Anda di halaman 1dari 9

Kegunaan Peralatan Tangan dan Peralatan Pengujian Perkakas Elektrik

1.1 Peralatan Tangan

Kerja-kerja penyelengaraan peralatan elektrik memerlukan beberapa alatan tangan dan peralatan pengujian khas
disamping perkakas kerja berkuasa elektrik / bateri. Dengan menggunakan perkakas yang betul dan sesuai akan
membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas.

1.1.1 Kegunaan Peralatan Tangan

a) Pemutar Skru

Juru elektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga saiz pemulas skru yang berbeza seperti kecil, sederhana dan
besar. Selain daripada saiz dan panjang yang berlainan, perlu juga memilih hujung skru philip dan flat.
Kegunaannya adalah untuk mengetat dan melonggarkan skru.

b) Playar Gabung

Playar Lazimnya digunakan untuk memegang alatan dan membengkok wayar dan juga untuk memegang nat kecil
serta washer.Player tambahan daripada jenis pemotong sisi dan muncung panjang juga diperlukan.Pelbagai jenis
playar mestilah mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.

c) Playar Pemotong Sisi

Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu tamatan.
Manakala pelucut penebat dari jenis yang boleh dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan melucut penebat
dengan baik tanpa merosakkan wayar pengalir.

d)

Pisau Kecil

Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan menggunakan pisau kecil.Segala kerja yang dilakukan hendaklah
dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan bahagian wayar pengalir.

e) Pena Ujian (Test Pen)

Kegunaannya adalah untuk mengesan kebocoran arus elektrik atau kabel hidup. Selain itu juga boleh digunakan
untuk kerja ringan seperti mengetat skru kecil. Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan untuk mengesan
voltan 50v-500v.

f) Playar Muncung Tirus

Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang kecil, memotong, membentuk dan mencapai sesuatu di ruang
yang sempit dan rumit.

g) Penjerut Kabel (Wire stripper)

Kegunaannya adalah untuk membuang penebat kabel.

1.2 Peralatan Pengujian

1.2.1 Alat pengukuran dan pengujian elektrik

Alat-alat pengukuran dan pengujian ini boleh diperolehi dalam dua jenis iaitu:-
- Jenis analog.

- Jenis digital.

Jangka jenis analog mempunyai jarum penunjuk yang bergerak diatas paparan berskala. Manakala jangka jenis
digital mempunyai paparan berdigit.

1.2.2 Jenis Alat Pengukuran dan Pengujian Elektrik

Diantara jenis-jenis alat pengukuran dan pengujian pepasangan elektrik yang selalu digunakan dalam adalah:-

a) Jangka Ohm (Ohmeter)

Jangka Ohm digunakan untuk mengukur nilai rintangan sesuatu bahan elektrik. Ia juga digunakan untuk menguji
keterusan (continuity) sesuatu litar atau komponen elektrik.

b) Jangka Ampiar (Ammeter)

Jangka Ampiar digunakan untuk mengukur nilai arus yang mengalir didalam sesuatu litar elektrik.

c) Jangka Voltan (Voltmeter)

Jangka Voltan digunakan untuk mengukur nilai beza-upaya atau daya gerak-elektrik sesuatu litar elektrik.

d) Jangka Watt (Wattmeter)

Jangka Watt digunakan untuk mengukur nilai kuasa dalam litar elektrik.

e) Jangka Watt-jam (Watt-hour meter)

Jangka Watt-jam digunakan untuk mengukur nilai tenaga yang dihasilkan dalam litar elektrik.

f) Jangka Ligat (Tachometer)

Jangka Ligat digunakan untuk mengukur nilai kelajuan putaran sesuatu mesin elektrik.

g) Jangka Lux (Lux meter)

Jangka Lux digunakan untuk mengukur nilai pencahayaan sesuatu sumber cahaya.

h) Jangka Frekuensi (Frequency Meter)

Jangka Frekuensi digunakan untuk mengukur frekuensi sesuatu bekalan elektrik.

i) Jangka Faktor Kuasa (Power Factor Meter)

Jangka Faktor Kuasa digunakan untuk mengukur faktor kuasa sesuatu litar elektrik.

j) Jangka Galvano (Galvanometer)

Jangka Galvano digunakan untuk menentukan adanya pengaliran arus elektrik didalam sesuatu litar

k) Jangka Turutan Fasa (Phase Sequence meter)

Jangka Turutan fasa digunakan untuk menentukan turutan fasa sesuatu bekalan elektrik.

l) Penguji Pembumian Megger (Earth Megger Tester)

Penguji Pembumian Megger digunakan untuk menentukan nilai galangan bumi.

m) Penguji Penebatan Megger (Insulation Megger Tester)

Penguji Penebatan Megger digunakan untuk menentukan nilai penebatan sesuatu pengalir elektrik.

n) Jangka Pelbagai (Multimeter)


Jangka Pelbagai digunakan untuk mengukur nilai arus, beza-upaya, daya gerak-elektrik, rintangan dan keterusan
litar elektrik.

o) Jangka RCL (RCL meter)

Jangka RCL digunakan untuk mengukur nilai rintangan (R), kapasitar (C) dan

p) Jangka Clip On (Clip-On Meter)

Jangka ‘clip-on’ digunakan untuk mengukur nilai arus sesuatu talian elektrik.

q) Penguji ‘Cable Locator ‘ (Cable Locator Tester)

Penguji Cable Locator digunakan untuk menentukan kedudukan kabel yang tersembunyi atau mengesan
kerosakan kabel yang tersembunyi.

r) Penguji RCD (Residual Current Device Tester)

Penguji RCD digunakan untuk menguji pemutus litar arus baki (PLAB).

1.2.3 Pengenalan Kepada Pemeriksaan dan Pengujian Peralatan / Perkakas Elektrik Tiga Fasa

Pemeriksaan dan pengujian pepasangan elektrik dijalankan bagi memastikan pepasangan telah dilakukan
mengikut peraturan dan pepasangan dapat berfungsi dengan betul dan selamat digunakan.

Pemeriksaan dan pengujian ini perlu dijalankan kepada pepasangan baru, pepasangan penambahan atau
pengubahsuaian dan pepasangan sedia ada.

Pemeriksaan dan pengujian yang dilakukan tidak menjamin pepasangan dapat digunakan dengan selamat
sepanjang hayat. Oleh itu, ia perlu diuji dari semasa ke semasa mengikut tempoh yang ditetapkan. Sekiranya
keputusan ujian tidak mencapai atau memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki, kerja penyenggaraan atau
penggantian perlu dilakukan.

Tempoh pengujian sesuatu pepasangan bergantung kepada jenis pendawaian, tempat pendawaian dan
pembekal tenaga elektrik. Secara umumnya, tempoh pemeriksaan sesuatu pepasangan elektrik pengguna adalah
seperti berikut:-

Jenis Pepasangan

Tempoh Pemeriksaan

Pepasangan domestik

5 tahun

Pepasangan pertanian

3 tahun

Pepasangan sementara

3 bulan

Pepasangan penggera kebakaran

1 tahun

Pepasangan penggera kecemasan

Tidak ditetapkan
Pepasangan panggung

1 tahun

Pepasangan stesyen minyak

1 tahun

Pepasangan masjid / gereja

Setiap 2 tahun pertama

Setiap tahun jika melebihi 5 tahun

Pepasangan kedai dobi

1 tahun

Pepasangan industri

Kerap-kali

Jadual 1 : Jenis pepasangan dan tempoh pengujian pepasangan elektrik

Pemeriksaan dan pengujian yang perlu dilakukan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:-

- Pemeriksaan penglihatan.(visual test)

- Ujian menggunakan peralatan pengujian.

Pemeriksaan penglihatan dilakukan bagi mempastikan bahan-bahan dan kelengkapan pepasangan dipasang
mengikut piawaian yang ditetapkan, pepasangan dijalankan mengikut peraturan dan tiada kerosakan nyata pada
pepasangan atau kelengkapan elektrik. Manakala ujian menggunakan peralatan pengujian dilakukan berpandukan
kepada kehendak Peraturan IEE iaitu semua pepasangan elektrik perlulah dilakukan ujian-ujian berikut:-

- Ujian Kekutupan (Polarity Test).

- Ujian Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Test).

- Ujian Pembumian (Earthing Test).

- Ujian Keterusan Litar Gelang (Continuity of

2.0 Pengenalan Penyelenggaraan Elektrik T

2.1 Definasi Penyelenggaraan

Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia
bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi
piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat digunakan.

2.2 Tujuan Penyelenggaraan

i. Selamat dan boleh digunakan. (dari segi ketahanan dan kesihatan)

ii. Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory requirement) yang


ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, Jabatan Bomba, Suruhanjaya Tenaga dan sebagainya)

iii. Mendapatkan ketahanan maksima sejajar dengan perbelanjaan.

iv. Mencapai tahap bolehguna yang diterima.


v. Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki (beyond economic repair) dan
dengan ini menjimatkan perbelanjaan.

vi. Mendapatkan nilai pasaran maksima bagi projek baru, bangunan dan kelengkapan dan
servis.

vii. Memanjangkan jangka hayat sesuatu peralata.

2.3 Jenis Penyelenggaraan

I. Penyelenggaraan Mencegah Kerosakan (Preventive Maintenance)

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan yang ditetapkan berdasarkan
polisi penyelenggaraan, tempoh hayat premis dan pemeriksaan berkala

II. Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance)

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan pelanggan atau kerosakan yang ditemui
semasa pemeriksaan berkala atau dengan kata lain kerja penyelenggaraan selepas berlaku kerosakan.

2.4 Kategori Kerosakan

I. Cemas (Emergency)

Kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus atau terganggu) yang menyulitkan
kehidupan pengguna atau yang boleh menjejaskan perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas
bocor, paip air pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak

II. Segera (Urgent)

Kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda serta boleh menjejaskan perkhidmatan dan
keselesaan kepada kumpulan pengguna (misalnya kunci rosak, penyaman udara tidak berfungsi, paip buangan
tersumbat).

III. Biasa (Normal)

Kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan ketidakselesaan yang minimum kepada
pengguna.

2.5 Operasi Penyelenggaraan

i. Servis (servicing)

ii. Pembersihan / Pencucian Bangunan (routine cleaning)

iii. Pembaikan (rectification, repair)

iv. Penggantian (replacement)

v. Penyambungan (extension)

vi. Pengubahsuaian (renovation)

vii. Naiktaraf (upgrading)

2.6 Jenis Kerosakan

Setiap pemasangan elektrik akan mengalami kerosakan,ini adalah kerana banyak faktor-faktor penyebabnya.Ia
mungkin disebabkan oleh pemasangan dan pendawaian yang sudah lama, salah pemasangan, angkara mahkluk
perosak (gigitan tikus dan sebagainya) dan mungkin disebabkan oleh terhimpit, terpotong dan sebagainya.
Kerosakan yang sering berlaku boleh dibahagikan kepada berikut :
I. Litar pintas

II. Litar buka

III. Sambungan longgar

IV. Board faulty

I. Litar Pintas

Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus elektrik. Bagi
pemasangan tiga fasa, litar pintas ialah pencantuman di antara litar hidup ( samada fasa merah, fasa kuning atau
fasa biru ) dan juga di antara litar hidup dengan litar neutral.

Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pihak pengguna melalui MCB atau fius
yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan. Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku pada
papan suis utama (PSU), maka fius utama akan didapati sering terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan.

II. Litar Buka

Litar buka bermaksud tiada sambungan litar daripada bekalan sehingga sampai kepada beban. Ini
menyebabkan alat-alat elektrik yang dipasang pada litar itu tidak dapat beroperasi kerana tidak mendapat bekalan
elektrik.

Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pengguna bahawa alat elektriknya tidak
dapat beroperasi walaupun telah di ’ON’ kan semua suis untuk alat tersebut beroperasi.

III. Litar Longgar

Litar longgar mungkin disebabkan salah satu daripada perkara berikut iaitu pemasangan tamatan kabel
tidak kemas (skru tidak ketat), pemasangan tamatan yang telah lama (kesan haba) dan pemasangan tamatan pada
peralatan mudah alih.

IV. Board faulty

Pertambahan voltan bekalan boleh berlaku apabila kemasukan voltan bekalan pihak pembekal ke litar
pengguna meningkat secara tiba-tiba dan ini menyebabkan berlakunya kerosakan pada alat elektrik pengguna.
Sebab itu selalu kita dengar ada pengguna yang rosak alat elektriknya seperti peti sejuk, kipas angin, komputer,
televisyen dan lain-lain. Mungkin kerosakan ini berpunca dari kerosakan transformer pihak pembekal dan juga
kilat serta petir yang berlaku. Arus dari kilat serta petir ini membawa cas elektrik yang cukup tinggi dan akan
masuk ke rumah pengguna melalui arial t.v, talian telefon serta melalui punca soket keluaran litar pengguna.
Dawai neutral pada punca soket keluaran biasanya tidak dapat diputuskan lantaran itu arus yang mempunyai cas
sangat tinggi tadi dapat melalui ke litar pengguna menyebabkan berlakunya kerosakan yang tidak diingini. Langkah
keselamatan perlu diambil seperti mencabutkan semua plug 13A ketika berlakunya kilat dan petir. Jangan
bergantung sepenuhnya pada alat kawalan yang ada dalam rumah tersebut kerana ada ketikanya alat tersebut
tidak dapat bertindak bila berlakunya sesuatu musibah yang kunjung tiba.

2.7 Pemilihan Kabel

Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan keselamatan. Jenis-jenis wayar
biasa adalah seperti wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal, wayar teras tunggal, wayar teras kembar,
dan wayar tiga teras.

a) Wayar kuprum berenamel

b) Wayar teras tunggal

c) Wayar teras kembar


d) Wayar teras tiga

a) Wayar kuprum berenamel

Wayar kumprum berenamel ini digunakan untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan
transformer. Wayar ini disalut dengan lapisan enamel.

b) Wayar teras tunggal

Wayar teras tunggal ini digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah seperti
radio dan komponen elektronik. Terdapat dua bentuk wayar teras tunggal iaitu lembar wayar halus dan lembar
wayar kasar. Lembar wayar halus boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian litar elektrik seperti di radio
dan pembesar suara. Lembar wayar kasar biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik domestik.

c) ayar teras kembar

Wayar teras kembar ini terdiri daripada dua wayar teras tunggal yang dicantumkan sekali. Digunakan untuk
membuat pendawaian lampu meja, televisyen, soket dan penyuai (plug)

d) Wayar tiga teras

Terdapat dua jenis wayar tiga teras iaitu wayar tiga teras berpenebat PVC dan wayar tiga teras berpenebat
PVC beranyam benang. Wayar tiga teras berpenebat PVC digunakan pada perkakas elektrik yang tidak
menghasilkan haba seperti kipas angin, komputer, dan mesin basuh. Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam
benang pula digunakan pada perkakas elektrik yang menghasilkan haba seperti seterika, ketuhar, cerek elektrik
dan pembakar roti.

3.0 Langkah Pembaikan / Senggaraan Perkakas Elektrik.

I. Langkah Pembaikan / Senggaraan Motor Elektrik Tiga Fasa ( Jenis Sangkar Tupai )

1. JENIS KEROSAKAN : TIDAK DAPAT DIHIDUPKAN

KEROSAKAN MUNGKIN

LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA

a. Pemutus litar pelantik atau fius terputus disebabkan oleh lebihan beban

Rujuk kepada carta mekanikal yang tertentu untuk mengesan punca lebihan beban. Kurangkan beban kepada
peringkat yang boleh dikawal.

b. Voltan rendah

Periksa nilai voltan pada plat nama. Naikkan voltan kepada peringkat yang diperlukan dengan beberapa cara

c. Litar terbuka atau litar pintas di lilitan motor

Jika ini disahkan dengan beberapa ujian, lilitan baru pada motor hendaklah dilakukan

d. Gris didalam alas menjadi kejal (keras/liat)

Sistem pelinciran dibersihkan dan gris baru dimasukkan ke dalam alas

e. Sambungan tidak kemas di punca sambungan

Periksa di punca sambungan serta ketatkan sambungan yang tidak kemas

f. Pemutar dan pemegun bersentuhan

Perbetulkan jarak kelegaan antara pemutar dan pemegun menurut nilai yang tersebut.
g. Kerosakan pada alas

Pastikan alas digantikan dengan yang baru.

2. JENIS KEROSAKAN : BUNYI YANG BISING DAN KUAT

KEROSAKAN MUNGKIN

LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA

a. Motor beroperasi dalam satu fasa

Matikan motor, jika ia beroperasi dalam satu fasa, ia tidak dapat dihidupkan semula. Periksa jika ada litar terbuka

b. Aci tidak berputar dengan betul di atas alas (sleeve bearing)

Periksa penjajaran (alignment) aci.

c. Gegaran disebabkan oleh pemutar tidak seimbang atau gegaran yang berpunca dari mesin yang dipandu

Asingkan motor dari mesin yang dipandu, jika masih ada bunyi bising lagi atau gegaran ketika dijalankan
bersandirian, rotor hendaklah diseimbangkan semula. Periksa bar-bar yang longgar dan patah

3. JENIS KEROSAKAN : MOTOR PANAS DAN KADANGKALA BERASAP

KEROSAKAN MUNGKIN

LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA

a. Motor beroperasi dalam lebihan yang berat

Rujuk kepada bahagian mekanikal yang mempunyai penerangan mengenai lebihan beban.

Kurangkan beban jika terdapat lebihan beban yang berat.

b. Pengganding yang tidak kemas

Pastikan pengganding dijajar dan diikat dengan kemas

c. Gris berlebihan di alas

Keluarkan gris lama dan gantikan gris baru sebanyak ½ hingga ¾ isipadu ruang

4. JENIS KEROSAKAN : GETARAN YANG KUAT

KEROSAKAN MUNGKIN

LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA

a. Pengganding yang tidak kemas

Pastikan pengganding dijajar dan diikat dengan kemas

b. Pemutar tidak disambung

Periksa punca masalah ini dan pemutar dikeluarkan untuk diimbang semula

c. Alas tidak dipasang dengan betul

Periksa nombor alas dan betulkan kedudukan alas

5. JENIS KEROSAKAN : KENAIKAN SUHU YANG TINGGI DALAM GELUNG PEMEGUN DAN BADAN MOTOR
KEROSAKAN MUNGKIN

LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA

a. Kendalian dalam satu fasa

Periksa jika ada litar terbuka

b. Voltan rendah

Periksa punca bekalan dan naikkan semula voltan mengikut kadaran

c. Voltan bekalan tidak seimbang

Pastikan punca bekalan adalah kemas dan voltan bekalan diimbang semula

6. JENIS KEROSAKAN : PEMUTUS LITAR TERPELANTIK SEBAIK SAHAJA DIHIDUPKAN

KEROSAKAN MUNGKIN

LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA

a. Voltan penguja rendah

Tinggikan nilai pengujaannya

b. Perubahan beban terlalu ketara

Rujuk pada bahagian mekanikal bagi mengawal beban

4.0 Peraturan-Peraturan Elektrik Mengenai Senggaraan

A) Bahagian IV – Penyenggaraan Pepasangan

I. Peraturan 110 (1) – Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan berfungsi
dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

II. Peraturan 110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya,
pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana
yang berkenaan

III. Peraturan 110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa,
diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun

IV. Peraturan 110 (4) – Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu
pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali
setiap dua tahun

V. Peraturan 110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan orang
kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu pepasangan

Anda mungkin juga menyukai