Anda di halaman 1dari 11

TAJUK : SIFAT-SIFAT LOGAM

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar berkenaan pentingnya
memahami sifat-sifat sesuatu bahan dalam proses-proses pembuatan/pengeluaran bagi menjamin produk
yang dikeluarkan adalah berkualiti dan selamat.

PENERANGAN:

Untuk mengunakan sesuatu logam dengan berkesan samada dari segi kekuatannya mahu pun kosnya, sifat-
sifat logam tersebut mestilah dikenalpasti dan difahami. Tidak memahami atau mengambil kira mengenainya
boleh menyebabkan berlakunya kegagalan logam dan menyebabkan kos baik pulih yang tinggi.

Penentuan sifat-sifat logam adalah teramat penting dalam pemilihan bahan tersebut dan juga dalam
pengawalan kualiti. Jurutera atau designer mesti memahami sifat-sifat logam untuk memilih jenis, bentuk dan
sais bahan yang sesuai. Metallurgist menggunakan sifat-sifat ini untuk menetapkan spesifikasi-spesifikasi dan
tahap kualiti bahan tersebut. Pembekal dan pengguna kemudiannya menggunakan spesifikasi tersebut untuk
memilih dan memesan bahan-bahan. Tanpa spesifikasi yang betul kita tidak akan dapat menghasilkan kualiti
produk seperti yang ditetap walau pun kita seorang pengimpal yang mahir.

Terdapat berbagai-bagai sifat logam, tetapi sifat-sifat logam yang penting boleh diukur dan dinilai ialah sifat-
sifat fizikal, mekanikal dan kimia.

SIFAT FIZIKAL LOGAM

Sifat-sifat fizikal sesuatu logam ialah bagaimana logam tersebut terpengaruh atau bertindak balas dengan
tenaga-tenaga seperti haba, cahaya, elekrik dan magnet. Sifat-sifat ini biasanya dipengaruhi oleh saiz dan
susunan struktur atomik logam tersebut. Disebabkan sais dan susunan struktur atomik logam adalah
berbeza-beza diantara satu dengan yang lain, maka kita akan dapati sifat-sifat fizikal ini juga berbeza
diantara satu logam dengan logam yang lain.

Diantara sifat-sifat fizikal bagi logam ialah seperti ketumpatan jisim, takat lebur, muatan haba tentu,
pengembangan haba, pengaliran haba, pengaliran elektrik dan sifat magnetik.

Ketumpatan jisim (mass density)

Ketumpatan jisim atau ketumpatan bahan ialah jisim per unit isipadu bahan tersebut. Jisim diukur dalam gram
atau kilogram dan isipadu diukur dalam mm padu (mm 3) atau cm3 atau m3 . Maka ketumpatan diukur dalam
g/cm3 atau kg/m3 . Lebih tumpat sesuatu logam itu maka lebih berat logam tersebut. Jika kita ambil keluli dan
aluminium yang sama sais dan isipadunya, kita akan dapati keluli itu lebih berat dari aluminum. Ini
menunjukkan bahawa keluli lebih tinggi ketumpatannya berbanding dengan aluminum. Ketumpatan bahan
adalah sesuatu yang amat penting dalam proses pembuatan yang mementingkan penjimatan tenaga dan
kuasa, terutamanya peralatan-peralatan atau komponen-komponen untuk kapal laut, kapal terbang, jet-jet,
kapal angkasa dan komponen-komponen otomotif. Sebab itulah dalam industri angkasa aluminum aloi dan
titanium aloi menjadi pilihan yang utama.
Muka : 2 drpd : 10

Selain mempunyai kekuatan yang tinggi kedua-dua logam ini juga jauh lebih ringan daripada keluli. Walau
bagaimana pun kesukaran untuk mengimpal kedua-dua bahan ini masih menjadi igauan kepada industri-
industri penerbangan ini. Jadual 1, dibawah menunjukkan perbandingan ketumpatan beberapa jenis logam.

Jenis logam Ketumpatan Takat Lebur Pengaliran haba


(kg/m3) ( C) (W/m K)
Aluminum 2700 660 222
Pancalogam Aluminum 2630 2820 * 476 -654 * 121 -239 *
Beryllium 1854 1278 146
Tembaga (copper) 8970 1082 393
Pancalogam tembaga 7470 8940 * 885 1260 * 29 234 *
Besi (iron) 7860 1537 74
Keluli (steel) 6920 - 9130 1371 1532 * 15 52 *
Plambum (lead) 11350 327 35
Pancalogam plumbum 8850 - 11350 182 326 * 24 46 *
Magnesium 1743 650 154
Pancalogam magnesium 1770 1780 * 610 621 * 75 138 *
Nickel 8910 1453 92
Pancalogam nickel 7750 - 8850 1110 1454 * 12 -63 *
Titanium 4510 1668 17
Pancalogam titanium 4430 - 4700 1549 1649 * 8 12 *
Tungsten 19290 3410 166
Zink 7140 419 113
Pancalogam zink 6640 - 7200 386 525 * 105 113 *

* bergantung kepada jenis pancalogam (alloys).

Jadual 1 menunjukkan ketumpatan, takat lebur dan kadar pengaliran haba beberapa jenis logam dan
pancalogam ( metals and its alloys). Bandingkan dan bincangkan sifat-sifat logam dan pancalogam tersebut,

Takat Lebur ( melting point )

Takat lebur ialah takat dimana sesuatu logam menjadi cair bila dipanaskan. Logam akan bertukar dari fasa
pepejal ke fasa cecair. Takat lebur sesuatu logam bergantung kepada kekuatan daya ikatan diantara atom-
atom logam tersebut. Bila logam dipanaskan maka ikatan tadi akan menjadi semakin longgar dan bergerak
lebih bebas. Semakin tinggi suhu maka semakin longgar ikatan atom tersebut sehinggalah logam menjadi
cair.

Jika ikatan atom sesuatu logam itu lebih kuat maka lebih banyak tenaga haba yang diperlukan untuk
memecahkan ikatan-ikatan tersebut. Sebab itu logam yang kuat ikatan antara atom-atomnya mempunyai
takat lebur yang tinggi. Contohnya Aluminum mempunyai takat lebur sekitar 660 C, brass 932 C dan besi
1530 C. Ini menunjukkan ikatan antara atom-atom besi lebih kuat dari ikatan atom-atom brass dan
aluminum.

Mengetahui takat lebur sesuatu logam adalah penting dalam proses kimpalan dan juga proses pembuatan
yang lain kerana logam biasanya tidak dapat mengekalkan kekuatannya bila semakin panas.

Dalam proses kimpalan, logam yang mempunyai takat lebur yang rendah menjadi masaalah dan sukar untuk
dikimpal. Kita akan dapati sukar untuk mengimpal zink dengan kimpalan arka kerana takat lebutnya 420 C,
keluli yang mempunyai unsur-unsur phosphorous dan sulfur akan mudah mengalami keretakan yang dikenali
sebagai hot cracking dan hot shortness bila dikimpal kerana takat lebur kedua-dua unsur tersebut adalah jauh
lebih rendah dari takat lebur keluli.
Muka : 3 drpd : 10

Pemahaman mengenai takat lebur juga penting dalam sesetengah industri, seperti industri menghasilkan
filler rod untuk soldering dan brazing. Filler rod ini mestilah mempunyai takat lebur yang lebih rendah
berbanding dengan logam asas yang nak disambung. Kerana dalam kedua-dua proses ini filler rod mesti
lebur tetapi logam asas tidak.

Takat lebur juga adalah aset yang penting dalam pembuatan fius. Fius yang lebur bila panas disebabkan oleh
arus elektrik yang berlebihan boleh menyelamatkan peralatan daripada rosak. Bandingkan dan bincangkan
mengenai takat lebur logam-logam tersebut dalam jadual 1, di atas.

Kadar pengaliran haba ( Thermal conductivity )

Kadar pengaliran haba ialah kadar ( cepat atau lambat) tenaga haba yang boleh dialirkan oleh sesuatu logam
bila ianya dipanaskan. Ianya diukur dalam watt per meter kelvin ( watt/ m K ). Kebanyakkan logam adalah
pengalir haba yang baik, tetapi keupayaan untuk mengalirkan haba adalah berbeza dari satu logam dengan
logam yang lain. Memahami kadar pengaliran haba sesuatu logam adalah penting dalam proses kimpalan. Ini
kerana logam yang mempunyai kadar pengaliran haba yang tinggi memerlukan arus mengimpal yang lebih
tinggi berbanding logam yang mempunyai kadar pengaliran haba yang rendah. Sebagai contohnya tembaga (
copper ) memerlukan heat input yang tinggi kerana haba mudah di alirkan keluar dari kawasan yang dikimpal,
manakala keluli tahan karat ( stainless steel ) yang mempunyai kadar pengaliran haba yang rendah
memerlukan heat input yang rendah kerana haba boleh kekal lama dikawasan yang dikimpal. Kadar
pengaliran haba bagi keluli tahan karat ialah 1/25 kali tembaga.

Tembaga juga biasanya digunakan sebagai backing bar untuk mengimpal sesuatu logam bila heat input perlu
dikawal. Kalau kita mengimpal aluminum dan keluli dengan ketebalan yang sama, maka kita perlu
melaraskan arus yang lebih tinggi bagi aluminum kerana sifat aluminum mengalirkan haba dengan cepat.
Mengimpal logam yang mempunyai kadar pengaliran haba yang tinggi adalah lebih sukar berbanding
mengimpal logam yang mempunyai kadar pengaliran haba yang rendah. Sebab itu mengimpal tembaga dan
aluminum adalah lebih susah berbanding mengimpal keluli. Perhatikan jadual 1 di atas dan susun logam-
logam tersebut mengikut keupayannya megalirkan haba.

Pengaliran Pengembangan Pengalir


Ketumpatan Takat lebur
haba haba elektrik
Platinum Tungsten Perak Plumbum Perak
Emas Tantalum Tembaga Timah Tembaga
Tungsten Molybdenum Emas Magnesium Emas
Tantalum Titanium Aluminum Aluminum Aluminum
Plumbum Besi Magnesium Tembaga Magnesium
Semakin rendah

Perak (silver) Beryllium Tungsten Keluli Tungsten


Molybdenum Tembaga Beryllium Emas Beryllium
Tembaga Emas Zink Tungsten Keluli
Keluli Perak Keluli Timah
Titanium Aluminum Tantalum
Aluminum Magnesium Titanium
Beryllium Plumbum
Magnesium Timah

Jadual 2 menunjukkan perbandingan beberapa sifat fizikal bagi beberapa jenis logam mengikut
Susunan yang tinggi ke kepada yang rendah. Contohnya bagi ketumpatan, daripada logam-logam
yang dibandingkan, platinum mempunyai ketumpatan yang paling tinggi diikuti emas dan
seterusnya, manakala magnesium mempunyai ketumpatan paling rendah.
Muka : 4 drpd : 10

Kadar pengembangan haba ( coefficient of thermal expansion )

Logam akan mengembang bila dipanaskan dan akan mengecut bila disejukkan. Kadar pengembangan haba
ialah kadar peningkatan dimensi logam bila ianya dipanaskan. Bila suhu sesuatu logam naik, maka atom-
atom akan menolak diantara satu sama lain, oleh itu jarak diantara atom-atom akan bertambah, ini akan
menyebabkan pertambahan dimensi. Bila logam kembali sejuk maka, sekali lagi atom-atom mendekatai
diantara satu sama lain dan sekali lagi akan berlaku perubahan dimensi pada logam tersebut. Perubahan
dimensi ini berlaku dalam semua arah, Pengembangan dimensi dalam arah memanjang adalah yang paling
besar.

Rajah 1 - menunjukkan arah pengembangan bila logam dipanaskan, pengembangan berlaku dalam arah
memanjang ( linear ), melebar dan ketebalan.

Jika keseluruhan logam dipanaskan dengan seragam, pengembangan akan berlaku dengan seragam. Begitu
juga semasa penyejukan, logam yang sejuk dengan seragam, akan mengecut dengan seragam. Tetapi dalam
kimpalan pemanasan seragam dan penyejukkan seragam adalah mustahil kerana dalam kimpalan
pemanasan dan peleburan logam hanya akan dibuat pada bahagian sambungan, ia dipanggil pemanasan
setempat (local heating). Dengan itu kadar kepanasan adalah berbeza diantara satu tempat dengan tempat
yang lain dan ini akan menyebabkan berlaku pengembangan dan pengecutan logam yang tidak sekata.
Pengembangan dan pengecutan logam yang tidak sekata ini akan menghasilkan erutan pada logam yang
dikimpal. Penggunaan jig, tack weld yang baik dan teknik mengimpal yang sesuai boleh mengurangkan
erotan pada logam yang dikimpal.

Sifat pengalir elektrik

Semua logam adalah pengalir elektrik, sifat pengalir elektrik ini adalah satu cara untuk mengenal pasti sama
ada sesuatu bahan itu logam atau bukan logam, kerana bukan logam tidak mengalirkan elektrik. Sifat
pengairan elektrik ialah kadar keupayaan elektron mengalir melalui atom-atom sesuatu logam itu. Semakin
tinggi sifat pengalir elektrik ini maka semakin senang arus mengalir melaluinya. Emas, perak dan tembaga
adalah pengalir elektrik yang sangat baik, tetapi disebabkan harga yang tinggi, hanya tembaga sahaja yang
banyak digunakan sebagai kabel-kabel elektrik. Sifat ini tidak memberi kesan yang besar dalam proses
kimpalan.

Sifat magnetik

Sifat magnetik sesuatu logam ialah sifat dimana logam itu akan ditarik atau ditolak bila dikenakan medan
magnet (magnetic field). Terdapat tiga jenis tindak balas magnet (magnetic susceptibility) bila logam
dikenakan medan magnet, iaitu dikenali sebagai logam ferromagnetik, paramagnetik dan diamagnetik,

Logam ferromagnetik ialah logam yang mempunyai tarikan yang kuat kepada magnet, contoh logam ini ialah
seperti besi, keluli, cobalt dan nickel. Logam paramagnetik ialah logam yang mempunyai tarikan yang lemah
terhadap magnet. Contoh logam tersebut ialah lithium, sodium, calcium, potasium dan kebanyakan logam-
logam yang lain. Logam diamagnetik ialah logam yang mempunyai daya tolakan yang lemah bila dikenakan
magnet, contoh logam tersebut ialah seperti emas, perak, tembaga, Bismuth dan berrylium.

Sifat magnetik tidak memberi kesan yang besar dalam kimpalan, kecuali bagi ujian tanpa musnah (NDT),
logam ferromagnetik boleh diuji menggunakan kaedah magnetik particle dan eddy current, manakala logam
paramagnetik dan diamagnetik tidak boleh diuji menggunakan kaedah ini.
Muka : 5 drpd : 10

SIFAT MEKANIKAL LOGAM

Dalam mempelajari kemahiran kimpalan, memahami sifat-sifat mekanikal logam adalah sesuatu yang
penting. Sifat mekanikal bahan ialah sifat bagaimana sesuatu bahan itu berubah bentuk atau dimensinya
apabila dikenakan daya. Sesetengah logam akan dapat menahan daya yang besar tetapi sesetengah yang
lain akan berubah bentuk dan dimensinya bila dikenakan daya tersebut. Kekuatan atau kelemahan sesuatu
logam menanggung daya atau bebanan yang dikenakan keatasnya bergantung kepada:

i. jenis logam itu sendiri.


ii. unsur-unsur pancalogam (alloys) yang dicampurkan untuk menghasilkan logam tersebut.
iii. proses bagaimana logam tersebut dibuat sama ada secara tuangan, tempaan, golekan dan lain-
lain.
iv. Jenis rawatan haba (heat-treatment process) yang dilakukan keatas logam tersebut.

Berikut ialah diantara sifat-sifat mekanikal logam yang perlu difahami oleh pengimpal:

i. Kekuatan (strength).
ii. Kemuluran (ductility).
iii. kerapuhan (brittleness).
iv. Keteguhan (toughness).
v. kebolehan dibentuk (mealleability).
vi. Keanjalan (elasticity).
vii. pemanjangan (elongation).
viii. kekerasan (hardness).
ix. kebolehkimpalan

Kekuatan (strength)

Ialah sifat yang membolehkan logam menahan pembentukan bila dikenakan beban atau daya. Kekuatan ini
diukur mengikut bagaimana daya itu dikenakan. Kekuatan regangan (tensile strength), kekuatan mampatan
(compressive strength), kekuatan ricihan (shearing strength) dan kekuatan putaran (torsional strength).

Kekuatan regangan ialah sifat keupayaan logam menahan daya tarikan. Untuk mengukur kekuatan
regangan ini logam akan diuji menggunakan ujian regangan (tensile test). Ujian ini akan dipelajari dengan
lebih lanjut dalam modul K01-04-05A

Dalam ujian ini kita akan dapat menentukan beberapa sifat-sifat logam seperti:

i. keanjalan (elasticity), yang mana pada tahap ini logam akan kembali kepanjang asal jika daya
regangan tadi dihentikan. Dalam keadaan ini modulus keanjalan atau modulus young bagi logam
tersebut dapat ditentukan. Rajah 1(a)

ii. yield point iaitu tahap dimana logam mula mengalami pembentukan plastik (plastic deformation)
atau perubahan kekal, jika daya regangan dihentikan logam tadi tidak akan kembali ke panjang
asalnya. Pada tahap ini juga kekuatan yield (yield strength) bagi logam tersebut dapat ditentukan.
Rajah 1 (b).

iii. kekuatan regangan (tensile strength) atau dikenali juga sebagai ultimate strength, iaitu kekuatan
logam itu menahan daya sebelum ianya putus. Daripada ujian ini kita akan tahu berapa banyakkah
beban yang boleh ditanggung oleh logam tersebut sebelum ianya patah atau rosak. Rajah 1(c).

iv. Kemuluran (ductility), iaitu dengan mengukur pemanjang logam tersebut yang berlaku semasa
logam itu putus berbanding dengan panjang asal logam tersebut sebelum dikenakan daya
regangan.
A08-01-02-LE1-IS1b Muka : 6 drpd : 10

Daya Daya
.

Panjang asal Balik kepanjang Panjang asal


logam asal bila daya logam
dilepaskan
Pemanjangan kekal
bila daya
Daya Daya dilepaskan

Rajah 1(a) Rajah 1(b)

Rajah 1(a), Logam akan memanjang bila dikenakan daya atau beban, tetapi jika daya atau beban yang
dikenakan tidak melebihi had keanjalan logam tersebut, maka logam akan balik ke panjang asal bila daya
atau beban tadi dilepaskan. Rajah 1 (b), bila daya yang dikenakan melebihi had keanjalan logam, maka
logam akan mengalami pembentukan plastik dan kekal walau pun daya dilepaskan. Kekuatan logam
sebelum berlakunya perubahan kekal tersebut dipanggil kekuatan yield (yield strength).

Daya

Rajah 1(c) - Jika daya atau beban terus


dikenakan sehingga melebuhi tahap
kekuatan logam, maka logam akan putus.,
Kekuatan maksima logam sebelum ianya
putus dipanggil kekuatan regangan
(tensile strength atau ultimate strength)

Panjang asal
logam

Daya
Muka : 7 drpd : 10
Kekuatan mampatan ialah kebolehan sesuatu logam menahan daya tekanan atau mampatan. Biasanya
kekuatan mampatan sesuatu logam adalah lebih tinggi berbanding kekuatan regangan. Contohnya kekuatan
mampatan bagi besi tuangan (cast iron) adalah tiga ke empat kali lebih besar berbanding kekuatan
regangannya.
Daya
mampatan

Spesimen

Rajah 2- Daya mampatan dikenakan keatas logam

Kekuatan ricihan ialah keupayaan logam menahan daya ricihan. Ini boleh difahami bila kita memotong
logam menggunakan mesin ricih, kita akan dapati pada ketebalan yang sama keluli lembut (mild steel) lebih
sukar untuk putus berbanding aluminum, manakala keluli tahan karat (stainless steel) lebih susah dipotong
berbanding keluli lembut. Ini menunjukkan keluli tahan karat mempunyai kekuatan ricihan yang tinggi
berbanding keluli lembut dan aluminum.

Rajah 3 daya ricihan

Kekuatan putaran (torsional strength) ialah keupayaan logam untuk menahan daya putaran (twisting force).

Daya
putaran

Daya
putaran

Rajah 4 menunjukkan daya putaran yang dikenakan keatas logam.


Muka : 8 drpd : 10

Kemuluran

Kemuluran ialah sifat dimana sesuatu logam itu boleh diregangkan, ditarik, dipulas dan dibengkokan tanpa
retak dan pecah. Sifat ini membolehkan logam tersebut ditarik ke bentuk dawai yang halus. Kemuluran boleh
di nilai dengan menyukat pemanjang logam bila dikenakan ujian regangan (tensile test). Pemanjangan logam
ini akan dibandingkan dengan panjang asal sebelum ujian dilakukan. Nilainya akan dinyatakan dalam
peratusan. Contohnya pemanjangan keluli berkarbon bila dikenakan ujian tarikan ialah 2% dan aluminum
ialah 20%, ini bermakna aluminum mempunyai sifat kemuluran yang lebih baik berbanding keluli berkarbon.
Sifat kemuluran ini juga boleh diuji menggunakan ujian bengkokan (bending test). Logam yang mempunyai
kemuluran yang tinggi akan dapat dibengkokkan tanpa retak atau pecah, manakala logam yang mempunyai
kemuluran yang rendah akan pecah atau patah. Sifat mudah pecah dan patah ini dipanggil sifat kerapuhan
logam ( brittleness of metal). Sifat ini berlawan dengan sifat kemuluran.

Jadual 3 di bawah menunjukkan sifat sifat kekuatan dan kemuluran beberapa jenis logam.

Modulus young Kekuatan yield Kekuatan Pemanjangan


Jenis logam
( GPa) (MPa) regangan (Mpa) (%)
Aluminum dan
69 - 79 35 - 550 90 -600 45 - 4
pancalogamnya
Tembaga dan
105 - 150 76 -1100 140 - 1310 65 3
pancalogamnya
Plumbum dan
14 14 20 - 55 50 9
pancalogamnya
Magnesium dan
41 - 45 130 - 305 240 380 21 5
pancalogamnya
Molybdenum dan
330 360 80 - 2070 90 2340 40 -30
pancalogamnya
Nickel dan
180 214 105 1200 345 1450 60 -5
pancalogamnya
Keluli dan
190 200 205 1725 415 1750 65 2
pancalogamnya
Titanium dan
80 130 344 1380 415 1450 25 7
pancalogamnya
Tungsten dan
350 - 400 550 - 690 620 - 760 0
pancalogamnya

Jadual 3 menunjukkan beberapa sifat mekanikal logam

Kebolehan dibentukan (malleability)

Kebolehan logam ditekan, digolek, ditempa, ditukul kepada bentuk yang lebih nipis atau kepada bentuk yang
lain tanpa berlakunya keretakan dan kecacatan.

Keteguhan (toughness)

Keupayaan logam menahan daya hentakan dan bengkokan tanpa pecah atau rosak. Logam yang
mempunyai keteguhan yang tinggi boleh menahan daya hentakan yang tiba-tiba. Keteguhan biasanya diuji
menggunakan ujian hentakan ( impact test). Terdapat dua ujian hentakan, dikenali sebagai ujian Charpy dan
ujian Izzod. (ujian ini akan dibincangkan dalam modul 9).
Muka : 9 drpd : 10

Kekerasan (hardness)

Sifat kekerasan ialah sifat dimana logam dapat menahan tusukan, goresan dan tahan haus. Kikir dan drill
adalah dua contoh alat yang mempunyai kekerasan yang tinggi. Kekerasan logam, terutamanya keluli boleh
ditingkatkan dan boleh dikurangkan dengan proses rawatan haba (heat treating). Sesetengah logam
kekerasannya meningkat bila dikenakan kerja sejuk ( cold working) keatasnya seperti tembaga dan
aluminum. Kekerasan boleh diukur dengan menggunakan ujian kekerasan (hardness test). Terdapat berbagai
ujian kekerasan seperti rockwell hardness testing, brinell hardness testing dan vickers hardness testing.

Kebolehan dikimpal (weldability)

Ialah sifat dimana sesuatu logam itu senang atau susah dikimpal atau pun langsung tidak boleh dikimpal.
Keboleh kimpalan sesuatu logam bergantung kepada unsur-unsur campuran yang digunakan. Keluli lembut
dan keluli berkarbon rendah (kandungan karbon kurang dari 0.3 % dan manganese kurang dari 1.2 %) adalah
dua jenis logam yang senang untuk dikimpal. Keluli jenis ini tidak memerlukan prapanas dan rawatan haba
selepas kimpalan jika ketebalan sambungannya kurang dari 25 mm dan tidak diikat ketat semasa dikimpal.
Manakala keluli berkarbon sederhana (kandungan karbon antara 0.3 ke 0.6 %) akan membentukan
kekerasan dan kerapuhan pada kawasan kimpalan dan sekitarnya yang teraruh oleh haba, dengan itu
memerlukan prapanas antara 150 C hingga 250 C dan rawatan haba selepas kimpalan pada suhu antara
550 C hingga 680 C. Low hidrogen elektrod mestilah digunakan.
Keluli pancalogam pula lebih susah untuk dikimpal, selain memerlukan prapanas dan rawatan haba selepas
kimpalan, elektrod yang digunakan mesti sesuai dengan campuran unsur-unsur logam tersebut.
keluli yang mengandungi plumbum, sulfur dan phosphorous tidak sesuai dikimpal kerana unsur-unsur
tersebut mempunyai suhu lebur yang rendah yang mana akan menyebabkan berlakunya hot-shortness,
porositi dan kerapuhan selepas dikimpal.

SIFAT KIMIA LOGAM

Ialah sifat tindak balas logam kepada kimia dan persekitaran. Sifat-sifat ini ialah seperti keupayaan logam
menahan kakisan ( corrosion) hasil dari tindakan pengoksidanan, asid, alkali dan persekitaran yang lain
seperti air, air laut dan pencemaran.

Kakisan boleh berlaku pada keseluruhan logam atau kakisan setempat yang dipanggil pitting. Ianya boleh
berlaku dipermukaan logam atau diantara sempadan-sempadan bijian (grain boundaries) dikenali sebagai
kakisan antara granul (intergranular corrosion). Kakisan jenis ini juga mudah berlaku pada keluli termasuk
keluli tahan karat selepas kimpalan jika prosidur mengimpal tidak sesuai. Manakala kakisan celahan (crevice
corrosion) mudah terjadi pada sambungan bolt nut dan rivet.

Sifat tahan kakisan sesuatu logam bergantung kepada unsur-unsur pancalogam bagi logam tersebut dan
juga persekitaran dimana logam tersebut digunakan. Unsur-unsur seperti nickel dan chromium yang
dimasukkan kedalam keluli tahan karat misalnya, menjadikan logam tersebut tahan karat. Bahan-bahan
bukan logam, logam-logam bukan ferrous dan keluli tahan karat adalah diantara bahan yang mempunyai
rintangan kakisan yang tinggi. Keluli dan besi tuangan mempunyai rintangan kakisan yang rendah dan mudah
berkarat jika tidak dilindungi oleh minyak, cat dan sebagainya.

Bahan-bahan yang memudahkan kakisan ialah seperti asid, alkali dan garam manakala persekitaran yang
mudah menyebabkan kakisan ialah seperti oksigen, air laut, air dan hujan asid. Memahami keadaan ini
membolehkan kita memilih bahan atau logam yang sesuai bagi persekitaran-persekitaran tersebut.

Kakisan boleh menyebabkan kelemahan logam kerana saisnya akan berkurangan dan boleh menyebabkan
keretakkan yang dipanggil stress-corrosion cracking.
A08-01-02-LE1-IS1b Muka : 10 drpd : 10

SOALAN

1. senaraikan sebab kenapa ketumpatan merupakan sifat yang penting bagi sesuatu
bahan.

................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................

2. Kenapa takat lebur sesuatu logam juga penting dalam proses kimpalan

................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................

3. Huraikan sifat-sifat kimia bagi logam yang anda fahami

................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................

4. Apakah yang dimaksudkan dengan pitting dan cara-cara mengatasinya

................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................

Rujukkan :

- B.J. Moniz(1994), Metallurgy 2nd Edition, American Technical Publishers, Inc.


Homewood, Illinois 60430, ISBN 0-8269-3509-5, muka surat 946.

- Serope Kalpakjian, Steven R. Schm (2001) Manufacturing Enginering And Technology,


4th Edition, Prentice Hall Inc. muka surat 55-98

Anda mungkin juga menyukai