Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGHARGAAN
1. 3
1.1 OBJEKTIF
2.0 PENGENALAN
2.1 PENGHABLURAN SEMULA
2. 2.2 PENGERASAN PERMUKAAN 4-6
2.2.1 PENGERASAN SELONGSONG
2.2.2 PENITRIDAAN

3. 3.0 PROSES RAWATAN HABA 6

4.0 TUJUAN DAN KESAN RAWATAN HABA


4.1 SEPUH LINDAP (ANNNELING)
4.1.1 SEPUH LINDAP PENUH (FULL ANNEALING)
4.1.2 SEPUH LINDAP PROSES / SUB KRITIKAL

4. 4.1.3 SEPUH LINDAP PENGSFERAAN 7-9


(SPHEROIDISING)
4.2 SEPUH LAZIM / PENORMALAN (NORMALISING)
4.3 PENGERASAN / KUENC / LINDAP-KEJUT
(HARDENING)
4.4 PEMBAJAAN (TEMPERING)

5. 5.0 KESIMPULAN 9

6. 6.0 LAMPIRAN 10

7. 7.0 RUJUKAN 11
1.0 PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana


dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaik
mungkin.
Serta saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang
sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini iaitu
Pn. Rafidah Binti Bakar. Dan tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa
mendoakan kesejahteraan juga kesihatan saya agar saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sebaiknya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang
membantu dan sentiasa memberi sokongan dalam menyiapkan tugasan ini
Walaupun terdapat banyak rintangan dalam menyiapkan tugasan ini dapat saya
hadapi untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, saya ingin memberi penghargaan kepada diri saya kerana dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sedaya upaya saya.

1.1 OBJEKTIF

Objektif yang didapati dalam tajuk ini ialah menjelaskan tentang rawatan haba
dengan lebih mendalam. Mengetahui maksud rawatan haba ,tujuan rawatan haba
,serta mengetahui proses-proses rawatan haba dan menerangkan jenis-jenis
rawatan haba dan kesannya.
2.0 PENGENALAN

Tajuk ini membincangkan tentang proses rawatan haba dan kesan rawatan haba
terhadap keluli logam. Secara amnya rawatan haba ialah suatu proses dimana
sesuatu logam pepejal atau aloi dikenakan dengan beberapa pusingan suhu yang
melibatkan pemanasan dan penyejukan untuk mendapatkan sesuatu sifat mekanikal
yang dikehendaki dengan menukar saiz,bentuk hablur serta taburan komposisi.
Tujuan utama rawatan haba dikenakan ke atas logam adalah seperti
melembutkan keluli dan memperbaikkan lagi kebolehmesinananya (machinebility),
menghapuskan tegasan dalaman yang dihasilkan dari rawatan terdahulu seperti
gelekan (rolling), tempaan (forging) dan kadar penyejukan yang tidak seragam juga,
menghaluskan bijian–bijian yang kasar.
Jenis-jenis proses rawatan haba yang boleh dilakukan keatas keluli karbon ialah
sepuh lindap (annealing), sepuh lazim (normalizing), pengerasan /lindap kejut/ kuenc
(hardening), pembajaan (tempering) dan perubahan suhu atau penjelmaan sesuhu
(isothermal transformation) yang dilakukan pada “suhu yang tetap” dalam masa
yang diperuntukkan. Beberapa pusingan haba dikenakan terhadap keluli tersebut
iaitu dipanaskan secara perlahan-lahan sehingga suhu yang ditetapkan iaitu
bergantung kepada kandungan karbon. Kemudian, iainya direndamkan atau
dibiarkan pada suhu itu dalam jangka masa yang tertentu bergantung kepada saiz
komponen yang dirawat-haba. Lalu, ia disejukkan dalam media yang dikhaskan
dengan kadar tertentu. Kadar penyejukan yang menentukan struktur muktamad dan
sifat-sifat bahan yang dihasilkan. Media penyejukan adalah seperti air garam, larutan
garam, air sejuk(paip), minyak udara.

2.1 PENGHABLURAN SEMULA


Semasa logam dikerja sejuk, bijian-bijian pada logam terherot dan tegasan
dalaman dikenkan terhadap logam tersebut. Jika logam tersebut dipanaskan kepada
suhu yang sesuai, penueklesan berlaku iaitu “benih-benih hablur” terbentuk pada
sempadan bijian yang mengalami tegasan dalaman yang tinggi.
Atom-atom akan mengasingkan diri dan bergabung untuk membentuk nukleus-
nukleus yang baru. Proses ini seterusnya berlaku sehingga semua atom-atom pada
hablur yang terherot dipindahkan dan membentuk bijian yang baru. Selepas proses
penghabluran, struktur bijian yang asal sebelumnya dikerja-sejuk.
2.2 PENGERASAN PERMUKAAN (SURFACE HARDENING)
Satu bahan yang liat serta mempunyai kekerasan yang tinggi dipermukaanya.
Contohnya, komponen keluli seperti giar, aci dansesondol. Dengan membentuk satu
lapisan yang mempunyai kekerasan yang tinggi pada permukaan tetapi liat
padaterasnya (di dalam). Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara antaranya
pengerasan selongsong (case hardening) dan penitridaan (nitriding).

2.2.1 PENGERASAN SELONGSONG (CASE HARDENING)


merupakan salah satu cara yang digunakan untuk menghasilkansatu permukaan
yang keras atas keluli yang mulur. Proses inimenambahkan kandungan karbon ke
dalam permukaansesuatu keluli lembut, dan seterusnya menghasilkan
denganberkesan satu rencaman (composite) yang terdiri daripadakeluli berkarbon
rendah dengan kulit nipis yang berkarbontinggi (dalamnya 0.5-0.7mm). Atom-atom
karbon diresap kedalam besi pada suhu melebihi 910℃. Ketebalan
selongsongkarbon yang dihasilkan adalah bergantung kepada masa dansuhu
pengkarbonan. Bahagian-bahagian yang tidak dikeraskandisalut dengan kuprum
atau abestos. Terdapat dua cara utama yang digunakan.

1. PENYUSUK KARBON BUNGKUS (PACK CARBURIZING)


Dalam penyusuk karbon bungkus, komponen - komponenhendak dirawat akan
dipanaskan ke suhu atas Garis KritikalAtas dan bersentuh dengan bahan karbon
seperti kayu, kayuarang, atau barium carbonate dalam bekas besi tuangan.
2. PENYUSUK KARBON GAS (GAS CARBURIZING)
Dalam penyusukkarbon gas, komponen-komponen dipanaskanke suhu atas Garis
Kritikal Atas dalam satu relau yang dipenuhidengan methane atau gas-gas
campuran hidrokarbon.

RAWATAN SELEPAS PENYUSUK KARBON


Keluli yang telah melalui proses penyusuk-karbon tidaklahkeras yang disangkakan.
Apa yang terjadi hanyalahpenambahan kandungan karbon pada bahagian luar (kulit)
komponen tersebut dan pada bahagian dalamnya (teras) pulaadalah seperti disepuh
lindap penuh dengan struktur bijianyang kasar. Rawatan haba selanjutnya perlu
dijalankan bagimengeraskan kulit/selongsong dan seterusnya menghaluskanbijian
supaya keliatan dan kekuatan yang sempurna diperolehi. Proses yang dijalankan
ialah penghalusan (bijian) teras (core refining) II, pengerasan permukaan/kulit (case
hardening) III dan pembajaan permukaan (case tempering).

2.2.2 PENITRIDAAN (NITRIDING)


Proses ini dilakukan untuk memberikan satu salutan yang kerasdan boleh merintang
kehausan kepada komponen yang dibuatdaripada keluli aloi. Nitrogen diresapkan ke
dalam permukaan logam untuk membentuk nitrid. Kejadian ini dicapai
denganmemanaskan komponen dalam atmosfera gas ammonia padasuhu 500 -
600℃ melebihi 40 jam. Pada suhu ini, ammoniaakan berpecah dan atom nitrogen
diresap dengan cepat kedalam keluli. Permukaan yang tidak dikeraskan ditutup
dengansaduran nikel. Contoh-contoh komponen yang dinitridkan ialahblok acuan,
aci pam, acuan percetakan, gandar dan gelendongbrek (brake drum).

3.0 PROSES RAWATAN HABA


Proses rawatan haba adalah satu proses pemanasan logam ke suatu tahap suhu
yang tertentu dan diikuti dengan proses penyejukan dengan kadar tertentu ianya
bertujuan untuk mengubah sifat mekanik logam seperti kekerasan,kerapuhan,
kekuatan tegangan, kemuluran, ketempaan, keanjalan & kebolehmesinan.
Perubahan sifat mekanik ini adalah hasil daripada proses perubahan struktur mikro
logam. Jenis-jenis proses rawatan haba yang boleh dilakukan keatas keluli karbon
ialah sepuh lindap (annealing), sepuh lazim (normalizing), pengerasan /lindap kejut/
kuenc (hardening), pembajaan (tempering) dan perubahan suhu atau penjelmaan
sesuhu (isothermal transformation) yang dilakukan pada “suhu yang tetap” dalam
masa yang diperuntukkan.
Rawatan haba juga terbahagi kepada dua iaitu rawatan haba menghasilkan
keadaan struktur yang seimbang dan rawatan haba menghasilkan keadaan struktur
yang tidak seimbang. Rawatan haba bagi menghasilkan keadaan struktur yang
seimbang ialah sepuh lindap (annealing) dan sepuh lazim (normalizing). Selain itu,
rawatan haba bagi menghasilkan keadaan struktur yang tidak seimbang ialah
pengerasan / kuenc (hardening) dan pembajaan (tempering).
4.0 TUJUAN DAN KESAN RAWATAN HABA

4.1 SEPUH LINDAP (ANNNELING)

Sepuh lindap (annealing) adalah pemanasan bahan kepada suhu yang melebihi
suhu kritikal atas dan diikuti dengan proses penyejukan yang perlahan dalam
ketuhar. Ianya dilakukan ke atas kepingan logam atau komponen-komponen yang
telah dikerja-sejuk, tempaan dan tuangan. Tujuannya adalah untuk melembutkan
keluli atau memperbaikkan lagi kebolehmesinannya (machinebility), menghapuskan
tegasan dalaman yang dihasilkan dari rawatan terdahulu seperti gelekan (roling)
tempaan (forging) dan penyejukan yang tidak seragam serta dapat menghaluskan
bijian-bijian yang kasar.

Langkah pengendalian sepuh lindap (annealing) terdiri dari 3 aspek iaitu


pemanasan ke suhu tertentu, rendaman (soaking) secukup masa dan membiarkan
perubahan berlaku juga, penyejukan dengan kadar tertentu. Sepuh lindap juga
terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sepuh lindap penuh (full annealing), sepuh
lindap proses atau sub kritikal dan sepuh lindap pengsferaan (spheroidising).

4.1.1 SEPUH LINDAP PENUH (FULL ANNEALING)

Tujuan proses ini ialah untuk menghapuskan keterikan yangdihasilkan dari


proses tempaan dan tuangan, memperbaikikebolehmesinan (machinability),
melembut dan menghaluskanstruktur hablurnya. Sepuh lindap penuh melibatkan
pemanasandan rendaman (biasanya 2 jam) bergantung kepada tebal komponen dan
diikuti dengan penyejukan yang amat perlahan.Proses penyejukan dilakukan dalam
relau. Untuk keluli yang mengandungi kurang daripada 0.83 %C, pemanasan
dilakukan ke suhu 25-50℃ di atas garis kritikal atas bagi keluli yang berkarbon tinggi
(> 0.83% C), suhunya ialah 50℃ di atas garis kritikal bawah.

4.1.2 SEPUH LINDAP PROSES / SUB KRITIKAL

Proses ini biasanya dilakukan ke atas keluli berkarbon rendah (kurang daripada
0.83 %C). Pemanasan dilakukan pada suhu 650 - 700℃ selama beberapa jam untuk
melembutkan keluli. Rawatan ini biasanya dilakukan ke atas aloi yang mengalami
ketegasan-ketegasan teruk setelah dikerja-sejuk bagimengembalikan kemulurannya
supaya kerja-kerja sejuk yang selanjutnya dapat diteruskan.
4.1.3 SEPUH LINDAP PENGSFERAAN (SPHEROIDISING)

Lebih kurang serupa dengan sepuh lindap penuh tetapi untukkeluli berkarbon
tinggi (> 0.83 %C). Pemanasan dijalankanpada suhu 650-700℃.

4.2 SEPUH LAZIM / PENORMALAN (NORMALISING)

Proses ini hampir sama dengan proses sepuh lindap kecuali proses
penyejukannya dilakukan di udara.Tujuan utama proses ini ialah untuk
menghasilkan hablur yang halus bagi memperbaiki sifat-sifat mekanikal seperti
kemuluran dan keliatan. Sepuh lazim sama seperti sepuh lindap penuh tetapi
penyejukan dilakukan dalam udara yang tetap, dan pemanasannya pula dilakukan
pada 50℃ di atas garis kritikal atas untuk semua kandungan karbon. Biasanya ini
merupakan proses rawatan haba yang terakhir sebab selepas proses sepuh lazim,
keluli yang diperolehi adalah lebih kuat dari sepuh lindap penuh disebabkan
strukturnya yang lebih halus. Tegasan,kekuatan tegangan, titik alah dan nilai tenaga
hentaman(impact) adalah lebih tinggi dari yang didapati melalui sepuh lindap penuh.

4.3 PENGERASAN / KUENC / LINDAP-KEJUT (HARDENING)

Proses rawatan pendinginan yang pantas Proses pemanasan dilakukan sehingga


suhu kritikal atas dan kemudian diikuti dengan proses penyejukan pada kadar yang
pantas. Apabila keluli (< 0.83 %C) dipanaskan 10℃ di atas titik kritikal atas dan di
atas garis kritikal bawah bagi keluli (> 0.83 %C), semua ferit akan berubah menjadi
austenit sebelum dilindap kejutkan di dalam media kuenc. Apabila keluli mengalami
prosespenyejukan yang cepat, austenit martensit tidak sempat berubah menjadi
pearlit Oleh sebab kekisinya terterik dandiherot, strukturnya berbentuk seperti jarum.
Ia mempunyaisifat mekanikal yang sangat keras dan rapuh. Sifat-sifat inibergantung
kepada kandungan karbon, suhu pemanasan,tempoh pemanasan, suhu permulaan
penyejukan dan kadarpenyejukan.

4.4 PEMBAJAAN (TEMPERING)

Melibatkan pemanasan semula keluli ke suhu di bawah garisankritikal bawah -


perubahan rupabentuk martensit yang terhasilselepas kuenc menjadi struktur yang
lebih lembut tetapi liat.Lebih tinggi suhu pembajaan digunakan, lebih hampir
strukturitu menjadi struktur pearlit yang stabil dan bahan itu menjadilebih lembut dan
liat. Pembajaan mesti dilakukan selepassahaja selesai kuenc supaya tidak terjadi
retak kuenc. Tujuannya adalah untuk melegakan keterikan dalaman yang terhasil
daripengerasan kuenc, sambil memperbaiki keliatan dan kemulurannya tetapi
mengurangkan kekerasan dan kekuatannya. Proses pemanasan dilakukan sehingga
ke suhu pembajaan dan dikekalkan pada suhu tersebut untuk suatu jangka masa
tertentu. Suhu pembajaan perlu dikawal rapi untuk mendapatkan hasil yang baik.
Suhu pembajaan maksima (yang dibenarkan) tidak boleh melampaui garisan kritikal
bawah bagi mengelakkan dari berlakunya mendakan sementit yang membawa
kesan rapuh (embrittlement). Suhu melebihi garisan kritikal bawah juga
membenarkan pertumbuhan bijian menjadi bertambah kasar yang akan menjejaskan
kekuatan. Penyejukan dari suhu pembajaan dilakukan samada dalam udara, atau
dilindap kejut dalam minyak atau air.

5.0 KESIMPULAN
Rawatan haba adalah proses menggunakan haba untuk mendapatkan atau
mengubah sifat yang dikehendaki dalam logam (dalam metalurgi). Terdapat empat
kaedah untuk melakukan rawatan haba: penyepuhlindapan, pembajaan, pengerasan
dan penstabilan.
Perbezaan utama antara rawatan haba dan penyepuhlindapan adalah bahawa
rawatan haba berguna untuk mendapatkan sifat yang diingini yang berbeza seperti
meningkatkan kekuatan, meningkatkan kekerasan, ketahanan terhadap kesan,
melembutkan, meningkatkan kemuluran, dan lain-lain manakala
penyepuhlindarannya terutama dilakukan untuk melembutkan logam.
6.0 LAMPIRAN

PROSES RAWATAN HABA STRUKTUR MIKRO (SUB KRITIKAL)

PENGERASAN / KUENC /
LINDAP-KEJUT (HARDENING) STRUKTUR MIKRO (TEMPERING)

STRUKTUR MIKRO
(FULL ANNEALING) STRUKTUR MIKRO (NORMALISING)
7.0 RUJUKAN

https://pdfslide.net/documents/proses-rawatan-haba-1.html
http://ms.swewe.net/word_show.htm/?40426_4&Rawatan_haba
https://www.slideshare.net/asrafMTH/material-technology-chapter-8
https://www.scribd.com/document/362754284/proses-rawatan-haba-32-docx

Anda mungkin juga menyukai