Anda di halaman 1dari 7

BUTIR-BUTIR KERJA DILAKUKAN:

Nama Projek : Projek Pendawaian rumah banglo dua tingkat.


Alamat Projek : 12, Kampung Tunku Putera B, Kelang Lama 09000 Kulim, kedah.
Tarikh mula projek : 2/1/2021
Tarikh siap projek : 9/1/2021
Pegawai Penyelia : En. Munzir bin Musa

KERJA-KERJA HARIAN :
Tarikh : 4/1/2021
Tajuk Projek : Membuat pendawaian 1 fasa litar akhir lampu, kipas dan kuasa (soket
alir keluar 13A) menggunakan selongsong PVC.
Tempat kerja : Rumah banglo dua tingkat.
CARA KERJA:
1. Menyediakan bahan dan peralatan tangan yang hendak digunakan.
2. Merentang kabel 1.5mm2 dan 2.5mm2 pada tapak selongsong dengan kemas
dan teratur.
3. Memasang penutup pada tapak selongsong dengan kukuh.
4. Menanda dan menebuk lubang bagi base suis/alat atur, soket alir keluar,
hook kipas dan casing lampu.
5. Memasukan wall plug pada lubang dan melekatkan base/casing lampu pada
dinding/siling manakala untuk hook kipas wall plug besi digunakan.
6. Membuang penebat kabel dan membuat tamatan kabel pada suis, soket alir
Keluar dan connector bagi kipas siling/lampu.
7. Menguji litar dan melakukan pemeriksaan visual pada pemasangan.

PERATURAN KESELAMATAN :
1. Memakai pakaian yang sesuai.
2. Memakai kasut keselamatan.
3. Memakai cermin mata keselamatan.
4. Pastikan setiap sambungan kabel pada setiap alur keluar pada selongsong
mestilah baik dari aspek mekanikal dan elektrikal.
5. Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan arus ulang alik bagi setiap litar
mestilah dipasang pada selongsong yang sama.
6. Memastikan peralatan kuasa digunakan dalam keadaan baik dan selamat.
7. Faktor ruang bagi selongsong ialah tidak melebihi 45%.

SENARAI PERALATAN YANG DIGUNAKAN:


1. Pemutar skru philip/rata. 2. Cutter.
3. Sesiku L 4. Gunting besi.
5. Hacksaw 6. Tack hammer.
7. Pita ukur 8. Player bergabung
9. Timbang air 10. Pengarit
11. Hand drill 12. Test pen.
13. Tangga 14. Spanar

SENARAI BAHAN YANG DIGUNAKAN :


1. Selongsong ¾”, 1” dan 1 ½”. 2. Self taping skrew ¾”.
3. Wall plug plastik/besi 4. Kabel PVC 1.5mm2 merah, biru, hitam dan hijau
5. Kabel PVC 2.5mm2 merah, hitam dan hijau 6. PVC tape.
7. Lampu LED hiasan 8. Kipas Siling
9. Suis satu hala dan base 10. Soket alir keluar 13A dan base
11. Alatur kipas dan base 12. Hook kipas
GAMBAR-GAMBAR KERJA PENDAWAIAN :

1) Susunan kabel di lantai bagi tujuan memudahkan kerja-kerja merentang kabel ke


dalam selongsong PVC.

2) Kabel yang direntang ke dalam selongsong dikemaskan dengan penutup


selongsong supaya tidak terkeluar.
3) Pendawaian selongsong PVC yang telah siap direntang kabel ke dalamnya.

4) Base lampu hiasan dipasang dengan menskrukannya pada wall plug yang
dipasang ke dalam lubang yang ditebuk terlebih dahulu.
5) Base untuk suis dan alatatur kipas juga dipasang ke dinding menggunakan wall
plug dengan kaedah yang sama seperti pemasangan base lampu hiasan.

6) Membuang penebat kabel dan menamatkan kepada terminal soket keluaran 13A
dengan kemas dan kukuh.
7) Pendawaian lampu hiasan dan kipas siling yang telah siap dipasang.

8) Suis, soket keluaran 13A dan alatatur kipas yang telah siap dipasang.
ANALISIS
1. Kerja pendawaian pada litar lampu, kipas dan litar soket keluaran 13A dilakukan
dengan pantas.
2. Suis lampu dan kipas disambung dengan baik.
4. Kipas, lampu dan soket keluaran dipasang dengan kemas.

.
................................................. .............................................
Tandatangan Orang Kompeten Tandatangan Majikan
Nama:...................................... Nama:............................ .....
No Perakuan:........................... Cop Syarikat:.......................
.

Anda mungkin juga menyukai