Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Voltan (kadangkala dikenali sebagai eletrik atau "electrical tension") ialah perbezaan keupayaan antara
dua titik eletrik atau litar eletronik yang digambarkan sebagai volt. Ia mengukur keupayaan tenaga bagi
medan eletrik untuk menghasilkan arus eletrik dalam pengalir eletrik. Bergantung kepada perbezaan
keupayaan eletrik, ia dikenali sebagai voltan amat rendah, voltan rendah, voltan tinggi atau voltan amat
tinggi.

Meter Voltan dicipta oleh Lord Kelvin iaitu seorang yang membuat penemuan berkaitan Multicellular
Voltmeter yang banyak digunakan di dunia. Pada zaman sekarang, meter voltan sangat berguna kerana
hampir semua alatan elektrik yang digunakan manusia mempunyai voltan dari bekalan kuasa.

Kefungsian Meter Voltan

Meter voltan adalah alat pengukuran voltan yang biasa digunakan dalam sector berkaitan Kejuruteraan
Elektrik dan Kejuteraan Elektronik. Meter ini digunakan unuk mengukur voltan pada beban. Meter voltan
disambung secara selari pada beban. Sebagaimana, dengan meter ampere, skala sifar pada meter voltan
juga terletak pada bahagian kiri panel. Terdapat dua jenis iaitu Arus Terus (A.T) dan Arus Ulang-alik
(A.U). Dibuat dalam berbagai-bagai jenis julat sesuai dengan litar yang hendak disukat. Litar yang
hendak disukat mesti dalam keadaan hidup bagi memastikan ia dapat berfungsi.

Contoh Meter Volt.

1|ETN 6033
Penentuukuran

Bagi setiap instrument seperti Multimeter, Meter Volt, Meter Ampere adalah penting ketepatan dan cara
penentuukuran supaya tidak berlaku kesilapan data yang diberi. Ia bertujuan bagi memastikan alatan
dalam keadaan baik. Cara penentuukuran adalah dengan melaraskan jarum sehingga memusing kearah
Zero Corrector. Setelah itu, uji pada bahagian yang tersebut bagi mendapatkan bacaan voltan. Buat
penyemakan dengan melaraskan semula meter voltan jikalau keadaan seperti bacaan yang diterima tidak
tepat, keadaan jarum tidak berada ditempat yang betul.

Penentukuran juga boleh dilakukan dengan menggunakan kapasiti haba iaitu penentukuran jangka voltan
dengan menggunakan teori fizik, ianya mula dengan masukan 200 ml air sejuk dalam cawan plastic di
sokong pemanasan rendaman dalam cawan supaya ia tidak menyentuh pangkalannya dan letakkan
pemanas rendaman di dalam air dan sambungkannya ke litar. Kemudian catatkan suhu larutan tersebut
dan hidupkan litar, serta perhatikan bacaan litar tersebut. Kacau air dan biarkan arus mengalir selama dua
minit, lihat bacaan jangka voltan ( Volt Meter ). Pada dua minit terakhir matikan voltmeter dan kacau air.
Dengan bacaan itu kita dapat mengetahui sama ada jangka voltan perlu dilaras semula, jika bacaan tidak
tepat penentukuran perlu dilakukan dengan melaras Zero Corrector

Litar skematik yang digunakan untuk penentukuran meter volt.

2|ETN 6033
Sambungan Meter Voltan Pada Litar Apabila Menjalankan Pengujian Litar

Meter Voltan adalah alatan yang digunakan bagi mengukur nilai volt sama ada pada litar selari mahupun
litar sesiri. Bagi keselamatan sewaktu pengujian dijalankan pada litar, pastikan litar tidak bersentuhan
dengan mana-mana sambungan yang lain. Dinasihatkan sepaya lita dilapis dengan penebat sebelum
disambungkan pada bekalan bagi mengelakakan litar terpintas. Seterusnya, pastikan kekutuban dan posisi
Probe Volt Meter pada litar adalah betul. Jika kekutuban (polarity) disambung secara bertentangan ini
akan menyebabkan berlakunya ralat pengiraan.

Selain dari ralat pada pengiraan, meter volt jug boleh berlakunya kerosakan berkemungkinan hasil
daripada voltan Alternate Current (AC) dan Direct Current (DC) pada litar bertentangan dengan kutub
contoh positif ke negatif dan negatif ke positif, kerosakan meter volt hasil daripada tersalah kutub jarang
berlaku jika voltan tidak melebihi voltan tertentu. Seterusnya, pemilihan julat juga penting bagi
mengujian voltan iaitu julat voltan AC atau DC tetapi tidak kurang daripada voltan yang hendak diukur,
kerana jika julat yang diambil tidak sesuai akan menyebabkan kerosakkan bahagian pengujian voltan

Gambar di kiri ini, menunjukan posisi Probe Volt


Meter untuk menguji nilai voltan pada litar solenoid
untuk sesuatu enjin pemula.

Pengujian volt DC voltmeter digital Pengujian volt AC voltmeter analog

3|ETN 6033
Kesimpulan

Hasil daripada kajian saya untuk menyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa penggunaan meter volt
dengan betul mampu mengurangkan ralat pada bacaan meter serta kita perlu memastikan kekutuban betul
sebelum melakukan ujian pada litar. Meter volt juga membantu kita bagi pengujian pada bekalan kuasa
Alternate Current (AC) dan Direct Current (DC). meter voltan membolehkan kita untuk mengesan
kehadiran voltan pada sesuatu sambungan ketika melakukan pembaikpulihan atau penyelenggaraan
berkala mesin industri terutamanya yang merupakan keutamaan dalam sektor ekonomi negara bagi
memajukan sektor industri dan meningkatkan pendapatan ekonomi disamping bagi memastikan hasil
produktiviti sentiasa efektif dan berkualiti. Akhir sekali, pengetahuan ini penting sebagai pelajar yang
akan menjadi pekerja industri separuh mahir suatu hari nanti.

4|ETN 6033
Lampiran

Pengujian menggunakan meter volt analog.

Meter Volt Digital

Cara mengukur menggunakan julat DC. Pengujian volt DC pada satu litar lengkap.

5|ETN 6033
Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Voltanhttp://practicalphysics.org/calibrating-voltmeter.html
http://www.gopracticals.com/physics/physics-calibrate-voltmeter-potentiometer/
https://electronics.stackexchange.com/questions/178367/how-to-calibrate-an-ammeter-and-
voltmeter
https://ms.wikipedia.org/wiki/Voltan

6|ETN 6033

Anda mungkin juga menyukai