Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Litar Elektronik
Litar elektronik ialah gabungan beberapa komponen elektronik seperti yang terdapat pada radio dan
televisyen. Litar ini terdiri daripada litar skematik dan litar bergambar.
Litar elektronik ialah laluan tertutup yang dibentuk oleh saling sambung komponen-komponen
elektronik yang boleh dilalui arus elektrik.
Sesebuah litar elektronik boleh bersaiz sekecil mata pensil atau sepanjang berbatu-batu. Litar
elektronik dihasilkan dengan menyambungkan komponen-komponen elektrik dengan pengalir yang
membolehkan arus elektrik mengalir antara komponen-komponen tersebut. Litar bersepadu(IC)
adalah

litar

kecil

yang

dibina

dari

sekeping semikonduktor yang

ditempatkan

dalam bungkusan pelindung.


Litar-litar yang lebih besar boleh dihasilkan dengan memasang komponen-komponen elektronik
pada papan litar tercetak (printed circuit board, PCB) yang digunakan untuk menyokong secara
mekanik dan menyambungkan komponen-komponen secara elektrik. Litar bersepadu biasanya
digunakan sebagai komponen dalam litar-litar lebih besar yang dipasang pada PCB. Apabila
komponen-komponen disambungkan dengan wayar sebagai pengalir, maka litar boleh diluaskan
untuk meliputi atau menyambungkan kawasan yang lebih luas.
Papan reka (breadboard), perfboard atau papan jalur (stripboard) biasanya digunakan untuk menguji
rekaan litar baru. Papan-papan tersebut membolehkan pereka membuat perubahan segera pada litar
ketika membangunkannya.
Litar elektronik mampu memperlihatkan kelakuan yang amat kompleks, walaupun dikawal oleh
hukum-hakam fizik yang sama dengan litar ringkas.
Litar elektronik boleh digolongkan sebagai litar analog, litar digital, atau litar isyarat campuran
(gabungan litar analog dan litar digital)

2.0 Alatan Yang Digunakan

Gambar

Nama Alatan

Kegunaan

Pemateri

Merupakan alat yang penting untuk


mamateri kaki komponen yang dipasang
pada stripboard.

Pematri yang baik

adalah yang mempunyai hujung besi


yang tirus atau tajam dan kecil. Ini
bertujuan bagi mendapatkan hasil kerja
yang memuaskan dan kemas.
Dawai timah

Dawai timah diperlukan apabila proses


memateri

dilaksanakan.

Pematri

digunakan untuk mencairkan dawai


timah ini seterusnya memateri. Saiz
dawai

timah

akan

mempengaruhi

kekemasan dan kebersihan sesuatu hasil


kerja.
Penyedut timah

Alatan ini digunakan untuk menyedut


lebihan

timah,

elektronik,

atau

menggantikan
timah

yang

alat
tidak

diperlukan atas strip board. Lebihan


timah tersebut perlu dicairkan sebelum
boleh disedut.

Playar muncung Digunakan untuk membentuk


tirus

kaki

komponen mengikut kemahuan.

3.0 Komponen- Komponen Yang Digunakan.


Komponen elektronik adalah amat penting untuk menyokong fungsi sesuatu peralatan elektrik di
mana setiap komponen elektronik mempunyai fungsi yang berbeza. Komponen elektronik ialah
apabila terdapat satu atau lebih bahan elektronik yang terdiri daripada satu atau beberapa unsur
materi. Jika ianya disatukan, dipaterikan dan dipanaskan ia akan menghasilkan kesan yang dapat
menghasilkan suhu, merubah arus, tegangan, daya listrik dan lain-lain.

Komponen dan simbol

Nama komponen

Fungsi

Pembesar Suara

1. Pembesar suara mampu menukarkan


isyarat elektrik kepada gelombang bunyi.
Ia adalah salah satu transduser.
2. Unit ukuran gelombang adalah dengan
nilai kadar rintangan dalaman (ohm),
manakala kuasa diukur menggunakan unit
(watt).
3.Mempunyai kutub iaitu positif dan
negatif.

Kapasitor

1.Digunakan

untuk

menyimpan

dan

membuang cas elektrik.


2.Amaun

cas

disimpan

bergantung

kepada:
a)Bekalan voltan, semakin tinggi voltan
3

semakin banyak cas disimpan


3.Nilai

kapasitor

ditandakan

pada

badannya atau kod nombor/huruf.


4. Unit asas ialah Farad (F).

I.C Muzik

1.Mampu menghasilkan melodi apabila


dipasang di atas stripboard.
2. Mempunyai nombor siri yang tercatat
pada badan IC muzik.
3. Juga dikenali sebagai litar bersepadu.
Terdiri daripada gabungan komponen
elektronik.

Perintang
Laras

Boleh 1.Digunakan untuk mengawal arus dan


(Meter voltan dalam litar

Upaya)

2.Nilai rintangan boleh diubah dengan


berkesan.
3. lebih berkesan untuk membahagi
voltan.

Perintang

1.Nilai perintang disukat dalam nilai


OHM ( )
2. Mengawal arus.
3. Nilai perintang tidak boleh diubah.

Penyambung bateri

1.Dibuat daripada bahan konduktor


2.Penyambung litar kepada tenaga
( bateri )
4

Bod litar

Sebagai alat untuk tapak komponenkomponen elektronik

4.0 Litar Skematik.

5.0 Langkah-Langkah

1. Sediakan satu bod litar bersama komponen yang lain.

2. Masukkan pembesar suara

ke dalam lubang bod litar.

3. Cairkan dawai timah dengan menggunakan pemateri. Paterikan wayar pembesar suara pada
bod litar dengan dawai timah yang cair.

4. Tunggu beberapa ketika untuk timah yang dicairkan untuk sejuk dan melekat pada badan bod.

5. Potong lebihan besi dari komponen pembesar suara.

6.

Ulangi

langkah

langkah

hingga

5 dengan menggunakan komponen yang lain.


7. Untuk meukar komponen yang telah dipateri, kita boleh menggunakan pemateri dan
penyedup timah untuk membuang timah yang melekat pada
lubang bod litar dengan komponen yang salah di pasang.
8. Litar yang telah siap dipateri dengan berkesan dan sempurna.
6

6.0 Perbincangan
6.01 Masalah Yang Timbul
Terdapat beberapa kesukaran ketika proses pematerian dijalankan. Antaranya adalah kaki
anod dan katod pembesar suara telah bertukar kutub. Ini menyebabkan Pembesar suara tidak
menghasilkan sebarang bunyi yansg sepatutnya. Pada peringkat awal, kami menjangka kapasitor tidak
dipasang pada kutub yang sesuai. Setelah menukarkan kutub transistor dan transistor, saya telah
menghabiskan masa yang agak lama disebabkan kekurangan pemateri dan juga penyedup.
Selain itu, kutub kapasitor dan transistor mudah tertukar kerana tidak mempunyai tanda pada
badan komponen tersebut. Bagi kapasitor, kami mengesan dengan melihat panjang kaki dimana yang
lebih panjang itu anod. Namun begitu, ia menjadi sukar untuk mengecam apabila kaki kapasitor
dibengkok untuk di sesuai dengan lubang pada kadboard. Pembesar Suara tidak mengeluarkan bunyi
yang sepatutnya kerana terdapat sambungan antara IC yang tidak sepatutnya.
Selain itu, kekurangan pateri dan penyedup timah menyebabkan proses pematerian terpaksa
mengambil masa yang lama dan ditambah pula dengan ramai pelajar yang menghadiri kelas tersebut.
6.02 Cara Atasi
Pemilihan komponen elektronik perlulah dilakukan dengan lebih teliti agar komponen
elektronik yang dipilih itu berkualiti. Selain dapat memberi hasil yang memuaskan, kutub komponen
elektronik yang berkualiti juga akan betul dan tidak akan memberi kesukaran kepada pengguna untuk
mengenal pasti kutubnya sama ada katod atau anod.
Bagi kapasitor, kita seharusnya memastikan kutubnya adalah betul sebelum mematerinya
diatas bod litar. Sebaiknya, kita seharusnya mempunyai pengetahuan tentang komponen tersebut
sebelum memulakan kelas amali elektronik. masalah seperti

mengecam kutub komponen dapat

dihindarkan sekiranya mengetahui sedikit sebanyak ilmu tentang komponen tersebut. Selain itu,
7

bilangan alatan yang digunakan seperti pemateri dan juga penyedup timah haruslah di tambah supaya
proses pematerian dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Untuk memutuskan sambungan antara IC yang tidak diperlukan, terusan pada litar yang
mengalirkan arus pada bahagian belakang bod perlu dikikis agar arus tidak dapat mengalir dan
mengelakkan litar pintas.
7.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, proses pematerian berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa perkara
dapat dipelajari seperti cara pemateri yang betul. Tanpa amali pematerian, kita hanya dapat
mempelajari teori pematerian sahaja. Selepas melakukan aktiviti pematerian, barulah saya tahu
bahawa proses memateri komponen elektronik pada bod litar memerlukan penumpuan yang penuh
teliti serta memerlukan komitmen yang tinggi. Ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan
malah memberi inspirasi untuk mendalami pematerian pada bod.
Selain itu, saya juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang membaca litar skematik dan
menterjemahkannya pada bod litar. Walaupun susunan komponen elektronik pada litar skematik agak
komplek, namun tugasan ini berjaya diselesaikan dengan jayanya setelah komponen elektronik
dipasang pada bod litar dengan betul. Saya terpaksa melakukan beberapa percubaan sebelum
Pembesar Suara pada litar berbunyi kerana beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya litar pintas
mahupun ketiadaan sambungan arus yang berterusan.

Anda mungkin juga menyukai