Anda di halaman 1dari 10

Tajuk Amali : Pemula Mara-Songsang (Forward-Reverse Starter)

PENGENALAN

Kawalan adalah merupakan alat atau satu set alat yang mengurus, mengarah atau mengawal
atur tingkah laku sesuatu alat yang lain. Oleh itu, kawalan motor boleh dirumuskan sebagai satu
sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal
pergerakan motor sama ada motor satu fasa ataupun tiga fasa.

TUJUAN :

Untuk memberikan pengetahuan secara langsung tentang pemula mara-songsang motor elektrik
3 fasa.

OBJEKTIF :

Untuk pelajar memahami dan mempelajari :-


1. Tentang litar kawalan dan litar utama untuk Pemula Mara-Songsang
2. Kendalian untuk pemula AC motor berserta Pemula Mara-Songsang

3. Tentang fungsi-fungsi peralatan untuk kawalan motor elektrik.


SENARAI PERALATAN

Bil. Bahan Kuantiti


1. Sensentuh ( Contactor ) 2

2. Geganti Beban lampau (thermal overload relay)(TOR) 1

3. Punat tekan hidup-mati 2

4. Pemutus litar arus baki ( miniature circuit breaker- MCB ) 1

5. Pemutus litar teracu 3 fasa (Moulded Case Circuit Breaker 1


MCCB )
6. Lampu pandu 3

7. Kabel 2.5mm Secukupny


a
8. Kabel 1.5mm Secukupny
a
9. Penyambung kabel (connector) Secukupny
a
10. Skru Secukupny
a
11. Motor AC 3 FASA (3/4 ~ 3 H.P) 1

TEORI

Konsep Pemula Mara Songsang ini ialah sama dengan Pemula Terus Ketalian tetepi ianya
berbeza pada arah putaran motor. Motor aruhan 3 fasa boleh diubah arah putarannya dengan
menukarkan mana-mana dua dari tiga punca di motor tersebut. Seperti namanya motor starter ini
digunakan di mana motor perlu berputar dalam kedua-dua pihak (Ikut arah jam dan Anti-
Clockwise). Dengan mempunyai dua penghidup ianya dikenal sebagai Mara-Songsang.

LITAR KAWALAN

1. Penyambungan dibuat mengikut litar 1(a) or 1(b).


2. Litar ini adalah litar satu fasa. Sumber kuasa diambil daripada talian 3 fasa.
3. Penyambungan bagi neutral (N) digunakan kabel hitam.
4. Bekalan masuk diberikan untuk mengawal litar.
5. Litar akan berfungsi dan lihat operasi litar berjalan.

LITAR UTAMA

1. Penyambungan litar utama dibuat mengikut litar 2.


2. Bekalan masuk untuk litar ialah daripada 3 fasa 415 V( R, Y or B and N).
3. Penyambungan bumi 3 fasa bersama motor bumi.
4. AC Motor di sambung selepas TOR terminal.
5. Pengujian 3 fasa pada litar untuk melihat operasi penuh dari litar kawalan dan litar utama
kepada untuk AC Motor.
6. Operasi penghidup terus ke talias dapat dilihat.

LANGKAH-LANGKAH KERJA :

1. Baca dan semak dengan teliti litar utama @ litar kawalan yang telah dilukis.
2. Sediakan peralatan dan bahan sebagaimana keperluan untuk litar utama dan litar kawalan.
3. Letakkan peralatan di atas papan agihan.
4. Sambungkan litar utama dengan kabel 2.5mm2 PVC (merah, biru dan kuning).
5. Uji litar utama menggunakan meter pelbagai.
6. Sambungkan litar kawalan menggunakan kabel 1.5mm2 PVC (merah- hidup dan hitam-
neutral).
7. Uji litar kawalan menggunakan meter pelbagai.
8. Sambungkan litar untuk hidupkan yang disambungkan Forward-Reverse starter kepada
motor 3 fasa dan bekalan utama 3 fasa(sila rujuk kepada pensyarah atau pembantu
jurutera sebelum bekalan disambungkan).

Keputusan

Gambarajah 1 : Litar utama dan litar kawalan Gambarajah 2 : Apabila punat tekan start
disambung dalam satu litar berserta AC motor. (forward) ditekan, motor berpusing secara
mara bersama lampu biru (bawah) menyala.
Gambarajah 3 : Apabila punat tekan Gambarajah 4 : apabila berlaku beban lampau,
stop(merah) ditekan,motor akan berhenti, tekan seperti gambarajah di atas, semua operasi akan
pula punat start (reverse)motor begerak secara terhenti serta lampu kuning akan menyala
songsang lampu biru (atas) menyala. untuk menunjukkan amaran terhadap
kerosakan yang berlaku.

Perbincangan

1. Terangkan hasil kerja bagi Pemula Mara-Songsang

a. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik 3 fasa.


b. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan( No-volt
coil atau No-volt release ).
c. Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik 3 fasa.
d. Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam
sistem yang mengawalnya.
e. Menghidupkan motor secara berperingkat. Dihidupkan secara mara kemudian secara
songsang.
f. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan
jauh.
g. Mengelak menekan punat tekan mara dan songsang serentak ia boleh mengakibatkan
motor rosak.

2. Terangkan operasi bagi Pemula Mara-Songsang.

Kendalian Litar :
Apabila punat mara ditekan, arus akan mengalir dari "L" masuk ke punat tekan henti.
Punat tekan mara (bahagian hidup) ke sesentuh lazim tertutup (normaly closed) "R" ke
gegelung "F" dan berakhirnya ke "N".
Ini bererti gegelung mara "F" mendapat arus litar yang lengkap dan bertenaga.
Apabila sesentuh "F" bertenaga ini menyebabkan kesemua sesentuh "F" akan berkerja
yang lazimnya tertutup akan terbuka dan yang lazimnya terbuka akan tertutup.
Motor elektrik akan berputar pada arah mara disebabkan penyambungan yang mengikut
fasanya.
Motor akan terus berputar walaupun punat tekan mara dilepaskan kerana arus punat tekan
itu sebagai pelengkap litar telah diambil alih tugasnya oleh sesentuh tambahan "F"
( Dalam litar ia selari dengan symbol punat tekan hidup).
Semasa motor bergerak dalam arah mara, Apabila punat tekan songsang ditekan motor
tidak akan bergerak kearah songsang atau berhenti ini disebabkan oleh terdapanya saling
kunci mekanik yang dipasang pada sesentuh utama "F" dan "R".
Motor perlulah di matikan dahulu dengan menekan punat henti, ini menyebabkan
gegelung tenaga "F" akan kehilangan tenaga dan apabila punat tekan songsang songsang
ditekan gegelung songsang "R" akan bertenaga dan berkerja seperti "F".
Motor akan berpusing pada arah songsang kerana dua daripada fasa bekalan kemotor
diterbalikan menerusi sesentuh "R"
Apabila punat tekan henti dtekan atau berlakunya beban lampau "F" atau "R" akan
kehilangan tenaga dan ini menyebabkan kesemua litar gegelung akan berhenti beroperasi
dan ini akan menyebabkan motor terhenti.

3. Terangkan fungsi pada semua peralatan yang digunakan.

a. Sesentuh ( contactor )

Ia adalah sebagai suis yang berkonsepkan elektromagnet dan


berkendalian secara automatik apabila diberikan bekalan.
Ia terdiri daripada 2 jenis iaitu yang menggunakan bekalan 240 volt
dan 415 volt.
Sesentuh dalam penyentuh dihasilkan oleh daya tarikan magnet setelah
bekalan diberikan.
Sesentuh akan dibuka dengan menggunakan spring apabila magnet
yang dinyahcaskan.

b. Geganti Beban Lampau

Penggunaan beban yang berlebihan daripada kadar yang sebenar.


Membuka litar kawalan dan memberhentikan motor ketika berlaku
beban lampau.
Tiga jenis GBL ialah jenis terma ,magnet dan elektronik.

c. Pemurus litar arus baki

Memberikan perlindungan daripada kesan litar pintas apabila berlaku


sentuhan di antara talian positif dengan negative Fius atau Pemutus Litar

d. Pemutus litar teracu (moulded circuit breaker-MCCB)

MCCB menggunakan prinsip magnet dan haba secara gabungan. Ia


lazimnya berkadar melebihi 60A gabungan untuk kegunaan tiga fasa. Ia
mengambil alih peranan fuse switch.
Untuk memutuskan dan menyambungkan bekalan tetapi tidak sebagai
menyambungkan bekalan tetapi tidak sebagai pengasing, ini kerana ianya
dilengkapkan denganpengasing, ini kerana ianya dilengkapkan dengan
perlindungan arus lebih dan beban lebih yang telah terbina didalamnya.
Perlindungan arus bocor kebumi.

e. Punat Tekan
Melengkapkan dan membuka litar kawalan apabila ditekan.
Terdapat berbagai jenis punat tekan iaitu punat tekan hidup (on) , punat
tekan mati (off) dan juga punat tekan jog.
Tiga jenis rangka ialah jenis bulat ,empat segi dan jenis kepala cendawan.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dihuraikan dari amali pemula mara-songsang ini ialah, motor
elektrik dengan litar utama serta litar kawalan ini mampu mengubah arah putaran motor iaitu
secara mara dan songsang tetapi bukan dalam keadaan serentak. Maka kawalan secara mara
dan songsang ini sesuai digunakan untuk

RUJUKAN

http://www.onlajer.net/2012/11/penghidup-mara-sonsang.html

http://www.slideshare.net/mmh301107/jenis2-pghidup

http://www.teco.com.au/forward-reverse-starters
http://www.apexelectricals.com/corporate/products/Reversing.aspx

Anda mungkin juga menyukai