Anda di halaman 1dari 11

TALIAN ATAS - SAMBAT DIDAL

Sambat Didal adalah sejenis ikatan yang dipasang untuk membuat Umbang.
Umbang berfungsi untuk mengimbangi daya-daya yang dihasilkan oleh
tegangan dawai pengalir dan daya tiupan angin supaya tiang sentiasa tegak.
Sambat Didal adalah sebahagian daripada bahagian Umbang.

Gambar 1: Sambat Didal

Dengan kata lain umbang hanyalah penyokong tiang...bukan sistem


pembumian (earthing)...
Gambar 2: Umbang (dalam kawasan latihan)

Tapi ada juga tiang tambahan dipasang condong digunakan untuk menjadi
penyokong kepada tiang elektrik...

Kerja-kerja Sambat Didal ni kerja berat...kalau ladies yang buat memang


boleh menangis dan akan mengambil masa yang lama...yang lelaki pulak
semua nak tunjuk hebat...

Peralatan dan bahan yang diperlukan:


(1) Pengalir aluminium 100mm2
(2) Didal
(3) Dawai pengalir
(4) Pemotong dawai
(5) Besi perapat (alat yang digunakan untuk membuat lilitan)
(6) Penukul
(7) Pita pengukur
(8) Pemotong pengalir
Langkah-langkah membuat sambat didal:-
Langkah 1: Bengkokkan dawai pengalir 90°.

Langkah 2: Bengkokkan lagi dawai pengalir 90°. Pastikan jarak antara sudut
adalah panjang lilitan dalaman didal.

Langkah 3: Bengkokkan dawai pengalir yang berada diantara dua sudut 90°.
Bengkok sehingga kedua-dua penjuru sudut 90° bertemu.
Langkah 4: Ceraikan dawai pengalir (hujung) satu per satu untuk melilit
dawai pengalir menggunakan besi perapat mengikut kiraan lilitan yang betul.
Langkah 5: Potong dawai pengalir lilitan yang berlebihan.

Langkah 6: Ulang langkah 4 dan 5 mengikut bilangan lilitan yang betul.


PENGGUNAAN TANGGA DAN TEKNIK IKATAN PADA TANGGA TALIAN ATAS
VOLTAN RENDAH

PENGGUNAAN TANGGA

Tangga sangat penting dalam kerja-kerja talian atas (overhead). Walaupun ada juga
yang menggunakan mesin angkat atau Skylift, tangga lebih murah dan telah
diamalkan sekian lama dan lebih selamat jika teknik dan cara yang betul digunakan.

Tangga perlu dinaikan pada paras dimana kerja akan dilakukan. Kedudukan tangga
mestilah kukuh.
Gambar 1: Gambaran kedudukan tangga pada tiang

MENDIRIKAN TANGGA

Tangga boleh didirikan secara menegak atau secara mendatar. Tangga hendaklah
didirikan oleh 2 orang. Seorang menolak (dirikan) tangga dan seorang lagi
menahan tangga (menggunakan kaki).

Gambar 2: Tangga yang didirikan secara menegak/mendatar

Untuk mendirikan tangga, seorang yang menolak tangga mestilah bergerak


kehadapan menuju rakan yang menahan tangga.

Gambar 3: Mendirikan tangga

KEDUDUKAN SEMASA MENAIKI TANGGA

Semasa menaiki tangga dan semasa melakukan kerja, seorang rakan adalah wajib
menahan atau memegang tangga dari bawah bagi mengelakan tangga jatuh.
Gambar 4: Menahan tangga semasa menaiki tangga

LILITAN TALI DI TANGGA PADA TIANG

Setelah sampai pada kedudukan melakukan kerja di atas tangga, tangga perlu
diikat pada tiang bagi mengurangkan risiko tiang tumbang. Sebelum mengikat tali
keselamatan tersebut, tali pinggang keselamatan abah-abah (harness) perlu dililit
sementara tali keselamatan yang sebenar diikat pada tiang.
Gambar 5: Lilitan tali abah-abah pada tiang

Teknik ikatan tali pada tiang adalah seperti berikut:

Langkah 1 - Ukur panjang tali kepada 4 hasta, kemudian ikut langkah-langkah bagi mengikat tali pada
tangga di tiang.

Langkah 2 -

Langkah 3 -

Langkah 4 -
Langkah 5 -

Langkah 6 -

Dan hasilnya adalah seperti berikut:-


Gambar 6: Lilitan tali keselamatan pada tangga di tiang (anggap kabel sebagai anak tangga)

Anda mungkin juga menyukai