Anda di halaman 1dari 11

Kod Kertas

IKBN.A1.11.03.2(A)

Page 1 of 11

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP/KATEGORI

A1

DUTI

11 PAPAN SUIS

TASK

11.03 KOMPONEN PEMUTUS LITAR UDARA

OBJEKTIF
PENCAPAIAN PIAWAI

PELAJAR AKAN DITUNJUKKAN DENGAN CARA-CARA UNTUK


MENJALANKAN KERJA-KERJA SENGGARAAN KEATAS
PEMUTUS LITAR UDARA ACB

TAJUK

PEMUTUS LITAR UDARA

TUJUAN

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ;


1. Tujuan Ujian
2. Langkah-langkah Pengujian

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

1.

IKBN.A1.11.03.2(A)

Page 2 of 11

Tujuan Ujian

SENGGARAAN PERKAKAS SUIS PEMUTUS LITAR UDARA.


Perkara-perkara berikut adalah telah dicadangkan dan diambilkira perlu bagi
menentukan peralatan dan radas elektrik berada dalam keadaan selamat
sebelum memulakan kerja.
Bagi peralatan yang membuka dan mengatup (ON/OFF) yang
dikendalikan dengan cara elektrik menggunakan kawalan jauh adalah perlu
dimatikan punca kuasanya. Ini dapat dicapai dengan cara seperti berikut:
i.

Sebelum memulakan kerja terhadap perkakas suis, ianya perlulah


ditripkan (dipelantikkan) dahulu dan mama-mana fius serta link
(sambungan) yang bersangkutan dengan kawalan pemutus mestilah
diputuskan. Bagi perkakas suis yang dikendalikan oleh solenoid,
bekalan yang mengawal solenoid mestilah diasingkan dahulu
(tanggalkan fius kawalan).

ii.

Bagi perkakas suis yang dikendalikan oleh pegas, pegasnya haruslah


dibuangcas (discharge) dahulu dan jika pegasnya dikawal oleh motor,
bekalan ke motor haruslah dimatikan.

iii.

Bagi perkakas suis yang dikendalikan oleh pneumatic, tekanan udara


yang mengawalnya haruslah dibuangcas dahulu dan injap yang
mengawalnya mestilah dibiarkan terbuka. Semasa membuka injap
haruslah diperhatikan juga kepada tolok tekanan bagi memastikan
tekanan betul-betul berada sama dengan tekanan sekeliling.

iv.

Fius dan link yang mengawal litar mengatup/membuka mestilah


ditanggalkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.11.03.2(A)

Page 3 of 11

Sebelum melakukan sebarang kerja terhadap sesentuh tetap pada


pemutus jenis tarik keluar (drawout type), hendaklah dibuktikan bahawa litar itu
mati dan amalan keselamatan hendaklah diamalkan. Penggunaan penunjuk
voltan adalah dicadangkan dan ia perlulah diuji sebelum dan selepas
menggunakannya.
Sebarang pengatup (shutters) yang menutupi sesentuh pengasing yang
mana masih dalam keadaan hidup mestilah dikunci dan tertutup.
Risalah dari pembuat (manufactures manual) yang menerangkan cara
senggaraan dan kendalian mestilah dirujuk. Pembaikan dan penggantian alat
mestilah dari jenis yang dicadangkan oleh pembuat.
Kekerapan Senggaraan.
Kekerapan senggaraan pemutus adalah bergantung kepada jenis litar
yang dikawalnya, keadaan sekeliling dan kekerapan tripping (terpelantik).
Apabila menentukan selangan senggaraan pada sesebuah pemutus cadangan
dari pembuat pemutus mestilah dirujuk.
Ujian Diagnostik.
Teknik ujian diagnostik yang maksima digunakan bagi menentukan
keadaan peralatan dan ketahanannya. Berikut adalah teknik yang sering
digunakan terhadap pemutus jenis ini:
i.

Ujian timing and travel dan pengukuran voltan kendalian minima bagi
memutus dan mengatup akan menunjukkan kelemahan kepada
mekanisma kendalian pemutus.

ii.

Ujian kejatuhan voltan (milivolt) dan rintangan terminal bagi setiap


kutub pemutus dan ujian rintangan tebatan akan menunjukkan
keadaan kekuatan elektrikal bagi pemutus.

Pemeriksaan Kendalian Pemutus Litar Udara


Bagi memastikan pemutus ini berkendali apabila dikehendaki, adalah
dicadangkan untuk praktik setiap pemutus jenis otomatik mestilah ditripkan dan
ditutupkan (closed) pada masa selangan yang biasa. Kaedah tripping secara
kendalian gegelung trip (shunt/undervoltage) adalah dicadangkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

2.

IKBN.A1.11.03.2(A)

Page 4 of 11

SENGGARAAN BERJADUAL BAGI PEMUTUS LITAR UDARA.


Pemeriksaan.
Periksaan am.
Peperiksaan am bagi pencawang atau bilik suis mestilah dibuat terutama
kepada kebersihan, alat pemanas, pengalihudaraan dan lain-lain perkara yang
bersangkutan.
Jika terdapat sebarang pengkaratan, kebocoran minyak atau compound
ataupun sebarang bau yang luar biasa yang mungkin disebabkan oleh lampau
panas dan kebisingan yang dikeluarkan oleh arka atau nat/skru yang longgar
mestilah diperbetulkan.
Pemeriksaan juga dibuat terhadap tebatan luar, mekanisma tripping,
mekanisma pengatup (shutter), sambungan bumi dan lain-lain bahagian yang
nampak kelainan (abnormality).
Pemeriksaan juga dibuat bagi memastikan alat bantuan lain, alatganti, fius
simpanan, alatukang dan lain-lain perkakas yang diperlukan bagi mengendalikan
perkakas suis dalam keadaan baik dan sedia didapati.
Rombakrawat.
Selepas pemeriksaan, rombakrawat dan penggantian alat mestilah hanya
dilakukan seperti yang disenaraikan oleh pembuat. Bukan semua bahagian yang
boleh dibuka dan digantikan. Senarai berikut adalah diperlukan semasa
senggaraan:
i.

Mencuci.
Semua kotoran luaran mestilah dicuci dahulu. Apabila mencuci
perkakas suis, jangan menggunakan cotton waste. Bahan yang
digunakan mestilah bersih dan bebas daripada sebarang serabut,
butiran pasir atau besi.
Berhati-hati agar tiada sebarang habuk, serpihan besi atau
bahagian yang longgar memasuki ke dalam perkakas suis.
Bahan cecair pencuci mestilah bersesuaian dengan bahan
yang digunakan pada perkakas suis. Ada sesetengah bahan pencuci
tidak sesuai dan boleh merosakkan.

ii.

Tebatan.
Periksa dan cuci, ganti jika perlu. Porcelain dan penebat
beracuan mestilah diperiksa dan bebas dari retakan atau lain-lain
kecacatan. Lapisan papan serabut gentian atau lain bahan yang
digunakan sebagai bahan tebatan mestilah juga diperiksa. Ujian
rintangan tebatan adalah dicadangkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.11.03.2(A)

Page 5 of 11

iii.

Pemanas.
Pemanas yang digunakan mengawal kelembaban perkakas
suis mestilah dipastikan berfungsi dan diselaraskan pelaras suhunya
(thermostat) kepada suhu yang dicadangkan.

iv.

Sesentuh Utama Dan Arka.


Periksa sama ada terbakar atau serpih dan gantikan jika perlu.
Pastikan pegas memberikan tekanan yang sepatutnya dan sesentuh
berada dalam jajaran yang betul semasa mengatup dan membuka.
Adalah dijangkakan sesentuh utama dan arka akan menunjukkan
kesan terbakar tetapi tidak memberikan masalah jika kesan
terbakarnya sedikit.
Pemeriksaan kerataan permukaan sesentuh utama semasa
mengatup dapat dibuat dengan cara menggunakan sekeping kertas
putih di antara sesentuh semasa mengatup. Kesan stamping pada
kertas akan memberikan keadaan sesentuh itu.
Kesan-kesan terbakar pada bahagian tembaga dapat
dikeluarkan dengan menggunakan kertas kaca halus (kertas emery
atau carborundum tidak seharusnya digunakan). Lapisan yang
digosok harus diminimakan.
Semua sesentuh utama dan arka bagi pemutus litar dilapiskan
dengan tip logam yang istimewa (special tipped contact). Di sinilah
arka akan berlaku apabila pemutus mengatup dan membuka, oleh itu
kesan terbakar pada bahagian ini dapat dilihat.
Untuk mencuci kesan terbakar ini, Silver polish atau Autosol
digunakan. Pemeriksaan mestilah juga dilakukan kepada bahagian
pengalir beranyam mudah lentur (flexible braids) yang berkemungkinan
merekah di tempat cantuman atau penyambungan.

v.

Alat Kawalan Arka


Dan Penghalang Antara Katup (Interpole
Barriers).
Kesan-kesan karbon dan terbakar akan melekat pada bahagian ini.
Penghadang antara kutub ini dibuat daripada bahan yang serabut yang
dimampatkan serta kalis api dan jika ianya tidak dapat dicuci, ia mestilah
diganti dengan yang baru.
Sebarang bahagian penyerap arka atau alat kawalan arka mestilah
diperiksa dan bebas dari sebarang keretakan atau tersumbat. semua
kerja-kerja senggaraan dapat dilakukan dengan tepat jika merujuk kepada
buku panduan pembuat (manufacturer manual).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

v.

IKBN.A1.11.03.2(A)

Page 6 of 11

Mekanisma.
Semasa membuat pemeriksaan pada bahagian mekanisma,
perhatian harus diberikan agar tidak memasukan jari ke dalam bahagian
dalam pemutus. Tentukan clip dan pin selak berada pada tempat yang
betul.
a)

Mekanisma Pelantik (Tripping Mechanism).


Perisa dan gantikan bahagian yang haus. Adalah
mustahak memastikan permukaan mekanisma pelantik
mempunyai gelinciran yang baik dan tidak kering. Minyakkan
bahagian yang kering dengan WD40 tetapi tidak berlebihan.
Periksa gegelung solenoid (shunt trip) dan plungersnya tidak
boleh diminyakkan.

b).

Mekanisma Pengatup (Closing Mechanism).


Periksa, cuci dan gantikan bahagian yang telah haus dan
cuci jika terdapat minyak yang berlebihan. Minyak dan gris yang
berlebihan akan menyebabkan pengumpulan habuk kekotoran.
Lakukan ujian tripping semasa pemutus dalam keadaan
isolated.

vii.

Suisbantu, Alat Penunjuk Dan Kaitpunca.


Suisbantu (auxiliary switch) mestilah sentiasa bersih dan
mempunyai cantuman elektrikal yang baik kerana fungsi perlindungan
adalah bergantung kepadanya.
Alat penunjuk (indicating device) mekanikal yang menunjukkan
ON/OFF, Charge dan Discharge mestilah diperiksa dan menunjukkan
bacaan yang betul.
Kaitpunca (interlock) dan kekunci lain (castor key) haruslah diberi
perhatian kerana mungkin bersangkutan dengan lain-lain kawalan
pembumian dan kemudahan ujian. alat yang haus boleh menyebabkan
keadaan yang merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

viii.

Sesentuh Pengasing (Isolating Contact).


Kadang-kadang menggunakan jenis tulip atau butt. Bahagian
inilah yang menyambungkan pemutus dengan busbar utama. Oleh itu,
pemeriksaan perlu terhadap tekanan pegas dan jajarannya. Jika terdapat
kesan terbakar yang berlebihan, ianya patut diganti. Minyakkan bahagian
tersebut dengan petroleum gris.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.11.03.2(A)

Page 7 of 11

ix.

Geganti Perlindungan, Peralatan Dan Alatubah Perlindungan.


Disenggarakan oleh Jurutera Tatahuji sahaja. Apabila membuat
kerja-kerja mula tugas terhadap geganti dan alat perlindungan, jadual
ujian mestilah disimpan bagi tujuan rujukan dimasa hadapan. Ini
termasuklah kadaran arus yang disetkan (arus yang boleh dibawa, arus
pelantik dan sebagainya).

x.

Pendawaian Dan Fius Pendua.


Pastikan litar kawalan bebas dari lembaban dan habuk. Tentukan
rintangan tebatan dan keterusan pendawaian kepada alatubah arus,
geganti, motor pengecas pegas dan lain-lain alat kawalan yang
bersangkutan. Semua sesentuh dan palam mestilah dibersihkan. Fius
mestilah diuji keterusan dan uji sentuhannya.

xi.

Sambungan Pembumian.
Periksa semua sambungan pembumian utama dan pendua serta
pastikan sambungan berada dalam keadaan kukuh dan kuat.

xii.

Pengatup (Shutters).
Jika dipasang, kendalian mekanisma pengatup mestilah dibuat
oleh orang yang berkebenaran dan mestilah dilakukan selepas pemutus
ditarik keluar dari perumahnya. Mekanismanya perlu diperiksa dan
diminyakkan dan pastikan ia bergerak bebas semasa memasukkan
pemutus.

xiii.

Spout Perkakas Suis.


Spout dilindungi oleh pengatup, oleh itu sebelum kerja-kerja
senggaraan dilakukan adalah perlu mematikan bekalannya dahulu.
Periksa bahagian permukaannya dan pastikan bebas dari keretakan dan
arka, cuci jika perlu.

xiv.

Pengesahan/Varifikasi Akhir.
Sebelum pemutus litar dan lain-lain alat yang bersangkutan
dengannya dikendalikan, ujian tebatan mestilah dilakukan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

3.

IKBN.A1.11.03.2(A)

Page 8 of 11

SENGGARAAN POST FAULT.


Senggaraan Post Fault bermakna senggaraan yang perlu terhadap
pemutus selepas beberapa kendalian tripping disebabkan oleh kerosakan litar.
Bergantung kepada di mana pemutus itu dipasang, pemeriksaan adalah perlu
selepas berlakunya tripping apabila berlaku kerosakan litar. Apabila
pemeriksaan perlu, beberapa langkah mesti dilakukan:
i.

Mencuci.
Tebatan dan lain-lain bahagian yang diselaputi oleh
habuk/karbon
mestilah
dibersihkan/dicuci
dan
diperiksa/ditentukan bebas dari keretakan, terbakar dan lainlain kerosakan.

ii.

Sesentuh dan Alat Kawalan Arka.


Sesentuh mestilah diperiksa atas kemungkinan terbakar
atau rosak dan gantikan jika perlu. Pastikan daya tekanan
sesentuh serta jajarannya.

iii.

Mekanisma.
Mekanisma mestilah dipastikan berfungsi dengan
sempurna dan pelarasan jarak jika sesentuh utama dan arka
diganti.

iv.

Rintangan Tebatan.
Satu ujian rintangan tebatan mestilah dilakukan sebelum
kendalikan pemutus litar. Keputusan ujian mestilah direkodkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

4.

IKBN.A1.11.03.2(A)

Page 9 of 11

JADUAL SENGGARAAN YANG DICADANGKAN.


Jadual Operasi Senggaraan Untuk Pemutus Litar Udara.
Bil

Operasi Senggaraan

Senggar
aan
Post
Fault

1.

Pemeriksaan Kendalian.

2.

Pemeriksaan Umum.

3.

Mencuci.

4.

Penebatan.

5.

Penutup Pemutus Litar.

6.

Sesentuh Utama Dan Arka.

7.

Alat
Kawalan
Arka
Penghadang Antara Katup.

8.

Mekanisma.

9.

Suis Bantu, Alat Penunjuk dan


Kaitpunca.

10.

Sesentuh Pengasing

11.

Alat Lampaubeban dan Geganti


Perlindungan.

12.

Geganti Kawalan dan Alatubah


Perlindungan.

13.

Geganti Kawalan Sesentuh.

14.

Sambungan Utama.

15.

Pendawaian Pendua dan Fius.

16.

Sambungan Bumi.

17.

Pemanas.

18.

Pengatup (Shutters).

19.

Spout

20.

Busbar dan Ruangannya.

21.

Varifikasi Akhir.

22.

Alat Bantu.

23.

Ujian Diagnostik.

Jadual Senggaraan
Pemerik
saan

Rombakrawat

Dan

Jika Perlu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.11.03.2(A)

Page 10 of 11

SENGGARAAN
Sebelum ACB disenggarakan, ujian penebatan dan keterusan (IR test) perlu dilakukan
dan bacaan ujian perlu direkodkan.
1. Blow dan vacuum keseluruhan bahagian ACB hingga bersih.
2. Periksa dan ketatkan semua bolt dan nut pada ACB.
3. Letakkan pelincir yang sesuai pada roller bar.
4. Letakkan pelincir/minyak yang sesuai pada switch mechanism ACB.
5. Bersihkan main contact dan arc contact, roller contact. Lapkan dengan kain
bersih dan letakkan pelincir Vaseline (high grade gris). Cuci main contact dan
arc contact dengan fine glass paper jika perlu. (Perhatian perlu diberikan
semasa pencucian dilakukan).
6. Ujian keserataan (stamping test) pada main, dan arc contact dilakukan
menggunakan kertas putih dan kertas karbon.
7. Uji tripping mechanism untuk shunt trip coil bagi memastikan ianya dapat
beroperasi dengan baik.
8. Uji shunt trip coil untuk memastikan ianya masih dalam keadaan baik dan boleh
berfungsi dengan baik.
Setelah selesai senggaraan dilakukan, ujian penebatan dan keterusan perlu
dilakukan sekali lagi dan bandingkan hasil ujian sebelum dan selepas senggaraan.
Selepas selesai kerja-kerja senggaraan, bolehlah dimasukkan semula ACB pada
tempatnya dimana ianya dikeluarkan mengikut prosidur semasa mengeluarkannya.
Sebelum ACB boleh diONkan, semua fius yang berkaitan dengan ACB berkenaan
perlu diperiksa dan setkan semula geganti (relay) jika perlu (selepas trip).
ONkan ACB setelah bersedia dan periksa jangka berkaitan (memastikan variasi voltan
bekalan yang dibenarkan tidak melebihi +5% & -10% seperti disyaratkan).
Beritahu pengguna bekalan akan disambungkan semula pada beban. Mulakan
memberi bekalan pada beban yang besar dahulu kemudian kepada yang terkecil.
Selepas selesai penyambungan bekalan pada beban, pastikan bacaan jangkajangka berkaitan bersesuaian dengan bacaan sebelum senggaraan dilakukan ataupun
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan
Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.11.03.2(A)

Page 11 of 11

ianya akan bertambah baik. Pastikan faktor kuasa bersesuaian apabila beban telah
sepenuhnya digunakan.
Catatkan semua keadaan yang berlaku dan kerja-kerja senggaraan yang telah
dilakukan dalam buku log Papan Suis. Batalkan PTW serahkan pada yang berkenaan
(jika perlu).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai