenisnya, keteguhan ikatan, dan bilangan skru.

Rivet
Berupa skru tanpa ulir, diperbuat daripada loyang atau aluminium. Digunakan untuk menyambung plat kayu kepada logam atau diantara kepingan logam nipis Terdapat 2 jenis teknik iaitu :- Jenis Pop - Jenis Set dan Snap

Bolt & Nat


Merupakan media pengikat yang mempunyai pasangan. Bagi mengelakkan nat longgar, biasanya 2 nat akan dipasang pada bolt. Bolt dan nat dihasilkan dengan menggunakan teknik ricihan, tempaan dan menggelek ulir. Dibezakan berdasarkan bentuk kepala, saiz diameter dan panjang bolt.

Penyambungan Kekal
Ialah sambungan yang tidak boleh dibuka atau ditanggalkan dengan mudah. Tidak memerlukan penambahan atau pengubahsuaian. Melibatkan kaedah perekat, pematerian, meloyang dan kimpalan.

Perekat
Medium penyambungan kekal yang paling mudah dilakukan. Fungsi :- Menahan bebanan mekanikal - Memegang atau mengikat sambungan - Mendapatkan kedapan gas atau cecair Boleh diperoleh daripada bahan semulajadi atau sintetik.

Memateri
Proses penyambungan kepingan logam nipis Dilakukan dengan alat pemateri.

Meloyang
Proses penyambungan logam dengan cara meleburkan bahan pengisi dan memanaskan bahan asas yang hendak disambung, dan dibiarkan membeku pada sambungan yang dikehendaki.

Kimpalan
Proses penyambungan 2 bahagian logam yang tebal dengan cara meleburkan bahan pengisi dan logam asas. Bahagian pengisi melebur melalui penguraian elektrod yang terkandung dalam rod atau elektrod. 2 jenis kimpalan : Kimpalan Arka Kimpalan Gas

Kimpalan Arka
Menggunakan arka arus elektrik yang tinggi untuk meleburkan benda kerja dan elektrod pengisi ditempat sambungan.

Kimpalan Gas
Menggunakan gas Asetilena dan oksigen bagi menghasilkan nyalaan. Haba pemanasan gas ini mampu meleburkan benda kerja dan rod pengisi ditempat sambungan.

Anda mungkin juga menyukai