Anda di halaman 1dari 21

VET3063 - ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

TAJUK

PROJEK AKHIR Penggera Berkelip


KUMPULAN

UPSI 06
DISEDIAKAN OLEH NAMA SAMSO BIN JEHARI NO. ID D 20102040305 NO. TELEPONE 012-9891098

NAMA PENSYARAH TARIKH SERAH

: :

CIK ZON FAZLILA BINTI MOHD AHIR 21 NOVEMBER 2012

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala pujian bagi Allah S.W.T. serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muahammad S.A.W. kerana dengan taufik dan hidayahnya, maka saya telah diberi kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bimbingan CIK ZON FAZLILA BINTI

MOHD AHIR di atas segala bimbingannya, tunjuk ajar, perbincangan dan pandangan
yang diberikan oleh beliau sepanjang menjayakan tugasan ini. Teristimewa buat ibu dan ayah serta keluarga tersayang saya, terima kasih di atas pengorbanan, dorongan dan sokongan yang diberikan. Terima kasih juga buat semua rakan-rakan seperjuangan serta pihak-pihak yang membantu secara langsung atau tidak lansung sehingga terhasilnya tugasan ini.

Sekian, terima kasih

SAMSOJEHARI

PENGENALAN KEPADA PROJEK Projek Penggera Berkelip


Alat penggera api dan keselamatan merupakan penggera elektronik yang di reka bagi bahaya pencerobohan. Sensor disambung untuk kawal unit yang ada arus pendawaian voltan-rendah atau signal rf narrow band di mana digunakan untuk interaksi dengan respon suatu peranti. selalunya sensor keselamatan digunakan bagi membuka pintu atau tingkap yang menggunakan pengesan pergerakan infrared (pir).

System pembinaan baru telah pun menguasai ketika ini demi ekonomi. System ini juga menggunakan penggera atau pelindung api jenis tunggal iaitu yang menggabungkan perlindungan api dan penceroboh. range system initerdapat dari kecil, penggera berbunyi untuk melengkapkan system multi-zon dengan kod-berwarna keluaran untuk melindungi kereta, trak atau kenderaan.

Tidak dilupakan juga penggera yang digunakan dalam kebakaran. Penggera penceroboh kadangkala dikenali system penggera. Penggera ini bukan sahaja berbunyi, malah mengeluarkan cahaya dan sesuai digunakan untuk golongan yang oku seperti cacat pendengaran. Ia boleh dilihat melalui cahaya yang keluar melalui led.

ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN Playar Muncung Tirus a. b. c. d. Untuk memotong wayar dengan menggunakan mata pemotong Membengkok dan membentuk dawai halus Untuk mengbengkokkan kaki komponen, membentuk dan memotong dengan menggunakan bahagian rahang. Mencapai komponen di tempat yang sempit

2. Playar Kacip (Pemotong sisi) a. Untuk memotong dawai dan wayar elektrik b. Memotong kaki komponen elektronik

Penjalur Wayar a. Untuk menjalur penebat wayar dan memotong wayar

Alat Pemateri a. Untuk mencairkan timah pateri ketika kerja- kerja pematerian

Kelengkapan dan bahan pematerian i. Bahan Pateri a. mengandungi campuran 60% timah dan plumbum b. saiz : diameter 0.8mm, 1mm c. bahan pateri jenis dawai mengandungi fluks

ii.

Fluks a. bahan yang mencegah lapisan oksida terbentuk pada tempat yang hendak dipateri. b. Membersihkan bahagian yang dipateri dan c. Membantu pengaliran pateri yang lebur

iii.

Kertas Las a. untuk membersihkan bit sebelum kerja pematerian

iv.

Span a. span lembab diletak pada peletak alat pemateri b. uji kepanasan bit dengan mencecah bit pada span lembab c. bersihkan bit dengan menggosok bit pada span lembab.

Alat Penyedut a. Untuk menyedut timah pateri ketika kerja- kerja pembaikan litar.

Komponen Elektronik Yang Digunakan Komponen elektronik adalah elemen fizikal penting dalam system elektronik. Setiap komponen mempunyai kesan langsung terhadap fungsi peralatan elektronik. Komponen disambungkan antara satu sama lain dengan menggunakan pateri (solder) pada papan litar bercetak (pcb) untuk menghasilkan litar elektronik dengan fungsi tertentu. Contohnya litar penguat(amplifier) ,penerima gelombang radio dan litar pengubah arus ac ke dc.

Verobod

Merupakan papan litar yang mempunyai lubang-lubang kecil. Digunakan untuk memasang komponen untuk sesuatu litar. komponen yang dipasangkan dipaterikan pada belakang verobod. kaki komponen yang berlebihan hendaklah dibuang dengan menggunakan pemotong sisi bagi mendapatkan litar yang kemas.

Suis mikro

Merupakan sejenis komponen yang digunakan untuk membuka dan menutup litar. Mudah dikendalikan, bersaiz kecil dan sesuai untuk projek elektronik. Boleh digunakan untuk melengkapkan litar atau memutuskan litar dengan cara menekan plat tekan. Mempunyai 3 kaki iaitu: com, no dan nc.

L.E.D

Sejenis diod yang tidak berfilamen yang membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja. Berfungsi memancarkan cahaya dan menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya. mempunyai 2 kaki iaitu:
8

anod ( +ve ) katod( -ve ) bahagian berbentuk bendera.

Transistor

Komponen transistor merupakan komponen aktif tidak seperti perintang dan kapasitor yang merupakan komponen pasif. Komponen aktif mengandungi bahan binaan aktif seperti Silikon, Germanium dan sebagainya yang merupakan bahan separa pengalir yang penting dalam transistor Transistor berfungsi sebagai penguat. Ia menguatkan voltan dan arus mengikut penyambungan litar tertentu. Selain itu juga transistor boleh berfungsi sebagai suis. Suis elektronik. Kaki transistor ada 3 iaitu Base (tapak), Collector (pemungut) dan Emitter (Pengeluar/pemancar). Ketiga-tiga kaki ini mempunyai fungsi tertentu.

Kapasitor

Pemuat atau kapasitor merupakan alat elektrik atau elektronik yang mampu menyimpan tenaga di medan elektrik antara sepasang pengalir (plat). Proses menyimpan tenaga dalam kapasitor dikenali sebagai "mengecas", dan melibatkan cas elektrik yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi kekutuban yang berlawan yang berkumpul di kedua-dua plat masing-masing. Kapasito rbiasanya digunakan dalam litar elektrik dan litar elektronik sebagai alat storan tenaga. Kapasitor juga digunakan untuk memisahkan antara isyarat frekuensi tinggi dan rendah. Oleh itu, kapasitor biasanya digunakan sebagai penapis elektronik.

10

perintang (resistor)

Symbol perintang

Perintang member kesan langsung terhadap arus elektrik dan voltan. ohm digunakan bagi mengukur rintangan setiap perintang. Untuk mengukur rintangan kita menggunakan ohm meter. Kita boleh mengetahui nilai rintangan dengan melihat pada kod warna yang melilit pada perintang. Untuk mengetahui nilai rintangan pada perintang, kod warna dibaca bermula dengan warna pertama, kedua dan ketiga diikuti warna perak atau emas sebagai nilai toleransi.

11

Contoh nya jika kita mahu mendapatkan perintang 250 ohm. warna merah untuk 2, hijau untuk 5 dan dikalikan dengan sepuluh iaitu warna coklat untuk lilitan ketiga. 250 ohm = merah, hijau, coklat. Dikuti warna perak jika nilai toleransi 10% atau emas 5%.

Buzer sebagai penggera yang menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi dan member isyarat amaran. Terdapat dua jenis buzzer, iaitu buzerpiezo mengeluarkan bunyi yang nyaring, berkutub (+ve / -ve) buzer electromagnet mengeluarkan nada.

12

rajah :gambar buzer

Langkah Kerja Penghasilan Projek Langkah 1.Membentuk kaki komponen Tindakan Komponen yang akan digunakan di dalam litar mengikut jarak pemasangan pada bod litar. Aktiviti membentuk ini turut melibatkankerja-kerja membengkok kaki atau tamatan komponen untuk memudahkan
13

Alatan 1.komponen elektronik. 2.playar muncung tirus.

pemasangan dilakukan pada bod litar.

2.memasang komponen berpandukan lukisan skimatik

Pasang komponen-komponen yang telah dibentuk kaki atau tamatannya pada bod litar berdasarkan susunan yang terdapat dalam lukisan skematik atau lukisan bergambar. Pastikan pemasangan dibuat dengan betul dari aspek kedudukan komponen dan kekutubannya.

1.komponen elektronik. 2.bod litar 3.playar muncung tirus 4.lukisan skematik 5.lukisan bergambar

3.menyemak kedudukan kaki komponen berpandukan lukisan skimatik

Semak pemasangan komponen pada bod litar, pastikan betul kedudukan dan kekutubannya. Pastikan pemasangan tepat dan betul seperti dalam lukisan bergambar.

1.bod litar 2.lukisan skematik 3.lukisan bergambar

4.memateri kaki dan tamatan komponen

Pateri komponen yang betul pemasangannya dengan cermat, tepat, kemas, dan selamat. Paterilah komponen-komponen pasif terlebih dahulu sebelum memateri komponen aktif.

1.bod litar 2.alat pemateri elektrik 3.pemegang alat pemateri 4.pemegang bod
14

litar pateri

5.memotong kaki komponen yang berlebihan dengan kemas

Potong lebihan kaki atau tamatan komponen setelah dipateri. Caranya yang kemas ialah dengan memotong lebihan kaki atau tamatan rapat ke permukaan bod litar menggunakan pemotong sisi yang tajam.

1.bod litar 2.pemotong sisi

6.menguji projek yang telah siap dan Uji kefungsian projek yang sudah siap membuat pembaikan dibina dengan mengalirkan arus terus dari sumber bateri 9V. Sebelum projek diuji, pastikan bahawa semua sambungan dan pematerian adalah betul dan tepat. Sekiranya projek diuji gagal berfungsi, semak semula pematerian atau pemasangan yang telah dibuat. Jika terdapat kesalahan, buatlah pembetulah dan kemudian uji semula projek berkenaan. 7. membersihkan serta menyimpan semua alatan dan bahan Bersihkan peralatan dan meja kerja yang telah digunakan setelah projek elektronik siap dibina dengan sempurna. Simpan semua peralatan dan bahan yang berlebihan.

1.projek elektronik 2.bateri 9V

1.berus tangan 2.kain 3.rak alatan 4.panel alatan

15

Rak komponen

Kesimpulan
16

Setiap projek elektronik dibina dengan berpandukan lukisan skematik. Lukisan skematik merupakan sejenis lukisan yang dibuat dengan menggunakan gambarajah symbol komponen elektronik yang telah disambung antara satu sama lain. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan membaca serta menterjemah lukisan skematik perlulah dikuasai. Dalam pada e Kerja penyambunag komponen elektronik secara kekal perlu dibuat secara berhatihati dan mengikuti amalan dan langkah yang betul supaya komponen tidak rosak dan projek dapat berfungsi dengan betul. Kekuatan 1. Projek penggera berkelip mempunyai potensi untuk dimajukan 2. Projek ini boleh digunakan sebagai alat keselamatan memandangkan kes-kes kecurian kerap berlaku. 3. Kos untuk membina projek ini tidak terlalu tinggi dan bahan juga mudah diperolehi.

Kelemahan 1. Memerlukan kemahiran membaca litar skematik untuk membuat projek ini 2. Kemahiran memateri perlu dipelajari dan dikuasai 3. Kemahiran mengenali dan mengetahui fungsi komponen perlu dikuasai

Cara untuk mengatasi: 1. Perlu mengikuti kursus tentang kemahiran membaca litar skematik 2. Mempelajari kaedah pematerian yang betul 3. Mempelajari dan membuat rujukan berkaitan komponen elektronik

Lampiran:1
17

Lampiran 2
18

Rujukan:
19

1. Rosli bin Ibrahim,Abu Zarim bin Ibrahim dan rakan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2, Pustaka Seri Kancil, Melaka 2. Modul VET3063 Elektrik dan Elektronik , PJJ UPSI,Tanjong Malim, Perak. 2012 3. kh4bia.blogspot.com 4. mcchia.blogspot.com 5. www.slideshare.net/ben06.../elektronik

20

Zon Fazlila Binti Mohd Ahir Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Zon Fazlila Binti Mohd Ahir Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

21

Anda mungkin juga menyukai