Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN TALIAN ATAS # 12

Tarikh Mula : 29 July 2001


Tempat / Lokasi : Bengkel IKBN Dusun Tua
Tarikh Siap : 29 July 2001
Pegawai Yang Menyelia : En. Sukri Bin Hussin
En. Shofi Bin Md Saad

Tugas : Membuat Simpai Sesalur Terus Bersudut Untuk Pengalir Bersalut PVC

Tujuan : Mempelajari Cara-Cara dan Teknik Membuat Untuk Simpai Sesalur Bersudut
Terus Untuk Pengalir Bersalut PVC

Þ Peralatan Yang Digunakan :

1. Combination Plier (bersaiz 6”)


2. Pemotong Dawai (Wire Cutter)
3. Tali Pengukur
4. Pen Penanda

Þ Bahan Kerja Yang Di Gunakan :

1. Pengalir Bersalut PVC 600/1000V bersaiz 6 mm2 (7/1.04 mm) – 1 meter


2. Dawai Penyimpai PVC bersaiz 1.5 mm2 – 3 meter
3. Penebat Belenggu (Shackle Insulator)

Gambar Penebat Belenggu (Shackle Insulator)


Þ Nota :

Kerja-kerja membuat simpai sesalur terus bersudut untuk pengalir bersalut PVC ini telah
dilakukan di bengkel Penjaga Jentera di IKBN Dusun Tua. Simpai sesalur terus bersudut yang
dibuat ini telah diawasi oleh tenaga pengajar penjaga jentera sebelum kami melakukan kerja di
tempat kerja yang sebenar.

Þ Pengenalan :

1. Simpai sesalur terus bersudut ini digunakan pada pengalir bersalut PVC yang kedudukan
tiangnya bersudut.
2. Bertujuan untuk mengikat pengalir bersalut pada lurah penebat belenggu (Shackle) agar
kedudukan pengalir kemas dan selamat.
3. Pengalir hendaklah ditempatkan diantara pendakap “D” dan penebat belenggu.

Þ Langkah-Langkah Membuat Simpai Sesalur Terus Bersudut Untuk Pengalir Bersalut


PVC :

1. Luruskan pengalir bersalut PVC yang panjangnya 1 meter dan bentukkan sudut 30 o pada
pengalir tersebut.
2. Tandakan pengalir tepat pada tengah-tengah penebat belenggu dengan menggunakan pen
penanda.
3. Potong dawai simpai bersalut PVC lebih kurang 3000 mm bersaiz 1.5 mm2.
4. Dawai simpai tersebut dibahagikan kepada dua (2) bahagian sama panjang/banyak.
5. Sebelum membuat simpai perhatikan kedudukan penebat belenggu hendaklah betul
(Bahagian licin penebat belenggu hendaklah berada dibahagian atas dan yang kasar
dibahagian bawah.
6. Satu bahagian penyimpai (namakannya bahagian “A” dan satu lagi bahagian “B”).
Bahagian “A” hendaklah dililitkan hingga lapan (8) pusingan dan dibahagian “B” juga
lapan (8) pusingan supaya lilitan pada dawai pengalir tersebut didapati 16 lilitan.
7. Larikan dawai penyimpai “A” melengkungi leher penebat belenggu ke bahagian “B” dan
dawai penyimpai “A” hendaklah membuat 1 ½ lilitan pada dawai pengalir tersebut.
(** Setelah dawai penyimpai membuat 1 ½ lilitan, kedudukan penyimpai “A”
hendaklah
berada di bahagian bawah pengalir)
8. Larikan dawai penyimpai “B” melengkungi leher penebat belenggu ke bahagian “A” dan
dawai penyimpai “B” hendaklah membuat 1 ½ lilitan pada dawai pengalir tersebut.
(** Setelah dawai penyimpai membuat 1 ½ lilitan, kedudukan penyimpai “B”
hendaklah
berada di bahagian bawah pengalir).
9. Sesudah membuat 1 ½ lilitan pada pengalir seperti Langkah 7 dan 8, maka hendaklah
diulang semula cara simpaian tersebut.
10. Larikan dawai penyimpai “A” melengkungi leher penebat belenggu ke bahagian “B” dan
seterusnya hendaklah membuat 6 lilitan penamat pada dawai pengalir tersebut.
11. Dan juga, larikan dawai penyimpai “B” melengkungi leher penebat belenggu ke bahagian
“A” dan seterusnya hendaklah membuat 6 lilitan penamat pada dawai pengalir tersebut.
12. Untuk pematian, lilitan yang terakhir hendaklah direnggangkan supaya hujung dawai
penyimpai dapat diselitkan masuk ke dalam lilitan yang terakhir sebelum dipotong.
13. Lakukan Langkah 12 untuk kedua-dua belah hujung dawai penyimpai.
14. Dawai penyimpai hendaklah dipotong ditengah-tengah dawai pengalir di bahagian
belakang.

Gambar Simpai Sesalur Terus Bersudut Untuk Pengalir Bersalut PVC


Þ Ulasan :

Selepas kerja membuat simpai sesalur terus bersudut untuk pengalir bersalut PVC ini
dilakukan, kita dapat mengetahui dan mempelajari cara-cara dan teknik yang betul untuk
membuat simpai sesalur terus bersudut untuk pengalir bersalut PVC.

Tujuan membuat simpai sesalur terus bersudut untuk pengalir bersalut PVC adalah
untuk mempastikan dawai pengalir berada pada kedudukannya di dalam keadaan yang kemas
dan tetap di setiap penyokong tiang elektrik.
Gambar Tiang Sesalur Terus Untuk Pengalir Bersalut PVC

LAPORAN TALIAN ATAS # 12

Þ Komen :

---------------------------------------------------
TANDATANGAN ORANG KOMPETEN ----------------------------------------------------
NAMA : En. Mohd Hafiz Bin Omar TANDATANGAN MAJIKAN
NO. PERAKUAN : __________________ NAMA : En Shahsolkarib Bin Kamaruddin
COP SYARIKAT :

Anda mungkin juga menyukai