Anda di halaman 1dari 4

1.

1 PENGENALAN

Kipas merupakan antara kemudahan yang dapat


memberi keselesaan terhadap pelanggan yang
sering berpeluh pada waktu panas. Berdasarkan
borang kajian keperluan pelanggan yang
diedarkan, pengguna didapati sukar untuk mencari
kipas yang mudah dibawa ke mana mana. Isu ini
akan menyebabkan pengguna berasa panas dan
tidak selesa. Melalui kaedah penyelesaian
masalah inventif, masalah yang dihadapi ketika
menggunakan kipas telah dikenalpasti. Kipas Mini
merupakan produk inovasi yang mampu
mengatasi masalah yang dihadapi pengguna
ketika menggunakan kipas untuk menyejukkan
badan. Kipas Mini ini amat mudah digunakan dan
boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa
mengira tempat dan masa.

1.2 Kajian Keperluan Pelanggan

Saya menemuramah beberapa orang pelanggan


untuk mengenalpasti masalah mereka berkaitan
produk yang bakal dihasilkan. Kajian ini penting
untuk memahami permasalahan sebenar yang
dihadapi oleh pengguna serta mengetahui apa
keinginan mereka terhadap produk
tersebut. Kajian keperluan pelanggan telah
dilaksanakan menggunakan Borang Kajian
Keperluan Pelanggan
1.2 Penyelesaian Masalah Inventif

Prinsip inventif diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah inventif yang


dihadapi oleh
pelanggan. Sebanyak 6 langkah terlibat dalam proses penyelesaian masalah
inventif :
Langkah 1 : Kenal pasti masalah inventif
Langkah 2 : Bina model fungsi dengan garisan interaksi (Tunjukkan kedudukan
punca masalah)
Langkah 3 : Buat analisis berantai punca kesan (Kenal pasti punca
permasalahan)
Langkah 4 : Tentukan jenis percanggahan fizikal (Ruang atau masa)
Langkah 5 : Tentukan prinsip inventif yang sesuai
Langkah 6 : Cadangan inventif dalam bentuk lakaran (Penentuan konsep,
lakaran
perkembangan idea)
1.2.1 Kenal Pasti Masalah Inventif
Jika panas Maka menggunakan kipas tetapi kipas sukar untuk dibawa.
2.0 PENENTUAN GABUNGAN TEKNOLOGI

2.1 Gabungan Teknologi Dipilih

Saya telah memilih gabungan reka bentuk elektrik dan reka bentuk pembuatan bagi
menghasilkan reka bentuk Kipas Mini.

2.2 Tujuan Penggunaan Teknologi

Reka bentuk elektrik dan reka bentuk pembuatan telah dipilih kerana
kedua-dua reka bentuk ini dapat memudahkan kehidupan sehari
manusia.

2.3 Fungsi Teknologi

1. Reka bentuk elektrik : Bateri membekalkan tenaga untuk


menggerakkan motor DC.
2. Reka bentuk pembuatan : Menggunakan kayu untuk membina
perumah kipas tersebut.

2.4 Kekuatan Dan Kelemahan Teknologi

Anda mungkin juga menyukai