Anda di halaman 1dari 56

Penyelesaian masalah

secara inventif

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Set induksi

Lihat pen disebelah, secara berkumpulan berikan


satu contoh masalah yang ada hadapi semasa anda
menggunakan salah satu pen tersebut

Jawapan anda:
1.
2.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Jawapan yang mungkin dari pelajar
1. Penutup pen kerap hilang
2. Ada satu warna sahaja setiap pen
3. Ink pen cepat habis
4. Tidak selesa memegang pen
5. Dan lain-lain lagi

** terima apa juga jawapan pelajar. Kemudian cikgu pilih apa sahaja subjek (produk) yang ada di
dalam kelas. Setiap kumpulan berikan satu subjek. Minta mereka senaraikan masalah yang wujud
pada produk tersebut. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan pelajar berfikir masalah
yang wujud pada sesuatu subjek (produk).

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Bagaimana nak selesaikan masalah yang
disenaraikan
1. Penutup pen kerap hilang.
Jawapan :Beli pen yang tiada penutup, ikat penutup pen, dsb
2. Ada satu warna sahaja setiap pen
Jawapan: Pakai banyak pen berlainan warna
3. Ink pen cepat habis
Jawapan: Guna pen boleh refill dakwat, pen lebih panjang, dsb
4. Tidak selesa memegang pen
Jawapan : Letakkan getah, dsb

**jika dilihat, jawapan bagi setiap masalah yang timbul diselesaikan secara terus dengan cara
ganti produk, tukar komponen, atau tambah komponen. Ini ialah masalah bukan inventif

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Set induksi
1.
Terdapat 2 jenis panjang pembaris. Apakah
masalah yang wujud semasa anda
menggunakan pembaris tersebut? Lihat
situasi berikut:
1. Jika anda menggunakan pembaris
Garisan panjang/pendek panjang, apa yang menguntungkan atau
memudahkan anda? Apa pula
2.
menyusahkan atau memudaratkan
anda?
2. Jika anda menggunakan pembaris
pendek, apa pula untungnya? Apa pula
yang menyusahkan anda?

Bekas alatulis besar/kecil

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Jawapan yang mungkin dari pelajar
1. Jika guna pembaris panjang, senang nak garis garisan yang panjang. Tetapi susah pula nak
simpan dalam bekas pensel.
2. Jika guna pembaris pendek, senang nak simpan dalam bekas pensel. Tetapi sukar sedikit nak
lukis garisan yang lebih panjang.

** terima apa juga jawapan pelajar. Jawapan ini adalah nak menunjukkan bahawa, kita nak
selesaikan satu masalah, masalah lain muncul. Ini ialah msalah inventif. Cikgu boleh pilih apa
sahaja subjek (produk) untuk latihan masalah inventif ini, dengan syarat guna perkata “jika” dan
“tetapi”.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Soalan yang biasa ditanya
1. Bolehkah pada satu subjek (produk) itu wujud masalah bukan inventif dan masalah inventif
serentak?

Jawapan:
Boleh. Bergantung kepada situasi atau keadaan ayat penerangan.

Contoh, pen.
Pen hanya ada satu warna. Bagaimana nak selesaikan masalah jika nak guna warna lain?
Jawapannya ialah carilah atau beli pen lain warna. Ini bukan inventif.

Pen hanya ada satu warna. “Jika” nak guna warna lain, maka kena ada bilangan pen yang
banyak. “Tetapi” masalah ruang simpanan juga perlu besar. Ini masalah inventif.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Soalan yang biasa ditanya
2. Dalam buku teks cerita tentang pisau. Bolehkan ianya jadi inventif dan bukan inventif
serentak.
Jawapan:
Boleh. Dalam buku teks, contoh yang diberi ialah bukan inventif.
Contoh masalah pisau di dalam buku teks:
Pisau tumpul untuk potong ikan. Penyelesaiannya ialah mengasah pisau, maka jadi tajam.
Ini bukan inventif. Penyelesaian secara terus.
Bagaimana jadi inventif? Sekali lagi, jika menggunakan “jika” dan “tetapi”
Contoh: Pisau tumpul untuk potong ikan. “Jika” mengasah pisau selalu, maka akan tajam.
“Tetapi” jika di asah selalu, maka mata pisau akan cepat jadi haus. Nak selesai masalah tak
tajam, muncul masalah pisau haus (pisau yang lama-lama melengkung ke dalam)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Kesimpulan
Masalah inventif ialah masalah yang mempunyai
kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan
berlaku.

Masalah bukan inventif ialah masalah yan tidak


mempunyai kesan sampingan apabila usaha
penambahbaikan berlaku

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Proses penyelesaian bukan inventif
Banyak cara yang bukan inventif yang telah digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah
Contoh :
 Trial and error
 Secara berstuktur
 Di dalam buku teks, ms 5 menunjukkan kaedah secara berstruktur
(model carta alir)
Banyak lagi model bukan inventif yang diguna pakai untuk
selesaikan masalah

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Trial and error

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Model carta alir

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Waterfall model

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Fishbone model

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Kesimpulan penggunaan model
penyelesaian masalah yang lain
Semua model penyelesaian masalah mempunyai kekuatan dan
kelemahan tersendiri
Semua model penyelesaian yang wujud adalah sesuai dengan sesuatu
masalah yang hendak diselesaikan

Apakah proses penyelesaian yang hendak diperkenalkan di tingkatan 2


RBT ini?
Jawapan : Proses penyelesaian masalah secara inventif, TRIZ

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Contoh keadaan sewaktu perbincangan
penyelesaian masalah

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Model penyelesaian masalah secara
inventif, TRIZ

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Model penyelesaian masalah secara
inventif, TRIZ

MASALAH PENYELESAIAN
UMUM TRIZ UMUM TRIZ

PENYELESAIAN
MASALAH
MASALAH
KHUSUS
KHUSUS

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Apakah proses yang ada dalam model
TRIZ?
MASALAH Masalah nyata yang dihadapi oleh pereka pada sesuatu subjek (produk). Masalah
KHUSUS sebenar yang hendak diselesaikan. Melibatkan penyataan masalah inventif dan
sistem produk

MASALAH Melibatkan proses menentukan masalah dan mencari formula inventif yang
UMUM TRIZ sesuai. Membuat model fungsi dengan melukis garisan interaksi.

PENYELESAIAN Melibatkan proses mencari masalah untuk mengatasi percanggahan yang wujud.
UMUM TRIZ Mengenalpasti wujudnya pemisahan ruang atau masa.

PENYELESAIAN Memilih prinsip yang paling sesuai. Lakaran idea reka bentuk baharu selepas
MASALAH prinsip penyelesaian ditentukan.
KHUSUS

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Membuat hubungkait antara produk
dengan objek dari segi fungsinya
Di dalam penyelesaian masalah secara inventif, terdapat beberapa perkataan yang harus dikenali
iaitu:
1. Subjek atau produk
2. Fungsi
3. Objek
4. Komponen
5. Supersistem

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Subjek atau produk
Jika anda merujuk mana-mana buku atau naskah TRIZ, anda akan dapati penggunaan perkataan
“SUBJECT” yang bermaksud subjek. Manakala, di dalam DSKP menggunakan perkataan PRODUK.
Dua ayat ini menunjukkan maksud yang sama. Apakah itu subjek (produk)? Semua peralatan yang
anda jumpa seharian yang ada lebih dari satu komponen.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


FUNGSI
Fungsi bermaksud tindakan sesebuah produk untuk merubah sasaran objek. Apa tu? Maksudnya
dengan kata mudah yang boleh difaham ialah penggunaan kata kata kerja (verb); kata yang
menyatakan perbuatan. Contoh, mengarat, menarik, memegang dan sebagainya.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Objek
Objek di dalam TRIZ merujuk kepada yang menerima kesan. Maksud secara umumnya ialah apa
fungsi asal bagi sesuatu subjek (produk) itu. Contoh, cup hold water. Jadi yang objeknya ialah air.
Bukan orang yang minum air itu. Fungsi asas subjek (produk) itu.

cawan

Piring Cawan Air kopi


pegang pegang

Air kopi
objek
piring

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Objek
Ubat gigi

Berus halus
Pemegang Berus halus Ubat gigi
Pemegang pegang pegang

objek

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Objek
Buku

Meja

Lantai Meja Buku


pegang pegang

Lantai
objek

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Komponen
Muka meja
Komponen ialah bahagian-bahagian yang
melengkapkan sesuatu sistem sesebuah subjek
(produk).
Contoh meja disebelah. Komponennya ialah:
1. Kaki meja
Kaki meja
2. Palang
3. Skru
Palang 4. Muka meja

Skru Lebih banyak komponen dipecahkan, lebih mudah


untuk mengesan masalah dan penyelesaianya akan
pada komponen yang lebih tepat.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Supersistem
Supersistem ialah komponen luar subjek
(produk) seperti udara, kelembapan,
dinding, lantai dan sebagainya.
Udara Lantai

Kita nak fokus kepada subjek (produk) sahaja


untuk dibaiki atau diberi penambahbaikan.
Supersistem ini kita tidak baiki dia. Kelembapan Habuk

Namun begitu, kadang-kala supersistem Cahaya Manusia


inilah yang menyebabkan komponen-
komponen pada satu subjek (produk) rosak.
Contoh, kelembapan menyebabkan grill
rumah kita berkarat.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Bentuk-bentuk simbol
Bentuk-bentuk symbol pada komponen, objek dan supersistem adalah untuk menunjukkan
perbezaan diantaranya. Ini akan memudahkan pereka bentuk mengenalpasti perbezaan antara
komponen, objek dan supersistem pada satu model sistem.

Komponen Supersistem Objek

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Membuat hubungkait antara produk
dengan objek dari segi fungsinya
Untuk membuat hubungkait antara produk dengan objek ini, hanya hubungan asas sahaja
diperlukan. Hubung kait secara umum.

Piring Cawan Air kopi


pegang pegang

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Membuat hubungkait antara produk
dengan objek dari segi fungsinya

Pemegang Berus halus Ubat gigi


pegang pegang

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Membuat hubungkait antara produk
dengan objek dari segi fungsinya

Bekas Alatulis
Zip
pegang pensel simpan

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Melukis sistem fungsi
Untuk melukis sistem fungsi, pecahkan dahulu komponen
yang terlibat, senaraikan supersistem dan objek yang wujud.
Contoh adalah seperti meja dibawah.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Melukis sistem fungsi
Komponen:
Supersistem:
1. Lantai
1. Lantai
2. Kaki meja
2. Pelajar
3. Skru
4. Muka meja

Objek :
1. Buku

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Sistem fungsi

Pelajar

Lantai Kaki meja Muka meja Buku

Palang Skru

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Latihan
Berdasarkan gambar subjek yang diberikan, cuba senaraikan komponen, subjek dan supersistem
yang terlibat. Kemudian, sila lukis sistem fungsinya.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Membina model fungsi dengan
menggunakan garisan interaksi
Dari sistem fungsi, kita akan melukis model fungsi. Untuk melukis model fungsi, anda perlu tahu
jenis-jenis garisan interaksi.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Jenis garisan berguna tapi tidak
mencukupi
Garisan ini menunjukkan komponen yang ada tidak cukup untuk menjalankan sesuatu fungsi.
Tidak cukup ini membawa maksud dari segi kefungsian. Contohnya tidak cukup kukuh, tidak
cukup ruang dan sebagainya. Contoh handbag.

Luas tetapi tidak cukup


“partition” untuk
mengasingkan alatan
atau peralatan

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Jenis garisan berguna tapi berlebihan
Garisan ini menunjukkan komponen yang ada tidak berlebihan untuk menjalankan fungsi.
Berlebihan ini membawa maksud lebih dari sepatutnya. Contoh ruangan pada beg duit.

Banyak “partition”
untuk mengasingkan
kad, tetapi terlebih
banyak sehingga tidak
digunakan.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Jenis garisan memudaratkan
Garisan ini menunjukkan komponen yang ada medatangkan kemudaratan pada komponen yang
lain. Komponen ini mudarat melalui tindakan komponen lain atau supersistem yang
merosakkannya. Contoh, zip pada pensel box. Kerana selalu dibuka dan ditutup dengan tidak
berhati-hati, maka cepat rosak.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Membina model fungsi dengan
menggunakan garisan interaksi
Setelah mengenal jenis-jenis garisan interaksi, baca terlebih dahulu situasi yang diberikan. Situasi
ini yang akan menentukan keadaan atau jenis garisan interaksi yang akan digunakan.
Situasi:
Jika meja berat untuk diangkat dan dialihkan, maka pelajar
hanya menarik meja di dalam kelas semasa menyapu sampah
di lantai. Oleh kerana kerap ditarik, kaki meja sentiasa
bergesel dengan lantai menyebabkan kaki meja bergoyang
dan tidak kukuh.

Kesimpulannya;
Meja kerap ditarik menjadikan kaki meja bergoyang dan tidak
kukuh

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Membina model fungsi dengan
menggunakan garisan interaksi
Kesimpulannya;
Meja kerap ditarik menjadikan kaki meja bergoyang dan tidak kukuh

Pelajar

Lantai Kaki meja Muka meja Buku

Palang Skru

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Membina model fungsi dengan
menggunakan garisan interaksi

Pelajar

Lantai Kaki meja Muka meja Buku

Palang Skru

Tentukan komponen yang mempunyai masalah dan bulatkan. Komponen inilah yang akan
diubahsuai.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Peringatan
Tuliskan situasi atau ayat bermasalah dengan tepat semasa peperiksaan. Ini untuk mengelakkan
pelajar terkeliru di mana punca masalah dan sukar untuk menentukan masalah khusus pada
subjek yang diberi.

1 2 3

Situasi:
Jika meja berat untuk diangkat dan dialihkan,
maka pelajar hanya menarik meja di dalam
kelas semasa menyapu sampah di lantai.
Oleh kerana kerap ditarik, kaki meja sentiasa
bergesel dengan lantai menyebabkan kaki
meja bergoyang dan tidak kukuh.
Gambar masalah
Labelkan komponen

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Peringatan
4 Lukis sistem fungsi 5 Lukis model fungsi

Pelajar Pelajar

Lantai Kaki meja Muka meja Buku Lantai Kaki meja Muka meja Buku

Palang Skru Palang Skru

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Latihan
penutup Situasi:
Badan pen Saya suka menggunakan pen
berwarna hitam untuk menulis.
Tetapi saya perlu pen berwarna
Mata pen merah untuk membuat garisan. Jadi
saya perlu membawa 2 jenis pen
berlainan di dalam poket setiap hari.
Pemegang Kelongsong ink Penutup belakang Lebih banyak warna pen yang saya
mata pen perlu, maka lebih ruang poket yang
saya perlu untuk meletakkan
pelbagai jenis pen.
Latihan:
Berdasarkan nama komponen pen dan situasi yang diberikan, bina satu model fungsi dengan
garisan interaksi yang lengkap

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Mengenal pasti jenis percanggahan
Terdapat 2 jenis PERCANGGAHAN
percanggahan iaitu
percanggahan teknikal dan
percanggahan fizikal. TEKNIKAL FIZIKAL
Percanggahan fizikal
terbahagi kepada 4 iaitu
pemisahan masa, pemisahan Pemisahan masa
ruang, pemisahan pada
keadaan dan pemisahan oleh Pemisahan ruang
sistem. Tingkatan 2 pelajar
hanya mempelajari Pemisahan pada
pemisahan masa dan ruang keadaan
sahaja. Pemisahan oleh
sistem

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Pemisahan masa

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Pemisahan ruang

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Mengenal pasti jenis percanggahan
Bagaimana kita hendak mengetahui sesuatu produk itu adalah pemisahan masa atau ruang?
Jawapannya ialah dengan penyataan ayat awal masalah khusus. Masih ingat? Ayat yang
menunjukkan masalah inventif?

Masalah nyata yang dihadapi oleh pereka pada sesuatu subjek (produk). Masalah
MASALAH sebenar yang hendak diselesaikan. Melibatkan penyataan masalah inventif dan
KHUSUS sistem produk

JIKA…………, MAKA……….., TETAPI…………

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Mengenal pasti jenis percanggahan

Situasi:
Jika meja berat untuk diangkat dan dialihkan, maka pelajar
hanya menarik meja di dalam kelas semasa menyapu sampah
di lantai. Oleh kerana kerap ditarik, kaki meja sentiasa
bergesel dengan lantai menyebabkan kaki meja bergoyang
dan tidak kukuh.

Kenapa pelajar tarik meja?


1. Hendak sapu sampah di lantai, bawah meja
2. Meja berat

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Mengenal pasti jenis percanggahan
JIKA…………, MAKA……….., TETAPI…………
Kenapa pelajar tarik meja?
1. Hendak sapu sampah di lantai, bawah meja
2. Meja berat

Ayat masalah inventif ialah:


Jika hendak sapu sampah di bawah
meja, maka perlu alihkan meja, tetapi
meja berat.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Mengenal pasti jenis percanggahan
Dimana perlu alih meja? Bila
DIMANA?
menyapu
Dimana tidak perlu alih meja?
Ayat masalah inventif ialah: Bila menulis
Jika hendak sapu sampah di
bawah meja, maka perlu Bila perlu alih meja? Bila
alihkan meja, tetapi meja berat. menyapu
Bila tidak perlu alih meja? Bila
BILA? menulis

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Mengenal pasti jenis percanggahan
Dimana perlu alih meja? Bila Bila perlu alih meja? Bila
menyapu menyapu
Dimana tidak perlu alih meja? Bila tidak perlu alih meja? Bila
Bila menulis menulis

Pemisahan ruang Pemisahan masa

Perhatikan 2 jenis ayat persoalan di mana dan bila beserta dengan jawapan di atas. Yang
manakah lebih tepat. Sudah tentu ayat pemisahan masa, “bila” adalah lebih tepat. Maka adalah
lebih tepat kita memilih pemisahan masa untuk penyelesaian masalah khusus ini

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Mengenal pasti jenis percanggahan
Dimana perlu alih meja? Bila Bila perlu alih meja? Bila
menyapu menyapu
Dimana tidak perlu alih meja? Bila tidak perlu alih meja? Bila
Bila menulis menulis

Pemisahan ruang Pemisahan masa

Perhatikan 2 jenis ayat persoalan di mana dan bila beserta dengan jawapan di atas. Yang
manakah lebih tepat. Sudah tentu ayat pemisahan masa, “bila” adalah lebih tepat. Maka adalah
lebih tepat kita memilih pemisahan masa untuk penyelesaian masalah khusus ini

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Latihan
penutup Situasi:
Badan pen Saya suka menggunakan pen
berwarna hitam untuk menulis.
Tetapi saya perlu pen berwarna
Mata pen merah untuk membuat garisan. Jadi
saya perlu membawa 2 jenis pen
berlainan di dalam poket setiap hari.
Pemegang Kelongsong ink Penutup belakang Lebih banyak warna pen yang saya
mata pen perlu, maka lebih ruang poket yang
saya perlu untuk meletakkan
pelbagai jenis pen.

Buat ayat penyataan inventif bagi situasi di atas. Kemudian, dengan menggunakan persoalan
dimana dan bila beserta jawapan, tentukan jenis pemisahan yang wujud berdasarkan situasi.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


Peringatan
Dimana perlu alih meja? Bila Bila perlu alih meja? Bila
menyapu menyapu
Dimana tidak perlu alih meja? Bila tidak perlu alih meja? Bila
Bila menulis menulis

Bentuk soalan adalah ikut masalah yang wujud. Ayat soalan dan
jawapan perlu sama. Tidak boleh ubah jawapan kepada soalan.
Hanya ubah “dimana” dan “bila”. Jika ubah jawapan, kita tidak
boleh buat perbandingan. Maka akan jadi seperti nak bandingkan
itik dengan kerusi.
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

Anda mungkin juga menyukai