Anda di halaman 1dari 3

BUKU LOG PENDAWAIAN ELEKTRIK PW2

Nama Projek : Pendawaian rumah satu fasa


Lokasi Projek : No.3, Jalan 41/2, Taman Mengkibol 86000 Kluang, Johor.
Tarikh Mula Projek : 09/08/2020
Tarikh Akhir Projek : 21/08/2020

Tarikh : 12/08/2020 (Pemasangan papan fuis utama)


Kerja Semasa :
1. Periksa dan pastikan keadaan komponen seperti MCB, RCCB, suis utama dalam
keadaan baik.
2. Melakukan ujian penebatan dan kekutuban pada komponen.
3. Pasangkan komponen pada tapak papan fius utama.
4. Lakukan pemasangan kabel sambungan pada setiap komponen mengikut litar papan
fius utama
5. Melakukan ujian penebatan dan kekutuban pada papan fius utama dalam litar mati.

Langkah-langkah Keselamatan :
1. Penandaan pada kabel bagi mengelakkan kekeliruan.
2. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang berdaya tebatan yang tinggi.
3. Skru diikat dengan kuat dan kemas.
4. Memastikan setiap fius berfungsi dalam keadaan baik.
5. Melakukan pengujian litar mati.

Peralatan/Bahan :

1. Pemotong wayar
2. Pemutar skru (+/-)
3. Cordless drill
4. Colour tape
5. Multimeter
6. Insolution meter
7. Hammer
8. Hammer drill
Tarikh : 15/08/2020 (Pemasangan litar lampu dan litar kuasa)
Kerja Semasa :
1. Menyediakan barangan seperti lampu, soket alur keluar, wayar kabel dan lain-lain
mengikut bilangan yang dikehendaki.
2. Lakukan ujian penebatan pada tamatan lampu, soket alur keluar dan lain-lain.
3. Melakukan pengukuran kabel pengalir dan neutral dari papan fius utama hingga ke
tapak pemasangan.
4. Sesalur PVC diperlukan bagi melindungi laluan kabel ke tapak pemasangan.
5. Melakukan penyambungan pada MCB di papan fius utama dan pada tamatan lampu
atau soket alur keluar.
6. Melakukan ujian keterusan dan penebatan pada litar lampu dan soket alur keluar.

Langkah-langkah Keselamatan :

1. Memakai pelindung tangan daripada terkena pada bahagian tajam.


2. Melakukan pengujian pada litar hidup dan litar mati.
3. Tamatan mestilah diikat kuat dan kemas supaya kabel tidak tertanggal atau
terkeluar.
4. Memakai pakaian yang sesuai dengan kerja yang dijalankan.

Peralatan/Bahan :

1. Pemutar skru (+/-)


2. Pemotong wayar
3. Multimeter
4. Insolution meter
5. Test pen
6. Cordless drill
7. Hammer drill
8. Fish tape
9. Hammer
10. Spring condiut PVC
Tarikh : 19/08/2020 (Pemasangan meter kilowatt jam satu fasa)
Kerja semasa :

1. Menyediakan komponen meter kilowatt jam.


2. Buka sambungan/tamatan untuk sambungan wayar.
3. Periksa keadaan meter kilowatt jam sebelum dipasang.
4. Melakukan ujian kekutuban dan ujian penebatan litar mati pada meter kilowatt jam.
5. Pasang meter kilowatt jam pada dinding yang telah ditanda dan diukur.
6. Melakukan penyambungan kabel dengan berhati-hati.

Langkah-langkah keselamatan :

1. Penandaan pada kabel bagi mengelakkan kekeliruan.


2. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang berdaya tebatan yang tinggi.
3. Bolt dan nut diikat dengan kuat.
4. Memastikan fius dalam keadaan baik.
5. Melakukan pengujian dalam litar mati.

Peralatan/bahan :

1. Test pen
2. Multimeter
3. Insulation meter
4. Pemutar skru (+/-)
5. Pemotong wayar
6. Hammer drill

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________. ______________

MUHAMMAD ZUL FIKRI, MUHAMMAD ZAHIRRUDDIN,

SETIAUSAHA, PENGERUSI,

ELEKTRIK Sdn.Bhd. ELEKTRIK Sdn.Bhd

Anda mungkin juga menyukai