Anda di halaman 1dari 41

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KULIAH
SEMESTER SEMESTER 1 DVM 2020

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / DVM

KOD / KURSUS DEA1323 MOTOR AC & DC

KOMPETENSI PERFORM PRINCIPLES OPERATING OF ALTERNATING CURRENT MOTOR

1. Explain principle of AC motor


2. Usage of AC motor
3. Explain AC motor operating
KOMPETENSI UNIT
4. Demonstrate connection of AC motor and protection features
5. Demonstrate AC motor maintenance
6. Detect damage and repair

Trainee must be able to:


HASIL • Identify type of AC motor
PEMBELAJARAN • Detect damage of AC motor
• Differentiate AC motor

TARIKH

NO KOD KOD JPK

MAKLUMAT CALON

NAMA
PENERANGAN :

Salah satu yang terpenting di dalam bidang pembangunan elektrikal adalah motor
elektrik. Motor elektrik digunakan secara meluas dan pelbagai kegunaan. Tidak kira
secanggih manapun teknologi yang digunakan pada masa kini, motor elektrik masih
menjadi asas atau nadi bagi sesuatu sistem.

1.1 PRINSIP OPERASI MOTOR

Asasnya, motor elektrik menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal yang
berbentuk putaran.
Motor pada asasnya, berkendali berdasarkan kepada prinsip magnet.
Putaran motor yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada tindakbalas medan
magnet.
Hukum medan magnet yang digunakan adalah :

Kutub yang sama akan menolak antara satu sama lain,


manakala
Kutub yang berlainan akan menarik.
Bagi sebuah motor bahagian yang asas dan penting perlu adalah medan dan angker.
Turutan dibawah menerangkan prinsip asas bagi sesebuah motor dc.
Medan magnet wujud diantara kutub utara dan kutub selatan pada magnet
kekal.

Satu litar elektromagnet dilillit pada teras besi, dan teras tersebut diletakkan pada satu
shaft yang membolehkannya berputar. Binaan ini dikenali sebagai angker.

Angker tersebut diletakkan pada medan magnet, yang mana dihasilkan oleh magnet
kekal.
Pada bahagian hujung gelung angker disambungkan pada bahagian yang separuh
berlilit yang dipanggil penukartertib. Berus Karbon dihubungkan kepada bahagian
penukartertib yang berputar dan membekalkan tenaga kepada belitan angker dengan
bekalan kuasa dari luar.

Berdasarkan gambarajah diatas, sumber tenaga disambungkan kepada berus


karbon. Arus akan mengalir ke berus A ke bahagian penukartertib seksyen A, melalui
gegelung ke seksyen B dan melengkapkan litar dengan kembali ke sumber tenaga
dengan melalui berus B.

Belitan angker dielektromagnetkan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah


tersebut.

Fasa Pergerakkan Motor

1. Kutub Utara angker ditolak oleh kutub utara medan magnet. Manakala, kutub selatan
angker ditolak oleh kutub selatan medan magnet. Maka putaran suku dihasilkan pada
angker atau pun sebanyak 90o pusingan.

2. Kutub Utara angker ditarik oleh kutub utara medan magnet, kutub selatan angker pula
ditarik oleh kutub selatan medan magnet. Angker akan berputar suku putaran lagi,
maka putaran yang telah terhasil adalah sebanyak separuh putaran.
3. Bahagian penukartertib berputar bersama dengan angker, bahagian B menyentuh
berus karbon A manakala bahagian A pula menyentuh berus karbon B. Arah
pengaliran arus, melalui dari bahagian B dan keluar ke bahagian A. Arah pengaliran
arus adalah berlawanan pada angker kerana switching action oleh
penukartertib.Pembalikkan arus menyebabkan penukaran polariti pada angker.

4. Berdasarkan kepada prinsip magnet kutub yang sama akan menolak satu sama yang
lain manakala kutub yang berlainan akan menarik, maka , angker akan berputar suku
lagi putaran.

5. Pada keadaan ini, kutub yang sama akan menolak antara satu sama lain maka, angker
akan berputar lagi suku putaran terakhir melengkapkan satu putaran penuh.
Penukartertib dan berus karbon berada pada kedudukan keadaan asal, dan akan
menyebabkan arus berkeadaan songsang pada angker semula. Angker berputar
berterusan dengan proses penolakan dan penarikkan. Arus akan berkeadaan
songsang pada setiap satu setengah putaran oleh penukartertib.
6. Di dalam memahami prinsip penghasilan pergerakkan motor, Hukum Tangan Kiri
Flemming adalah penting untuk dikaitkan di dalam teori motor.

Hukum Tangan Kiri Flemming menyatakan apabila tangan kiri digenggam iaitu jari
kelingking dan jari manis. Jari-jari lain, iaitu jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu
diluruskan dan berada pada sudut tepat di antara satu sama lain. Ibu jari menunjukkan
arah daya tolakan yang terhasil, jari telunjuk pula menunjukkan arah medan magnet
sementara jari hantu menunjukkan arah arus yang mengalir dalam pengalir.

Kekuatan daya yang terhasil bagi menolak pengalir adalah berkadar terus dengan
ketumpatan fluks magnet, arus dalam pengalir dan panjang pengalir itu. Ini bererti
semakin panjang pengalir, ketumpatan fluks magnet akan bertambah, begitu juga
dengan arus dan kekuatan daya mekanik.

MOTOR PRAKTIKAL

Di sektor industri, motor elektrik dibina dengan sedikit perbezaan berbanding


dengan apa yang dipelajari di dalam teori.
Daya putaran dihasilkan daripada tindakbalas di antara medan magnet yang
terhasil di sekeliling konduktor yang membawa arus dengan medan magnet
kekal.
Arah medan adalah berdasarkan kepada arah pengaliran arus.
Apabila konduktor diletakkan di dalam medan magnet kekal, tindakbalas
antara kedua-dua medan tersebut menyebabkan berlakunya pergerakkan.
Berikut merupakan fasa tindakbalas dua medan magnet yang menghasilkan
pergerakkan.
TINDAKBALAS MEDAN MAGNET MENGHASILKAN PERGERAKKAN

1. Medan magnet wujud di antara kutub magnet kekal. Berdasarkan kepada rajah di atas,
anak panah menunjukkan arah medan magnet.

2. Konduktor yang membawa arus mempunyai medan magnet, arahnya adalah


berdasarkan kepada arah pengaliran arus. Ini berpandukan kepada Hukum Tangan Kiri untuk
menentukan arah tersebut.

3. Medan yang terdapat sekeliling konduktor mengalir mengikut medan magnet kekal
yang terdapat di atas konduktor tersebut, tetapi menentang medan magnet kekal di bawah
konduktor. Konduktor akan bergerak ke arah medan yang lemah.

4. Arah pengaliran arus adalah berlawanan pada konduktor, dan menyebabkan medan
pada konduktor turut berlawanan arah. Pada keadaan ini, medan adalah kuat pada
bahagian bawah konduktor manakala lemah pada bahagian atas konduktor. Maka,
pergerakkan keatas terhasil.
5. Daripada rajah di atas, konduktor tunggal digantikan dengan konduktor yang berlilit
dengan gegelung di dalam alur teras angker. Tindak balas antara dua medan akan
menghasilkan putaran iaitu, gelung pada bahagian A akan bergerak ke atas manakala gelung
pada bahagian B pula akan menghala ke bawah. Putaran yang terhasil adalah mengikut arah
putaran jam.

Motor praktikal mempunyai beberapa angker bergegelung di dalam alur yang


terpisah di sekeliling teras. Setiap gegelung mempunyai bahagian
penukartertib.

Dengan menambahkan bilangan kutub medan, ini memberikan motor kuasa


yang lebih baik.

PRINSIP KENDALIAN
Prinsip kendalian motor AC1 fasa ialah berasaskan tindakan medan magnet belitan mula
dan larian dengan medan magnet pemutar.

- Apabila voltan dibekalkan pada motor, kedua-dua belitan mula dan belitan larian akan
menghasilkan medan magnet.
- Arus pada belitan mula adalah lebih kecil disebabkan luas keratan rentas yang kecil dan
rintangan belitan pengalir yang tinggi.
- Arus pada belitan larian adalah lebih tinggi kerana luas keratan rentas yang besar dan nilai
rintangan pada pengalir adalah rendah.
- Kedua-dua perbeaan ini menyebabkan perbezaan fasa di antara arus dengan voltan pada
belitan mula dan belitan larian.
- Ini menghasilkan medan magnet berputar
- Medan magnet berputar akan bergerak dengan satu kelajuan yang di namakan kelajuan
segerak sebagai kelajuan segerak (Ns). Kelajuan segerak ini bergantung kepada bilangan
kutub dan frekuensi bekalan.

120𝑓
𝑁𝑠 = (𝑝𝑠𝑚)/rpm
𝑃

Di mana, f = Frekuensi bekalan(Hz)


P= Bilangan kutub
Ns = Kelajuan segerak (psm)

- Medan magnet berputar akan memotong jalur-jalur pengalir pada pemutar dan
menghasilkan medan megnet pada pemutar,d.g.e akan terhasil.
-D.G.E akan terhasil apabila medan magnet berputar memotong jalur-jalur pengalir dan
seterusnya menghasilkan medan magnet pada pemutar.
- Kedua-dua medan segerak dan pemutar bertindak balas dan akan menghasilkan daya
kilas untuk motor mula bergerak.
- Tindak balas medan magnet berputar dengan medan magnet pemutarakan menghasilkan
daya kilas permulaan untuk menggerakkan motor.

Kelajuan pemutar (rotor), Nr


Kelajuan sebenar motor dalam keadaan beban penuh
Biasanya kurang 3% hingga 4% daripada kelajuan segerak dan dinyatakan dalam pusinngan
seminit(psm)

Gelinciran, (S)
-Perbezaan di antara kelajuan segerak dengan kelajuan rotor dinyatakan dalam peratusan.
-Peratusan gelinciran bagi motor akan menentukan daya kilas permulaan kendalian.
Bahagian-bahagian utama
Bahagian Binaan
Pemegun -dari lapisan besi bertebat
-mempunyai lubang alur untuk memasukkan belitan
Pemutar -dari lapisan-lapisan bsi bertebat
-mempunyai garisan-garisan pengalir yang disambung pada
gelang hujung.
-diletakkan pada aci
Suis empar -Mempunyai sesentuh tetap dan bergerak
-bertindak dengan daya empar ketika motor mula berputar
pemuat -dari jenis elektrolit dan minyak

Contoh pengiraan

1. Sebuah motor AC 3 fasa 415/50 Hz mempunyai 4 kutub. Hitungkan kelajuan motor


segerak berikut.

120𝑓
𝑁𝑠 = (𝑝𝑠𝑚)
𝑃

Di mana, f = Frekuensi bekalan(Hz)


P= Bilangan kutub
Ns = Kelajuan segerak (psm)
Jawapan

2. Sebuah motor aruhan jenis sangkar tupai 3 fasa 415/50Hz mempunyai kelajuan
pemutar, 1200psm manakala kelajuan segerak,Ns 1400psm. Hitungkan peratusan
gelinciran S.

JAWAPAN
BINAAN ASAS MOTOR

Pengenalan :

Dalam menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan motor elektrik, adalah penting
bagi setiap individu mengetahui dan boleh mentafsirkan terma-terma yang terdapat atau
digunakan dalam kerja tersebut. Pada sebarang alatan elektrik pun, terdapat spesifikasi
yang telah ditetapkan oleh pengeluar begitu juga dengan motor elektrik.
Pada kebiasaannya terdapat sekeping plat logam yang dilekatkan pada motor, yang
mengandungi data ciri-ciri elektrik bagi menjadi rujukan kepada pekerja yang terlibat dengan
kerja-keja pemasangan motor elektrik. Spesifikasi data elektrik tersebut amat penting dalam
kerja-kerja pemasangan bagi menentukan saiz konduit, wire dan jenis perlindungan yang
sesuai untuk diaplikasikan

Spesifikasi Motor Elektrik

Dalam menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan motor elektrik, adalah penting bagi
setiap individu mengetahui dan boleh mentafsirkan terma-terma yang terdapat atau
digunakan dalam kerja tersebut. Pada sebarang alatan elektrik pun, terdapat spesifikasi yang
telah ditetapkan oleh pengeluar begitu juga dengan motor elektrik.

Pada kebiasaannya terdapat sekeping plat logam yang dilekatkan pada motor, yang
mengandungi data ciri-ciri elektrik bagi menjadi rujukan kepada pekerja yang terlibat dengan
kerja-keja pemasangan motor elektrik. Spesifikasi data elektrik tersebut amat penting dalam
kerja-kerja pemasangan bagi menentukan saiz konduit, wire dan jenis perlindungan yang
sesuai untuk diaplikasikan.
KOMPONEN-KOMPONEN MOTOR

Pada asasnya, semua motor a.u. terdiri dari bahagian komponen-komponen berikut:-

i) Badan (Frame)
a) Motor jenis ini biasanya diperbuat dari keluli tuangan (cast steel) yang berbentuk
selinder.
b) Motor jenis sederhana dan besar diperbuatkan dalam bentuk kotak.
c) Bahagian dalam badan menempatkan teras stator dan lilitan stator.
d) Teras stator terdiri dari lapisan-lapisan keluli yang bermutu tinggi. Lapisan-lapisan
ini bertebat diantaranya dan bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan arus
pusar.
e) Tudung-tudung motor yang berjaring berfungsi untuk menyekat kemasukan
bendasing ke dalam motor dan direka untuk mendapatkan ketegaran yang
maksima.

ii) Stator
a) Mempunyai alur-alur untuk menempatkan lilitan-lilitan gelung tembaga.
b) Lilitan-lilitan stator yang telah siap kemudiannya direndam ke dalam varnis sintetik
dan dipanaskan untuk membentuk lilitan yang kemas dan tidak telap habuk serta
kelembapan.

iii) Peti Punca


a) Terdiri diri bongkah punca bertebat yang ditempatkan dalam peti logam.
b) Ianya ditapakkan ke atas gasket, untuk menghalang penyerapan habuk dan
kelembapan.
c) Bagi motor-motor besar, penyambung didudukkan di atas barbar penebat dan
dijarakkan diantaranya bagi memudahkan penempatan kabel-kabel besar.
d) Hablur silica-gel ditempatkan di dalam peti punca motor-motor voltan tinggi. Hablur
ini menyerap lembapan yang terdapat dalam peti punca.
e) Hablur bertukar warna dari biru ke merah jambu.

iv) Rotor
a) Rotor sangkar tupai dalam motor-motor kecil mengandungi pengalir tembaga atau
aluminium yang ditempatkan ke dalam teras rotor yang berlapisan.
b) Biasanya alur-alur teras rotor berbentuk pencungan bagi mengurangkan bunyi
bising dan pusuan-pusuan magnetik.
c) Rotor-rotor besar mempunyai pengalir-pengalir tembaga atau loyang melalui alur-
alur di dalam lapisannya, dengan hujungnya dipateri kegelang hujung.
d) Ia juga membawa kipas yang dipasang berasingan, dan alur-alur ganti-udaraan
diadakan di dalam teras rotor.
e) Kedua-dua permukaan rotor dan stator dimesin halus untuk mempastikan celahan
udara antara rotor dan stator adalah tepat.
f) Kedua-dua permukaan rotor dan stator dimesin halus untuk mempastikan celahan
udara antara rotor dan stator adalah tepat.

v) Aci (Shaft)
a) Diperbuat dari keluli ketahanan tinggi dan mempunyai kekunci untuk
menempatkan rotor dan kipas.
b) Saiznya bergantung kepada rotor yang dibawa.

vi) Alas (Bearing)


a) Terdiri dari alas bebola (ball bearing) dan alas rola (sleeve bearing) di dalam motor-
motor kecil dan menggunakan geris sebangai pelincir.
b) Tangkup alas dibuat dari besi tuangan memegang dan melindungi alas di dalam
kandungan alas dari habuk.
c) Palam pelepas gris ditempatkan di bawah tangkup bearing untuk membenarkan
bekalan gris yang cukup.
d) Alas jernal lazimnya terdapat pada motor-motor jenis besar.

vii) Gear
a) Tujuan untuk menghasilkan kelajuan yang rendah atau yang dikehendaki dengan
tidak berubahnya daya kilas bagi motor tersebut.
b) Untuk menghasilkan kelajuan yang sangat rendah 2 atau lebih gear diperlukan.
Komponen asas motor

Bahagian-bahagian motor

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR


Antara faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu jenis motor itu dipilih untuk
menjalankan sesuatu tugas ialah seperti yang berikut:-

3.1 Beban yang digunakan


Biasanya kekuatan motor dinyatakan dalam unit watt atau kuasa kuda (h.p.). Dari sini
dapat ditentukan nilai beban yang mampu di tanggungnya.

3.2 Daya kilas yang diperlukan oleh beban


Iaitu daya kilas semasa motor itu mula-mula berputar sama ada berbeban penuh atau
tanpa beban. Setiap motor mempunyai kilas yang berlainan.

3.3 Keadan suhu sekeliling (suhu ambien)


Iaitu suhu sesuatu tempat boleh mempengaruhi usia sesebuah motor. Oleh itu,
sesebuah motor direka bentuk supaya sesuai dengan julat suhu yang tertentu sahaja.

3.4 Penjagaan
Iaitu samada motor itu mudah atau sukar dijaga dan keadaan tempat motor akan
dipasang sama ada kedudukan motor itu menyebabkannya sukar diperiksa, lembap,
berminyak atau sebagainya.

3.5 Jangka masa digunakan


Ada motor yang dipilih itu sesuai untuk kegunaan sepanjang waktu, atau hanya untuk
waktu yang sementara atau sekejap-sekejap sahaja.

3.6 Voltan bekalan


Iaitu sama ada arus terus, arus ulangalik 1 fasa atau 3 fasa.

3.7 Kelajuan yang diperlukan


Jika motor itu hendak digunakan sebagai motor kawalan kelajuan, faktor ini perlu
diambil kira.

3.8 Harga
Walaupun faktor ini tidak begitu mustahak tetapi dari segi penjimatan belanja adalah
lebih berfaedah untuk membeli motor yang dapat memberikan keupayaan yang sama
tetapi berharga murah.

3.9 Kedudukan motor


Menegak, mengufuk, satu aci, dua aci dan sebagainya yang sesuai dengan keperluan.
PENGIRAAN BERKAITAN MOTOR

Kecekapan ( Efficiency )

Kuasa Keluaran ( Po )
% Kecekapan = ------------------------------- x 100
Kuasa Masukkan ( Pi )

Po
% Kecekapan = -------------------- x 100
Pi

 Po = Pi – Losses

Kehilangan ( Losses )
Kehilangan dalam persamaan di atas mewakili jumlah kehilangan di dalam
Motor. Ianya dibahagikan pada dua kategori iaitu :
a. Kehilangan Tetap
Hasil daripada kehilangan pada stator dan rotor ( due to eddy current
and hysterisis ) dan friction and windage lose yang disebabkan oleh
putaran rotor.
b. Kehilangan Boleh Ubah
Kehilangan tembaga ( I2R ) pada stator dan rotor yang mana ia
bergantung kepada beban.

i) Kehilangan Teras Rotor ( Rotor Core Lose )


Dalam keadaan biasa ( motor berpusing ), frekuensi rotor adalah terlalu rendah.
Oleh itu, Hysterisis and eddy current losses akan menjadi terlalu lemah, maka
kehilangan teras rotor boleh diabaikan.

ii) Kehilangan Teras Stator ( Stator Core Lose )


Ia disebabkan oleh main and leakage flux. Apabila beban berubah maka
Kehilangan flux juga akan berubah. Walaubagaimanapun boleh dianggapkan
kehilangan ini adalah sama, samada semasa keadaan beban penuh ataupun tanpa
beban.
iii) Friction And Winding Losses
Kehilangan ini disebabkan oleh putaran mekanikal rotor. Oleh kerana Kelajuan
tidak
berubah secara ketara dari keadaan tanpa beban kepada beban penuh, maka kita
anggapkan bahawa kehilangan mekanikal adalah tetap.

iv) Stator Copper Losses


Ini adalah kehilangan I2 R dalam lilitan stator. Ini disebabkan oleh beban Dan boleh
dikira dari arus dan rintangan yang boleh diukur.

v) Rotor Copper Losses


Oleh kerana ada arus mengalir dalam pengalir rotor maka kehilangan I 2R
dalam rotor akan wujud. Disebakan arus rotor dan rintangan rotor tidak dapat diukur
secara terus dalam motor sangkar tupai, bolehlah ditentukan nilai ini secara tidak
terus iaitu dengan mengukur slip dengan tepat ketika beban penuh.

4.2 Pengaliran Kuasa ( Power Flow )

i) Pengaliran Kuasa (Power Flow)

Pengaliran Kuasa stator dan rotor


Apabila lilitan stator ditenagakan ( energized ), kuasa elektrik akan mengalir di dalam
motor. Oleh kerana ianya kuasa 3 fasa maka dinyatakan seperti berikut dalam unit watt
atau kilowatt.

P = √ 3 VLIL Cosθ

Kuasa Masukan tidak boleh dikira dengan nilai ukuran arus dan voltan kerana adanya
pengaruh faktor kuasa ( Cosθ ). Teknik mendapatkan nilai Kuasa Masukan ( Pi ) adalah
dengan kaedah dua wattmeter iaitu Pi = W1 + W2. Dalam stator terdapat dua kehilangan
iaitu kehilangan teras ( PC ) yang bergantung kepada bekalan voltan yang dibekalkan dan
kehilangan copper ( PCUS ) yang bergantung pada arus talian ( arus talian bergantung pada
beban ). Jika kedua-dua kehilangan ini ditolak daripada Kuasa Masukan ( Pi ), yang tinggal
hanyalah kuasa yang dipindahkan melalui ruang udara ( air gap ) ke dalam rotor ( P R ).
PR = Pi – PC - PCUS

Dalam rotor terdapat kehilangan teras dan kehilangan tembaga yang bergantung kepada
slip dan ini boleh diabaikan. Jika slip, dapat diukur dengan tepat maka kehilangan tembaga
rotor ( PCUR ) adalah seperti berikut :
PCUR = S x PR

Selepas kehilangan tembaga rotor ditolak dari kuasa masukan rotor ( PR ) yang tertinggal
hanyalah kuasa mekanikal yang dihasilkan ( PDEV ) oleh motor.
PDEV = PR - PCUR

Akhirnya Kuasa Keluaran, Po dapat ditentukan dengan menolak Kehilangan Mekanikal (


friction dan winding loss ) dan kuasa yang dihasilkan ialah PDEV.
Po = PDEV - PM

Maximum Mechanical Power boleh diberikan dan juga kelajuannya ketika mengeluarkan
kuasa maksima atau kuasa beban penuh serta arus talian yang diambil oleh motor apabila
mengeluarkan kuasa beban penuh dan faktor kuasa beban penuh.
SOALAN

1. Apakah asas penukaran tenaga bagi motor ?

..............................................................................................................................

2. Apakah yang dinyatakan dalam Hukum Tangan Kiri Flemming

.................................................................................................................................

3. Di bahagian manakah terdapat maklumat penting mengenai sesuatu motor.

. ...............................................................................................................................

4. Senaraikan 2 jenis penutup motor.


i. ............................................................................................................................
ii. ............................................................................................................................

5. Nyatakan 5 bahagian asas motor .


I. ............................................................................................................................
II. ............................................................................................................................
III. ............................................................................................................................
IV. ............................................................................................................................
V. ............................................................................................................................
JENIS-JENIS MOTOR ELEKTRIK SATU FASA

1.1. Motor Fasa Belah (Split Phase Motor)

i. Motor Fasa Belah (sangkar tupai) boleh digunakan untuk bekalan satu fasa
seperti di rumah, tetapi teknik yang berlainan digunakan untuk
menghidupkannya adalah diperlukan. Disebabkan arus rotor oleh stator
melawan medan stator. Arus ini hanya boleh menggerakkan motor berputar,
tetapi arus tersebut tidak dapat menghidupkan motor. Untuk mengatasai
masalah ini, dua lilitan digunakan dalam motor fasa belah, lilitan itu adalah
seperti berikut : -

• Lilitan menghidup (starting winding) - mempunyai rintangan yang tinggi


dan lilitan yang sedikit. Lilitan ini menggunakan dawai kupram yang kecil
bagi mewujudkan regangan yang rendah dan rintangan yang tinggi.

• Lilitan utama / pelari (running winding) - mempunyai rintangan yang rendah


dan lilitannya banyak. Lilitan ini menggunakan dawai kupram yang besar
bagi mewujudkan regangan yang tinggi dan rintangan yang rendah.

ii. Cara kendalian Motor Fasa Belah

Untuk memperbaiki ciri-ciri menghidup motor fasa belah. satu kapasitor


digunakan sesiri dengan lilitan menghidup. Apabila kapasitor digunakan, ia
menyebabkan arus mendahului voltan di dalam litar menghidup. Oleh sebab
ini, arus menghidup dapat dikurangkan dan daya kilas bertambah, jadi
keupayaan menghidup dapat diperbaiki. Semasa menghidup suis, kapasitor
sesiri dengan gelung tambahan. Kapasitor yang telah disuaikan mempunyai
nilai supaya lilitan tambahan berkesanan menampung litar rintangan kapasitan
dimana arus mendahului voltan lebih kurang 45°. Gelung stator mempunyai
aruhan yang menyebabkan arus menyusul di belakang voltan. Kedua-dua arus
adalah 90° daripada fasa dan begitu juga dengan medan magnet yang
diperolehi dan ini akan menghasilkan kesan putaran medan magnet.

Bekalan masuk

Arus yang teraruh

Bekalan keluar

Rajah 1 : Arus yang teraruh cuba menentang perubahan medan.


Apabila medan magnet berputar memotong batang-batang / bar pada rotor, arus diaruh di
dalamnya. Arus yang diaruh ini menghasilkan medan magnet di sekeliling pengalir dan akan
bergaris terus dengan medan magnet stator. Tindakbalas di antara kedua-dua medan magnet
akan membuatkan rotor berputar. Hukum Lenz menyatakan arus yang diaruh cuba
menentang perubahan medan yang mengaruhkannya. Pada motor aruhan, perubahan
tersebut adalah gerakan medan maka tekanan dipaksa di atas rotor disebabkan tindakbalas
antara medan rotor dan medan stator. Ini bermakna rotor akan bergerak sama arah dengan
arah medan stator. Dayakilas motor ini adalah di antara 180% hingga 200% daripada
dayakilas beban penuh dan arus permulaan adalah 6 hingga 8 kali arus beban penuh.
Penggunaan motor ini adalah seperti kipas angin, pam, peti sejuk dan sebagainya. Saiz motor
ini boleh didapati dari 1/20 hingga 1/3 kuasa kuda dengan kelajuan dari 865 p.s.m. hingga
3450 p.s.m.

iii. Cara kendalian Suis Empar

Pada suis empar terdapat dua gegelung yang disambung kepadanya

a) Gegelong Penghidup
b) Gegelong Pelari.

Apabila motor dihidupkan dan mencapai kelajuan 75% > 85% daripada halaju yang
memusat (Centrifugal force) suis empar akan tertarik ke arah sesentuh yang
bertentangan.

Keadaan ini akan melitarterbukakan lilitan penghidup dan disambungkan kepada lilitan
pelari.

Apabila bekalan telah diputuskan suis empar akan berbalik / tersentuh semula pada
kedudukkan asal.

Suis empar

L
Belitan pelari

Belitan
penghidup
Rotor

Kapasitor

Rotor berpusing mengikut


arah pusinggan jam

Rajah 2 : Kendalian suis empar pada motor


1.2 Motor Penghidup Kapasitor (Capacitor Start)

Pembinaan dalam dan cara kerja motor jenis ini adalah sama dengan motor jenis fasa belah.
Dalam motor jenis ini, perbezaan fasa antara Al dan lm diperbesarkan lagi oleh satu kapasitor
bersiri dengan gelung penghidup. Kapasitor tambahan ini akan membezakan lagi antara fasa
Al dan lm bagi membolehkan daya kilas yang tinggi iaitu 350% hingga 450% dan daya kilas
beban penuh. Motor ini disesuaikan untuk alat-alat yang memerlukan beban susah
menghidup seperti peti sejuk perdagangan, elevator dan kompresor. Terdapat beberapa jenis
motor penghidup kapasitor yang diubah-suai bagi kerja-kerja tertentu.

i) Jenis Motor Penghidup Kapasitor.

a) Single voltage reversible type.


b) Single voltage non-reversible type.
c) Single voltage reversible with thermostat type.
d) Single voltage non-reversible with magnetic switch type.
e) Two voltage non-reversible type.
f) Two voltage reversible type.
g) Single voltage 3 lead reversible type.
h) Single voltage Instantly reversible type.
i) Two speed type.
j) Two speed with two capasitor type.

ii) Cara Kendalian

a) Single Voltage Externally Reversible Type

Dalam motor jenis ini terdapat 4 punca yang dikeluarkan, 2 dari gelung pelari dan 2 lagi dari
gelung penghidup. Arah pusingan motor dapat ditukar dengan menukar punca-punca gelung
pelari atau punca-punca gelung penghidup.

• Single voltage non-reversible type.

Dalam motor jenis ini punca gulung penghidup dan punca gelung pelari disambung di sebelah
dalam motor dengan hanya mengeluarkan 2 punca sahaja. Arah pusingan motor ini tidak
boleh ditukar kecuali motor ini dibuka.

• Single voltage reversible with thermostat type.

Dalam beberapa jenis motor, sebuah suis thermostat dipasang bagi mengawal motor dari
beban lampau, terlampau panas dan litar pintas. Suis thermostat ini mempunyai satu elemen
bimetalic yang disambung sesiri dengan motor dan lazimnya dipasang di luar motor. Apabila
salah satu dari kerosakan seperti yang dinyatakan berlaku, haba akan terhasil dan ini
menyebabkan elemen bimetalic membengkok dan memutuskan litar. Bila elemen ini menjadi
sejuk, ia akan kembali seperti asal dan menyambungkan litar semula seperti kedudukkan asal.

• Single voltage non-reversible with magnetic switch


Motor jenis ini biasanya digunakan di dalam peti sejuk yang mana suis ampar tidak dapat
digunakan. Sesentuh elektromagnetik dalam motor ini menggantikan suis ampar yang mana
elektromagnet ini diaruh oleh arus pelari. Pada permulaan, apabila arus pelari tinggi
elektromagnet akan diaruh dan menutup sesentuh. Ini akan membolehkan arus mengalir ke
lilitan penghidup. Apabila motor mencapai kelajuan sehingga 75% daripada halaju beban
penuh, arus pelari akan menjadi rendah sehingga menyebabkan sesentuh terbuka. Oleh
kerana kegunaan motor jenis ini memerlukan satu arah pusingan sahaja, maka
sambungannya tidak perlu penukaran arah. yang disambung selari dengan motor dan
lazimnya dipasang di luar motor. Apabila salah satu daripada kerosakan seperti yang
dinyatakan berlaku. haba akan terhasil dan ini akan menyebabkan bimetalic membengkok
dan memutuskan litar. bila elemen ini menjadi sejuk ia akan kembali seperti asal dan
menyambungkan litar semula.

• Two voltage non-reversible type

Motor jenis ini boleh digunakan dengan 2 voltan AU, sama ada 110 V. 220 V atau 415 V.
Motor ini terdiri daripada 2 gelung pelari dan satu gelung penghidup. Bila motor ini hendak
dikendalikan dengan voltan rendah, kedua-dua gelung disambung selari dan apabila hendak
dikendali dengan voltan lebih tinggi, kedua-dua gelung disambung sesiri. Gelung penghidup
disambung secara selari dengan satu sahaja gelung pelari

• Two voltage reversible type

Penukaran arah pusingan motor boleh dilakukan dengan mengeluarkan 2 punca tambahan
dan gelung penghidup. Rrah pusingan jam dan lawan arah pusingan jam yang dikendalikan
dengan voltan rendah.

• Single voltage 3 lead type

Dalam motor jenis ini, satu gelung pelari 2 bahagian digunakan iaitu R1 dan R 2 yang
disambung sesiri dengan satu punca gelung penghidup di antara R1 dan R2 seperti dalam
rajah. Bila punca luar gelung penghidup disambung kepada punca A. gelung penghidup selari
dengan R1 dan arah pusingan motor adalah ikut jam. Bila punca luar ditukar. ianya selari
dengan R2, maka arus kepada gelung ditukar dan motor berpusing arah lawan jam.

• Single voltage instantly reversible

Motor jenis ini jarang digunakan dan penggunaannya terhad. Dalam motor jenis ini, suis-suis
tambahan digunakan untuk menukar arah pusingan motor dengan serta merta.

• Two speed type

Kelajuan motor boleh ditukar dengan menukar bilangan kutub. Di dalam motor jenis ini
terdapat 2 gelung pelari, 6 kutub dan 8 kutub yang dimasukkan di dalam lubang-lubang alur
stator. Hanya satu gelung penghidup sahaja digunakan. Satu suis ampar dua tindakan yang
mengandungi 3 sesentuh digunakan. Satu suis yang dipasang di luar motor digunakan untuk
menukar kelajuan motor. Motor ini sentiasa menghidup dengan kelajuan yang tinggi tidak kira
sama ada motor disuiskan pada kelajuan tinggi atau rendah. Jika motor disuiskan pada
kelajuan yang rendah, maka apabila motor mencapai kelajuan yang membolehkan suis ampar
beroperasi, ia akan membuka litar gelung penghidup dan gelung pelari kelajuan tinggi dan
menutup gelung pelari kelajuan rendah.
• Two speed with 2 capasitor

Motor ini mempunyai dua gelung pelari, dua gelung penghidup dan dua kapasitor. Satu
kapasitor digunakan untuk operasi kelajuan tinggi dan satu lagi untuk operasi kelajuan rendah.
Satu suis ampar dua hala digunakan untuk membuka litar gelung penghidup setelah motor
berpusing pada kelajuan yang ditetapkan oleh suis empar.

1.3 Pengenalan Motor Menghidup Dan Pelari Kapasitor.

Motor jenis ini adalah sama dengan motor jenis penghidup kapasitor, tetapi gelung penghidup
dan kapasitor dikekalkan dalam litar pada masa motor berpusing. Kebaikan mengekalkan
kapasitor dalam litar ialah:

i) Membaiki keupayaan beban lampau.


ii) Faktor kuasa yang tinggi.
iii) Kecekapan yang tinggi.
iv) Motor berpusing dengan senyap sangat diperlukan bagi motor kecil yang
digunakan di pejabat dan makmal.

Sesetengah daripada motor ini menghidup dan berputar dengan satu kapasitor yang mana
ianya dikenali sebagai motor pelari kapasitor satu nilai. Ada juga motor Jenis ini yang
menghidup dengan nilai kapasitor yang tinggi tetapi berputar dengan kapasitor yang rendah
dikenali sebagai motor pelari kapasitor dua nilai.

i) Motor pelari kapasitor satu nilai

Motor jenis ini mempunyai satu gelung pelari dan satu gelung penghidup bersiri dengan
sebuah kapasitor. Oleh kerana kapasitor sentiasa kekal dalam litar, motor ini diumpamakan
sebagai motor dua fasa yang tidak seimbang. Suis ampar tidak digunakan dalam litar motor
ini kerana kapasitor dan gelung penghidup dikekalkan dalam litar. Biasanya kapasitor yang
benilai 2 micro farad hingga 20 micro farad digunakan dan dipilih daripada jenis yang baik dan
mahal bagi menyesuaikan tugasnya yang berterusan. Nilai dayakilas permulaannya adalah
rendah dan motor ini adalah sesuai bagi kerja-kerja yang memerlukan daya kilas permulaan
yang rendah seperti kipas angin, blower dan pelaras voltan.

Arah pusingan motor ini boleh diterbalikkan melalui satu suis luar dengan syarat gelung
penghidup dan pelari adalah sama. Satu gelung akan menjadi gelung penghidup bagi satu
arah pusingan bila kapasitor sesiri dengannya dan gelung ini pula akan menjadi gelung pelari
bagi arah pusingan yang bertentangan. Bila suis diletakkan pada 'forward', gelung A menjadi
gelung pelari manakala gelung B menjadi gelung penghidup. Apabila disuiskan pada reverse.
gelung B menjadi gelung pelari dan gelung A menjadi gelung penghidup. Motor seperti ini
selalu digunakan bagi penggunaan yang memerlukan pusingan dua arah.
N N
Belitan utama Belitan utama

Belitan
Belitan penghidup
penghidup
Roto Roto
r r

Rotor berpusing mengikut arah Kapasitor Rotor berpusing mengikut arah


Kapasitor
pusingan jam melawan pusingan jam

L L

Rajah 3: Penyambungan FWD Rajah 4 : Penyambungan REV

L
Belitan utama

F Belita
penghidu
n
p Roto
R r
Suis menukar
arah FWD & REV
F
Kapasitor

Rotor berpusing
R mengikut
arah pusinggan jam

Rajah 5: Penukaran FWD REV menggunakan suis

ii) Motor pelari kapasitor dua nilai

Motor ini menghidup dengan kapasitor nilai tinggi yang bersiri dengan gelung penghidup untuk
memberi dayakilas permulaan yang tinggi. Apabila motor berputar. sebuah kapasitor nilai
rendah digantikan dengan menggunakan suis ampar. Kedua-dua gelung penghidup dan
gelung pelari dikekalkan dalam litar. Kapasitor untuk litar penghidup adalah sebuah kapasitor
elektrolitik nilai tinggi ( short duty ) dan kapasitor penghidup adalah kapasitor minyak
(continous duty). Biasanya nilai kapasitor penghidup adalah 10 hingga 15 kali nilai kapasitor
pelari.

Pada permulaan iaitu bila suis ampar tertutup. kedua-dua kapasitor adalah selari dan nilai
jumlah kapasitor adalah hasil campur kedua-dua nilai kapasitor tersebut. Bila motor mencapai
75% kelajuan beban penuh, suis ampar akan terbuka dan hanya meninggalkan kapasitor nilai
tinggi di dalam litar penghidup. Menggunakan cara ini penghidup (starting) yang baik dan
pelarian (running) yang lancar akan didapati pada motor ini. Motor seperti ini disesuaikan
untuk penggunaan yang memerlukan beban berat seperti dalam kompresor ( pemampat ).

Ciri-ciri motor ini ialah

• Keupayaan menghidup pada beban yang berat.


• Pelarian yang senyap.
• Kecekapan dan faktor kuasa yang tinggi.
• Berkemampuan menampung 25% beban lampau.
1.4 Motor Jenis Tolakan ( Repulsion Motor Type )

Jenis motor Tolakan.

a. Motor tolakan (repulsion motor).


b. Compensated repulsion motor
c. Repulsion start induction run motor.
d. Repulsion induction motor.

i. Motor Tolakan(repulsion motor)

1.4.1.1 Binaan

Dari segi binaannya, motor jenis ini terdiri daripada:-

i. Gelung stator - adalah dan jenis di switch bord non-salient pole dan ia biasanya
dililit dalam 4, 6 atau 8 kutub.
ii. Rotor - adalah dari jenis slotted core yang mempunyai distributed winding
(sama ada dari jenis lap move) yang mana disambungkan kepada komutator.
Biasanya sama dengan angkir bagi motor AT.
iii. Satu komutator.
iv. Beberus karbon yang dilitar-pintaskan.

Apabila arus mengalir melalui gelung stator, magnet yang dihasilkan oleh gelung stator akan
memotong gelung pada stator yang menyebabkan gelong rotor teraruh dan menghasilkan
magnetnya sendiri. Kutub bagi magnet di rotor adalah ditetapkan supaya kutubnya sama
dengan kutub magnet di stator. Dengan ini satu penolakan akan menyebabkan terhasilnya
daya kilas. Kedudukan beberus karbon adalah bagi menentukan arah pusingan rotor.
Dayakilas pemulaan bagi motor ini adalah 350% dan arus permulaannya adalah 2 hingga 3
kali arus semasa motor berlari.

1.4.1.2 Keburukan pada motor ini adalah:

i. Kelajuannya akan berubah-ubah dengan perubahan beban yang mara. la mungkin


menjadi merbahaya pada ketika tidak berbeban.
ii. Faktor kuasanya adalah rendah kecuali pada kelajuan yang tinggi.
iii. Berlaku arka atau percikan bungaapi pada berusnya.

1.4.1.3 Prinsip Motor Tolakan

Anggapkan arah pengaliran arus pada gelung ujaan (stator) adalah dalam arah yang
menyebabkan kutub Utara adalah di atas dan bahagian bawah kutub stator kutub Selatan.

Fluks yang dihasilkan oleh gelung stator akan menguja DGE pada pengalir angkir (rotor)
dengan tindakbalas alatubah. Arah arus ujaan dalam pengalir angkir (rotor) adalah ditentukan
oleh kedudukan berus karbon yang di litarpintaskan. Jika beberus karbon adalah dalam
kedudukan yang selari (kedudukan 1) dengan paksi medan kutub utama.

Hasilnya angkir akan menjadi satu elektromagnet dengan kutub Utaranya di bawah kutub
Utara medan utama dan kutub Selatan pada kutub Selatan medan utama. Oleh kerana
keadaan yang sedemikian, tidak terdapat sebarang dayakilas yang terhasil jika berus karbon
itu diletakan 90° daripada paksi magnet kutub utama, arah arus ujaan masih lagi sama dengan
arah ujaan pada kedudukan 1.

Pada kedudukan ini juga didapati tiada dayakilas yang terhasil kerana DGE yang teraruh
dalam pengalir angkir akan bertindakbalas sesama sendiri dan tiada DGE yang terhasil bagi
menguja arus pada beberus karbon.

1.4.2 Compensated repulsion motor

Motor ini adalah sama seperti motor tolakan dengan sedikit perubahan dilakukan pada binaan
stator. Motor ini mempunyai satu gelung tambahan yang dipanggil gelung compensating.
Gelung ini disambung sesiri dengan gelung rotor melalui satu set beberus karbon tambahan
yang kedudukannya di antara set berus karbon yang asal. Tujuan ditambahkan gelung
compensating ini adalah:

i. Untuk membaiki faktor kuasa.


ii. Untuk memberi penyelarasan kelajuan yang baik.

Gelung ini biasanya lebih kecil daripada gelung stator dan biasanya dililit pada bahagian
dalam lubang alur bagi setiap kutub utama.

1.4.3 Repulsion Start Induction Run Motor (Motor Penghidup Tolakan Pelari Aruhan)

Motor menghidup seperti motor tolakan biasa, tetapi apabila mencapai 75% kelajuan, sejenis
suis ampar akan memintaskan komutator. Selepas ini motor akan berlari seperti sebuah motor
aruhan dengan rotor sangkar tupai terpintas. Selepas dipintas, berus tidak lagi membawa arus
dan berus boleh diangkat dan komutator untuk mengurangkan kehausan dan kehilangan
geseran. Motor penghidup tolakan seperti ini terdiri 2 binaan yang berbeza:

i. Beberus boleh diangkat secara automatik daripada komutator apabita komutator


dipintaskan. lanya digunakan pada motor saiz kecil dan besar.

ii. Berus akan terus dalam contact dengan komutator pada setiap masa bila ianya
dibina dalam motor saiz kecil.

Daya kilas permulaan motor jenis ini adalah dalam lengkongan 350% dengan arus permulaan
yang sederhana. Ianya digunakan pada alat-alat kecil, peti sejuk peniagaan . kompresor pam
dan mesin canai.

1.4.4 Motor Tolakan Aruhan (Repulsion Induction Motor)

Motor ini adalah rangkuman di antara motor tolakan dan motor aruhan. la juga dikenali
sebagai motor tolakan sangkar tupai. Gelung stator motor ini adalah sama seperti motor
tolakan lain tetapi rotornya tersiri dari dua gelung bebas iaitu:
i. Gelung sangkar tupai.
ii. Gelung angkir berkomutator yang sama dengan angkir motor AT / DC.

Kedua-dua gelung ini berfungsi sepanjang masa motor itu beroperasi. Gelung angkir
berkomutator terletak di bahagian dalam lubang alur, maka lubang angkir berkomutator
mempunyai regangan yang rendah manakala gelung sangkar tupai mempunyai regangan
yang tinggi.
Pada permulaan menghidup, kebanyakan dayakilas adalah dihasilkan oleh gelung angkir
berkomutator kerana gelung sangkar tupai pada waktu ini tidak aktif disebabkan regangannya
yang tinggi. Apabila rotor mula meningkat halajunya, gelung sangkar tupai akan mengambil
alih sebahagian besar daripada beban. Beberus karbon adalah dipintaskan dan sentiasa
bersentuhan dengan komutator.

Salah satu daripada kebaikan motor jenis ini ialah ia tidak memerlukan suis ampar sebagai
alat bagi litar pintas. Kadangkala motor jenis ini juga ditambah dengan lilitan compensating
bagi membaiki faktor kuasanya. Antara kegunaan motor ini adalah pada peti sejuk rumah,
kompresor, lift, pam minyak dan mesin penggaul. Motor ini boleh ditukar putarannya dengan
mengubah kedudukan beberus karbon.

1.5 Motor Kutub Telau (Shaded Pole Motor)

1.5.1 Pengenalan
Dalam motor jenis ini, pembahagian fasa dilakukan oleh aruhan (induction). Bahagian utama
motor ini terdiri daripada stator jenis salient pole dan sebuah rotor jenis sangkar tupai. Kutub
berlapis pada stator mempunyai satu alur pada satu penghujung dan satu bahagian
daripadanya dililit dengan satu gelung tembaga yang dipintas sendiri. Gelung inilah yang
dipanggil gelung telau (shaded coil) dan bahagian ini adalah bahagian bertelau manakala
bahagian yang satu lagi tidak bertelau.

Apabila arus mengalir melalui gelung medan yang dikelilingi satu kutub penuh, paksi kutub
magnet akan berpindah dari bahagian tidak bertelau ke bahagian bertelau. Pemindahan ini
akan menyebabkan motor mengikut paksi tersebut. Oleh sebab pemindahan medan ini
berlaku pada setiap setengah kitar maka rotor akan terus berputar mengikut pemindahan
paksi medan magnet.

1.5.2 Pemindahan Paksi Kutub Magnet

Adalah harus diingat bahawa gelung bertelau mempunyai sifat induktan yang tinggi. Apabila
arus ulang-alik yang melalui gelung medan atau gelung pengujaan cuba meningkat, ia akan
mengaruhkan suatu arus di dalam gelung telau dengan berasaskan tindakbalas alatubah.
Maka ketumpatan fluks akan berkurangan pada bahagian bertelau apabila arus ujaan atau
arus medan bertambah. Walaubagaimana pun, ketumpatan fluks pada bahagian bertelau
bertambah apabila arus ujaan atau arus medan mula menurun.

Motor telau ini dibina dalam saiz kecil iaitu dari 1/250 KK sehingga 1/6 KK. Walaupun
pembinaannya mudah dan harganya murah, terdapat keburukan-keburukan seperti:

1. Dayakilas menghidup adalah rendah.


2. Keupayaan beban lampaunya rendah.
3. Kecekapannya rendah, berubah dari 5% (motor kecil) hingga 35% (motor besar).

Disebabkan daya kilas menghidupnya rendah, biasanya motor jenis ini digunakan pada kipas
angin kecil. alat-alat permainan, alat-alat jangka. pengering rambut dan jam elektrik.
1.6 Universal Motor

1.6.1 Pengenalan

Motor universal ditakrifkan sebagai motor yang boleh digunakan pada AT & AU untuk halaju
dan keluaran yang sama. Biasanya motor jenis ini dibuat dalam saiz yang kecil seperti 1/2 hp
( kuasa kuda ) hingga 1/3 hp. Disebabkan motor ini adalah dan jenis lilitan siri, maka ia
mempunyai dayakilas yang tinggi serta halaju yang berubah-rubah. Pada keadaan tanpa
beban, motor ini berlari pada ketajuan yang tinggi dan merbahaya. Oleh kerana itu, biasanya
motor ini sentiasa dijalankan dengan berbeban. Motor universal ini dibuat dalam dua jenis
iaitu:

i. Concentrated-pole non-compensated.
ii. Distributed field compensated.

Jenis concentrated pole, biasanya mempunyai dua salient pole sebagaimana pada motor arus
terus kecuali semua laluan magnetnya ( magnetic path ) dibuat dalam keping-keping besi (
laminated ). Stator yang berlainan adalah perlu kerana fluks akan berulang alik apabila motor
digunakan pada AU. Rotor / angkirnya adalah sama dengan motor AT. Jenis distributed field
pula mempunyai stator yang sama dengan stator fasa belah dan rotor yang sama dengan
motor AT. Satu gelung compensating digunakan bagi mengurangkan vottan regangan
terdapat pada angkir apabila motor beroperasi dengan AU. Voltan ini disebabkan oleh fluks
ulang-alik ( alternating fluxs) melalui tindakbalas alatubah.

Dalam motor two pole non compensated, voltan yang diaruh oleh tindakbalas alatubah di
dalam gelung rotor semasa komutasi adalah tidak mencukupi untuk menghasilkan gangguan
komutasi. Beberus karbon rintangan tinggi digunakan bagi membantu komutasi.

1.6.2 Operosi Motor Universal

Motor ini biasanya menghasilkan dayakilas berbagai-arah (unidirectional torque) tanpa


mengira sama ada ia digunakan pada AT atau AU. Penghasilan dayakilas berbagai-arah
adalah seperti yang ditunjukan dalam rajah.
OPERASI MOTOR UNIVERSAL

N Ia S

+ -
Arah Lawan Jam
OMU/IMA

Rajah 6 : Penghasilan dayakilas

Motor ini bekerja mengikut prinsip yang sama dengan motor AT iaitu daya di antara
fluks medan dan arus dalam pengalir angkir.

OPERASI MOTOR UNIVERSAL

Ia
S N

- +

Arah Pusingan Jam


OMU/IMA

Rajah 7 : Daya antara fluks medan dan arus dalam pengalir

1.6.3 Ciri-ciri Halaju / Beban

Halaju motor universal berubah-ubah sama seperti motor siri AT iaitu pada beban penuh
halaju adalah rendah dan pada tanpa beban, hat lajunya tinggi. Pada keadaan tanpa beban
halaju hanya dihadkan oleh geseran ( friction ) dan beban gelung ( windage load ). Biasanya
susunan gear digunakan bagi mengurangkan halaju sebenar pada suatu nilai yang sesuai.
1.6.4 Penggunaan Motor Universal

Motor ini digunakan pada ( vacum cleanner ) di mana kelajuan sebenar adalah halaju beban.
Penggunaan lain di mana halaju dikawal oleh susunan 'gear' adalah sama seperti pada mesin
pembancuh makanan (food mix), alat gerudi, mesin jahit dan sebagainya.

1.6.5 Menukar Arah Pusingan

Motor universal jenis 'concentrated pole' atau 'salient pole' boleh ditukar arah pusingannya
dengan menukar punca beberus karbon. Bagi jenis distributed field compensated, arahnya
boleh ditukar dengan mengubah punca sama ada pada angkir atau punca medan dan juga
mengubah kedudukan beberus karbon dalam arah yang berlawanan dengan kedudukan asal.
Biasanya berus karbon diubah selang beberapa bahagian komutator.

MENUKAR ARAH PUSINGAN

N S N S

+ - + -
Arah lawan Pusingan Arah Pusingan Jam

Rajah 8 : Penukaran arah pusingan

1.6.6 Pengawalan Halaju Motor ‘Universal’


Terdapat beberapa cara yang digunakan bagi tujuan pengawalan halaju motor ini, antaranya:

1) Resistant Method (Cara rintangan)

Pengawalan halaju dilakukan dengan menyambungkan perintang boleh laras sesiri


dengan motor. Cara ini biasanya digunakan pada mesin jahit. Jumlah rintangan diubah-
ubah dengan menggunakan pedal kaki (foot pedal).
PENGAWALAN HALAJU MOTOR UNIVERSAL

Reostat Belitan Siri

MOTOR

Resistance Method

Rajah 9 : Pengawalan Halaju Motor Universal

2) Tapped Field Method

Dengan cara ini kutub medan di’tap’ pada beberapa titik dan halaju dikawal dengan
mengawal kekuatan medan. Bagi tujuan ini terdapat berbagai cara yang di buat:
i. Kutub medan dililit dalam beberapa bahagian dengan saiz dawai yang berlainan.
ii. Satu dawai nikrom dililit pada kutub medan dan beberapa punca dikeluarkan

Belitan Siri

MOTOR
Low Mid High

Tapped Field Method

Rajah 10 : Tapped Field Method

3) Centrifugal Switch Method (Cara Suis Ampar)

Motor universal terutamanya yang digunakan pada pembancuh makanan/minuman


mempunyai beberapa kelajuan. Kelajuan ini dibuat oleh satu suis ampar yang
diletakan di dalam motor dan disambungkan seperti dalam rajah.
S

MOTOR
R

Centrifugal Switch Method

Rajah 11 : Penggunaan suis ampar


phmu/ima

Suisnya adalah dari jenis boleh laras dengan bantuan satu ‘lever’ luar (pelaras). Jika
kelajuan motor meningkat melebihi yang ditetapkan oleh pelaras, suis ampar akan
membuka sesentuh dan membenarkan arus mengalir melalui perintang ‘R’ yang mana
menyebabkan kelajuan motor berkurangan. Apabila motor bergerak perlahan,
sesentuh akan tertutup dan rintangan akan dilitar-pintaskan supaya kelajuan motor
meningkat. Proses ini diulangi dengan pantas menyebabkan perubahan dalam
kelajuan tidak begitu ketara. Satu kapasitor ‘C’ digunakan merintangi sesentuh
bertujuan untuk mengurangkan bunga-api yang disebabkan oleh proses membuka
dan menutup sesentuh. Ia juga dapat menghindarkan sesentuh dari terhakis.

1.7 Motor Segerak ( Synchronous Motor ).

1.7.1 Binaan Motor Segerak ( Synchronous Motor ).

Binaannya sama dengan pengulang-alik jenis medan berkisar angkir pegun. Statornya dibelit
dengan belitan tiga fasa sementara rotor dibuat dua bentuk iaitu sama ada kutub tonjol atau
kutub selinder rata Motor segerak ini memerlukan ujaan arus terus (AT) dari luar dan
dibekalkan ke rotor melalui gelang gelincir.

1.7.2 Kendalian Motor Segerak ( Synchronous Motor )

Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan. putaran medan magnet akan wujud pada stator motor
itu. Bagi motor segerak berukuran kecil, rotor dibuat daripada magnet kekal (Tidak
memerlukan ujaan arus terus). maka motor akan terus berputar mengikut arah putaran medan
magnet stator pada kelajuan kesegerakan kerana rotor seolah-olah telah terkunci oleh medan
magnet stator.
Bagi motor segerak yang berukuran sederhana, rotornya mempunyai belitan bersama-sama
sangkar tupai. Semasa motor mula dihidupkan, putaran rotor diwujudkan dengan cara aruhan.
Rotor akan terus berputar dengan sangkar tupai. Apabila kelajuan ini hampir mencapai
kelajuan kesegerakan, bekalan arus terus diujakan kepada rotor motor itu. Medan magnet
rotor yang baru itu seolah-olah dikunci oleh putaran medan magnet stator dan motor itu akan
terus berputar pada kelajuan kesegerakan.

Bagi motor yang berukuran besar, rotor motor itu akan dipusingkan dahulu dengan bantuan
penggerak dari luar pada arah yang sama dengan arah putaran medan magnet stator. Bila
kelajuan motor itu hampir mencapai kelajuan kesegerakan, barulah bekalan arus terus diuja
pada rotor dan motor itu akan terus berputar pada kelajuan kesegerakan. Ketika itu barulah
penggerak bantuan ditanggalkan dari rotor itu.

1.7.3 Ciri-ciri

Kelajuan motor ini tetap dan kelajuan rotornya sama dengan kelajuan kesegerakan. Faktor
kuasa motor ini boleh dilaraskan dengan mengubah nilai ujaan arus terus yang diberikan pada
rotor. Jika nilainya lebih, faktor kuasa akan mendahului dan jika nilainya rendah, faktor kuasa
akan menyusul. Semakin besar rotor motor ini, semakin tinggi kecekapannya dan biasanya ia
hanya digunakan pada satu arah putaran sahaja serta tidak membawa beban yang berat.

1.7.4 Kegunaan

Motor ini biasanya digunakan untuk melakukan kerja-keria yang memerlukan kelajuan yang
tetap dan terus menerus seperti pum, pemampat dan sebagainya kerana kecekapan motor
ini tinggi. Selain daripada itu, motor ini juga digunakan untuk membaiki faktor kuasa bekalan
serta memperbaiki voltan pada talian.

SOALAN

6. Nyatakan 7 bahagian utama motor elektrik a.u


i. ..................................................................
ii. ..................................................................
iii. ...................................................................
iv. ...................................................................
v. ...................................................................
vi. ...................................................................

7. Berikan tiga jenis motor AU.


i. . .......................................................................
ii ..........................................................................
iii. .........................................................................

8. Senaraikan 3 jenis motor penghidup kapasitor


i. .........................................................................
ii. ........................................................................
iii. .......................................................................

9. Nyatakan keburukan Motor Tolakan


.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

10. Terangkan bagaimana suis empar berfungsi pada motor.


................................................................................................................................
................................................................................................................................
KEROSAKAN MOTOR DAN SEBAB-SEBABNYA.
Jenis Kerosakan Sebab-sebab

Motor pegun a. Penggunaan motor yang salah untuk tujuan


tertentu.
b. Beban lampau.
c. Voltan rendah.
d. Bebola alas terkunci (Mechanical locking in
bearing).
e. Kawalan rintangan yang salah pada motor
slip ring.
f. Litar terbuka

Motor tidak mencapai kelajuan a. Voltan terlalu rendah.


b. Bar rotor pecah.
c. Kawalan rintangan tidak baik pada slip ring
motor

Bila motor dibebankan slip bertambah a. Voltan rendah.


b. Beban lampau.
c. Sambungan salah

Motor mengambil masa yang lama a. Beban lampau.


untuk mencapai kelajuan b. Rotor sangkar tupai cacat

Putaran salah a. Turutan fasa salah

Motor terlalu panas semasa beroperasi a. Beban lampau.


b. Salah satu fasa terbuka.
c. Pengudaraan tidak baik.
d. Lilitan stator litar pintas.
e. Voltan terlalu tinggi.
f. Voltan rendah.
g. Voltan tidak seimbang.

Bunyi bising a. Ruang udara tidak sekata.


b. Bebola (bearing) rosak atau longgar.
c. Rotor tidak seimbang

Percikan api pada slip ring a. Kualiti berus karbon yang tidak baik.
b. Motor dibeban lampau.
c. Periksa tekanan berus karbon.

Suhu di slip ring tinggi a. Pengudaraan yang tidak baik.


Motor bergetar a. AIigment tidak betul.
b. Kerosakan mekanikal (weak foundation).
c. Bebola (bearing) rosak.
d. Rotor tidak seimbang

Alas bebola (bearing) menjadi panas a. Gris berkurangan.


b. Beban berlebihan / Terlampau beban

Alas bebola bunyi (bearing knock) a. Bebola yang pecah.


b. Ada bahan lain dalam alas

Jadual kerosakan motor


Bahagian Kerosakan Tanda-tanda kerosakan
Suis Empar -Pegas tak berfungsi - Motor terus berkendali
- Sesentuh longgar - Motor tidak dapat berkendali
Pemuat -Litar pintas - Motor tidak dapat berkendali
-Litar terbuka atau kelajuan rendah
-Tamatan longgar
-Pemuat bocor
Belitan -Litar terbuka -Motor tidak dapat berkendali
Litar pintas kecuali dibantu
-Penebatan rosak -Pemutus litar akan terpelantik
-Tamatan longgar -Fius akan memutus

3. Penyenggaraan Dan Pemeriksaan Motor A.U. Fasa Tunggal

3.1 Sebab-sebab kerja penyelenggaraan dijalankan

Terdapat beberapa sebab bagi menjalankan kerja penyenggaraan biasa pada motor
iaitu :
a) Memastikan agar motor tersebut dapat dikendalikan dengan lebih cekap
b) Untuk kawalan keselamatan
c) Menggelakkan kerosakan yang mungkin berlaku, oleh yang demikian
mengurangkan perbelanjaan membaikinya.
3.2 Masa kerja penyelenggaraan dijalankan

Tempoh atau berapa kerap bagi melakukan penyenggaraan motor adalah bergantung
kepada :
a) Keadaan tempat di mana motor tersebut dikendalikan
b) Tempoh masa motor dikendalikan

3.3 Pemeriksaan secara rambang

Semasa melakukan penyenggaraan biasa, pemeriksaan secara pandang dengar (visual


inspection) akan dibuat terlebih dahulu sebelum mematikan motor. Perkara-perkara
yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan secara pandang dengar ialah :

a) Menentukan tidak ada gegaran dan memastikan aci berputar dengan betul
b) Bunyi bising pada motor tersebut
c) Arka-arka dan bunga api di komutator motor tersebut

Pelurusan mestilah dijalankan jika aci tidak berputar dengan betul, keseimbangan pada
rotor dibuat jika ada gegaran pada motor tersebut. Menukarkan alas jika motor berbunyi
bising dan betulkan kipas motor jika ia terkena badan motor .

3.4 Penyelenggaraan pada komutator dan motor

Arka-arka dan bunga api di komutator boleh dielakkan dengan cara tersebut di bawah :

a) Membersihkan sekitar komutator.


b) Meratakan permukaan komutator.
c) Membersihkan alur-alur pada komutator.
d) Menentukan berus karbon cukup panjang di komutator atau gelang arus
e) Berus karbon mestilah bergerak dengan bebas di komutator atau gelang arus
f) Berus karbon mestilah dalam kedudukan neutral di komutator

Selepas pemeriksaan di atas dijalankan, matikan bekalan motor tersebut dan keluarkan
fius untuk keselamatan. Kemudian lakukan pemeriksaan biasa yang lain iaitu :
a) Menentukan tiada minyak pelinciran atau greasa yang berlebihan di merata-rata
mesin dan lilitan mestilah bebas dari greasa dan minyak serta membersihkan
kotoran tersebut dengan armaclean, praffin atau karbon tach
b) Selepas lilitan dibersihkan keringkan dengan kepanasan
c) Bagaimanapun alas-alas dan semua greasa nipples mestilah dimasukkan dengan
grease yang baru
d) Bersihkan segala kotoran dan habuk yang ada pada motor
e) Bersihkan ruang udara dan menentukan ia tidak tersumbat dan peredaran udara
adalah baik
f) Bolt dan nut mestilah ketat.
g) Skru atau bolt dan nut bagi punca pengalir mesti diketatkan supaya litar tidak
berlaku susutan atau percikan bunga api.
h) Pelurusan pengganding hendaklah diperiksa dengan tolok perasa (feeler gauge).
i) Suis empar (centifugal) diperiksa supaya sesentuhnya akan buka semasa dalam
kendalian bagi motor fasa tunggal (capacitor start).
j) Frame atau rangka motor diperiksa supaya tiada kerosakan mekanikal terutama
plat nama (keselamatan).
k) Motor hendaklah dihindarkan dari berkarat dan dicatkan jika perlu.
l) Penghidup motor dan gear kawalan dibersihkan dan diperiksa untuk kendalian yang
baik serta sesentuh-sesentuh dibersihkan.
m) Geganti haba diperiksa untuk kendalian semasa beban lampau dan pelarasan
kadaran arusnya juga ditentukan.
n) Litar atau punat ON atau OFF bagi kawalan jauh juga diperiksa termasuk kait punca
tersebut.
o) Periksa sambungan atau keterusan bumi dan pastikan dalam keadaan baik
terutama apabila konduit mudah lentur digunakan.
p) Lakukan ujian penebatan dan tentukan bacaannya tidak kurang daripada 1
Megaohm.
q) Kelembapan mungkin menyebabkan rintangan penebatannya rendah dan ia boleh
dibantu dengan menutup ruang udara apabila motor dalam kendalian. Suhunya
mestilah diperhatikan supaya tidak berlebihan.
r) Letakkan balik fius dan kendalikan motor tersebut
s) Selepas tiap-tiap penyenggaraan satu rekod disimpan dan catatan seperti tarikh
dan jam senggaraan dilakukan hendaklah dicatatkan.
PERATURAN IEE YANG BERKAITAN DENGAN MOTOR

Berdasarkan Peraturan IEE 552-1 hingga 552-4 serta peraturan 467-7 dan 473. Huraian
ringkas setiap peraturan itu adalah seperti yang berikut :-

476-7 Setiap motor mestilah mengadakan suis pemecil bagi memutuskan


bekalan ke motor, ke pemula motor, ke litar kawalan dan sebagainya.
Pemencil ini hendaklah dipasang di tempat yang mudah dicapai.
473-2 Peranti perlindungan boleh disambungkan ke mana-mana litar di
Sepanjang pengalir litar akhir motor dengan syarat tiada cabangan litar.
Oleh itu, peranti ini boleh dipasang di tempat yang mudah dicapai.
476-6 Perlindungan litar pintas hendaklah dipasang di tempat berlakunya
Penurunan keupayaan membawa arus iaitu di papan agihan. Peranti
pelindungan ini boleh juga dipasang pada bahagian beban dengan syarat
jarak di antara peranti perlindungan litar pintas dan titik mula keupayaan
membawa arus mula menurun tidak melebihi 3m.
552-1 Kadaran arus kabel yang digunakan untuk membawa arus
Permulaan , arus pemecutan dan arus beban motor hendaklah sekurang-
kurangnya sama dengan kadaran arus beban penuh motor itu.
552-2 Saiz kabel bagi menyuap pemutar motor aruhan gelang gelincir atau
Motor aruhan berpenukartertiban hendaklah sesuai untuk menanggung
arus permulaan dan arus bebah penuh kerana arusini lebih besar daripada
arus di pemegun / stator.
552-3 Motor yang berkadar lebih daripada 0.37KW hendaklah mempunyai
Alat kawalan yang mempunyai pelindung arus lebih ( beban lampau ) bagi
melindungi motor dan kabel antara alat kawalan itu dan motor.
552-4 Setiap motor elektrik memerlukan alat kawalan yang berikut :

1. Alat untuk mengelakkan motor daripada dihidupkan secara


Automatik selepas kegagalan bekalan. Ketetapan ini bertujuan bagi
mengelakkan bahaya apabila motor dihidupkan secara mengejut
sebaik sahaja bekalan dipulihkan semula ( gunakan pelindung tanpa
voltan ) kecuali di tempat-tempat tertentu yang tidak
membahayakan, motor itu boleh dihidupkan secara automatik.
Misalnya motor untuk kipas siling.
2. Jika terdapat lebih daripada satu kawalan yang digunakan
Untuk memberhentikan motor, ketika berlaku keadaan yang bahaya,
kesemua alat yang boleh memberhentikan motor itu hendaklah
disetkan semula sebelum motor itu boleh dihidupkan.
3. Mengadakan suis pemencil. Suis pemencil itu hendaklah
Dipasang di tempat yang sesuai ( dekat dengan motor ). Jika alat itu
jauh dari motor, alat pemencil tambahan atau alat utama yang boleh
dikunci dalam keadaan mati perlu dipasang untuk menjamin
keselamatan pengasingan litar semasa membaiki motor itu.

4. Peraturan-peraturan Elektrik 1994, Peraturan 17(2) :


Sesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula
yang berkesan untuk menghidupkan atau memberhentikannya.

Lampiran 1 : Jadual Pemeriksaan dan Penyenggaraan

Jadual yang berikut adalah merupakan butir-butir tentang pemeriksaan dan penyenggaraan
harian, bulanan dan tahunan bagi motor berkeupayaan tinggi ( 3.3 kV dan 11 kV ) dan juga
sebagai panduan bagi motor keupayaan rendah.

JADUAL PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN

Perkara Pemeriksaan/Penyelenggaraan Harian Bulanan Tahunan


Butir-butir 1. Voltan. ✓
bercatat 2. Arus dan komponen berdenyut jika ada ✓
3. Suhu bilik/sekeliling ✓
4. Suhu lilitan stator ✓
5. Getaran ✓
6. Suhu alas ✓
7. Bunyi luar biasa ✓
8. Kerosakan lain ✓
9. Masukkan grease jika perlu ✓
10. Rintangan penebat ✓
11. Penjajaran penjodoh ✓
Lilitan 1. Bau luarbiasa ✓
2. Penebat bertukar warna ✓
3. Tali pengikat pudar warna ✓
4. Sesendal longgar ✓
5. Periksa pada kabel masukan ✓
6. Erutan dan retak pada bar-bar rotor ✓
7. Mencuci bersih ✓
8. Pemanas ruang ✓
Badan 1. Karat dan kerosakan pada rotor ✓
stator 2. Periksa sekatan pada masukan dan
Penyejuk keluaran udara ✓
3. Mencuci bersih bahagian dalam tiub-tiub
penyejuk ✓
Aci dan 1. Keadaan aci jernal ✓
rotor 2. Keadaan kekunci luar biasa ✓
3. Keadaan permukaan rotor. ✓
4. Ujian peresapan dye pada alur kekunci ✓
Kipas 1. Ujian peresapan dye pada rekahan di bilah ✓
kipas. ✓
2. Mencuci bersih ✓
3. Pemberat imbangan ✓
Teras rotor 1. Kerosakan pada permukaan teras dan cuci ✓
dan stator bersih. ✓
2. Pertukaran warna dan kelonggaran pada
teras ✓
Peti punca 1. Kelonggaran di bolt sambungan. ✓
2. Pertukaran warna di punca disebabkan
oleh panas ✓

SOALAN

11. Nyatakan 2 peraturan IEE yang berkaitan dengan motor


vii. ...............................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
viii. ...............................................................................................................................
................................................................................................................................

12. Terangkan kaedah pemeriksaan secara rambang.


......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

13. Nyatakan 3 sebab mengapa kerja penyelenggaraan perlu dijalankan.


i. . .........................................................................
ii. . ........................................................................
iii. . .......................................................................

14. Nyatakan tempoh kekerapan yang perlu bagi melakukan penyelenggaraan.


.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

15. Sebutkan 2 langkah keselamatan yang perlu dilakukan sebelum pemeriksaan


lanjutan dilakukan .
i. ................................................................................................................................
ii. ................................................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai