Anda di halaman 1dari 8

TAJUK : MENGENALPASTI KEPERLUAN PENYENGGARAAN PENDAWAIAN TIGA

FASA

TUJUAN : Kertas Penerangan Ini Bertujuan Untuk Menerangkan Kepada Pelajar – Pelajar
Tentang Mengenalpasti Keperluan Penyenggaraan Pendawaian Tiga Fasa

PENERANGAN:

1. Pengenalan Kepada Penyelenggaraan Elektrik

Penyelenggaraan bolehlah ditakrifkan sebagai aktiviti yang dilaksanakan untuk


memulihara, menjaga, mengendali dan mengawal selia bangunan, kemudahan,
kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi
piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat
digunakan. Umumnya penyelenggaraan dilaksanakan bagi memastikan:-
i. Pepasangan selamat dan boleh guna (dari segi ketahanan dan kesihatan).

ii. Pepasangan mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory


requirement) yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447
Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Jabatan Bomba, Suruhanjaya Tenaga dan sebagainya).

iii. Pepasangan mempunyai ketahanan maksima sejajar dengan perbelanjaan.

iv. Pepasangan mampu mencapai tahap bolehguna yang diterima.

v. Pepasangan dapat mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki

(beyond economic repair) dimana ini dapat menjimatkan perbelanjaan.

vi. Pepasangan mendapatkan nilai pasaran maksima semasa.

vii. Pepasangan dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan.

1.1 Jenis penyelenggaraan elektrik

i) Penyelenggaraan berkala / Routine maintenance / Periodic maintenance

 Dijalankan berulang-ulang dalam satu jangka masa tertentu.

 Lazimnya ditetapkan mengikut harian atau mingguan mengikut jadual


ii) Penyelenggaraan Mencegah / Preventive maintenance

 Penyelenggaraan yang tidak dibuat berulang-ulang tetapi dilakukan sekali


sekala hanya untuk mencegah dari sesuatu kerosakan yang berat dari berlaku.
 Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan
perancangan yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan, tempoh
hayat premis dan pemeriksaan berkala.

iii) Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan/Luar Jangka


(Breakdown Maintenance /Force maintenance)

 Dijalankan apabila berlaku kerosakan diluar jangkaan.Contohnya kerosakan yang


disebabkan bencana alam seperti banjir, ribut, pokok tumbang dan sebagainya.

 Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan


pelanggan atau kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau
dengan kata lain kerja penyelenggaraan selepas berlaku kerosakan.

1.2 Proses Penyelenggaraan Elektrik

Proses penyelenggaraan terhadap kerosakan elektrik boleh dibahagikan kepada tiga


kategori iaitu:-

i. Cemas (Emergency)
Kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus atau
terganggu yang menyulitkan pengguna atau yang boleh menjejaskan
perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas bocor, paip air
pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak).

ii. Segera (Urgent)


Kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda serta
boleh menjejaskan perkhidmatan dan keselesaan kepada kumpulan
pengguna (misalnya kunci rosak, penyaman udara tidak berfungsi, paip
buangan tersumbat).

iii. Biasa (Normal)


Kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan
ketidakselesaan yang minimum kepada pengguna.

Operasi penyelenggaraan pemasangan elektrik dilakukan bagi mengelakkan


berlakunya kerosakan kepada sistem pemasangan elektrik. Diantara aktiviti-aktiviti
penyelenggaraan adalah:-

i. Membersihkan kekotoran.
ii. Memeriksa alatan dan pemasangannya.
iii. Menggantikan bahagian alatan yang rosak.
iv. Membetulkan sesuatu keadaan yang membahayakan pengguna.

Aktiviti kerja penyelenggaraan bergantung kepada jenis alatan, peranti, mesin dan
cara pemasangan elektrik. Bagi memudahkan kerja penyelenggaraan, satu senarai
tertib pemeriksaan perlu disediakan agar pengawasan dapat dilakukan dengan
sempurna.

Jadual tugas pemeriksaan dan penyelenggaraan ini boleh dibuat untuk satu jangka
waktu yang tertentu seperti harian, mingguan, bulanan atau tahunan.Ini bergantung
kepada kekerapan pengawasan yang diperlukan bagi sesuatu peralatan atau
pemasangan. Dengan adanya pembahagian kerja yang sistematik, keadaan bahaya
boleh dihindarkan dan persekitaran yang selamat dan terpelihara dapat dihasilkan.

Diakhir setiap pemeriksaan, satu laporan perlu disediakan dan disimpan sebagai rekod
atau rujukan kedudukan sebenar sesuatu pemasangan dan peralatannya masakini.

1.3 Aktiviti Pemeriksaan dan Penyelenggaraan


Diantara aktiviti pemeriksaan dan penyelenggaraan yang boleh dilakukan adalah:-
i. Keadaan Fizikal:.
a. Peralatan diletakkan ditempat yang telah disediakan.
b. Lorong jalan tidak dihalang laluannya.
c. Lantai disekitar peralatan hendaklah dibersihkan dari kekotoran, minyak, air
dan sampah.
d. Tingkap, pintu dan dinding hendaklah sentiasa bersih dan berkeadaan baik.
e. Alat pemadam api dan peti pertolongan cemas tersedia ditempat yang
dikhaskan.
f. Tempat buangan reja/sisa kerja perlu disediakan.
g. Papan tanda amaran dan keselamatan dipasang dengan kemas di tempat
yang sesuai dengan perkataan yang tertulis masih kelihatan terang.

ii. Keadaan Kelengkapan Mesin:


a. Kedudukan mesin hendaklah teratur supaya ruang kerja mencukupi.
b. Mesin yang telah pudar warnanya perlu dicat semula mengikut warna yang
sesuai iaitu jingga untuk pemasangan elektrik dan kelabu untuk mesin.
c. Bahagian mesin yang berputar dan boleh disentuh hendaklah dipasang jaring
atau pengadang.
d. Suis kawalan mesin hendaklah sentiasa berkeadaan baik.
e. Mematikan bekalan kuasa mesin apabila tidak digunakan.
f. Bersihkan mesin dan kelengkapannya dari kekotoran dengan menggunakan
berus atau kain.
g. Periksa keadaan mesin dan kelengkapannya bagi mempastikan ia selamat
digunakan.memeriksa talisawat motor agar sentiasa berada dalam
ketegangan yang dikehendaki:
 Mengganti berus karbon yang rosak.
 Menggris bahagian mesin yang berputar (pada pengalas).
 Menukar pengalas yang longgar atau tak seimbang.
 Membersihkan lilitan mesin daripada minyak, gris atau kekotoran.
 Memeriksa aras air, enjin pemacu, penjana dan pendingin udara pusat
supaya sentiasa bersedia untuk beroperasi.
 Memastikan gandingan mesin ketat dan sejajar.
 Memastikan talisawat sejajar.
h. Mengasingkan alat kelengkapan yang rosak ditempat yang dikhaskan.

iii. Keadaan Elektrik:


 Tutup (OFF) semua suis apabila tidak digunakan.
 Pastikan suis kawalan utama boleh berfungsi dengan baik.
 Semua kabel dan kod boleh lentur sentiasa berada dalam keadaan selamat
untuk digunakan.
 Pastikan pemutus litar boleh berfungsi dengan baik.
 Mempastikan sambungan bumi setiap peralatan baik, tidak longgar atau
putus.
 Mempastikan fius yang terputus diganti dengan jenis bahan dan kadaran yang
sesuai.
 Penunjuk saiz fius dan nombor litar akhir dipapan suis atau papan agihan
tertera dengan baik dan jelas.
 Mempastikan alat lengkap elektrik tidak retak atau rosak.
 Membersihkan lampu dari habuk dan kekotoran.
 Mengetatkan tempat pergantungan lampu.
 Menguji keberkesanan alat perkhidmatan bangunan.
 Menggantikan ‘ballast’ lampu yang rosak (berdengung).
 Menggantikan lampu yang rosak.
 Memastikan semua sambungan litar elektrik sentiasa ketat dan baik.
 Mempastikan semua peralatan atau kelengkapan pengujian sentiasa
berkeadaan baik.
 Memeriksa bacaan jangka-jangka pada panel agar sentiasa berada dalam
kedudukan sebenar.
 Memeriksa pelana conduit agar sentiasa terpasang dengan kemas.
 Set semula suis lewat masa lampu jalan setelah bekalan pulih semula.
 Memerhatikan sebarang kerosakan mekanikal.
 Menjalankan ujian penebatan dan keterusan, penebatan jika keadaannya
meragukan.
 Menguji beberkesanan peranti pelindung.
 Peralatan elektrik mestilah dikendalikan mengikut peraturan yang telah
ditetapkan oleh pengeluar dari segi operasi, penyelenggaraan dan penukaran
alatganti.
 Pastikan sistem pemasangan dan operasi peralatan diketahui sebelum
penyelenggaraan dilakukan.
 Pastikan kerja penyelenggaraan dilakukan sekurang-kurangnya dua orang
dan setiap pekerja mempunyai pengetahuan cara pemulihan pernafasan.
 Sebelum penyelenggaraan dilakukan, pastikan bekalan elektrik telah
diputuskan (pengasing di ‘OFF’, fius dicabut). Fius ini hendaklah disimpan
oleh pekerja penyelenggaraan dan diletakkan ditempat yang selamat.
 Tentukan semua bekalan di panel kawalan motor diputuskan (OFF) kerana
kadangkala alat kawalan jauh digunakan.
 Letakkan papan amaran dipanel bagi pemberitahuan kerja sedang dijalankan.
 Pastikan bekalan dan peralatan elektrik dipasang dengan baik dan sempurna.
 Apabila menyambungkan bekalan, pastikan sambungan neutral dipasang
dahulu diikuti dengan fius.
 Pastikan semua kabel dan bahagian yang hendak ditanggalkan diberi tanda
yang sesuai bagi mempastikan ia dapat dipasang semula ditempat asalnya
dengan betul.
1.4 Operasi Penyelenggaraan
Operasi penyelenggaraan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-
i. Servis (servicing)
ii. Pembersihan / pencucian bangunan (routine cleaning)
iii. Pembaikan (rectification, repair)
iv. Penggantian (replacement)
v. Penyambungan (extension)
vi. Pengubahsuaian (renovation)
vii. Naiktaraf (upgrading)

2. Jenis-Jenis Kerosakan Litar Pendawaian


Terdapat beberapa jenis kerosakan yang biasa berlaku pada sesebuah pepasangan elekrik
yang telah lengkap didawai sama ada jenis pemasangan yang baharu, pendawaian lama
atau pendawaian tambahan. Kerosakan-kerosakan ini bukan sahaja berlaku pada peralatan
elektrik ia juga melibatkan litar-litar pendawaian dan papan suis agihan. Diantara kerosakan
yang sering berlaku ialah :-

a. Litar pintas e. Beban lebih


b. Litar buka f. Selalu terpelantik
c. Litar Longgar g. Rosak ke bumi
d. Bocor ke bumi

2.1 Litar Pintas


Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus
elektrik. Bagi pemasangan tiga fasa, litar pintas ialah pencantuman di antara litar hidup
(samada fasa merah, fasa kuning atau fasa biru) dan juga di antara litar hidup dengan litar
neutral.
Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pihak pengguna
melalui MCB atau fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan.
Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama
akan didapati sering terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan.

2.2 Litar Buka


Litar buka bermaksud tiada sambungan litar daripada bekalan sehingga sampai kepada
beban. Ini menyebabkan alat-alat elektrik yang dipasang pada litar itu tidak dapat beroperasi
kerana tidak mendapat bekalan elektrik.
Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pengguna bahawa
alat elektriknya tidak dapat beroperasi walaupun telah di ’ON’ kan semua suis untuk alat
tersebut beroperasi.

2.3 Litar Longgar


Litar longgar mungkin disebabkan salah satu daripada perkara berikut iaitu pemasangan
tamatan kabel tidak kemas (skru tidak ketat), pemasangan tamatan yang telah lama (kesan
haba) dan pemasangan tamatan pada peralatan mudah alih.

3. PERATURAN ELEKTRIK 1994 (Bahagian IV seksyen 110)

i. Sesuatu pemasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan


berfungsi dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi pada setiap
masa untuk mencegah bahaya.
ii. Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang
dikehendaki didalam sub-peraturan (1) hendaklah terletak pada pemunya,
pengurusan atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
iii. Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah
diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap
LIMA TAHUN, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Pengarah.
iv. Mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan hendaklah
diperiksa, diuji dan ditentu ukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya
sekali setiap DUA TAHUN, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh
Pengarah

4. LITAR SKEMATIK / GAMBARAJAH SKEMATIK

Gambarajah skematik dilukis bagi kegunaan menunjukkan kendalian keseluruhan sesuatu


litar pendawaian. Simbol untuk rajah skematik dilukis bersambung atau berangkai di antara
satu simbol dengan simbol yang lain bagi membentuk satu litar lengkap mengikut susunan
litar yang bersistem, supaya mudah dibaca dan difahami maksudnya. Litar skematik dapat
memberi maklumat-maklumat berikut:

i. Jumlah litar akhir yang diperlukan


ii. Jumlah arus / kadaran arus yang diperlukan
iii. Bilangan alat tambah yang diperlukan
iv. Saiz kabel yang digunakan
Rajah 1: Contoh Litar Skematik Tiga Fasa

5. PROSEDUR LAWATAN TAPAK PENYENGGARAAN

Suatu Akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi


memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi
orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau
kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang
sedang bekerja, untuk menubuhkan Majlis Negara bagi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan bagi perkara
yang berkaitan dengannya.
5.1 KEPERLUAN MEMASUKI TAPAK

i. Green Card (Kad Hijau)

ii. Safety Passport


5.1.2 Apakah Kad Hijau CIDB?
Ini adalah satu program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel
Binaan, untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan.

5.1.3 Mengapa anda mesti mendaftar?


 Untuk memastikan Pekerja Binaan menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat
dan sihat;
 Untuk memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak kerja
pembinaan;
 Untuk memaklumkan Pekerja Pembinaan tentang keperluan undang-undang, berhubung
dengan keselamatan dan kesihatan.
 Pemegang Kad Hijau CIDB secara automatik dilindungi oleh Skim Insurans khas yang
menginsuranskan Personel Binaan terhadap kematian dan kemalangan.

5.1.4 Siapa yang patut mendaftar?


Semua kakitangan yang bekerja di Tapak Pembinaan. Pendaftaran di Ibu Pejabat
CIDB, Pejabat Serantau atau Cawangan-Cawangan dengan kadar bayaran
RM50.00. Para Peserta mesti mengha

Anda mungkin juga menyukai