Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : PENYENTUH

TUJUAN :
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelatih
mengenai simbol yang digunakan dalam litar kawalan motor.

PENERANGAN :
Alat perlindungan dan pensuisan amat penting dalam operasi sistern elektrik. Dalam penggunaan
teknologi moden khususnya yang berkaitan dengan sistem elektrik. adalah amat penting bagi pencipta
dan penyelenggara sistem elektrik untuk menyediakan bekalan elektrik berterusan tanpa gangguan
kepada semua mesin.
Untuk menyediakan perkhidmatan ini, adalah penting bagi anda selaku orang teknikat, mengetahui
dan rnemahami perbezaan asas di antara suis, pemutus litar, penyentuh dan geganti serta cara
operasinya. Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang perkara diatas
Penyentuh adalah suis mekanikal yang dikendalikan secara automatik (elektromagnet) , iaitu
sentuhan antara sesentuh tetap ( permanent contact) dengan sesentuh bergerak {moving contact).
Sentuhan antara sesentuh di dalam kontaktor dihasilkan oleh daya tarikan magnet yang dikawal oleh
kemagnetannya. Perrnukaan sentuhan pula berlaku apabila kernagnetan diluputkan, dimana ketika
sesentuh bergerak yang ditarik, hasil tindakan spring yang mengawalnya

Daya Tarikan Magnet

CONTOH Rajah di atas menunjukan 3 sesentuh sedia buka dan 2 sesentuh sedia tutup
Apabila bekalan dimasukan ke gelung kontaktor.

Daya Tarikan Magnet

Komponen-Komponen Penyentuh
1. Sesentuh utama ( main contacts ) - Untuk mengendalikan beban utama. Berarus besar dan
biasanya sesentuh bersaiz besar dan tebai serta ditanda dengan nombor-nornbor kecil,
contohnya 1,2,3,4,5 dan 6.
2. Sesentuh tambahan ( auxiliary contacts ) - sebagai litar kawalan dan berarus rendah. Oleh itu
sesentuhnya kecil dan bernombor besar, contohnya 13,14.21,22 dan sebagainya. Ia terbahagi
kepada dua jenis iaitu sesentuh sedia buka { normally open ) dan sesentuh sedia tutup ( normally
close)
3. Gelung kendalian ( No Volt release / No Volt coil} Ia mendapat bekalan 240 Volt atau 415
Volt. Untuk mendapatkan kemagnetan bagi penarik angker (armature) dan seterusnya menarik
pemegang sesentuh bergerak (plunger), menjadikan sesentuh sedia buka akan tertutup dan
sebaliknya.
4. Teras bergerak (angker) - Bilah magnet sementara yang tinggi kecekapannya . la
menggerakkan bar setelah geklung kendaiian rnenghasilkan daya tarikan magnet.
5. Teras tetap - terdiri dari lapisan (laminated) keluli. Teras tetap akan menjadi electromagnet
setelah gelung mendapat bekalan dan seterusnya menarik teras bergerak.
6. Spring menolak - Spring menolak teras bergerak semasa gelung kendalian diluputkan dan
seterusnya sesentuh akan kembali kepada kedudukan asal.
7. Bar bersilang - Berfungsi sebagai pemegang sesentuh bergerak secara selari yakni bertindak
serentak

semua

sesentuh.

Rajah 1:
Gambarajah asas penyentuh

Prinsip Operasi Penyentuh

a. Gelung kendalian boleh berfungsi 240 V - 1 fasa atau 415V-2 fasa biasanya ada tercatat pada
plet nama penyentuh dan gelung itu sendiri.
b. Sewaktu gelung kendalian mendapat bekalan , ia akan menghasilkan eiektromagnet pada teras
tetap.
c.

Teras tetap akan menarik teras bergerak yang terpasang bar bersilang dan dengan ini sesentuh
akan bertukar sedia buka menjadi tertutup dan sesentuh sedia tutup menjadi terbuka.

d. Apabila bekalan ke gelung kendalian diluputkan , tidak ada daya tarikan lagj, menyebabkan
spring menolak kembali bar yang terpasang sesentuh. kepada kedudukan asal.
e. Saiz penyentuh bergantung kepada beban yang hendak digunakan.
NOTA:
Sekiranya anda hendak membuat pembelian penyentuh, pastikan spesifikasi berikut hendaklah
dinyatakan;
I. Jumlah sesentuh N/0 dan N/C
II. Kadaran arus beban yang hendak digunakan
III. Bekalan bagi gelung kendalian. samaada 240VAC - 1PH, atau 415VAC-2

Contoh yang di tunjukan dalam rajah di bawah mempunyai beberapa sesentuh yang sedia buka dan
beberapa sesentuh lagi yang sedia tertutup dalam keadaan OFF. Apabila dalam keadaan ON sesentuhsesentuh yang sedia tutup akan terbuka.

Kandung
Penyentuh

Sesentuh Pegun
(Tidak Bergerak)
Spring
Sesentuh

Bar Bersilang

Pin Angker

Sesentuh Bergerak

Angker
Gelung Kendalian

Magnet Pegun(Tidak Bergerak)

Spring Menolak

Kusyen

Tapak
Punca

Rajah 2: Penyentuh

LATIHAN / SOALAN :
1. Nyatakan definisi penyentuh.

2. Terangkan gelung kendalian bagi pemyentuh.

3. Terangkan prinsip operasi penyentuh.

4. Nyatakan 2 jenis sesentuh tambahan penyentuh.

5. Nyatakan voltan kendalian penyentuh.

RUJUKAN :
1. PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK
Abd. Samad Hanif
Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2. KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
HJ. YAHYA BIN EMAT
Terbitan : IBS BUKU SDN. BHD.

Anda mungkin juga menyukai