Anda di halaman 1dari 17

PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin
mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Encik Mohammad Izuan Bin khaleb
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya
tunjuk ajar untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan
moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi peringatan
terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang
saya uterakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1 Proses kimpalan 1-2

2 Bahan luak 2-6

3 Jenis - jenis bahan dan spesifikasi logam 7-8

4 Ujian kecacatan 9 – 10

5 Prosedur membuat projek 11

6 Langkah keselamatan 12 - 14

7 Penutup 15
PROSES KIMPALAN

Syarikat saya dari Megah Holding SDN BHD telah mengeluarkan suatu projek iaitu troli tahan lasak. Saya
sebagai pembantu jurutera telah dibahagikan tugas untuk membuat laporan tentang proses pembuatan dan
alatan-alatan yang diperlukan.

Gambar rajah 1 : Troli tahan lasak

Troli yang ada di gambar rajah di atas adalah troli yang akan dihasilkan oleh syarikat saya. Target utama
pengeluaran troli ini adalah untuk kilang-kilang yang menggunakan mesin kimpalan seperti TIG dan MIG ini
untuk memudahkan lagi pengimpal untuk membawa mesin kimpalan kemana sahaja,jadi pengeluaran ini lebih
kepada memudahkan pengimpal.

Sebagai pembantu jurutera saya harus menyenaraikan setiap proses pembuatan yang akan dihasilakan
daripada mesin yang digunakan sehingga dari proses kekemasan. Jadi saya akan memberitahu proses yang
diperlukan dalam menyediakan atau membina troli tahan lasak ini.

1
Troli tahan lasak ini didirikan dengan menggunakan proses kimpalan TIG ,proses kimpalan ini digunakan
kerana ianya lebih sesuai dengan ketebalan bahan kerja yang digunakan,penyediaan yang diperluakan ialah
bahan kerja,gas karbon,mesin tig dan rod penambah.

Rajah 2 : Mesin TIG

Kimpalan Arka Tungsten Gas Lengai atau Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) dikenali juga sebagai
Tungsten Innert Gas (TIG) Kimpalan TIG digunakan secara meluas dalam industri kerana kimpalan TIG sesuai
untuk mengimpal berbagai jenis logam. Selain keluli karbon, kimpalan TIG juga digunakan untuk mengimpal
Aluminium, aluminium aloi, keluli kalis karat (Stain less steel) dan berbagai keluli aloi lain. Kimpalan TIG
menggunakan elektrod tungsten sebagai punca haba manakala gas argon atau helum atau campuran gas
argon dan helium digunakan sebagai gas pelindung.

Lazimnya mesin kimpalan TIG boleh membekalkan samada arus terus atau arus ulang alik ke elektrod
kimpalan. Pemilihan jenis mesin kimpalan TIG bergantung kepada ciri-ciri kimpalan yang dikehendaki.
Terdapat logam yang boleh dikimpal menggunakan arus ulang alik dengan mudah manakala ada juga logam
yang memerlukan arus terus untuk menghasilkan kimpalan yang lebih baik.

2
BAHAN LUAK

Bahan luak adalah bahan yang guna habis maksudnya bahan yang digunakanakan habis, jadi mesin tig
juga mempunyai beberapa bahan luak yang perlu digunakan untuk proses kimpalan ini berjaya dijalankan.
Terdapat beberapa bahan luak yang digunakan semasa pembinaan troli tahan lasak ini digunakan :

1. Gas pelindung (gas argon)


2. Rod penambah ER70S-2
3. Elektrod Tungsten thoriated

Gas pelindung (gas argon)

Gas lengai yang biasa digunakan sebagai gas pelindung ialah gas argon, helium atau campuran gas
argon dan helium. Gas argon digunakan secara lebih meluas kerana ianya lebih murah berbanding gas helium.
Sifat-sifat lain gas argon:-

 Gas argon boleh menyeliputi kawasan kimpalan dengan lebih sempurna kerana sifatnya yang lebih berat
dari udara atmosfera.
 Tidak membentuk kabus yang menganggu pengelihatan pengimpal.
 Berfungsi sebagai agen pembersihan apabila mengimpal aluminium atau magnesium menggunakan arus
ulang alik.
 Mudah memulakan arka dan penghalilan atka adalah lebih lancar dan senyap jika dibandingkan helium.

3
Rajah 3 : silinder gas argon

Rod penambah

Rod penambah digunakan bagi menguatkan sambungan kimpalan dengan mengenapkan leburan rod
penambah kedalam kawah leburan . Bentuknya adalah sama dengan rod penambah kimpalan oksiasetilena.
secara amnya pemilihan diameter rod penambah hendaklah sama dengan ketebalan bahan kecuali jika logam
yang lebih tebal hendaklah dibuat beberapa larian kimpalan. Rod penambah TIG biasanya datang dalam
panjang 3 kaki, dibungkus dalam kotak (atau tiub) 10 atau 50 paun. Diameter biasanya berkisar antara 1/16
hingga 1/4 inci. Sifat fiziknya hendaklah sama dengan logam yang hendak dikimpal supaya hasil kimpalan
adalah bermutu.

Rajah 4 : Rod penambah

4
Pemilihan rod penambah dan saiz rod penambah amat penting kerana tidak semua rod penambah sesuai
digunakan pada bahan kerja yang sedia ada,pada projek troli tahan lasak ini kemungkinan akan menggunakkan
salah satu dari pada rod penambah iaitu ER70S-2 saiz 1/16 inci rod penambah ini di pilih kerana:

 Untuk kebanyakan jenis keluli lembut


 Sangat tahan lasak
 Sangat tahan terhadap kakisan

Komposisi kimia yang terdapat pada ER70S-2:

Si - 0.45-0.7%
Mn - 0.9-1.4%
Ti - 0.05-0.15%
Al - 0.05-0.15%
P - 0.025%
C - 0.15%
S - 0.035%
Zr - 0.02-0.12%

ELEKTROD TUNGSTEN

Elektrod ini diperbuat daripada tungsten tulen atau aloi tungsten disebabkan takat leburnya yang tinggi.
Selain itu elektrod jenis aloi tungsten yang mengandungi 1% - 3% thorium atau zirkonium mampu meningkatkan
aliran elektron serta keupayaan arus. Lazimnya elektrod tungsten dibekalkan dalam tiga saiz iaitu berdiameter
1.5mm, 2mm dan 3mm. Jenis-jenis elektrod tungsten adalah:-

a)Elektrod tungsen tulen


b)Elektrod aloi tungsen
i.Jenis thoriated
ii.Jenis zirconium
iii.Jenis cerium

5
Rajah 5 : Elektrod tungsten

Dalam pelaksanan membina projek troli ini para pengimpal menggunakan elektrod tungsten thoriated kerana
dapat mengurangkan bilangan burr pada hujung tungsten yang berlaku. Selain daripada itu, dapat
mengurangkan kemungkinan kemasukan tungsten terbentuk dalam kimpalan.
Dalam proses kimpalan berspesifikasi tinggi di mana tungsten thoriated masih digunakan, untuk
pembinaan projek yang menggunakan logam yang nipis, thoriated menjadi pilihan yang terbaik semasa
megimpal. Untuk mengenal pasti tungsten thoriated di bahagian belakang tungsten disalutkan dengan salutan
berwarna.

6
JENIS-JENIS BAHAN DAN SPESIFIKASI LOGAM

Keluli adalah aloi logam yang terdiri daripada besi, karbon dan beberapa unsur lain seperti mangan,
tungsten, fosfor dan sulfur. Peratusan karbon dalam keluli mungkin berbeza-beza. Keluli boleh dikategorikan
bergantung kepada komposisi kimianya. Terdapat empat kategori utama seperti:

 Keluli ringan - karbon sehingga 0.3%


 keluli karbon tinggi - kandungan karbon 0.3-0.6%
 keluli karbon rendah - karbon lebih daripada 0.6%

Rajah 6 : Keluli karbon rendah

Pemilihan keluli amat penting sebelum melakukan kerja kimpal kerana setiap keluli akan
mempengaruhi elektrod yang dipakai, kekutuban, cara pemotongan dan juga cara mengimpal. Kadar karbon
didalam keluli yang membuatkan setiap keluli memerlukan cara yang berbeza untuk mengendalikannya
semasa mengimpal.

7
LOGAM YANG DIGUNAKAN DALAM PROJEK INI :

Roda circular hollow

Mild steel plate 3mm Square hollow

8
UJIAN KECACATAN

Setelah dari pada mengimpal troli tersebut pihak pengujian akan membuat ujian terdahulu pada projek
tersebut memastikan projek tersebut dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan terdapat dua ujian yang
akan dilakukan ujian pertama adalah ujian visual selepas itu akan membuat ujian penusukan cecair

Kedua-dua ujian ini tergolong pada ujian NDT atau lebih dikenali iaitu ujian tanpa musnah. Ujian ini
dilakukan kerana ia tidak akan merosakkan bahan kerja,mengambil masa yang sekejap dan kos
menjalankannya lebih murah dari pada melakukan ujian yang lain.

Seperti yang sedia maklum ujian visual tidak memakan kos dan peralatang yang diperlukan iaitu lampu
suruh,kanta pembesar dan tolok kimpal. Manakala ujian penusukan cecair pula prosesnya sedikit panjang
berbanding dengan ujian visual.

Ujian penusukan cecair

Prinsip ujian penusukan cecair adalah dimana cecair penusukan ditarik atau diserap ke dalam keretakan
permukaan dengan tindakan rerambut dan kemudian lebihan cecair penusukan dikeluarkan. Ujian ini
memerlukan tiga benda utama iaitu cleaner,penetrant dan developer.

Ujian penusukan cecair boleh digunakan pada bahan bersih yang tidak berliang,logam atau bukan
logam,tetapi tidak sesuai untuk permukaan kotor atau sangat kasar. Pembersihan permukaan adalah bahagian
penting dalam teknik pengujian penusukan cecair. Kaedah ini boleh dilakukan secara manual,separa automatik
atau sepenuhnya automatik.

9
Rajah 7 : Peralatan ujian penusukan cecair

LANGKAH KERJA UJIAN PENUSUKAN CECAIR :

1. Membersihkan permukaan kumai dengan menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cleaner
bagi mengelakkan terdapat benda asing yang boleh melaratkan baca semasa ujian dijalankan.
2. Setelah membersihkan bahagian kumai, cecair penusukan pula diletakkan pada kumai. Cecair
penusukan ini dibiarkan dalam masa 5 ke 30 minit ia tidak boleh di biarkan terlalu lama kerana ia akan
membuatkan cecair itu kering.
3. Membersihkan lebihan cecair penusukan yang terdapat pada bahagian kumai dengan kain yang
kering,proses ini perlu dilakukan dengan betul supaya kita dapat mengenal pasti kecacatan yang
terdapat pada kumai.
4. Seterusnya, mengaplikasikan developer pada kumai dan biarkan ia selama 10 ke 60 minit supaya
cecair penusukan dapat keluar dari kecacatan yang berlaku.
5. Selepas itu, kita dapat mengenal pasti kecacatan apa yang berlaku pada kimpalan tersebut.
6. Akhir sekali, setelah selesai ujian dan telah dinilai bahan kerja harus dibersihkan dari developer serta
mengemas tempat ujian dilakukan

10
PROSEDUR MEMBUAT PROJEK :

i. Membuat ukuran dan potongan pada bahan kerja yang telah disediakan.
ii. Mengenal pasti langkah kerja yang utama dibuat supaya ia tidak akan membuat kan pengimpal itu menjadi
huru hara semasa menyiapkan projek troli ini.
iii. Memastikan setiap alatan kimpalan dan bahan kerja dalam keadaan yang cukup sebelum mengimpal.
iv. Menggunakan timbang air dan pembaca sudut supaya projek tersebut berada dalam keadaan yang
seimbang dan sudut yang telah diberikan.
v. Selepas itu, pengimpal boleh melakukan kimpal paku supaya dapat membentuk projek yang dijalankan dan
terus membuat kimpalan penuh.
vi. Seterunya, membersihkan bahagian kimpalan dan memastikan tiada kecacatan yang berlaku pada projek
tersebut.
vii. Setelah selesai pengimpal akan membuat kemasan pada projek tersebut seperti mengaplikasikan warna
mengikut kehendak pelanggan.

11
LANGKAH KESELAMATAN

Aspek keselamatan adalah perkara yang perlu dipandang serius kerana ianya dapat mengelakkan
kejadian yang boleh mencederakan seseorang atau membawa kematian dan juga boleh membawa kerugian.
Keselamatan diri dan keselamatan alatan perlulah dipatuhi. Seperti kerja-kerja kimpalan,samaada melakukan
kerja kimpalan seperti pemotongan, pemeterian, pemanasan dengan menggunakan mesin kimpal, peraturan
keselamatan perlu diutamankan. Keadaan bengkel yang kemas dan bersih dengan tidak membiarkan alatan
tajam, panas diletakkan merata-rata. Susun atur bengkel haruslah dititikberatkan supaya ianya tidak
mendatangkan bahaya kepada pekerja.

 Pemakaian PPE (Persenol Protective Equipment)

Rajah 8 : Pakaian keselamatan

1. Baju bengkel
Pakaian yang sesuai untuk kerja kimpalan ialah seperti overall atau jaket kerana kain yang tebal dan melindungi
badan daripada percikan api.

2. Pelindung mata
Melindungi mata daripada sebarang kecederaan semasa melakukan kerja-kerja seperti mencanai atau
pemotongan gas.

12
3- Kasut keselamatan
Gunakan kasut yang tahan lasak atau kasut keselamatan. Kebiasan kasut keselamatan dibuat daripada kulit dan
bahagian hadapanya terdapat satu besi untuk menghalang daripada tersepit apabila terjatuh sesuatu beban.

4- Sarung tangan kulit


Sarung tangan kulit digunakan untuk melindung bahagian tangan daripada menyentuh bahan panas, tajam atau
terkena percikan bunga api semasa melakukan kerja kimpal. Jenis-jenis sarung tangan seperti:
 Jenis twill - kain kapas
 Jenis getah - kerja yang melibatkan asid atau bahan kimia
 Jenis asbestos - untuk kerja-kerja yang sangat panas

5- Head shield
Untuk melindungi bahagian muka daripada terkena percikan api serta bahan daripada nyalaan arka kena ia
dapat merosakkan kulit muka.

13
SIKAP DAN ETIKA KERJA

Etika telah didefinisikan sebagai nilai dan sikap dimana kita memanggilnya sebagai moral. Ianya dinilai
dengan sifat karakternya dan perlakuan semasa melakukan kerja. Sikap dan etika kerja yang perlu ditanam pada
seseorang pekerja adalah :

 Jujur dan amanah


 Kerja kuat dan rajin
 Hormat menghormati antara satu sama lain
 Tidak curi tulang semasa bekerja

Aturan kerja

 Mengikut arahan yang telah diberikan


 Menjalankan kerja yang diberi sehingga selesai
 Tidak membantah keputusan yang telah diberikan
 Membuat kerja dengan baik

Penggunaan peralatan dan bahan

 Menggunakan alatan yang hendak dipakai sahaja


 Mengantikan komponen yang rosak pada alatan yang telah digunakan
 Meletakkan semula alatan yang digunakan ke tempatnya semula

Langkah keselamatan

 Tidak bergurau semasa menjalankan kerja


 Mengikut sop yang telah ditetapkan oleh syarikat
 Mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya terjadi apa-apa kemalangan.

14
PENUTUP

Setiap apa yang dilakukan perlulah direkod supaya dapat mengelakkan daripada berlaku rugi atau salah
faham antara beberapa pihak. Laporan amat penting pada setiap industri kerana ia dapat mengenal pasti kos
yang perlu dikeluarkan.

Dengan ini ia dapat memudahkan lagi kerja dan dapat meembahagikan tugas kepada setiap pekerja,ini
juga dapat membantu beberapa pihak sekirannya ingin membuat penambahan yang baharu mereka hanya perlu
rujuk pada laporan yang telah disediakan. Dengan perlaksanaan projek ini ia dapat juga membantu para
pengimpal untuk membawa mesin mengimpal kemana sahaja.

15

Anda mungkin juga menyukai