Anda di halaman 1dari 8

UNIT ELEKTRIK

KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH


KM 3 JALAN TANAH MERAH-MACHANG
17500 TANAH MERAH KELANTAN

KERTAS PENERANGAN

KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK

SEMESTER 3

KOD MODUL & TAJUK ETE302: ASAS KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

BIL KOMPETENSI K7 – MENGUJI PERALATAN DAN MENJADUALKAN


DATA LITAR ANALOG
Di akhir modul ini, para pelajar akan dapat:

 Menjelaskan teori semikonduktor


 Mengamalkan pengendalian peranti
semikonduktor dengan betul
 Mengenal pasti komponen-komponen
semikonduktor dan menjelaskan operasi dan aplikasinya
OBJEKTIF PENCAPAIAN  Menggunakan lembaran data untuk memilih
AKHIRAN / TERMINAL peranti-peranti semikonduktor
 Menguji komponen-komponen semikonduktor
PERFORMANCE menggunakan pelbagai peralatan pengujian untuk memastikannya
OBJECTIVE berfungsi dengan baik
 Menganalisis ciri-ciri arus voltan untuk simpang
PN.
 Membina dan mengira data litar analog
menggunakan peralatan pengujian yang betul dan menjadualkan data
tersebut.

NO. KOD / CODE NO. ETE302/K7

NAMA MURID Tarikh:


NO. KOD / CODE NO. ETE302/K7 Muka: 02

7.1 Litar Bekalan Kuasa AT:

 Litar bekalan kuasa diperlukan bagi semua peralatan elektrik pengguna


 Kebanyakan alatan memerlukan bekalana AT, oleh itu litar bekalan kuasa akan
menukarkan bekalan AU ke nilai AT
 Litar bekalan kuasa pada asasnya digambarkan seperti rajah blok berikut:

A B C D E

Pengubah Penerus Penapis Penstabil Beban

 Fungsi Setiap Bahagian Blok:

A: Merendah atau meninggikan voltan masukan


B: Menukarkan nilai AU kepada AT atau membenarkan arus
mengalir sehala sahaja
C: Melicinkan voltan berdenyut dari keluaran penerus
D: Menetapkan nilai voltan keluaran jika berlaku perubahan
dalam voltan masukan. Contohnya diod Zener IC7809,7812

 Litar penerus adalah bahagian yang penting dalam litar bekalan kuasa, dimana
ia berfungsi menukarkan gelombang AU kepada gelombang AT berdenyut

7.2 Penerus Gelombang Separuh

 Merujuk rajah pada lampiran, transfomer T1 berfungsi merendahkan nilai


voltan AU dari 240V ke nilai dikehendaki contohnya 9 V
NO. KOD / CODE NO. ETE302/K7 Muka: 03

 Semasa setengah kitar positif diterima oleh diod, satu kekutuban akan terbina
pada beban, ketika ini diod dipincang hadapan

 Ketika diod menerima setengah kitar negatif, diod berada pada pincang
songsang, oleh itu arus tidak mengalir melalui beban (Voltan keluaran beban
sifar)

 Hasilnya hanya voltan positif sahaja yang dibenarkan melalui diod tersebut

 Penerus gelombang separuh ini mempunyai keburukan, iaitu bernilai sifar pada
ketika kitar negatif, oleh itu satu litar penapis yang besar diperlukan.

7.3 Penerus Gelombang Penuh

 Litar penerus gelombang penuh memerlukan transfomer(pengubah) sadap


tengah untuk memisahkan fasa masukan AU kepada separuh kitar negatif dan
separuh kitar positif

 Semasa setengah kitar positif diterima titik X adalah posif, titik Z adalah negatif
dan titik Y adalah sadap tengah dan nilainya sifar (0V)

 Arus akan melalui RL dan D1 yang dipincang hadapan, ketika ini D2 tidak
membenarkan arus mengalir melaluinya kerana ia pincang songsang.

 Semasa separuh kitar negatif, arus akan bertukar melalui RL dan D2 kerana ia
dipincang hadapan. D1 tidak membenarkan arus mengalir melaluinya kerana ia
dalam keadaan pincang songsang.

 Tindakan kedua-dua diod menyebabkan terdapat dua kali puncak gelombang


berlaku berbanding penerus gelombang separuh. Ini menyebabkan juga
frekuensi menjadi 100Hz
NO. KOD / CODE NO. ETE302/K7 Muka: 04

 Kelebihan: mendapat hantaran dua kali voltan puncak ke beban

 Kekurangan: hanya separuh nilai voltan sekunder sahaja didapati.

7.4 Penerus Gelombang Titi/Tetimbang

 Penerus gelombang titi ini merupakan penerus gelombang penuh menggunakan


4 diod kuasa

 Semasa kitar positif AU mengalir dari punca positif melalui diod D1, kebeban,
melalui diod D3 dan kembali kepunca negatif pengubah

 Pada masa ini diod D1 dan D3 dalam keadaan pincang hadapan manakala diod
D2 dan D4 dalam keadaan pincang songsang. Voltan keluaran adalah dalam
bentuk voltan AT berdenyut.

 Semasa kitar negatif, arus AU mengalir dari punca negatif melalui diod D2, ke
beban, melalui diod D4 dan kembali ke punca positif pengubah.
NO. KOD / CODE NO. ETE302/K7 Muka: 05

 Pada masa ini diod D2 dan D4 dalam keadaan pincang hadapan manakla diod
D1 dan D3 dalam keadaan pincang songsang. Voltan keluaran adalah dalam
bentuk voltan AT berdenyut.

7.5 Litar Penapis

 Gelombang AT berdeenyut yang terhasil pada keluaran kesemua jenis penerus


yang diatas perlu diperbaiki supaya menjadi gelombang AT tulin.

 Keadaan ini boleh didapati dengan menggunakan litar penapis, dan antara jenis
penapis yang selalu digunakan ialah:

i) penapis jenis RC
ii) penapis jenis p menggunakan cok dengan pemuat
iii) penapis jenis p menggunakan perintang dengan pemuat

i) Penapis jenis RC

 Menggunakan satu pemuat elektrolitik bernilai besar yang disambung


selari dengan perintang
 Voltan masukan AT berdenyut akan mengecas pemuat ke nilai maksimum
(semasa nilai denyut tinggi) dan pemuat akan menyahcas melalui R
kesatu nilai voltan yang ditetapkan (semasa denyut berkurangan ke nilai
sifar).
 Proses ini akan berulang dan menghasilkan gelombang AT beriak.

ii) Penapis jenis p menggunakan cok dengan pemuat


NO. KOD / CODE NO. ETE302/K7 Muka: 06

 Litar ini menggunakan satu cok (pearoh) dan dua pemuat


 Ia boleh membekalkan arus yang lebih tinggi kepada litar beban
 Dua pemuat dan cook digunakan untuk meningkatkan keupayaan
menyimpan cas dan ini meningkatkan keupayaan menapis gelombang AT
dan seterusnya mengurangkan kesan riak

iii) penapis jenis p menggunakan perintang dengan pemuat

 litar ini menggunakan satu perintang dan dua pemuat elektrolitik


 litar ini digunakan dalam litar yang memerlukan arus dan voltan rendah
 pemuat bernilai tinggi digunakan kerana voltan riak melebihi penapis jenis
p-LC

7.6 Litar Pengatur

 Dalam kebanyakan peralatan elktronik, penggunaan bekalan kuasa yang teratur


amat diperlukan
 Pengatur voltan bermaksud bekalan kuasa akan menghantar arus malar kepada
beban
 Tujuan utama litar pengatur ialah untuk mengawal voltan keluaran AT agar
senantiasa tetap walaupun mendapat perubahan pada voltan masukan.
 Terdapat dua jenis litar pengatur:

i) Pengatur Siri
ii) Pengatur Selari
NO. KOD / CODE NO. ETE302/K7 Muka: 07

i) Pengatur Siri

 Amatan pemungut dan pengeluar di sambung siri dengan RL


 Diod zener disambung pada tapak, bertindak sebagai punca voltan
rujukan untuk transistor
 Apabila voltan masukan bertambah diterima oleh litar pengatur, arus
dihantar kebeban
 Oleh kerana R1 dan diod zener dalam keadaan siri, susut voltan R1
bertambah. Dengan itu voltan tapak sentiasa malar dan ini memolehkan
arus malar mengalir melalui transistor dan beban RL

ii) Pengatur Selari

 Dipanggil pengatur selari kerana beban RL disambung selari dengan tamatan


pemungut dan pengeluar transistor
 Kendalianya sama dengan pengataur siri
NO. KOD / CODE NO. ETE302/K7 Muka: 08

Anda mungkin juga menyukai