Anda di halaman 1dari 5

1.

Terangkan beserta dengan bantuan gambarajah peringkat demi peringkat


kejadian pembentukan simpang, bagaimana terwujudnya voltan sawar akibat
kejadian ini.
Elektron-elektron bebas dan hol akan cuba bergerak ke cabang P dan N.
Elektron dalam bahan N akan tertarik untuk mengisi hol-hol dalam bahan jenis
P. Oleh itu berlaku penyeberangan elekron-elektron dari bahan jenis-N ke
bahan jenis-P( Rajah 2.6 ).
Kombinasi ini menyebabkan atom-atom berdekatan cantuman menjadi neutral
(kawasan tersebut tidak mempunyai pembawa-pembawa arus).

Penyeberangan elektron - hol akan terhenti. Kawasan nuetral tanpa pembawa


arus ini dikenali sebagai Kawasan Kesusutan. (Rajah 2.7).

Ion positif dan negatif di sekitar cantuman menyebabkan terdapatnya beza


upaya di antara dua bahan. Keupayaan positif di sebelah bahan jenis-N, dan
keupayaan negatif di sebelah bahan jenis-P.

Bezaupaya ini sama seperti sebuah bateri kecil di mana bezaupaya ini dikenali
sebagai Voltan Sawar.

2. Lukiskan dan jelaskan secara ringkas maksud voltan pincang hadapan dan
voltan pincang songsang.

Punca Negatif disambungkan ke bahan jenis-N dan Punca Positif


disambungkan ke bahan jenis-P.
Pincang Songsang/Balikan (Vs)

Takrifan : Bahan jenis-N mendapat bekalan voltan positif dan bahan jenis-P
mendapat voltan negatif, voltan pincang itu disebut voltan Pincang Songsang
(Vs)
3. Terangkan kesan ke atas keluasan kawasan kesusutan, rintangan simpang,
pengaliran arus apabila simpang P-N dibekalkan Voltan Pincang Depan.

Jawapan :

 Elektron dalam bahan N akan tertolak menghala ke kawasan cantuman


menyebabkan kawasan kesusutan menjadi nipis (kecil) dan kerintangannya
turut berkurangan.
 Apabila Voltan pincang ditambah sehingga mengatasi Voltan sawar (0.3V
untuk semikonduktor Germanium dan 0.7V untuk semikonduktor Silikon),
kerintangan cantuman P-N menjadi rendah maka elektron-elektron akan
dapat menyeberangi kawasan cantuman dan cuba menuju ke punca positif
bekalan.
 Pengaliran arus elektron mula berlaku.
 Jika nilai Voltan pincang ditambah lagi, arus akan semakin meningkat
menyebabkan dan kerintangan cantuman semakin rendah.
 Semakin tinggi voltan, semakin rendah kerintangan cantuman dan semakin
meningkat nilai arus.
 Arus ini disebut Arus Depan ( ID ). Kerintangan cantumannya yang semakin
kecil itu disebut Kerintangan Depan (RD) .
 Kerintangan Depan ini akan menyebabkan voltan yang merentasi kawasan
kawasan cantuman itu semakin susut, sehinggalah nilainya akan menyamai
lebih kurang nilai voltan sawar sesuatu bahan iaitu 0.3V untuk Germanium
dan 0.7V untuk Silikon.
4. Terangkan kesan ke atas keluasan kawasan kesusutan, rintangan simpang,
pengaliran arus apabila simpang P-N dibekalkan Voltan Pincang Songsang.

Jawapan:

 Elektron-elektron dalam bahan N akan tertarik ke terminal positif bekalan Vs.


Ini menyebabkan kawasan kesusutan bertambah luas.

 Rintangan cantuman turut menjadi tinggi, Ia disebut sebagai Kerintangan


Songsang – Rs.

 Oleh itu tiada pengaliran arus elektron yang berlaku melintasi kawasan
cantuman.

 Semakin tinggi nilai Vs, semakin besar luas kawasan kesusutan dan
kerintangannya juga turut menjadi tinggi. Maka arus tidak dapat langsung
mengalir melaluinya.
5. Terangkan mengapa berlakunya kejadian Pecah tebat.

 Jika cantuman P-N dibekalkan dengan voltan pincang songsang yang


terlalu tinggi nilainya, ia akan mengganggu kestabilan ikatan kovalen .
Elektron akan tertarik kepada keupayaan positif dan terbebas sebagai
pembawa arus.

 Elektron-elektron yang terbebas ini akan melanggar ikatan-ikatan yang


lain.

 Pengaliran arus songsang akan berlaku dan nilainya akan menjadi tinggi
secara mendadak.

 Takat ini dikenali sebagai takat pecah tebat.

 Ini boleh menyebabkan cantuman P-N terbakar.

 Untuk mengatasinya, voltan pincang songsang yang paling maksimum


yang boleh dibekalkan pada cantuman P-N ini mestilah tidak melebihi
voltan takat pecah tebat.

6. Jelaskan kaitan Arus Bocor dengan kenaikan dan kejatuhan suhu.

 Ia adalah arus minoriti dalam bahan .

 Ia wujud apabila cantuman P-N diberikan Voltan Pincang Songsang.

 Elektron-elektron di dalam bahan jenis P akan ditolak oleh voltan


pincang ke arah cantuman dan terus melintasinya.
 Maka terhasil satu aliran arus yang nilainya amat kecil .
 Arus ini disebut sebagai Arus Bocor atau Arus Songsang.

 Nilainya bergantung kepada suhu. Semakin rendah suhu, semakin


rendah nilainya dan begitulah sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai