Anda di halaman 1dari 6

Tajuk tugasan : Menukar black box 400Amp yang terbakar pada Pencawang Atas

Tiang.
Tarikh tugasan : 12 Jun 2011
Lokasi tugasan : Kilang lama kulim Kedah Darul Aman.
Nama Penyelia: En Zaidi Bin Abu Bakar
Keterangan tugasan
Black box 400A perlu ditukar baru kerana Black box sedia ada terbakar.

Senarai peralatan yang digunakan


Kon keselamatan
Tangga
Pemotong kabel (cutter)
Spanar hidup
Spanar richerd
Test pen
Tali

Senarai bahan yang digunakan


Black box 400A
Breaket black box
Piercing conector

Prosidur keselamatan
Aspek keselamatan amat dititik beratkan dalam melakukan kerja bagi menjamin
keselamatan pekerja-pekerja seperti:
Memakai pakaian perlindungan diri PPD
Memastikan persekitaran melakukan kerja dalam keadaan selamat.
Mendengar arahan daripada penyelia sebelum menjalankan kerja.
Pastikan kerja dilakukan dalam keadaan litar MATI.
Jangan bermain,bergurau semasa menjalankan kerja.
Pastikan peralatan yang digunakan untuk menjalankan kerja diperiksa dengan
betul agar peralatan yang digunakan tidak membahayakan pengguna.
Prosidur kerja
Kerja dimulakan dengan meletakkan kon keselamatan pada jalan,kerana kerja
dilakukan pada tepi jalan yang sibuk.
Matikan bekalan pada drop fius terlebih dahulu.Sebelum menjalankan kerja
pastikan litar betul-betul telah mati menggunakan test pen.
Kemudian potongkan kabel yang disambung pada black box terlebih dahulu.
Gambar menunjukkan black box 400A yang terbakar

Selepas kabel dipotong tanggalkan black box dengan membuka breaket black
box.

Gambar menunjukkan black box terbakar yang telah ditanggalkan.


Selepas black box ditanggalkan pasangkan breaket pada black box baru dan
pasangkan black box pada tiang semula.
Gunakan spanar untuk mengetatkan breaket pada tiang.

Gambar menunjukkan pekerja sedang memasang black box dan mengetatkan black
box pada tiang.Kemudian kupaskan penebat pada kabel menggunakan pisau dan
sambungkan pada terminal black box 400A.

Gambar menunjukkan pekerja mengupas kabel dan mengetatkan nat pada terminal
kabel di tempatkan
.
Selesai kabel diketatkan pada black box,pasangkan penutup pada bahagian
terminal supaya air tidak masuk.
Pastikan terminal kabel nat diketatkan dengan kuat.
Kemudian pasangkan penutup fius yang siap dipasang fius 160A pada bahagian
bawah black box.

Gambar menunjukkan black box 400A siap dipasangkan fius 160A.

Setelah kerja mengantikan blackbox telah siap,drop fius yang di tanggalkan


disambungkan semula untun memberikan bekalan pada black box.

Gambar menunjukkan galah digunakan untuk menyambungkan semula drop fius.


Periksa kehadiran voltan pada black box menggunakan test pen,jika arus ada
sambungan drop fius baik.
Periksa voltan menggunakan voltage indicator dan bacaan mesti 400V +10
-6.
Jika semuanya dalam keadaan baik,fius bolehlah disambungkan pada black
box,kerja ini dilakukan oleh CP.
Setelah fius dimasukkan,periksa kehadiran arus selepas fius dipasang,jika ada
fius dalam keadaan baik.
Akhir sekali kemas barang-barang dan kerja selesai.

Jenis ujian

Ujian keterusan fius ujian ini bertujuan memastikan fius yang akan
digunakan dalam keadaan baik atau tidak.
Ujian nilai voltan ujian ini bertujuan memastikan voltan mengikut
spesifikasi iaitu 400V +10 -6.

Kesimpulan
Hasil kerja pemasangan blackbox ini saya:
Bekalan dapat disalurkan semula kepada pengguna yang terlibat.
Dapat mempelajari cara memasang black box 400A.
Dapat menyesuaikan diri untuk bekerja dalam satu kumpulan.

Sumber rujukkan
Rujukkan daripada staf TNB dalam kumpulan SAVR.
Rujukkan daripada buku nota ILSAS.

Pengesahan Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Cop :

Anda mungkin juga menyukai