Anda di halaman 1dari 3

Kawalan Makhluk Perosak

Pengenalan

Kawalan Perosak Tanaman Bersepadu / Intergrated Pest Management


(IPM)

 Adalah satu kaedah Kawalan Makhluk Perosak dengan


menggabungkan (intergrated approach) Kaedah Kawalan secara
Kimia dan Kaedah Kawalan secara Biologi.
 Kaedah kawalan kimia digunakan secara berhemah dan kaedah secara
biologi mementingkan agen biotik secara semula jadi untuk
mengurangkan populasi perosak.

Konsep IPM

 Adalah untuk memahahi dan mengurus ekosistem.

Matlamat Kawalan

 Matlamat kawalan bukan untuk memusnahkan perosak sahaja


 mengenalpasti perosak dan musuh semula jadi sedia ada, pemantauan,
kaedah membuat keputusan dan cara-cara mengawal.
5 Cara Mengawal secara IPM

Kultural

Biologikal Kimia
Cara
Kawalan
IPM

Fizikal Mekanikal
Cara kultural adalah menjalankan amalan pertanian baik dan mengubahsuai cara-cara
pengamalan teknologi supaya tanaman subur, sihat dan musuh sukar menyerang tanaman.
Kultural Antara caranya ialah dengan penyediakan kawasan kebun yang sesuai, pemilihan benih baik dan
bebas penyakit, sanitasi, pembajakan, penyiraman, pembajaan dan juga penggiliran tanaman.

Kawalan kimia adalah penggunaan sebatian kimia untuk membunuh, mengurang, menghalang dan
menjauhi perosak tanaman. Bahan kimia digunakan dalam pelbagai bentuk, kaedah, kekerapan,
Kimia kepekatan, kegunaan, jenis racun dan target yang berbeza-beza. Penggunaan racun kimia mestilah
tepat dan mengikuti syor-syor pada lebel untuk penggunaan yang paling optima. Elakkan racun
kimia yang 'broad spectrum' kerana ianya akan memusnahkan predator perosak.

Kaedah ini adalah mengawal perosak dengan menggunakan alatan untuk menghalang, membunuh
dan menjauhkannya. Antara kaedah mekanikal adalah seperti memasang padar keliling kebun
Mekanikal (Babi / Binatang), Parit Ladang, Plastik Hitam, Plastik Silvershine, membungkus dengan kertas dan
sebagainya. Kaedah ini adalah cara yang murah dan praktikal.

Cara fizikal adalah kawalan menggunakan haba, suhu, cuaca, air, api, tenaga dan bunyi yang
mampu menghalang atau membunuh perosak. Antara contoh ialah seperti UV Light Trap, Sport
Fizikal High Sport Light, Heat Treatment Machine dan sebagainya. Walaupun ada alatan yang berharga
mahal (HTMM) tetapi ianya perlu untuk ekspot (papaya).

Cara biologikal adalah dengan menggunakan musuh semula jadi (MSJ) perosak seperti Pemangsa
(Predator), Parasit dan Pathogen. Musuh semula jadi ini adalah mustahak dalam mengurangkan
Biologikal populasi perosak tanaman dalam kebun. Antaranya ialah Predator Ladybird, Burung Pungguk
Jelapang (BJP-makan tikus sawah), Kerengga, Ular Tedung (Makan tikus dalam Ladang Kelapa
sawit) dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai