Anda di halaman 1dari 10

VRT 3043

TEKNOLOGI ELEKTRONIK
AMALI 1 (PKP)
LAPORAN TUGASAN INDIVIDU :-

“PROJEK ELEKTRONIK MENGGUNAKAN


BREADBOARD – LED FLASHER”

NAMA NURKHAIRUNNISA BINTI ALDIN

NO. MATRIK D20172080996

PROGRAM AT55 (ISMP REKA BENTUK DAN


TEKNOLOGI)
KELAS KHAMIS (PTG)

TARIKH HANTAR 30/08/2020

NAMA PENSYARAH DR. IRDAYANTI BINTI MAT NASHIR


1.0 PENGENALAN

1.1 PENGENALAN PROJEK

Projek elektronik untuk amali 1 yang menggunakan litar Breadboard – Led Flasher
merupakan satu projek amali yang dapat menguji kefahaman pelajar dan kemahiran pelajar
dalam memahami lebih mendalam dan dapat mentafsir tentang berkenaan ilmu litar skematik
untuk diaplikasikan ke dalam breadboard, selain itu juga dapat mengetahui sama ada litar yang
dihasilkan berjaya atau pun tidak untuk berfungsi. Pelajar juga penting untuk memahami
simbol dan fungsi untuk setiap komponen elektronik yang digunakan di dalam litar skematik
tersebut supaya dapat memudahkan untuk menterjemah kerja-kerja yang dilakukan ke atas
breadboard dan juga memastikan litar dapat berfungsi dengan baik. Proses-proses dalam
penghasilan projek ini dijelaskan dengan lebih lagi pada bahagian langkah-langkah kerja .

1.2 OBJEKTIF PROJEK


1. Melakukan dan mengetahui proses penterjemahan daripada litar skematik kepada litar
bergambar.

2. Memahami fungsi setiap komponen yang digunakan pada litar bersepadu, transistor dan
komponen yang terlibat serta memahami bagaimana melaksanakan litar menggunakan
Breadboard.

3. Menyusun komponen yang terlibat di atas Breadboard dengan menggunakan aplikasi


tinkercad.
4. Mengetahui proses sambungan yang melibatkan komponen-komponen elektronik seperti
Perintang, LED, Transistor dan sebagainya.

5. Memastikan litar yang dihasilkan dapat berfungsi dalam keadaan baik dan sempurna.
2.0 BAHAN-BAHAN DAN KOMPONEN YANG DIGUNAPAKAI

Komponen-komponen Gambar Fungsi

Untuk meninggikan
Transistor 2SC 945 voltan,arus dan kuasa serta
sebagai suis kawalan.

1. Untuk menyimpan dan


membuang cas elektrik
Pemuat Elektrolitik
(Polarized Capacitor) 2. Sebagai penstabil
4.7uF voltan dalam litar.

Perintang100 Ω Mengehadkan aliran arus


dalam litar atau untuk
mendapatkan voltan susut
merentasinya.

Perintang 470 Ω Mengehadkan aliran arus


dalam litar atau untuk
mendapatkan voltan susut
merentasinya.

Light Emitting Diode 1. Sebagai penunjuk


(L.E.D)
2. Untuk menukarkan
arus elektrik kepada cahaya.
Untuk pendawaian litar dan
berfungsi sebagai perancang
Breadboard sebuah rangkaian elektronik
sederhana.

9V Battery Snap Membekalkan bekalan arus


elektrik

3.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

1. Digunakan untuk
memotong wayar
elektrik dan elektronik.
Pemotong Sisi 2. Memotong kaki
komponen elektronik

1. Membengkok dan
memotong dawai halus.
2. Memotong kaki
Playar Muncung Tirus komponen.
3. Memegang atau
mencapai komponen
elektronik di ruang yang
sempit.
Digunakan untuk
Menjalur dan memotong
Penjalur Wayar wayar.

Membenarkan arus
elektrik mengalir pada
Wayar litar.
4.0 LITAR SKEMATIK (CIRCUIT LAB)
5.0 LITAR SAMBUNGAN BREAD BOARD

6.0 LANGKAH-LANGKAH KERJA PEMBINAAN DAN PENYAMBUNGAN

1. Susunkan komponen terlebih dahulu mengikut kedudukan yang ditunjukkan seperti


dalam rajah litar yang disediakan. Pastikan semua komponen yang akan dipasang diuji untuk
memastikan ianya dalam keadaan baik apabila digunakan.

2. Bengkokkan kesemua kaki komponen bagi tujuan pemasangan di atas breadboard


dengan menggunakan playar muncung tirus dan pemotong sisi.

3. Seterusnya, potong wayar merah dan hitam bagi menampakkan wayar tembaga dengan
menggunakan penjalur wayar.

4. Kemudian komponen yang lain haruslah disambungkan ke bahagian yang betul sebagai
contoh perintang ia perlu disambungkan kepada LED.
5. Komponen-komponen yang berkutub seperti pemuat elektrolitik haruslah di
sambungkan mengikut kutubnya. Kaki positif disambungkan ke punca voltan positif dan kaki
negatif kepada punca voltan negatif. Kemudian transistor disambung kepada pemuat
elektrolitik.

6. Tugas bagi jump wire adalah ia akan menyambungkan perintang dengan transistor,
perintang bersambung dengan pemuat elektrolitik, perintang bersambung dengan LED.

LED merah bersambung dengan LED hijau dan sambung ke bateri 9V.

7. Akhir sekali, setelah litar lengkap dan kesemua komponen telah disambungkan ke atas
breadboard, periksa semula bagi kesemua sambungan litar dan setelah diyakini litar disambung
dengan keadaan yang betul, uji litar tersebut bagi melihat sama ada ia dapat berfungsi dalam
keadaan baik ataupun tidak.
7.0 GAMBAR PROJEK YANG TELAH SIAP DAN BERFUNGSI

Link : https://www.tinkercad.com/things/gmdkeqbDU55

8.0 PERBINCANGAN
Terdapat beberapa masalah yang saya hadapi semasa saya menyiapkan tugasan amali ini di
mana saya kurang mahir dan sukar untuk memahami litar skematik yang diberikan serta
komponen-komponen serta bentuknya. Selain itu, bagi penggunaan aplikasi tinkercad pula,
saya telah menghabiskan banyak masa yang agak lama untuk siap serta belajar
menggunakannya terutama dalam menterjemahkan litar skematik kepada litar yang sebenar.
Walaubagaimanapun, saya sama sekali tidak putus asa untuk menyiapkan tugasan amali ini.
Saya mencari cara penyelesaian bagi masalah saya dengan dimana saya mencari maklumat dan
pembelajaran yang berkaitan tinkercad dan aplikasi yang terlibat iaitu di youtube dan juga di
google tentang cara-cara bagaimana untuk menggunakan aplikasi tinkercad dan cara
menterjemahkan litar skematik kepada litar yang sebenar. Akhirnya, saya juga dapat
menyiapkan projek ini dengan sebaiknya.
9.0 KESIMPULAN

Projek ini merupakan tugasan subjek teknologi elektronik menggunakan breadboard-


Led Flasher adalah merupakan projek yang agak mengambil masa yang lama untuk disiapkan
terutama bagi pelajar yang baru mempelajari kaedah dalam menggunakan peralatan elektronik
dan baru mengenalpasti komponen-komponen serta bentuk yang ada dalam aplikasi tersebut.

Hal ini demikian kerana untuk melakukan sesuatu projek seperti membuat projek ini,
pelajar seharusnya haruslah mempunyai kemahiran asas dan kemahiran teknikal dalam
memahami litar skematik untuk diterjemahkan ke atas papan breadboard agar projek yang
dilakukan dapat berfungsi sebaiknya. Sebaliknya, seandainya pelajar kurang mahir dalam
memahami litar skematik serta tidak mengetahui kedudukan komponen-komponen elektronik,
akan menyebabkan projek litar yang dilakukan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Disamping itu, melalui projek ini, pelajar mendapat pengetahuan tentang kaedah
pemasangan litar yang dilakukan. Projek ini juga dapat membantu seseorang terutamanya
pelajar dalam pembacaan litar skematik yang betul untuk diterjemahkan kepada litar yang
sebenar dan juga dapat mengetahui cara pemasangan litar elektronik yang betul pada
breadboard.

Anda mungkin juga menyukai