Anda di halaman 1dari 53

MODUL PEMBELAJARAN

MIKROPENGAWAL
ARDUINO

NUR AMIRAH BINTI HUSSAIN


ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN 2
HASIL PEMBELAJARAN 3
PERSEDIAAN 3
UNIT 1 - MIKROPENGAWAL 4
1.1 Apakah Itu Mikropengawal Dan Fungsinya 5
1.2 Bahagian – Bahagian Dalam Mikropengawal 9
1.3 Gambar Rajah Blok Mikropengawal 10
1.4 Pengenalan Kepada Mikropengawal Arduino 11
1.5 Konsep Input Dan Output 14
UNIT 2 – REKA BENTUK LITAR ELEKTRONIK 18
2.1 Lakaran Gambar Rajah Blok 19
2.2 Lakaran Reka Bentuk Litar Sekmatik 20
2.3 Lakaran Reka Bentuk Litar Simulasi Dan Litar Bergambar 22
UNIT 3 – LITAR INPUT DAN LITAR OUTPUT 24
3.1 Penyambungan Litar Input Dan Litar Output 25
3.2 Pengaturcaraan Berdasarkan Litar Input Dan Litar Output 28
UNIT 4 – PENGUJIAN, PENILAIAN DAN PENAMBAHBAIKKAN 35
4.1 Membuat pengujian dan penilaian kefungsian litar elektronik 36
4.2 Mencadangkan penambahbaikan ke atas reka bentuk litar elektronik 38
PENILAIAN 39
AKTIVITI 40
LAMPIRAN 50

1
PENDAHULUAN
Modul ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard kurikulum dan
pentaksiran (DSKP) untuk subjek reka bentuk dan teknologi (RBT)
tingkatan dua terbitan kementerian pendidikan Malaysia.

Selain itu, modul ini memperkukuhkan dan menyediakan guru dan


bakal guru RBT dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengajar
topik elektronik yang terkandung dalam DSKP RBT tingkatan dua.
Modul ini ditulis khas untuk guru- guru yang tiada pengetahuan
khusus dalam pengaturcaraan dan juga penggunaan mikropengawal.

Modul ini direka khas untuk papan mikropengawal Arduino UNO dan
boleh digunakan juga untuk papan mikropengawal yang setara dengan
Arduino UNO contohnya seperti CT-UNO. Arduino menekankan
semangat dan prinsip sumber terbuka (open source). Modul ini dijuga
dibuat dengan prinsip yang sama.

2
STANDARD PEMBELAJARAN
1) Menyatakan Maksud Mikropengawal Dan Mikropemproses

2) Menjelaskan Bahagian-Bahagian Yang Terdapat Dalam Mikropengawal

3) Menghasilkan lakaran reka bentuk litar elektronik

4) Membina Litar Simulasi Yang Berfungsi Dengan Perisian Khas

5) Membuat penyambungan litar input dan litar output kepada mikropengawal

6) Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input dan litar

output

7) Membuat Pengujian Dan Penilaian Kefungsian Litar Lektronik

8) Mencadangkan penambahbaikkan ke atas reka bentuk itar elektronik

PERSEDIAAN AWAL
1) Pastikan Anda Mempunyai Set Papan Arduino UNO

2) Menyediakan komputer atau laptop untuk pengaturcaraan

3) Mempunyai software Arduino untuk membuat pengaturcaraan

(perisian Arduino boleh dimuat turun dari laman web Arduino rasmi

: https://www.arduino.cc/en/Main/Software)

4) Menyediakan komponen input dan output serta wayar penyambung

5) Menyediakan breadboard dan komponen elektronik yang akan

digunakan mengikut perisian khas

3
UNIT 1
MIKROPENGAWAL

1.1 Apakah Itu Mikropengawal Dan Fungsinya


1.2 Bahagian – Bahagian Dalam Mikropengawal
1.3 Gambar Rajah Blok Mikropengawal
1.4 Pengenalan Kepada Mikropengawal Arduino
1.5 Konsep Input dan Output

4
1.1 MIKROPENGAWAL DAN MIKROPEMPROSES

Standard Pembelajaran (SP):


1. Menyatakan maksud mikropengawal dan mikropemproses

Pengenalan Kepada Mikropengawal (µc) Dan Mikropemproses


(µp) :-

MIKROPENGAWAL MIKROPEMPROSES

Adalah unit
Adalah peranti kawalan pemprosesan pusat
dalam satu cip (CPU) yang wujud
sebagai cip tunggal

Peranti kawalan yang


menggunakan
mikropemproses sebagai Peranti ini digunakan
unit pemprosesan pusat dengan peranti sokongan
(CPU), RAM (Random yang lain seperti input,
Access Memory), ROM ouput, RAM dan ROM.
(Read Only Memory),
dan juga peranti Input
dan Output (I/O)

Semua cip sokongan ini


CPU, RAM, ROM dan berada di luar
peranti I/O berada dalam mikropemproses dan
satu cip yang tunggal dihubungkan dengan
melalui system bus.

5
Rajah 1.1 (a) : Rajah ini menunjukkan CPU ialah mikropemproses yang berada di
dalam mikropengawal

Mikropengawal Sering Digunakan Dalam Pelbagai Peranti


Disekeliling Kita. Contohnya :

Telefon Bimbit Televisyen

Kereta Moden Penghawa Dingin

6
Kendalian Mikropengawal :
 Mikropengawal bertugas untuk menerima input (masukan), memproses
maklumat yang diterima dan mengeluarkan output (keluaran) yang tepat.
 Mikropengawal boleh dianggap sebagai komputer kecil ataupun otak untuk
memproses maklumat.

Input
Output

Mikropengawal

Rajah 1.1 (b) : Gambar rajah blok bagi mikropengawal

Secara Rumusannya Mikropengawal Berfungsi Seperti Berikut

INPUT MIKROPENGAWAL
Sebuah Selepas diberi
mikropengawal arahan, sebuah OUTPUT
boleh diberi arahan mikropengawal akan Mengeluarkan
melalui menyimpan arahan output (keluaran)
pengaturcaraan tersebut tanpa berdasarkan
untuk melakukan memerlukan arahan yang
tugas secara penyambungan diberikan melalui
automatik contohnya dengan sebuah pengaturcaraan
data dihantar melalui komputer dan
laptop ke memproses
mikropengawal maklumat tersebut

7
Jenis-Jenis Mikropengawal

8051 AVR PIC

Antara papan pembangunan mikropengawal (microcontroller


development board) yang digunakan adalah seperti berikut :

8
1.2 BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM
MIKROPENGAWAL
Standard Pembelajaran (SP):
2. Menjelaskan bahagian –bahagian dalam mikropengawal

Beberapa Komponen Asas Dalam Mikropengawal Adalah :

Port Input / Output


RAM & ROM
Selari Litar Pengawal
CPU Masa

Bekalan Hablur / Kristal


Kuasa Pengawal Masa

BAHAGIAN FUNGSI
Bekalan Kuasa Memberi bekalan tenaga elektrik kepada mikropengawal

CPU Menerima arahan dan maklumat untuk memproses input dan


output
RAM & ROM Ruang memori untuk menyimpan maklumat dan arahan
(program)
Port Input/Output Menyambung kepada peranti input dan output seperti LED,
Selari suis & penderia (sensor)
Terdapat dua jenis isyarat input dan output iaitu isyarat
analog dan isyarat digital
Litar Pengawal Memberi keupayaan mikropengawal untuk mengawal sistem
Masa berdasarkan masa
Hablur/Kristal Digunakan untuk menghasilkan frekuensi yang digunakan
Pengawal Masa dalam litar pengawal masa

9
1.3 PENGENALAN KEPADA GAMBAR
RAJAH BLOK MIKROPENGAWAL

Rajah Berikut Menunjukkan Satu Contoh Gambar Rajah Blok


Mikropengawal :

Rajah 1.3 Gambar Rajah Blok Mikropengawal

10
1.4 PENGENALAN KEPADA PAPAN
MIKROPENGAWAL ARDUINO UNO

Pengenalan Kepada Mikropengawal Arduino :

• Adalah sebuah platform dari physical computing yang bersifat


open-source.
Arduino

• Adalah papan mikropengawal yang menggunakan


mikropengawal ATmega328P.
• Papan ini dilengkapi dengan set pin input / output (I / O)
digital dan analog yang boleh dihubungkan dengan pelbagai
Arduino papan pengembangan (shield) dan litar lain untuk
UNO membangunkan projek elektronik yang menggunakan bahasa
pemprosesan / pendawaian.

Arduino terbahagi kepada dua iaitu hardware dan software. Gabungan


diantara hardware dan software akan menghasilkan projek elektronik.

Hardware Software
Papan mikropengawal Arduino UNO Integrated Development Environment
(IDE) yang canggih ataupun dikenali
Arduino IDE
Terdiri daripada 14 digital Menggunakan bahasa pengaturcaraan
input/output pin, 6 analog input, 16 atau C++ untuk menulis
MHz ceramic, USB Connection, arahan/program sebelum dimuat naik ke
power jack, ICSP header dan tombol dalam memori mikropengawal.
reset.

11
Komponen Yang Terdapat Pada Papan Mikropengawal Arduino :

14 Digital I/O Pins


6 Analog I/O Pins

7 Bahagian Komponen Penting Yang Perlu Diketahui :

1
7
Reset button

3
6

5
12
KOMPONEN FUNGSI
1. Reset Button Digunakan untuk menghentikan dan memulakan semula
program yang akan disetkan ke dalam mikropengawal
2. USB Port Digunakan untuk menghubungkan komputer dan papan
mikropengawal menggunakan wayar USB
3. Battery Port Digunakan untuk menyambungkan bekalan kuasa luar
dari 7V – 12V
4. Power Supply Digunakan untuk memberikan kuasa pada
mikropengawal samada kuasa luar (7V-12V) , 5V dan
3.3V
5. Ground Pins  Berfungsi sebagai pin sambungan bumi
mikropengawal
 Sambungan pin ini dengan terminal negatif (-) ke
bekalan kuasa.
6. Analog Pins  Enam pin I/O analog A0 sampai A5. Pin-pin ini
dapat membaca isyarat dari penderia analog.
 Nilai analog akan ditukarkan kepada nilai digital
menerusi penukar analog dan digital dalam
mikropengawal.
7. Digital I/O Pins  Pin ini perlu disambungkan kepada perintang tetap
10 kΩ
 14 pin I/O digital, 6 pin output menyediakan PWM
(Pulse Width Modulation)
 Sebagai pin digital input untuk membaca nilai logik
(0 atau 1) atau sebagai pin digital output untuk
mengendalikan komponen seperti LED, buzzer dan
lain-lain

13
1.5 KONSEP INPUT DAN OUTPUT

Pengenalan kepada Input dan Output


Komponen elektronik yang mengeluarkan isyarat voltan atau
arus serta boleh digunakan untuk kegunaan sesuatu sistem.
INPUT
Berfungsi untuk menerima dan menghantar isyarat kepada
unit pemprosesan pusat (CPU)

PROSES Peranti kawalan yang memproses isyarat daripada Input dan


memberi arahan kepada Output.

Komponen elektronik yang berfungsi untuk mengeluarkan


OUTPUT hasil dan melaksanakan arahan berdasarkan isyarat yang di
hantar oleh sistem pemprosesan

Contoh sistem kawalan Televisyen (TV) menggunakan alat kawalan jauh :

Input Proses Output

Alat kawalan jauh Cip mikropengawal TV akan


digunakan untuk akan memproses isyarat mengeluarkan
menghantar isyarat dari alat kawalan jauh output berdasarkan
kepada TV mengikut dan seterusnya arahan yang
arahan yang menghantarkan arahan diberikan oleh alat
diberikan pada TV kawalan jauh

Terdapat dua jenis isyarat Input dan Output pada mikropengawal iaitu :

Isyarat
Analog Isyarat
Digital

14
Perbezaan isyarat Analog dan isyarat Digital :

Isyarat Analog mempunyai lebih dari 2


nilai, ia merangkumi 256 nilai iaitu dari 0 –
255. Nilai 0 bermaksud tiada arus elektrik
dan 255 ialah nilai maksimum.

Contohnya : jika menyambungkan LED


pada pin keluaran analog, nilai 0 akan
memadamkan LED, nilai 127 menjadikan
LED menyala sebanyak 50% dan nilai 255
akan menyebabkan LED menyala dengan
100% keterangan.

Peranti Digital akan memberikan isyarat


dalam bentuk digital, iaitu 0 (OFF) atau 1
(ON). Isyarat 0 memberikan nilai isyarat
0V dan isyarat 1 memberikan nilai 5V
untuk dihantar
Isyarat digitalkepada mikropengawal.
mempunyai dua keadaa

Komponen Input dan Output untuk projek


elektronik yang mudah

LDR

LM35

VR SUIS TEKAN Sistem pemprosesan

Peranti INPUT Peranti OUTPUT

15
Antara komponen elektronik yang akan digunakan dalam membina projek
elektronik :

KOMPONEN SIMBOL FUNGSI


Papan Arduino UNO Adalah peranti kawalan dalam satu cip yang boleh megawal
input dan output seperti yang telah dikodkan.

Kabel USB A-B Merupakan penyambung antara papan Arduino Uno dan
komputer. Kabel ini menjadi medium komunikai dan
bekalan kuasa antara komputer dan Arduino.

Papan projek Papan projek memudahkan penyambungan antara dua atau


(breadboard) lebih komponen. Sambungan boleh disambung secara siri
dan selari.

Wayar penyambung Berfungsi untuk memduahkan pemyambungan litar sama


ada dari atas papan projek atau komponen pada papan
Arduino UNO

Suis tekan Akan membuat sambungan apabila suis ditekan manakala


terputus apabila suis dilepaskan

Perintang Untuk mengawal mengehadkan kemasukan arus elektrik di


dalam litar

Perintang Boleh mengawal dan mengehadkan arus elektrik


boleh berdasarkan pusingan tombolnya.
laras
Perintang peka Mengalirkan arus elektrik mengikut jumlah cahaya yang
cahaya diterima. Tidak mengalirkan arus dalam keadaan gelap.

LM35 Memberi keluaran voltan yang berkadar terus dengan suhu


sensor persekitaran
suhu
Geganti Merupakan suis yang dibuka atau ditutup dengan
(relay) menggunakan kesan elektromagnet

Diod pemancar Akan memancarkan cahaya apabila arus elektrik melaluinya


cahaya di dalam litar.

Motor Berfungsi sebagai peranti berputar untuk menentukan posisi


servo sudut dari 0 hinggan 180 darjah.

Buzer Menghasilkan bunyi hasil daripada tindak balas isyarat


elektrik.
16
Pengenalan cara penggunaan papan projek /breadboard

Breadboard dikenali sebagai alat / papan tanpa solder untuk prototaip sementara dengan reka
bentuk litar elektronik dan pengujian. Kebanyakan komponen elektronik dalam litar
elektronik boleh dihubungkan dengan memasukkan petunjuk atau terminal ke dalam lubang
dan kemudian membuat sambungan melalui wayar yang sesuai.

1. Sambungan sedia ada pada breadboard boleh dilihat pada rajah 1.5.1 di bawah.

Semua baris 1 Baris atas


berhubung secara
mendatar dan
kebiasaan
digunakan untuk
2 Semua lajur ini
dihubungkan
terminal + dan secara menegak
terminal – (seperti untuk arah
yang tertera pada aliran arus
breadboard )

Baris bawah

3 Sambungan tidak ada disini. Gunakan wayar pelompat / komponen elektronik


untuk menyambung sambungan di antara satu sama lain

Rajah 1.5.1 Sambungan yang telah dihubungkan untuk mengalir arus di dalam litar

2. Contoh cara pemasangan komponen elektronik pada papan projek :

1
3

17
UNIT 2
Reka Bentuk Litar
Elektronik

2.1 Lakaran Gambar Rajah Blok


2.2 Lakaran Reka Bentuk Litar Skematik
2.3 Lakaran Reka Bentuk Litar Simulasi
Bergambar

18
Lakaran Reka Bentuk Litar Elektronik
Standard Pembelajaran (SP):
3. Menghasilkan lakaran reka bentuk litar elektronik
4. Membina litar simulasi menggunakan perisian khas

Persediaan pembelajaran :
1. komputer riba untuk membuat litar simulasi bergambar
2. mempunyai simulation software ( perisian : SimulIDE_0.04)
3. manual penggunaan untuk membuat litar simulasi

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHASILKAN LAKARAN REKA BENTUK


LITAR ELEKTRONIK :

Lakaran
Reka
Lakaran Bentuk
Reka Litar
Bentuk Bergambar
Litar
Lakaran Skematik
Gambar
Rajah
Blok

2.1 LAKARAN GAMBAR RAJAH BLOK


 Lakaran awal bagi pembinaan projek elektronik menggunakan mikropengawal Arduino
ialah lakaran gambar rajah blok. Lakaran ini menunjukkan suatu sistem yang dibina dan
menerangkan secara ringkas tentang cara sistem yang dibina beroperasi.

 Gambar rajah blok yang dibina menunjukkan persediaan awal bagi komponen yang
diperlukan untuk membuat projek serta pemilihan kaki port pada mikropengawal Arduino
untuk sambungan pin bekalan kuasa , pin masukan, pin keluaran dan pin bumi
berdasarkan litar skematik.

 Pemilihan kaki port untuk peranti I/O dibuat mengikut jenis isyarat I/O yang dipilih sama
ada isyarat digital ataupun isyarat analog. Jika peranti input adalah jenis isyarat digital
maka sambungan wayar penyambung akan disambungkan ke digital pin pada papan
mikropengawal Arduino UNO.

19
Lakaran Gambar Rajah Blok Adalah Seperti Berikut :

Contoh projek : Sistem Kawalan LED ( Suis 1 Mengawal LED 1 )

Langkah –langkah yang perlu dibuat :


1. Kenalpasti peranti I/O dan jenis isyarat peranti tersebut.
2. Membuat pemilihan pin pada papan mikropengawal bagi peranti I/O yang
akan digunakan untuk membuat sambungan antara papan projek dan papan
mikropengawal Arduino UNO.

INPUT PROSES OUTPUT

1 Suis Tekan Papan Mikropengawal 1 LED


Arduino UNO
Digital pin Digital pin
Komponen Hardware
No pin 5 Dan Software No pin 8
(Pemilihan No pada (Disokong Oleh Bekalan (Pemilihan No pada
digital pin dari 0 – 13) Kuasa) digital pin dari 0 – 13)

Sumber Bekalan Kuasa

Rajah 2.1 Lakaran gambar rajah blok untuk sistem kawalan LED

2.2 LAKARAN REKA BENTUK LITAR


SKEMATIK
1) Lakaran skematik tanpa papan mikropengawal Arduino UNO
2) Lakaran skematik menggunakan mikropengawal Arduino UNO

Komponen elektronik yang digunakan adalah :

1. Bekalan kuasa 5V
2. Suis tekan
3. Perintang tetap 10kΩ dan 220Ω
4. Diod pemancar cahaya
5. Ground
20
1) Lakaran skematik tanpa menggunkan papan mikropengawal Arduino
UNO

i. Kenalpasti litar skematik untuk sistem yang akan dibangunkan untuk


memudahkan dalam membina litar simulasi bergambar.
ii. Kemudian kenalpasti bahagian masukan (Input) dan bahagian keluaran (Output)

 Litar skematik juga boleh dibuat sendiri dengan menggunakan perisian SimulIDE dan
boleh diperiksa sama ada litar berfungsi atau tidak.

SUIS
PIN 8

LED

PIN 5
INPUT OUTPUT

Rajah 2.2 (a) Litar skematik tanpa mikropengawal

2) Lakaran litar skematik menggunakan papan mikropengawal Arduino


UNO
i. Kenalpasti no pin yang dipilih pada gambar rajah blok yang telah dibuat pada
rajah 2.1 mengikut jenis I/O
ii. Berdasarkan rajah 2.2 (a), lakarkan litar skematik menggunakan papan
mikropengawal Arduino UNO mengikut no pin yang telah dipilih pada rajah 2.1
S1 10kΩ

INPUT

Sambungan dibuat
5V
mengikut no pin yang
telah dipilih pada
digital pins bermula
5
dengan Input
kemudian Output 8
LED1

220Ω

GND
OUTPUT

Rajah 2.2 (b) Litar skematik menggunakan papan mikropengawal Arduino UNO 21
2.3 LAKARAN REKA BENTUK LITAR
SIMULASI BERGAMBAR
Dengan menggunakan perisian simulIDE ataupun perisian yang setara,
bina litar simulasi berdasarkan litar skematik pada rajah 2.2 (b).

 Buka perisian
simulIDE yang
telah dipasang
pada komputer.

 Senaraikan komponen
yang akan digunakan.
 Cari komponen pada
bahagian kiri interface
aplikasi
 Kemudian drag dan drop
komponen pada bahagian
kanan interface

 Susun komponen mengikut


sambungan litar input dan output
INPUT
kemudian tukar nilai perintang.
(ikut nilai pada litar skematik)
 Sambungkan komponen yang telah
disusun (rotate disediakan)
 Pastikan sambungan pada pin yang
OUTPUT betul
 Kemudian tekan butang save dan
simpan

Litar simulasi boleh menguji kefungsian litar yang dibuat tetapi perlu memasukkan kod
program yang telah disetkan. 
 Kod program akan dipelajari pada unit 3
22
Lakaran reka bentuk bergambar

Lakaran bergambar ini boleh dilukis atau di bina menggunakan perisisan Fritzing

23
UNIT 3
Litar Input Dan Litar
Output
3.1 Penyambungan litar input dan litar output
3.2 Pengaturcaraan berdasarkan litar input dan litar
output

24
3.1 PENYAMBUNGAN LITAR INPUT
DAN LITAR OUTPUT
Persediaan awal bagi unit 3:
1. Manual penggunaan
2. Papan projek (breadboard)
3. Komponen elektronik yang hendak digunakan
4. Set Papan mikropengawal Arduino UNO
5. Komputer bersama perisisan Arduino IDE untuk proses koding

Standard pembelajaran :
5. Membuat penyambungan litar input dan litar output kepada mikropengawal
(bahagian hardware)

Berdasarkan litar bergambar bagi sistem kawalan LED, buat


penyambungan komponen input dan output pada papan projek dan papan
mikropengawal Arduino UNO.

Perkakasan (hardware component) yang digunakan adalah :

1. Suis tekan
2. Perintang tetap 10kΩ dan 220Ω
3. Diod pemancar cahaya
4. Wayar pelompat (jumper wire)
5. Set papan mikropengawal Arduino UNO
6. Papan projek / breadboard

Langkah- Langkah Pemasangan :

pemasangan litar
input

pemasangan litar
output

Gabungan litar input dan


output
25
Langkah – langkah penyambungan litar Input dan Output bagi sistem kawalan
LED iaitu 1 suis mengawal 1 LED.

Litar Input
1

2
3
4 6

Langkah –langkah penyambungan litar Input

1 Pasangkan wayar pelompat pada breadboard terminal (+) dan sambungkan


pada pin 5v arduino board
2 Pasangkan wayar pelompat pada breadboard terminal (–) dan sambungkan
pada pin GND arduino board
3 Pasangkan suis tekan tutup pada breadboard. Masukkan kaki suis ke dalam
lubang breadboard dengan betul dan kemas
4 Pasangkan wayar pelompat pada kaki ‘in’ suis untuk disambungkan pada
terminal (+) breadboard
5 Pasangkan wayar pelompat pada kaki ‘out’ suis untuk disambungkan pada pin
5 digital pin pada papan mikropengawal Arduino Uno
6 Pasangkan perintang tetap 10kΩ pada breadboard dan sambungkan pada
terminal negatif (-) breadboard

26
Litar Output

1
3

Langkah –langkah penyambungan litar output

1 Pasangkan wayar pelompat pada kaki positif LED dan sambungkan pada pin 8
digital pins arduino board
2 Pasangkan komponen LED pada breadboard dan masukkan pada lubang
breadboard dengan betul dan kemas mengikut kutub LED
3 Pasangkan perintang tetap 220Ω pada breadboard dan disambungkan pada
kaki negatif (-) LED
4 Pasangkan wayar pelompat pada kaki ‘out’ perintang tetap untuk
disambungkan pada terminal (-) / GND breadboard.
5 Wayar pelompat yang telah dipasang pada litar input yang disambungkan pada
pin GND Arduino board

Hasil gabungan penyambungan litar input dan output :

27
3.2 PENGATURCARAAN BERDASARKAN LITAR
INPUT DAN LITAR OUTPUT
Standard pembelajaran :
6. Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input dan litar
output

Pengenalan kepada pengaturcaraan yang digunakan oleh papan


mikropengawal Arduino UNO

Papan Arduino diprogramkan dalam C dan fungsi peringkat tinggi disediakan sebagai
standard untuk membaca dan menulis arahan ke pin analog dan digital dan port bersiri.
Dalam bahasa arduino program dikenali sebagai "sketch".

Sotfware Arduino IDE (Integrated Development Environment) perlu dimuat turun. Ini
adalah perisian yang akan digunakan untuk menulis program dan muat naik ke papan
Arduino UNO. Muat turun IDE Arduino di http://arduino.cc/en/Main/Software

Program dimuat turun ke papan Arduino menggunakan sama ada port bersiri atau sambungan
USB.

Perisian (software) Arduino IDE :

Arduino IDE adalah software yang sangat canggih ditulis dengan menggunakan Java.
Arduino IDE ini terdiri daripada :

28
Bahagian toolbar beserta fungsi :

Compile & checks the code for errors Open an existing file

Compile & upload the program into


Saves the file / saves the current code
arduino board

Create a new file Open the serial port monitor

Perkara yang perlu diketahui sebelum memulakan sketch :

Struktur Kawalan.

Setup () hanya membaca Loop () membaca dan


dan menjalankan koding menjalankan koding di
SEKALI SAHAJA, iaitu dalamnya secara INFINITE-
dari awal pembukaan semi- LOOP berasaskan kelajuan
colon ‘{‘ sehingga akhir frequency Chip Arduino
penutupan semi-colon ‘}’

Setup dan loop merupakan 2 komponen utama dan paling penting dimana keduanya diperlukan
untuk program berfungsi.

Setup digunakan untuk memulakan pinMode. Contohnya :

Loop pula digunakan untuk membolehkan program berubah, bertindak balas dan mengawal
Arduino board. Contohnya :

29
Data Arduino / Variables and constants
Interger (int)
• Menyimpan nombor dalam 2 byte (16bit). Ia dapat menyimpan no. -32,768 sehingga
32,768.

Long (long)
• Menyimpan nombor lebih besar dari interger iaitu 4byte (32bit). Ia menyimpan no.
dari -2,147,483,648 sehingga 2,147,438,648.

Boolean
• Digunakan apabila terdapat dua pemboleh ubah iaitu betul atau salah. Ia
menggunakan RAM yang sedikit.

Float (float)
• Digunakan apabila terdapat nombor perpuluhan. Ia dapat menyimpan no di antara -
3.4028235E+38 sehingga 3.4028235E+38

Character (char)
• Menyimpan huruf menggunakan code ASCII (ie ‘A’ = 65). Ia menggunakan 1byte
(8bit).

Functions (fungsi)

// Single line comment


•digunakan sebagai Nota-Kaki atau Nota yang ditinggalkan oleh penulis sketch tersebut
sebagai reference.
•contohnya : pinMode (8, OUTPUT) ; // declare pin 8 sebagai digital Output
// LED disambungkan pada pin 8

/* */ Multi line comment


•digunakan untuk penulis menulis teks yang panjang untuk memudahkan pengguna memahami
teks tersebut. Teks ini diabaikan oleh program.
•contohnya : /* nama file : LED Blinking
penulis : nur amirah binti hussain */

{} Curly bracket
•digunakan sebagai permulaan dan pengakhiran fungsi blok dan pernyataan blok. Pembuka ({ )
mesti diakhiri dengan penutup( }), jika tidak program tidak akan dapat membaca arahan yang
diberikan.
•contohnya : void setup () {
pinMode (8, OUTPUT) ; // declare pin 8 sebagai digital Output
// LED disambungkan pada pin 8
}
; Semicolon
•digunakan untuk menamatkan pernyataan dan mengasingkan elemen program. Mesti
digunakan setiap kali menamatkan sesuatu arahan atau pernyataan sebelum membuat nota.
•contohnya : int led = 8;
void setup () {
pinMode (8, OUTPUT) ; //LED disambungkan pada pin 8
} 30
Fungsi blok kod digital pin dan analog pin

Fungsi di dalam sketch bermaksud kod blok yang mempunyai nama dan pernyataan/ arahan
yang melaksanakan arahan apabila diminta.
Void setup () {
Contohnya : pinMode (led, OUTPUT );
pinMode (pushbutton, INPUT);
}

 pinMode (pin, Mode) ditulis di dalam kod Void setup yang bermaksud pin (nama atau no pin
yang telah dipilih) dan mode (pin yang ditulis sebagai Input / Output ).

Fungsi blok (kod digital pin) Fungsi blok (kod analog pin
digitalRead (pin) pula ditulis di dalam kod Void fungsi Read and Write yang sama seperti di
loop yang berfungsi sebagai digital Input dalam kod digital pin tetapi ditulis analogRead
contohnya : digitalRead (pushbutton) atau analogWrite

digitalWrite (pin, value) ditulis di dalam kod Contohnya : analogRead ( A5)


Void loop tetapi sebagai digital Output yang analogWrite (A5, 700)
mana pin output dalam keadaan High atau low
yang ditulis sebagai value. AnalogWrite juga berfungsi sebagai PWM
contohnya : digitalWrite (led, HIGH) (pulse width modulation) dimana pin ini
berada pada digital pins Arduino board yang
mempunyai simbol (~)

Fungsi blok yang lain seperti :

Delay Delay (value) dimana fungsi delay() ini digunakan untuk memberikan waktu
(input) tundaan (dalam milisaat) untuk melaksanakan satu baris program ke baris
selanjutnya.
Contohnya : delay (500) ; /*memberikan waktu tundaan 500 milisaat atau
setara dengan 0.5 saat sebelum melaksanakan arahan baris program seterusnya,
jika waktu tunda 1 saat maka ditulis delay(1000) dan seterusnya */

Serial.print Serial.print (teks,value) digunakann untuk menampilkan teks dan juga dapat
(output) menampilkan nilai pada sebuah sensor di Serial Monitor.
Contohnya : Serial.print (“Hello World”);
//Untuk menampilkan kata Hello World
Serial.print (nama sensor);
//Untuk menampilkan nilai dari sensor

31
Asas operasi matematik

= Makes Something Equal To Something Else

% Gives The Remainder When One Number Is Devided By Another

+ Addition

- Subtraction

* Multiplication

/ Division

addition operators : ( == ), ( != ), (< ), ( >)

Pernyataan Kawalan

Pernyataan kawalan adalah kawalan membuat keputusan yang menghendaki pengaturcara


menentukan satu atau lebih syarat untuk dinilai atau diuji oleh program.

Terdapat beberapa pernyataan kawalan : IF , IF…ELSE , FOR , WHILE , DO…WHILE

 Pernyatan kawalan yang kerap digunakan ialah IF


CONTOH CARTA ALIR PERNYATAAN
dan IF…ELSE.
‘IF’
 IF : pernyataan yang menguji sama ada keadaan
tertentu telah dicapai dan melaksanakan apa-apa
kenyataan di dalam kurungan sekiranya pernyataan
itu benar, jika palsu program akan melangkaui
kenyataan yang lain.
 IF…ELSE : pernyataan yang membolehkan
keputusan ‘sama ada’… ‘atau’ dibuat.. contohnya
jika suis ditekan maka LED menyala dan jika
sebaliknya maka LED tidak menyala.
 FOR : digunakan untuk mengulangi satu blok
pernyataan yang tertutup dalam kurungan
lengkung yang ditentukan jumlah bilangan
 WHILE : digunakan untuk mengulangi pernyataan
secra berterusan sehingga pernyataan menjadi
false.
 DO…WHILE : fungsi sama seperti while loop,
Cuma dalam keadaan yang palsu( false), DO loop
akan menjalankan pernytaan yang diminta
sekurangnya sekali

32
Langkah –langkah menulis atur cara Arduino :

Langkah 1 – buka perisian Arduino IDE pada komputer untuk menulis atur cara

Langkah 2 – Merancang aturcara

Fikirkan proses apa yang perlu dicapai dengan pengaturcaraan. Buat lakaran carta alir jika
perlu

Langkah 3
Tetapkan variables dan constants yang digunakan ataupun yang telah ditetapkan
pada gambar rajah blok.

Tetapkan pinMode di void setup ()

Langkah 4 – tuliskan aturcara di fungsi void loop

Tulis atur cara di fungsi loop. Atur cara boleh melibatkan proses penghantaran isyarat
keluaran, penerimaan, pembacaan isyarat masukan dan sebagainya.

Peraturan utama pengaturcaraan arduino :


Pastikan bahawa setiap baris atur cara diakhiri dengan tanda ; (semi colon)
Pastikan setiap tanda () dan {}berpasangan

Langkah 5 – sambungkan papan Arduino ke computer menggunakan kabel USB A-B

Sambungkan Arduino board ke komputer menggunakan kabel USB kemudian pilih port
yang betul pada tools di toolbar

33
Langkah 6 – tekan ikon verify pada toolbar untuk proses compiler

Setelah memastikan kod yang ditulis betul mengikut pengaturcaraan


yang dirancang kemudian tekan ikon verify pada toolbar untuk
memeriksa kod tersebut sama ada betul atau salah.

Jika atur cara yang ditulis dapat di baca oleh sketch maka sketch
Akan paparkan Done compiling di ruangan messages

Langkah 7

Tekan ikon save pada toolbar dan simpan atur cara dengan nama yang sesuai kemudian
tekan ikon upload untuk menghantar atur cara ke Arduino board yang telah disambung
pada komputer dan disimpan pada memori.

Contoh atur cara yang ditulis untuk kawalan LED ( 1 suis mengawal 1 LED)

Kod/program kawalan LED

int pushbutton = 5;
int led = 8;
int buttonstate = 0;

void setup() {
// put your setup code here, to run once:
pinMode (led,OUTPUT);
pinMode (pushbutton, INPUT);
}
void loop() {
// put your main code here, to run repeatedly:
buttonstate = digitalRead (pushbutton);

if (buttonstate == HIGH) {
digitalWrite (led, HIGH);
}
else {
digitalWrite (led, LOW);
}
}
34
UNIT 4
Pengujian, penilaian &
penambahbaikan

4.1 Membuat Pengujian Dan Penilaian


Kefungsian Litar elektronik
4.2 Mencadangkan penambahbaikan ke
atas reka bentuk litar elektronik

35
4.1 MEMBUAT PENGUJIAN DAN PENILAIAN
KEFUNGSIAN LITAR ELEKTRONIK
Standard pembelajaran:
7. Membuat pengujian dan penilaian kefungsian litar lektronik
8. Mencadangkan penambahbaikkan ke atas reka bentuk itar elektronik

Persediaan :
1. Komputer dan set papan Arduino UNO (hardware dan software)
2. Litar input dan output yang telah dipasang

PENGUJIAN
Pengujian dibuat untuk memastikan penyambungan litar input dan output betul
dari segi kekutubannya.

Terdapat dua pengujian yang boleh dibuat iaitu pengujian menggunakan


perisian simulasi (simulIDE) dan pengujian komponen yang telah dipasang
pada papan projek.
Langkah-langkah untuk menguji litar simulasi
1. Buka litar simulasi (simulIDE) yang telah dibuat pada unit 2 yang disimpan di dalam
komputer
2. Kemudian masukkan atur cara yang telah dibuat. Right click pada bahagian tengah
Arduino board, pilih load firmware kemudian pilih folder yang menyimpan aturcara
yang telah dibuat di unit 3 atau aturcara yang baru mengikut litar simulasi yang
dibuat.
3. Pilih dan klik aturcara hex file atau yang mempunyai keyword ino.standard.hex

2 3
3

36
4. Selepas atur cara dimasukkan. Klik power circuit pada toolbar SimulIDE sebagai
bekalan kuasa pada litar. Power circuit akan berubah warna dari merah kepada oren.
Ini menandakan bekalan kuasa dibekalkan kepada litar.

5. Pengujian boleh dibuat pada litar simulasi. Klik pada bahagian suis untuk melihat
keluaran pada LED. Jika litar dan aturcara yang dibuat sepadan dan betul maka LED
akan menyala. Jika LED tidak menyala maka terdapat kesalahan yang dibuat sama
ada pada litar atau pada aturcara.

Pengujian simulasi berjaya untuk litar dan aturcara. Apabila selesai ujian simulasi maka
ujian litar komponen input dan output boleh di uji.
Kelebihan pengujian simulasi adalah untuk memastikan sambungan litar betul dan
komponen tidak rosak jika pemasangan litar salah.

Langkah-langkah untuk menguji litar pada papan projek


1. Buka atur cara (Arduino IDE) kawalan LED atau aturcara lain yang dibuat untuk
pengujian litar.
2. Pastikan penyambungan litar input dan output pada papan projek betul dan
disambungkan ke Arduino board. (seperti langkah-langkah pada unit 3.1)
3. Pastikan Arduino board telah disambungkan kepada komputer dan port yang betul
dipilih. (seperti langkah-langkah pada unit 3.2)
4. Kemudian upload data yang telah di verify ke dalam Arduino board dan di simpan
ke memori.
5. Selepas data di upload ke dalam Arduino board, pengujian boleh dilakukan. Tekan
suis pada litar untuk melihat keluaran pada LED atau seperti yang telah ditulis dalam
atur cara yang di upload. Jika LED tidak menyala sila periksa semula sambungan
litar yang telah dibuat.
6. Atur cara yang dibuat akan dilaksanakan mengikut arahan yang diberi.

37
PENILAIAN
Penilaian dibuat setelah pengujian penyambungan litar input dan output selesai.
Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian atau bertulis.
Contohnya : sistem kawalan LED ( 1 suis mengawal 1 LED )
Bil. Aspek Yang Dinilai Berfungsi Atau Tidak Catatan
Berfungsi

1. LITAR INPUT: Penyambungan yang


Berfungsi
SUIS dibuat betul

2. LITAR OUTPUT: Penyambungan yang


Berfungsi
LED dibuat betul

3. KEKEMASAN Wayar pelompat


PENDAWAIAN dipasang dengna kemas
dan tersusun

4.2 Mencadangkan penambahbaikan ke atas


reka bentuk litar elektronik
Dilakukan supaya reka bentuk litar elektronik dapat berfungsi dengan lebih baik dan
memenuhi kehendak pengguna.
Penambahbaikan dari segi input dan juga output.
Setiap penambahbaikan yang dibuat perlu bermula dari awal (membina gambar rajah
blok) hingga akhir (pengujian dan penilaian).

Antara penambahbaikan yang boleh dibuat ialah :

1. 1 suis tekan tutup mengawal 2 LED


2. 1 suis mengawal 1 LED dan 1 buzzer
3. LED blinking
4. Sistem penyiraman tanah secara automatik
5. Arduino fingerprints sensor

Penambahbaikan yang lebih lagi boleh layari laman sesawang :


https://create.arduino.cc/projecthub/search?q=arduino+uno+pojects&type=BaseArticle

38
PENILAIAN
1. Nyatakan maksud mikropengawal dan mikropemproses.

2. Apakah bahagian- bahagian yang terdapat dalam mikropengawal ?

3. Hasilkan lakaran gambar rajah blok reka bentuk elektronik untuk sistem kawalan
diod pemancar cahaya/ LED (1 suis mengawal 2 LED)

4. Namakan bahagian –bahagian yang dilabel pada Toolbars tersebut beserta


fungsinya.

5. Apakah komponen elektronik yang digunakan untuk menghubungkan sambungan


diantara papan mikropengawal Arduino Uno dan papan projek?

39
AKTIVITI
Sebelum memulakan sesuatu projek, perkara pertama yang harus dikenalpasti ialah
apakah projek yang hendak dibina dan bagaimana projek itu berfungsi.
Terdapat langkah-langkah asas yang boleh diikuti untuk membina sesuatu projek yang
mudah bagi pengguna baru seperti yang ditunjukkan dibawah.

TUTORIAL 1

Light Emitting Diode (LED) Blinking menggunakan diod pemancar 3 cahaya

Langkah- langkah dalam membina projek menggunakan mikropengawal


Arduino Uno :

1. Kenal pasti projek yang hendak dibina


Light Emitting Diode (LED) Blinking menggunakan diod pemancar 3 cahaya

2. Kenalpasti bagaimana projek akan berfungsi.


Dengan menggunaan diod pemancar 3 cahaya akan memancarkan cahaya
merah, hijau dan biru secara berturutan dengan selang masa 1 saat.

3. Kenalpasti komponen yang hendak digunakan berdasarkan tajuk projek.


Input – tiada (disebabkan tiada peranti input yang dinyatakan)
Proses – papan mikropengawal Arduino Uno
Output – diod pemancar 3 cahaya
Komponen asas yang lain – perintang tetap 220Ω, wayar penyambung dan
papan projek

4. Dengan bantuan lakaran gambar rajah blok pilih pin pada papan
mikropengawal Arduino yang akan digunakan.

Input Proses Output

Diod pemancar 3
cahaya (RGB LED)
Papan
Tiada
mikropengawal Digital pin
Arduino Uno
R – pin 13
G – pin 11
B – pin 9
40
5. Berdasarkan lakaran gambar rajah blok, bina litar skematik dan litar
bergambar.

Litar bergambar

Litar skematik

41
6. Bina carta alir untuk memudahkan atur cara ditulis.

Carta aliran kod Kod C++/ sketch


#define DIOD_MERAH 13
Mula #define DIOD_KUNING 11
#define DIOD_HIJAU 9
aa
void setup()
Menetapkan pin 13, 11 {
dan 9 kepada output pinMode(DIOD_MERAH,
OUTPUT);
kepada output
pinMode(DIOD_HIJAU,
OUTPUT);
Mengaktifkan pin pinMode(DIOD_BIRU,
merah diod pemancar OUTPUT);
cahaya sahaja selama }
1 saat void loop()
{

digitalWrite(DIOD_MERAH,
Mengaktifkan pin
HIGH);
hijau diod pemancar digitalWrite(DIOD_HIJAU,
cahaya sahaja selama LOW);
1 saat digitalWrite(DIOD_BIRU,
LOW);
delay(1000);
Mengaktifkan pin biru digitalWrite(DIOD_MERAH,
diod pemancar cahaya LOW);
sahaja selama 1 saat digitalWrite(DIOD_HIJAU,
HIGH);
digitalWrite(DIOD_BIRU,
LOW);
delay(1000);

digitalWrite(DIOD_MERAH,
LOW);
digitalWrite(DIOD_HIJAU,
LOW);
digitalWrite(DIOD_BIRU,
HIGH);
delay(1000);
}

42
7. Buka perisian arduino IDE dan taip kod seperti yang telah ditulis. Kemudian
sambungkan kabel USB A-B papan mikropengawal Arduino uno ke komputer
yang telah disambung bersama papan projek. Klik pada butang upload untuk
memuat naik kod ke papan Arduino uno.

Setelah selesai, buat pengujian ke atas litar yang telah disambung. Hasilnya diod
pemancar 3 cahaya akan memancarkan cahaya merah, hijau dan biru secara
berturutan dengan selang masa selama 1 saat.

1 saat 1 saat

1 saat

43
Berdasarkan langkah-langkah yang telah ditunjuk, buat aktiviti yang telah
diberikan dengan mengubah nilai purata di dalam kod kepada nilai sendiri.

AKTIVITI 1

Sistem lampu automatik (Perintang peka cahaya mengawal lampu / diod pemancar cahaya).

Sistem ini akan membuatkan diod pemancar cahaya memancarkan cahaya apabila berada di
kawasan gelap.

Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen- komponen yang diperlukan untuk
membina sistem lampu automatik.

Senarai komponen :

1. Papan Arduino Uno dan kabel USB


2. Papan projek (breadboard)
3. Wayar penyambung / wayar pelompat
4. Diod pemancar cahaya (LED) X 2 unit
5. Perintang tetap 220Ω X 2 unit
6. Perintang tetap 10kΩ X 1 unit
7. Perintang peka cahay X 1 unit

Litar penyambungan input dan output Litar skematik

44
Carta aliran kod Kod C++/ sketch
#define
Mula PERINTANG_PEKA_CAHAYA
A0
aa #define DIOD_KANAN 12
#define DIOD_KIRI 13
Menetapkan pin 12 dan
13 kepada output int bacaan_voltan;
int purata = 250;
void setup()
Membaca nilai voltan
{
pada nod litar
pinMode(DIOD_KANAN,O
perintang peka cahaya
UTPUT);
pinMode(DIOD_KIRI,
OUTPUT);
Tidak
}
Adakah berada di void loop()
kawasan yang terang? {
bacaan_voltan =
Ya analogRead(PERINTANG_PEKA_CAHAYA
);
Memadamkan diodn
if(bacaan_voltan > purata)
pemamcar cahaya
{
digitalWrite(DIOD_KANAN,
LOW);
Tidak digitalWrite(DIOD_KIRI,
Adakah berada di LOW);
kawasan yang gelap? }
digitalWrite(DIOD_KANAN,
Ya HIGH);
digitalWrite(DIOD_KIRI,
Aktifkan diod
HIGH);
pemancar cahaya
}
}

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod seperti yang ditulis. Klik pada butang upload untuk
memuat naik kod ke dalam Arduino board. Hasilnya diod pemancar cahaya akan
memancarkan cahaya apabila berada di kawasan gelap.

45
AKTIVITI 2

Sistem lampu isyarat ( mengawal masa)

Sistem ini akan membuatkan diod pemancar cahaya memancarkan cahaya merah, kuning dan
hijau secara berturutan dengan selang masa yang ditetapkan.

Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen – komponen yang diperlukan oleh projek
lampu isyarat.

Senarai nama komponen :

1. Papan Arduino Uno dan kabel USB


2. Papan projek
3. Wayar penyambung
4. Perintang tetap 220 Ω X 3 unit
5. Diod pemancar cahaya merah X 1 unit
6. Diod pemancar cahaya hijau X 1unit
7. Diod pemancar cahaya kuning X 1 unit

Papan projek Litar skematik

46
Carta aliran kod Kod C++/ sketch
#define DIOD_MERAH 13
Mula #define DIOD_KUNING 10
#define DIOD_HIJAU 5
aa
void setup()
Menetapkan pin 13, 10 {
dan 5 kepada output pinMode(DIOD_MERAH,
OUTPUT);
kepada output
pinMode(DIOD_KUNING,
OUTPUT);
Mengaktifkan diod pinMode(DIOD_HIJAU,
pemancar cahaya OUTPUT);
merah selama 5 saat }
void loop()
{
Mengaktifkan diod digitalWrite(DIOD_MERAH,
pemancar cahaya HIGH);
hijau selama 10 saat digitalWrite(DIOD_HIJAU,
LOW);
digitalWrite(DIOD_KUNING,
LOW);
Mengaktifkan diod delay(5000);
pemancar cahaya
kuning selama 1 saat digitalWrite(DIOD_MERAH,
LOW);
digitalWrite(DIOD_HIJAU,
HIGH);
digitalWrite(DIOD_KUNING,
LOW);
delay(10000);

digitalWrite(DIOD_MERAH,
LOW);
digitalWrite(DIOD_HIJAU,
LOW);
digitalWrite(DIOD_KUNING,
HIGH);
delay(1000);
}

Buka perisian Arduino IDE dan taipkod seperti yang ditulis di atas. Klik pada butang upload
untuk memuat naik kod ke papan Arduino Uno. Hasilnya diod pemancar cahaya akan
memancarkan cahaya merah, hijau dan kuning mengikut selang masa yang ditetapkan.
5 saat 10 saat

1 saat 47
AKTIVITI 3

Sistem meter kelajuan motorsikal

Sistem ini berkonsepkan simulator untuk meniru keadaan meter kelajuan motorsikal
bertindak balas terhadap pusingan throttle motorsikal.

Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen – komponen yang diperlukan oleh projek
meter kelajuan motorsikal.

Senarai nama komponen yang digunakan :

1. Papan Arduino Uno dan kabel USB


2. Papan projek
3. Wayar penyambung
4. Perintang boleh laras X 1 unit
5. Motor servo X 1 unit

Papan projek Litar skematik

48
Carta aliran kod Kod C++/ sketch
#include <Servo.h>
Mula #define MOTOR_SERVO 9
#define PERINTANG_LARAS
aa A2
Servo myservo;
Menetapkan pin 9 int perintang;
kepada servo output int darjah_servo;

void setup()
{
Membaca nilai voltan myservo.attach(MOTOR_
perintang boleh laras SERVO);
}
void loop()
{
Menukarkan nilai voltan ( 0~1023) perintang =
kepada darjah servo (0~ 180) analogRead(PERINTANG_
LARAS);

darjah_servo =
Menggerakan gear map(perintang, 0,
servo ke arah darjah 1023, 0, 180);
servo myservo.write(darjah_
servo);
delay(15);
Memberi masa selama 0.015 saat }
untuk gear servo selesai bergerak

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod seperti yang ditulis di atas. Klik pada butang upload
untuk memuat naik kod ke papan Arduino Uno. Hasilnya akan membuatkan gear servo
bergerak ke darjah yang diarahkan oleh perintang boleh laras.

49
LAMPIRAN
JAWAPAN PENILAIAN

1. Mikropengawal ialah peranti kawalan dalam satu cip yang terdiri daripada unit
pemprosesan pusat (CPU), RAM, ROM dan PORT masukan / keluaran.
Mikropemproses pula ialah unit pemprosesan pusat (CPU) yang wujud sebagai satu
cip tunggal bersama sokongan cip-cip yang lain seperti RAM, ROM dan PORT
masukan/keluaran.

2. Input, Proses dan Output

3.
Input Proses Output
Papan 2 LED
1 suis
Arduino UNO

Sumber Bekalan Kuasa

4. A - Verify : Menyusun dan memeriksa kesalahan pada atur cara / kod


B - Upload : Memuat naik atur cara / kod ke papan mikropengawal Arduino
C - New : Membina fail yang baru
D - Open : Membuka fail yang sedia ada
E - Save : Menyimpan fail yang telah dibuat
F - Serial Monitor : Membuka monitor port bersiri

5. Wayar penyambung / wayar pelompat

50
CARA PEMASANGAN PERISIAN ARDUINO IDE

Langkah 1 : Layari laman sesawang Langkah 4 : Setelah selesai muat turun,


https://www.arduino.cc/en/Main/Software jalankan pemasangan perisian Arduino IDE
dan klik next

Langkah 2 : Klik di ruangan Download, Langkah 5 : Klik install untuk memulakan


sila pilih windows installer untuk muat proses pemasangn perisian
turun

Langkah 3 : Di ruangan download, boleh Langkah 6 : Tunggu sehingga selesai proses


memilih JUST DOWNLOAD atau Extract kesemua fail dan pemasangan
CONTRIBUTE & DOWNLOAD untuk perisian Berjaya
meneruskan muat turun perisian

51
SENARAI RUJUKAN / SUMBER TAMBAHAN

https://www.arduino.cc/en/Guide/ArduinoUno

http://arduino.cc/en/Main/ArduinoBoardUno.

http://arduino.cc/en/Guide/HomePage

https://www.arduino.cc/en/Main/Software

https://fritzing.org.home

https;//www.Bradkendall.ca/

https://www.nadieleczonsolutions.blogspot.com

https://www.introtoarduino.com/downloads/IntroArduinoBook.pdf

https://www.makerspaces.com/15-simple-arduino-uno-breadboard-projects/

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (2016). Reka bentuk dan teknologi


tingkatan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Brians W. Evans (2007). Arduino programming notebook. USA

Maik Schmidt (2011). Arduino a quick-start guide. The pragmatic prorammers,


LLC.

52

Anda mungkin juga menyukai