Anda di halaman 1dari 48

030924-10-1889

AMALAN MENYAJIKAN HIDANGAN NASI LEMAK SEBAGAI HIDANGAN UTAMA


SEMASA SARAPAN PAGI DI SERI ISKANDAR

ABSTRAK

Tajuk kajian saya adalah tentang “Amalan penyajian hidangan Nasi Lemak sebagai hidangan utama
semasa sarapan pagi”. Tempat kajian saya adalah di Seri Iskandar, Perak. Terdapat beberapa objektif dalam
kajian saya pada kali ini iaitu untuk mengenalpasti kesan pengambilan Nasi Lemak secara berlebihan dalam
kalangan penduduk di Seri Iskandar, Perak khususnya pada waktu pagi. Selain itu, objektif lain bagi kajian
ini adalah untuk mengenalpasti langkah – langkah bagi mengurangkan pengambilan Nasi Lemak sebagai
sarapan utama masyarakat di Seri Iskandar terutamanya pada waktu pagi. Antara kaedah kajian yang
digunakan di dalam kajian ini ialah temu bual, soal selidik dan rujukan. Menurut kajian yang telah
dilakukan, masyarakat di Seri Iskandar gemar memakan Nasi Lemak terutamanya di waktu pagi. Nasi
Lemak merupakan hidangan sarapan pagi yang paling popular di Seri Iskandar, Perak. Nasi Lemak terkenal
dengan keenakannya dan sesuai dengan citarasa segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Namun begitu,
hidangan Nasi Lemak ini mampu mendatangkan pelbagai penyakit – penyakit berbahaya seperti obesiti,
darah tinggi dan kolestrol tinggi. Kajian ini merumuskan langkah – langkah mengurangkan pengambilan
Nasi Lemak bagi mengelakkan penyakit – penyakit tersebut dalam kalangan masyarakat di Seri Iskandar.
Kesimpulannya, masyarakat di Seri Iskandar perlulah mengetahui kesan – kesan pengambilan Nasi Lemak
secara berlebihan.

1
030924-10-1889

PENGHARGAAN

Saya Muhamad Idlan Shah Bin Anusizan dari SMK Iskandar Shah Parit, Perak ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu menjalankan kajian kerja khusus
Pengajian Am yang bertajuk sosial dan budaya makanan sebagai medium untuk mengenalpasti
amalam pengambilan Nasi Lemak sebagai hidangan utama masyarakat di Seri Iskandar,Perak.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadan pentadbiran sekolah
SMK Iskandar Shah, Parit khususnya pada Tuan Haji Lotiffi Bin Harun Noh Rasyid kerana memberi
kesempatan dalam menjayakan kajian Kerja Khusus Pengajian Am ini.

Selain itu, penghargaan juga harus diberikan kepada Encik Shamsuri bin Mohd Yusoff kerana
banyak meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan memberi dorongan kepada saya untuk
menjayakan kajian ini.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Anusizan bin Mat
Esa dan Shazlin Binti Shaharuddin dalam memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya
dalam menjayakan kajian ini.

Kemudian, saya ingin memberi penghargaan kepada rakan – rakan sekelas saya kerana
banyak saya membantu dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya. Tidak lupa juga kepada
responden – repondan yang membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam kajian
ini.

Akhir kalam, saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam
menjalankan kerja khusus Pengajian Am ini.
MUHAMAD IDLAN SHAH BIN ANUSIZAN,
6 ATAS PERNIAGAAN 1,
SMK SERI ISKANDAR.

2
030924-10-1889

3
030924-10-1889
PENGENALAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sosial budaya di negeri Perak khususnya di Seri
Iskandar. Tidak dinafikan lagi bahawa Nasi Lemak menjadi hidangan ikonik yang digemari oleh
segenap lapisan di Malaysia. Hidangan ini telah di bawa ke luar negara seperti Singapura, Indonesia
dan banyak lagi. Jelaslah bahawa hidangan ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia dari dahulu
sehingga kini. Namun begitu, kajian ini hanya melibatkan kawasan Seri Iskandar sahaja.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2002), sosial bermaksud kemasyarakatan atau hal –
hal yang melibatkan satu sama lain. Hal ini juga bermaksud interaksi antara satu sama lain bagi
membentuk masyarakat. Terdapat beberapa pandangan berbeza dari tokoh yang berbeza terhadap
maksud sosial. Sebagai contohnya, Menurut pandangan Keith Jacobs (2007), sosial adalah suatu yang
dibangun dan berlaku di dalam komuniti masyarakat. Setiap orang membawa maksud yang berbeza –
beza terhadap perkataan sosial begitu juga tokoh – tokoh yang lain.

Masyarakat Malaysia gemar memakan Nasi Lemak kerana hidangan ini ringkas dan sungguh
menyelerakan sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Hidangan yang disajikan diatas daun pisang
ini memberikan kepuasan kepada sesiapa yang memakannya. Selain dari nasinya yang enak dimakan,
sambalnya juga boleh menjadi sambal yang pedas atau manis sesuai dengan citarasa masing –
masing. Hidangan ini juga disajikan bersama ikan bilis dan kacang yang digoreng rangup bagi
membangkitkan selera. Hidangan ini banyak memberikan zat – zat seperti protein, karbohidrat dan
lain – lain bagi melengkapkan khasiat dalam satu hidangan. Makanan ini mudah didapati di mana –
mana sama ada di gerai tepi jalan mahupun di kedai – kedai, makanan ini boleh didapati di mana –
mana. Hidangan ini mempunyai gizi yang tinggi dan sesuai untuk tumbesaran rakyat Malaysia. Cara
hidangannya dia atas daun pisang membuatkan aroma Nasi Lemak tersebut membangkitkan selera.

Tegasnya, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan bagi mengkaji


salah satu makanan tradisional yang ikonik di Malaysia iaitu nasi lemak yang dikatakan menjadi satu
rutin dalam kalangan masyarakat di Seri Iskandar, Perak dalam pelbagai lapisan masyarakat.
Hidangan nasi lemak merupakan satu juadah yang terdapat di mana-mana tempat di dalam Malaysia.
Hidangan ini merujuk kepada nasi yang di masak dengan menggunakan santan kelapa bagi
menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan wangi dan kunyit dimasukkan semasa nasi
dimasak bagi menambahkan aromanya.

4
030924-10-1889
Oleh sebab nasi lemak mempunyai jumlah kalori yang tinggi, selain komposisi lemak yang
tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari kabohidrat, kebanyakan masyarakat yang ada
di Malaysia. Di samping itu, nasi lemak juga boleh mendatangkan kesan yang negatif sekiranya
masyarakat di Malaysia mengambil secara berlebihan yang boleh mendatangkan penyakit tertentu
yang boleh menjejaskan kesihatan. Hal ini disebabkan pembuatan nasi lemak yang mengandungi
minyak masak yang berlebihan yang berkait rapat dengan kolestrol yang tinggi dan bahan-bahan lain
boleh menyebabkan kesan negatif berlaku. Hal ini menjadikan masyarakat di Malaysia kurang sihat
kerana pengambilan makanan berkolestrol tinggi yang menjadi rutin harian masyarakat di Malaysia.

5
030924-10-1889

1.1 ISU KAJIAN

Pada era globalisasi ini, pengambilan Nasi Lemak sebagai sarapan pagi menjadi satu tabiat
yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia terutamanya masyarakat di Seri Iskandar yang
mengamalkan pengambilan Nasi Lemak sebagai sarapan pagi di setiap hari. Antara golongan
yang mengambil Nasi Lemak pada waktu pagi termasuklah golongan muda dan tua, pelajar dan
ramai lagi. Setiap kaum di Seri Iskandar dapat menikmati Nasi Lemak tanpa mengira kaum,
umur dan lain – lain. Namun begitu, pengambilan Nasi Lemak secara berlebihan dapat membawa
kepada pelbagai penyakit seperti kolestrol tinggi, darah tinggi dan sebagainya. Hal ini dapat
menjejaskan kesihatan masyarakat di Seri Iskandar sekiranya diambil secara berlebihan dan tidak
terkawal.

Seterusnya, pelbagai langkah – langkah telah diambil bagi mengurangkan pengambilan Nasi
Lemak secara berlebihan bagi membendung masalah kesihatan yang dibimbangi semakin teruk
dalam kalangan masyarakat di Seri Iskandar. Langkah ini wajar dilaksanakan bagi meningkatkan
kadar kesihatan masyarakat di Seri Iskandar. Perkara ini sukar dibendung kerana Nasi Lemak
sangat mudah didapati di mana – mana dengan harga yang sangat murah bermula dengan RM1.50
dan mempunyai pelbagai variasi lauk – pauk yang boleh dihidangkan bersama Nasi Lemak
seperti sambal udang, sambal sotong, sambal kerrang dan lain -lain. Perkara ini menyebabkan
kesan negatif dalam amalan makan nasi lemak secara berlebihan dalam kalangan masyarakat di
Seri Iskandar, Perak semakin meningkat.

6
030924-10-1889

1.2 RASIONAL KAJIAN

Rasional kajian tentang pengambilan Nasi Lemak sebagai hidangan sarapan pagi ialah kerana
penyelidik mendapati bahawa kesan pengambilan Nasi Lemak secara berlebihan serta
langkah – langkah mengatasi pengambilan Nasi lemak secara berlebihan dalam kalangan
masyarakat di Seri Iskandar. Antara sebab penyelidik memilih tajuk ini adalah kerana
Kawasan kajian berhampiran dengan Kawasan tempat tinggal yang dapat memudahkan segala
urusan dalam menjalankan kajian ini. Selain itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji
Pengambilan sarapan Nasi Lemak yang berlebihan dalam kalangan masyarakat di Seri
Iskandar. Penyelidik juga dapat memperoleh banyak pengetahuan semasa menjalankan kajian
ini yang dapat menambah pengetahuan penyelidik. Sudah terang lagi bersuluh bahawa nasi
lemak adalah makanan tradisi yang harus dikekalkan sehingga ke generasi muda akan datang
supaya mereka mengenali tradisi makanan Melayu yang terdahulu.Menurut informen 1 dalam
satu temu bual yang telah dijalankan, beliau menyatakan bahawa Nasi Lemak adalah sarapan
pagi kegemmaran beliau kerana terdapat pelbagai variasi lauk yang boleh disajikan bersama
Nasi Lemak yang menjadikan Nasi Lemak tersebut lebih enak.(rujuk lampiran 2). Menurut
informen 2 pula, beliau menyatakan bahawa nasi lemak adalah hidangan yang menyelerakan
dan mudah didapati di Kawasan Seri Iskandar. Oleh itu, penyelidik berminat untuk mengkaji
tentang kadar kekerapan pengambilan nasi lemak sebagai sarapan pagi.

7
030924-10-1889
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti kesan makan nasi lemak secara berlebihan dalam kalangan masyarakat di
Seri Iskandar, Perak.

2. Langkah-langkah untuk mengurangkan makan nasi lemak dalam kalangan masyarakat di


Seri Iskandar, Perak.

8
030924-10-1889
3.0 LOKASI KAJIAN

PETA 1 : NEGERI PERAK

(SUMBER GOOGLE) https://www.google.com

Negeri Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Negeri
Pahang dan negeri keempat terbesar di Malaysia. Ibu Negeri Perak adalah Ipoh. Negeri perak berkeluasan
12,006 km2 dan mempunyai populasi penduduk seramai 2.5 juta orang pada tahun 2020. Negeri Perak
terdiri daripada 12 daerah iaitu daerah Perak Tengah, daerah Hilir Perak, daerah Hulu Perak, daerah Batang
Padang, daerah Muallim, daerah Manjung, daerah Kuala Kangsar, daerah Larut Matang Selama, daerah
Kerian, daerah Kinta Utara, daerah Kinta Selatan. Negeri Perak bersempadan dengan negeri Pulau Pinang,
Pahang, Kelantan, dan Selangor.

9
030924-10-1889

PETA 2: DAERAH PERAK TENGAH

Daerah Perak Tengah terletak di tengah-tengah Negeri Perak. Daerah ini telah diwujudkan pada
tahun 1936. Kini, daerah Perak Tengah mempunyai 11 mukim. Daerah perak Tengah mempunyai keluasan
1282.05 km2. Seri Iskandar terletak lebih kurang 12 KM dari Dynamic Futsal dan mengambil masa kira –
kira 20 minit masa perjalanan. Selain itu, Jarak ke Seri Iskandar daripada Hospital Changkat Melintang
adalah kira – kira 20 KM dan lebih kurang 30 minit masa perjalanan. Bilangan penduduk di Seri Iskandar
pula seramai 113 900 orang pada tahun 2020. Mukim yang dipilih oleh penyelidik ialah Mukim Seri
Iskandar . Peta 2 menunjukkan kawasan daerah Perak Tengah yang mempunyai pelbagai tempat iaitu
Lambor Kiri, Seri Iskandar, Parit, Bota kanan, Kampung Gajah dan lain-lain.

10
030924-10-1889

PETA 3 : SERI ISKANDAR

Seri Iskandar merupakan sebuah bandar baru yang pesat membangun yang terletak di daerah Perak
Tengah, Perak. Ia berdekatan dengan pekan Bota, Bota Kanan, dan Tronoh. Bandar baru ini wujud berikutan
pembinaan kampus Universiti Sains Malaysia cawangan Negeri Perak. USM Cawangan Negeri Perak ini
kemudian ditukar kepada Universiti Teknologi Petronas.Seri Iskandar merupakan ibu daerah bagi daerah
Perak Tengah pada masa kini dan akan dijadikan bandar pentadbiran kerajaan negeri menjelang tahun 2030.

11
030924-10-1889

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 DEFINISI

Kaedah kajian merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek
kajian tertentu. Oleh itu, bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument kajian
dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

4.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk soal selidik. Kajian soal selidik merujuk kepada rangka mengenai perkara-
perkara yang berkaitan persampelan, pengumpulan dan analisis data. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti
kesan makan basi lemak secara berlebihan dalam kalangan masyarakat Seri Iskandar, Perak dan langkah-
langkah untuk mengurangkan pengambilan nasi lemak sebagai sarapan pagi dalam kalangan masyarakat Seri
Iskandar, Perak.

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian ialah proses penyediaan alat mengumpul data melalui konsep yang berkaitan dengan
sikap, persepsi, pandangan dan keterangan yang berkaitan latar belakang. Dalam kajian ini, instrument yang
digunakan untuk mendapatkan data adalah yang menggunakan boring soal selidik, kaedah temu bual dan
rujukan.

KAEDAH KAJIAN

KUANTITATIF INSTRUMEN

1.Soal Selidik Borang Soal Selidik

KUALITATIF INSTRUMEN

1.Temu Bual Skrip Temu Bual

12
030924-10-1889
2.Rujukan Buku,Akhbar,Internet dan lain - lain

JADUAL 1 : KAEDAH KAJIAN

4.4 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN DAN INFORMEN

Respondan ini dipilih seramai 30 orang secara rawak dan mereka merupakan penduduk yang telah
tinggal di Seri Iskandar selama lebih 2 tahun. Hal ini bagi memastikan responden dapat memberi maklum
balas yang matang semasa kajian dijalankan. Teknik persampelan secara rawak mudah digunakan bagi
memberi peluang kepada ramai orang untuk menjadi responden bagi kajian ini. 30 set borang soal selidik
akan diberikan kepada orang awam secara rawak mudah bagi memperoleh data yang tepat.

Seterusnya, informen temu bual kajian ini terdiri daripada 3 orang informen dari Seri Iskandar yang
dipilih secara pilihan terhad daripada mereka yang berwibawa untuk ditemu bual. Informen terbatas kepada
mereka yang tinggal di lokasi kajian dan ditemu bual pada hari kajian dijalankan. 5 soalan piawai ditujukan
kepada setiap informen untuk memperoleh maklumat dan pendapat yang tepat.

4.5 CARA MENDAPATKAN DATA ATAU MAKLUMAT DARIPADA RESPONDEN

Borang soal selidik yang sesuai telah direka oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat dan data
yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara rawak kepada responden di
Seri Iskandar, Perak. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian soalan iaitu Bahagian A, Bahagian B
dan Bahagian C. Bahagian A ialah berkenaan maklumat diri responden. Bahagian B dan Bahagian C pula
adalah soalan-soalan berkaitan dengan objektif kajian. Kajian ini menggunakan skala permarkahan Likert
Lima Mata yang mengandungi lima aras 1 = Sangat Setuju, 2 = Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Tidak Setuju, 5
= Sangat Tidak Setuju.

13
030924-10-1889

PERKARA SKOR

SANGAT SETUJU 1

SETUJU 2

TIDAK PASTI 3

TIDAK SETUJU 4

SANGAT TIDAK SETUJU 5

JADUAL 2 : SKALA LIKERT LIMA ARAS DIGUNAKAN

4.6 MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA

Kaedah statistik deskriptif digunakan dan penganalisisan data yang berbentuk Skala Likert.
Bagi memudahkan penganalisisan data, skala Likert akan dikategorikan seperti dalam jadual 4.2.

SETUJU TIDAK
SETUJU
SANGAT SETUJU TIDAK PASTI TIDAK SANGAT
SETUJU SETUJU TIDAK
SETUJU
5 4 3 2 1

JADUAL 3:SKALALIKERT LIMA ARAS DIGUNAKAN

Selain itu, pengiraan manual akan diguna pakai dalam aspek penganalisisan data. Seterusnya,
hasil soal selidik akan dijadikan data untuk dianalisis.

14
030924-10-1889

Mendapat
Mengedar borang
Membina item soal kebenaran
soal selidik kepada
selidik daaripada pihak
responden
sekolah

Menanalisis data Mentafsir data Membuat rumusan

Rajah 2: carta alir proses penyelidikan

Berdasarkan rajah 2,kajian yang dilakukan oleh pengkaji dilakukan mengikut prosedur yang
telah ditetapkan bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat dan benar serta mencapai objektif dan sasaran
kajian dengan lebih baik dan berkesan. Kajian ini dimulai oleh perbincangan di dalam kelas bagi mengenal
pasti masalah sebelum melakukan kajian di tempat kajian bagi meneliti kawasan tersebut. Selain itu,
perbincangan juga mengumpul maklumat berkaitan dengan masalah yang telah dibincangkan, mengenal
pasti responden dan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data. Data mentah yang diperoleh daripada
responden responden dalam bentuk kekerapan (f) ditukar kepada bentuk peratusan (%).

15
030924-10-1889
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Bahagian ini menerangkan tentang keputusan analisis data yang telah saya dapatkan atas hasil
tindak balas responden dalam mengenal pasti dapatan objektif 1 dan objektif 2.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 4, Jadual 5, Jadual 6, Jadual 7, Jadual 8, dan Jadual 9 menunjukkan pecahan responden
daripada masyarakat di sekitar Seri Iskandar, Perak berdasarkan jantina, umur, bangsa, status, pendapatan,
pekerjaan, taraf pendidikan, agama, waktu yang responden pilih untuk membeli nasi lemak serta kekerapan
responden untuk membeli nasi lemak.

Jantina Kekerapan Peratusan

Lelaki 18 60.00%

Perempuan 12 40.00%

Jumlah 30 100.00%

Jadual 4: Demografi Responden berdasarkan Jantina.

Carta 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina.

16
030924-10-1889
Carta 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam kalangan
masyarkat di sekitar Seri Iskandar, Perak. Hasil data yang telah saya miliki menujukkan bahawa peratusan
responden lelaki adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 60.00% daripada peratusan perempuan iaitu sebanyak
40.00%. Deduksi kecil yang boleh saya simpulkan ialah kebanyakan kaum adam yang berada di Seri
Iskandar, Perak lebih menggemarkan menu nasi lemak berbanding kaum hawa.

Umur Kekerapan Peratusan

21 - 30 26 88.67%

31 - 40 2 6.7%

41 - 50 0 0%

51 - 60 1 3.3%

50 tahun dan ke atas 1 3.3%

Jadual 5: Demografi Responden Berdasarkan Umur.

Carta 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur.

Carta 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan umur dalam kalangan


masyarakat di sekitar Seri Iskandar, Perak. Hasil data yang telah saya miliki menujukkan bahawa jumlah
responden yang paling ramai penggemar nasi lemak adalah dalam jurang umur linkungan 21 – 30 tahun iaitu
17
030924-10-1889
seramai 88.67% dan mewakili 26 daripada 30 keseluruhan responden. Walaubagaimanapun, terdapat juga
diantara responden yang berumur dalam lingkungan 50 tahun dan keatas. Jelaslah bahawa rata-rata umur
masyarakat di sekitar Seri Iskandar, Perak memilih nasi lemak sebagai makanan kegemaran mereka.

Status Kekerapan Peratusan

Bujang 26 90.00%

Berkahwin 2 1%

Duda 0 0%

Janda 2 6.7%

Jadual 6: Demografi Responden Berdasarkan Status.

Carta 3: Demografi Responden Berdasarkan Status.

Carta 3 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan status dalam kalangan


masyarkat di sekitar Seri Iskandar, Perak. Hasil data yang telah saya miliki menujukkan bahawa peratusan
responden bujang adalah tertinggi iaitu 90% merangkumi 26 daripada 30 orang keseluruhan responden.
Namun begitu, terdapat juga peratusan janda yang kedua tertinggi merangkumi 2 orang daripada 30 orang
responden dan membawa peratusan sebanyak 6.7%.

18
030924-10-1889
Pendapatan (RM) Kekerapan Peratusan

< 1000.00 16 53.30%

1001.00 – 3000.00 7 23.30%

3001.00 – 5000.00 5 16.7%

5001.00 – 10,000.00 1 3.3%

10,000.00 > 1 3.3%

Jadual 7: Demografi Responden Berdasarkan Pendapatan.

Carta 4: Demografi Responden Berdasarkan Pendapatan.

Carta 4 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam kalangan


masyarkat di sekitar Seri Iskandar, Perak. Hasil data yang telah saya miliki menujukkan bahawa peratusan
gaji responden yang bwah daripada RM1000.00 adalah yang tertinggi iaitu 53.3% dan merangkumi 16 orang
daripada jumlah keseluruhan 30 orang responden. Terdapat juga responden yang mempunyai pendapatan
dalam lingkungan RM 10,000 dan ke atas. Hal ini lebih meyakinkan saya bahawa kebanyakan masyarakat di
sekitar Seri Iskandar, Perak mempunyai ekonomi yang stabil dan mampu untuk menikmati menu nasi lemak
dalam seharian mereka.

19
030924-10-1889
Waktu yang responden suka Kekerapan Peratusan
membeli nasi lemak

Pagi 29 96.70%

Tengah hari 1 3.30%

Petang 0 0%

Malam 0 0%

Jadual 8: Demografi Responden Berdasarkan Waktu Responden Suka Membeli Nasi Lemak.

Carta 5: Demografi Responden Berdasarkan Waktu Responden Suka Membeli Nasi Lemak.

Carta 5 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan waktu responden gemar membeli
nasi lemak berdasarkan masyarkat di sekitar Seri Iskandar, Perak. Hasil data yang telah saya miliki
menujukkan bahawa peratusan responden yang memilih waktu pagi untuk membeli nasi lemak adalah 96.7%
iaitu merangkumi hampir keseluruhan jumlah responden sebanyak 29 daripada 30 orang. Hanya satu
responden sahaja memilih untuk menjamah nasi lemak pada waktu tengah hari. Secara konklusinya,
kebanyakan masyarakat di Sri Iskandar, Perak lebih gemar bersarapan berat dengan menu nasi lemak
sebelum memulakan aktiviti harian mereka.

20
030924-10-1889
Kekerapan membeli nasi lemak pada Kekerapan Peratusan
waktu pagi dalam tempoh sebulan

Sangat kerap 4 13.30%

Kerap 10 33.30%

Tidak kerap 13 43.30%

Sangat tidak kerap 2 6.70%

Tidak pernah 1 3.30%

Jadual 9: Demografi Responden Berdasarkan Kerapan Reponden Membeli Nasi Lemak dalam
tempoh sebulan.

Carta 6: Demografi Responden Berdasarkan Kekerapan Responden Membeli Nasi Lemak Pada
Waktu Pagi Dalam Tempoh Sebulan.

Carta 6 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan kekerapan responden membeli


nasi lemak dalam kalangan masyarkat di sekitar Seri Iskandar, Perak. Hasil data yang telah saya miliki
menujukkan bahawa peratusan responden yang tidak kerap membeli nasi lemak adalah tertinggi iaitu 43.3%
yang merangkumi 13 daripada 30 keseluruhan jumlah responden. Walaubagaimanapun, ada juga peratusan

21
030924-10-1889
sebanyak 6.70% dan merangkumi 2 orang daripada 30 jumlah responden yang sangat tidak kerap membeli
nasi lemak dalam tempoh sebulan.

22
030924-10-1889

5.2 KESAN MAKAN NASI LEMAK SECARA BERLEBIHAN DALAM MASYARAKAT DI


SEKITAR SERI ISKANDAR, PERAK.

Sangat Setuju Tidak pasti Tidak Sangat


setuju setuju tidak
Bil. Kesan-kesan
setuju

(f) % (f) % (f) % (f) % (f) %

1. Nasi Lemak Mempunyai 6 20 17 56.7 4 13.3 3 10 0 0


Kolesterol Yang Tinggi

2. Nasi Lemak Mudah 17 56. 13 43.3 0 0 0 0 0 0


Didapati Di Mana-Mana 7

3. Nasi Lemak Lebih Murah 8 26. 14 46.7 6 20 0 0 2 6.7


7

4. Nasi Lemak Mempunyai 2 16. 5 30 9 30 9 16.7 5 16.7


Penyakit Berbahaya 7

5. Nasi Lemak Tidak Baik 4 13. 7 23.3 7 23.3 10 33.3 2 6.7


Untuk Kesihatan 3

6. Nasi Lemak Menyebabkan 3 10 2 6.7 8 26.7 9 30 8 26.7


Penyakit Kanser

7. Nasi Lemak Menyebabkan 7 23. 8 26.7 8 26.7 5 16.7 2 6.7


Obesiti 3

8. Nasi Lemak Membuatkan 6 20 3 10 3 10 14 46.7 4 13.3


Kita Menjadi Lemah

9. Nasi Lemak Mengandungi 3 10 19 63.3 6 20 1 3.3 1 3.3


Zat-Zat Yang Diperlukan
Oleh Badan

10. Nasi Lemak Nasi Lemak 12 40 13 43.3 2 6.3 2 6.7 1 3.3


Merupakan Makanan Yang
Ringkas Dan Lazat

23
030924-10-1889

Jadual 10: Kesan Makan Nasi Lemak Secara Berlebihan Dalam Masyarakat Di Sekitar Seri Iskandar,
Perak.

Kesan Makan Nasi Lemak Secara Berlebihan Dalam Masyarakat


Di Sekitar Seri Iskandar, Perak.
70

60

50

40

30

20

10

0
Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju

Nasi Lemak Menyebabkan Penyakit Kanser


Nasi Lemak Menyebabkan Obesiti
Nasi Lemak Membuatkan Kita Menjadi Lemah
Nasi Lemak Mengandungi Zat-Zat Yang Diperlukan Oleh Badan
Nasi Lemak Nasi Lemak Merupakan Makanan Yang Ringkas Dan Lazat

Graf 1: Kesan Makan Nasi Lemak Secara Berlebihan Dalam Masyarakat Di Sekitar Seri Iskandar,
Perak.

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan terhadap responden yang dipilih secara rawak kepada
masyarakat di sekitar Seri Iskandar, Perak telah mendapati beberapa kesan makan nasi lemak secara
berlebihan yang ratanya mempunyai ekonomi yang stabil dan jurang umur yang pelbagai. Jadual 9 dan Graf
1 menunujukkan peratusan yang sama sebanyak 26.7% merangkumi 8 orang setiap soalan daripada 30 orang
responden yang tidak pasti serta sangat tidak setuju bahawa nasi lemak mampu mendatngkan kanser kepada
fizikal mereka. Bukan itu sahaja, peratusan tertinggi berjumlah 30% merangkumi 9 orang responden tidak
bersetuju bahawa nasi lemak mampu memberikan penyakit kanser.

Selain itu, jumlah peratusan tertinggi dan sama peratusannya iaitu sebanyak 26.7% merangkumi 8
orang responden bagi setiap jawapan telahpun bersetuju dan tidak pasti bahawa nasi lemak akan
menyumbangkan ke arah obesiti. Namun begitu, terdapat juga responden yang sangat tidak setuju bahawa
nasi lemak bukanlah punca obesiti merangkumi 16.7% mewakili dua orang responden. Jelaslah disini
bahawa nasi lemak bukanlah ounca utama obesiti bagi maskayarakat di Seri Iskandar, Perak.
24
030924-10-1889
Seterusnya, kesan lain pengambilan nasi lemak adalah ia menyebabkan kita menjadi lemah.
Peratusan tertinggi yang saya dapati sebanyak 46.7% dan merangkumi 14 orang responden daripada
keseluruhan 30 orang tidak bersetuju bahawa nasi lemak itu mampu melemahkan mereka. Namun begitu ada
persemaan peratusan sebanyak 10% yang merangkumi 3 orang responden untuk setiap jawapan setuju dan
tidak pasti. Jelaslah bahawa disini ada segelintir masyarakat bersetuju bahawa nasi lemak boleh melemahkan
fizikal manusia.

Di samping itu, nasi lemak juga mempunyai zat-zat yang diperlukan oleh badan. Hasil kajian
yang saya telah temui melalui soal selidik ini bahawa terdapat 63.3% peratusan tertinggi yang merangkumi
19 orang daripada keseluruhan 30 orang yang bersetuju bahawa nasi lemak mempunyai zat-zat yang
diperlukan untuk badan. Terdapat juga peratusan terendah dan jumlah yang sama sebanyak 3.3% mewakili
seorang responden bagi setiap jawpan tidak setuju dan sangat tidak setuju bahawa nasi lemak tidak
mempunya zat-zat yang diperlukan oleh badan.

Akhir sekali, nasi lemak merupakan makanan yang ringkas dan lazat. Terdapat peratusan
tertinggi sebanyak 43.3% mewakili 13 orang yang sangat bersetuju bahawa menu nasi lemak adalah menu
yang ringkas dan lazat bagi mereka. Terdapat juga jumlah keuda tertinggi sebanyak 43.3% merangkumi 13
orang yang bersetuju bahawa menu nasi lemak adalah ringkas dan lazat menurut mereka. Terdapat 2
jawapan responden yang mempunyai peratusan sama sebanyak 6.7% iaitu tidak setuju dan tidak pasti
bahawa nasi lemak itu adalah menu ringkas dan lazat bagi mereka. Terdapat juga 3.3% merangkumi seorang
sahaja responden yang sangat tidak bersetuju bahawa nasi lemak adalah menu yang ringkas dan lazat.

Nyatijahnya, terdapat banyak impak yang telah diperoleh penyelidik tentang kesan-kesan
pengambilan nasi lemak secara berlebihan dalam kalangan masyarakat di Seri Iskandar, Perak.

25
030924-10-1889
5.3 Perbincangan Kesan Makan Nasi Lemak Secara Berlebihan Dalam Kalangan Masyarakat Di Seri
Iskandar, Perak.

Kajian ini telah membincangkan bahawa terdapat pelbagai impak apabila kita mengambil nasi lemak
secara berlebihan. Nasi lemak merupakan makan ruji rakyat Malaysia dan ia telah menjadi satu ikon yang
terkenal di serata dunia dan antara impak mengambil nasi lemak berlebihan boleh menyebabkan tahap
kolesterol seseorang meningkat. Menurut sebuah kajian khas yang dijalankan oleh University of California
San Francisco (UCSF Health) ( 2019 ), di dalam laman web rasmi mereka ada menyatakan bahawa seorang
individu normal, sihat dan tidak mempunyai masalah jantung haruslah mengambil sekurang-kurangnya
300mg kolesterol atau kurang setiap hari. Ramuan utama bagi nasi lemak pula adalah santan yang ditanak
bersama nasi lalu jadilah ia nasi lemak. Santan mengandungi bilangan kalori dan lemak yang rendah namun
lemak yang terdapat pada santan adalah sejenis lemak tepu. Terdapat dua jenis lemak yang terdapat pada
setiap makanan kita iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Komponen lemak dalam lemak tepu adalah lebih
padat daripada lemak tidak tepu menyebabkan enzim-enzim dalam badan kita mengambil masa lebih lama
untuk menghadam lemak tersebut. Kenyataan ini disokong oleh informen 2 (rujuk lampiran 2) dengan
menyatakan bahawa nasi lemak boleh mengganggu kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan.

Selain itu, menurut akhbar Harian Metro ( 2018 ) menyatakan bahawa kesan lain jika seseorang
mengambil nasi lemak secara berlebihan impak yang bakal mereka perolehi adalah menyebabkan obesiti.
Obesiti adalah satu keadaan di mana berat badan individu melebihi tahap normal sehingga menjejaskan
kesihatan seseorang. Obesiti boleh dikategorikan mengikut BMI (Body Mass Index). BMI adalah satu cara
untuk mengukur berat badan mengikut ketinggian seseorang dan cara mengiranya adalah seperti berikut iaitu
berat (kg) dibahagikan dengan ketinggian (m) darab ketinggian (m). Kenyataan ini disokong oleh informen 1
(rujuk lampiran 2) dengan menyatakan bahawa pengambilan nasi lemak secara berlebihan menyumbang
kepada masalah penyakit obesiti dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, menurut akhbar Harian Metro (2017) menyatakan bahawa pengambilan nasi lemak secara
berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu lemah. Menerusi kajian ini saya dapati bahawa beberapa orang
responden setuju bahawa nasi lemak boleh menjadikan seseorang itu lemah dan tidak bermaya. Dalam
konteks lemah ini, saya mengambil kira seusai responden makan sebungkus nasi lemak, mereka akan berasa
mengantuk dan tidak bermaya untuk bekerja atau meneruskan aktiviti seharian. Hal ini kerana di dalam
badan manusia terdapat pelbagai jenis hormon dan setiap hormon ini akan memberi kesan yang berlainan
mengikut setiap manusia. Hormon penenang atau lebih dikenali sebagai melatonin adalah hormon yang
dihasilkan di dalam otak dan dirembeskan agar seseorang itu mudah tidur dengan lena. Selain itu, nasi lemak

26
030924-10-1889
mengandungi kandungan santan yang dipercayai menyebabkan mengantuk. Kenyataan ini disokong oleh
informen 3 (rujuk lampiran 2) dengan menyatakan bahawa nasi lemak menjadikan seseorang itu lemah.

Akhir sekali, kesan pengambilan nasi lemak secara berlebihan boleh mengakibatkan kita menghidap
penyakit berbahaya. Menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Fazurawati Che Lah (2022) penyakit
berbahaya yang berpunca daripada obesiti termasuklah masalah tulang. Hal ini kerana, pengumpulan lemak
yang tebal akan menyebabkan tulang kita tidak mampu untuk menampung berat badan daging dan lemak
kita atau lebih dikenali sebagai arthritis. Kenyataan ini disokong oleh informen 1 (rujuk lampiran 2) dengan
menyatakan bahawa pengambilan nasi lemak secara berlebihan menyumbang kepada masalah penyakit
seperti obesiti dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, makan nasi lemak secara berlebihan akan mendatangkan akibat yang negatif kepada
masyarakat di Seri Iskandar, Perak mencapai objektif pertama yang dibincangkan oleh penyelidik.

27
030924-10-1889

5.4 LANGKAH – LANGKAH MENGURANGKAN PENGAMBILAN NASI LEMAK YANG


BERLEBIHAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT SERI ISKANDAR, PERAK.

Bil Langkah-langkah Sangat Setuju Tidak pasti Tidak Sangat


setuju setuju Tidak
Setuju
(F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%)

1. Saya selalu makan 5 16.7 13 43.3 3 10 8 26.7 1 3.3


roti canai
2. Saya mengurangkan 1 3.3 10 33.3 9 30 8 26.7 2 6.7
pengambilan nasi
lemak
3. Saya selalu makan 12 40 16 53.3 2 6.7 0 0 0 0
buah-buahan
4. Saya selalu makan 14 46.7 10 33.3 1 3.3 3 10 2 6.7
sayur- sayuran
5. Saya selalu makan 6 20 7 23.3 4 13.3 10 33.3 3 10
mi goreng
6. Saya berpuasa bagi 7 23.3 8 26.7 5 16.7 5 16.7 5 16.7
mengelakkan
obesiti
7. Saya selalu makan 4 13.3 5 16.7 8 26.7 9 30 4 13.3
makanan kering
seperti badam
8. Saya selalu makan 5 16.7 14 46.7 7 23.3 4 13.3 0 0
kuih muih
9. Saya selalu makan 10 33.3 13 43.3 3 10 4 13.3 0 0
makanan berkuah
10 Saya selalu makan 10 33.3 18 60 2 6.7 0 0 0 0
roti

28
030924-10-1889

Jadual 10: Langkah-langkah mengurangkan amalan makan nasi lemak yang berlebihan Dalam
Kalangan Masyarakat di Seri Iskandar.

Graf 2: Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Pengambilan Nasi Lemak Yang Berlebihan Dalam
Kalangan Masyarakat di Seri Iskandar.

Hasil kajian yang telah dilakukan di Seri Iskandar, Perak mendapati langkah – langkah bagi
mengurangkan pengambilan nasi lemak pada waktu pagi. Setelah menganalisis data seperti dia jadual 10 dan
graf 2 di atas yang menunjukkan langkah – langkah bagi mengurangkan pengambilan nasi lemak secara
berlebihan dalam kalangan masyarakat di Seri Iskandar. Berdasarkan jadual 10 dan graf 2, cara paling
berkesan bagi mengurangkan pengambilan nasi lemak adalah dengan selalu memakan buah- buahan.
Langkah ini disokong oleh 28 orang responden dan 2 orang responden lain yang kurang setuju dengan
cadangan tersebut.

Seterusnya, langkah seterusnya bagi mengurangkan pengambilan nasi lemak secara berlebihan
adalah dengan memakan sayur- sayuran. Seramai 14 orang menyatakan sangat setuju dengan kenyataan

29
030924-10-1889
tersebut dan 10 org responden menyatakan bahawa mereka bersetuju. Terdapat 1 responden yang tidak pasti,
3 orang yang tidak setuju dan 2 orang responden yang sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Kemudian, langkah seterusnya bagi mengurangkan pengambilan nasi lemak di Seri Iskandar adalah
dengan mengambil roti canai sebagai sarapan. Seramai 5 orang responden yang setuju dan 13 orang
responden setuju dengan kenyataan tersebut. Terdapat juga 3 orang responden yang tidak pasti, 8 orang
responden yang tidak setuju dan seorang responden yang sangat tidak setuju.

Selain itu, langkah seterusnya adalah mengambil mi goreng sebagai sarapan. Seramai 6 orang
responden yang sangat setuju dan 7 orang responden setuju dengan kenyataan tersebut manakala terdapat 4
orang responden yang kurang pasti, 10 orang yang tidak setuju dan 10 orang yang sangat tidak setuju.

Akhir sekali, kajian mendapati bahawa mengurangkan pengambilan nasi lemak adalah langkah
terakhir bagi mengurangkan pengambilan nasi lemak. Seramai 1 orang responden iaitu 3.3% sangat setuju
dan 10 orang responden iaitu 33.3%setuju dengan kenyataan tersebut. Terdapat responden 9 orang
responden lain yang tidak pasti, 8 orang responden iaitu 26.7% tidak setuju dan 2 orang responden 6.7%
sangat tidak setuju

Kesimpulan, langkah – langkah ini membantu masyarakat di Seri Iskandar mengurangkan kadar
penyakit seperti obesiti, darah tinggi dan lain – lain.

30
030924-10-1889
5.5 Perbincangan Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Makan Nasi Lemak Dalam
Kalangan Masyarakat Di Seri Iskandar.

Kajian ini menunjukkan langkah-langkah untuk mengurangkan makan nasi lemak dalam kalangan
masyarakat di Seri Iskandar, Perak. Langkah untuk mengurangkan makan nasi lemak yang pertama ialah
makan buah-buahan. Menurut Retno Sasongkowati (2020) dan disokong oleh Aliaa Aaina Izyan Hasan
(2018) menyatakan bahawa buah-buahan merupakan satu agen yang boleh meningkatkan imunisasi didalam
badan. Ia mempunyai vitamin yang tinggi bergantung kepada jenis buah itu tersendiri. Buah – buahan juga
dapat mengurangkan kadar penyakit berbahaya seperti sakit jantung dan sebagainya. Pendapat ini juga telah
disokong oleh informen 3 yang menyatakan seseorang individu perlu banyak makan buah-buahan kerana
buah-buahan mengadungi vitamin yang tinggi (Rujuk Lampiran 2). Jelaslah bahawa makan buah-buahan
merupakan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan makan nasi lemak secara berlebihan.

Seterusnya, kajian turut mendapati makan sayur-sayuran merupakan satu langkah untuk
mengurangkan makan nasi lemak secara berlebihan. Menurut Lim Hin Fui (2008) dan disokong oleh Pn.
Amina Noor Kamilarini Kamalsha (2006) menyatakan bahawa sayur-sayuran merupakan satu ubat semula
jadi bagi mencegah sesuatu penyakit. Sejak dahulu lagi, pengambilan sayur – sayuran amat digalakkan bagi
menjaga kesihatan dan mengelakkan pelbagai penyakit. Ia boleh diterapkan dalam masyarakat untuk
mengamalkan amalan pemakanan yang sihat untuk mengurangkan pengambilan lemak yang mengadungi
kolestrol yang tinggi. Dengan mengamalkan makan sayur-sayuran ia dapat meneutralkan badan daripada
sebarang kuman yang jahat. Pendapat ini juga telah disokong oleh informen 2 yang menyatakan bahawa
sayur-sayuran dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit (Rujuk Lampiran 2). Jelaslah bahawa makan
sayur-sayuran merupakan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan makan nasi lemak secara
berlebihan.

Selain itu, Kajian turut mendapati bahawa dengan menghadkan makan nasi lemak dalam sehari
merupakan satu langkah untuk mengurangkan makan nasi lemak secara berlebihan. Menurut Gillian
Greville-Harris dan Elizabeth Shea (2018) menyatakan bahawa setiap pemakanan seharian kita perlu
mempunyai jadual untuk mendapatkan gizi yang seimbang. Seseorang individu perlu menghadkan
pengambilan makanan ringan seperti ayam goreng, sosej dan lain – lain bagi mengelakkan penyakit seperti
kolestrol tinggi. Pendapat ini telah disokong oleh informen 1 yang menyatakan bahawa seseorang perlu
mencuba untuk menghadkan sesuatu makanan yang mempunyai kolestrol yang tinggi (Rujuk Lampiran 2).

31
030924-10-1889
Jelaslah bahawa dengan menghadkan makan nasi lemak dalam sehari merupakan salah satu langkah untuk
mengurangkan makan nasi lemak secara berlebihan.

Di samping itu, kajian turut medapati bahawa makan roti canai merupakan salah satu langkah untuk
mengurangkan makan nasi lemak secara berlebihan dalam kalangan masyarakat di Seri Iskandar, Perak.
Makanan ini terkenal di pelbagai negara termasuk Malaysia. Apabila ditanya masyarakat luar negara, apakah
makanan terkenal di Malaysia? Pastinya roti canai akan berdiri sebaris dengan nasi lemak yang menjadi
santapan tradisi istimewa hidangan pagi. Roti canai yang sering dikaitkan dengan pengambilan makanan tidak
sihat, kini tidak lagi menerusi inovasi campuran daripada bahan asas lebih berkhasiat. Pengubahsuaian kandungan
berasaskan sayuran, bijirin dan herba, bersifat rendah indeks glisemik (GI), menjadikannya lebih baik untuk
kesihatan. Gabungan makanan tinggi serat itu bertujuan mengelak penyakit bahaya antaranya obesiti,
gangguan kardiovaskular dan kencing manis. Mengekalkan bahan utama iaitu tepung gandum, marjerin,
lemak semula jadi serta garam, roti canai itu mencampurkan sayur bendi, kacang dal, barli dan halba dalam
penghasilan doh. Hal ini disokong oleh informen 1 (rujuk lampiran 2) yang menyatakan bahawa roti canai
adalah hidangan sepinggan lengkap yang baik sebagai sarapan pagi.

Akhir sekali, kajian turut mendapati bahawa makan mengurangkan pengambilan nasi lemak dalam
sehari merupakan salah satu langkah untuk mengurangkan makan nasi lemak secara berlebihan. Menurut
Fuchsia Dunlop (2013) menyatakan bahawa mengurangkan memakan nasi lemak adalah cara yang mudah
bagi mengawal pengambilan nasi lemak . Hal ini di sebabkan mengurangkan pengambilan nasi lemak
memberi impak positif kepada kita. Pendapat ini disokong oleh informen 1 (rujuk lampiran 2) yang
menyatakan mengurangkan pengambilan nasi lemak merupakan salah satu langkah yang boleh
mengurangkan makan nasi lemak secara berlebihan.

Kesimpulannya, Langkah-langkah ini dapat mengurangkan makan nasi lemak secara berlebihan
dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada masyarakat di Seri Iskandar, Perak mencapai objektif yang
dapat dibincangkan.

32
030924-10-1889
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan, penyelidik dapat merumuskan kesan- kesan makan nasi lemak
secara berlebihan dalam kalangan masyarakat di Seri Iskandar yang perlu dielakkan agar tidak
mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat
yang sihat dapat melahirkan insan yang sihat jasmani dan rohani serta bebas daripada penyakit berbahaya.
Pelbagai kesan yang telah dikenal pasti apabila makan nasi lemak secara berlebihan. Pelajar yang terdiri
daripada pelbagai kaum perlu menjaga pemakanan supaya dapat merealisasikan cita-cita tanpa mengalami
sebarang penyakit. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan kesihatan seseorang itu berada
dalam keadaan yang baik.

Selain itu, pelbagai langkah yang boleh diambil yang dapat mengurangkan makan nasi lemak secara
berlebihan dalam kalangan masyarakat di Seri Iskandar seperti makan buah-buahan, makan sayur-sayuran,
hadkan makan nasi lemak dalam sehari, makan mi goreng, makan roti canai dan lain-lain. Langkah-langkah
tersebut dapat memberi impak positif kepada diri setiap individu. Oleh itu,pengurangan pengambilan nasi
lemak sebagai sarapan pagi memberikan pelbagai kebaikan dan manfaat dapat diperolehi melalui langkah-
langkah tersebut.

33
030924-10-1889

BIBLIOGRAFI

Ahmad Shaherman Shamsuri, 2020, “Elak Terjebak Obesiti Demi Kesihatan Diri”.

dlm. Keratan Akhbar Kosmo, 9 Oktober 2020.

Aliaa Aaina Izyan Hasan, “Tak Susah Nak Sihat” dlm. Majalah Kesihatan Terbaik

iSihat 124, hlm. 20-21, Februari 2018.

Dr. Daniels SR, 2012, High Cholestroll. Di capai pada 29 Julai 2022, daripada

Expert panel on integrated guidelines for cardiovascular health and risk reduction in

children and adolescents: Summary report. – National Institute of Health.

Dr Zubaidi Hj Ahmad, 2020, Mengapa Mengantuk Selepas Makan, Di capai pada

29 Julai 2022, daripada. drzubaidi.com/mengapa-mengantuk-selepas-makan/

Fuchsia Dunlop, 2013, Every Grain of Rice : Simple Chinese Home Cooking, United

Kingdom, W. W. Norton C Company.

Fazurawati Che Lah, 2012, “Masalah Kegemukan di Malaysia Semakin Parah

Akibat Pemakanan Tidak Seimbang”. dlm. Keratan Akhbar Harian Metro, 2 Jun

2012.

Gillian Greville-Harris, Elizabeth Shea, 2018, Food Refusal and Avoidant Eating in

Children, Including those with Autism Spectrum Condition : A Practical Guid for

34
030924-10-1889
Parents and Professionals, United State, Jessica Kingsley Publishers.

Hsiao-Ching Chou, 2018, Chinese Soul Food : A Friendly Guide for Homemade

Dumplings, Stir-Fries, Soup and More, China, Sasquatch Books.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2002, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2004, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

030131-08-022130

Keith Jacobs, 2007, Definisi Sosial, Di capai pada 29 Julai 2022, daripada

https://www.haruspintar.com/pengertian-sosial/

Lewis, (2006), Pengertian Sosial, Di capai pada 29 Julai 2022, daripada

https://materibelajar.co.id/pengertian-sosial/#Menurut_Lewis

Lim Hin Fui, PHD, 2008, Makanan Sihat Sebagai Ubat, Kuala Lumpur, Samarata

Enterprise,Melville j. Herskovits dan Broinislow Malinowski, (1948), Unsur Budaya, Di capai pada 29 Julai
2022, https://www.kompas.com/skola/read/2021/08/13/143235669/unsur-budaya menurut-melville-j-
herskovits

Makhrus E, Mariati, Agung Dwi Laksono, 2016, Risiko Darah Tinggi Dalam

Makanan “Bekasan Dan Buduk” Etnik Melayu. Indonesia, Unesa Universiti Press.

35
030924-10-1889
Muhamad Al Hafis Zakaria, 2016, Gout & Reumatik, Kuala Lumpur, SAM Synergy

Media Sdn. Bhd.

Pn. Amina Noor Kamilarini Kamalsha, 2006, Tumbuhan & Makanan Sebagai

Penyembuh Penyakit, Kuala Lumpur, Al-Risalah Production Sdn. Bhd.

Siti Salasiah Tamam, 2019, Obesiti, Kuala Lumpur, SAM Synergy Media Sdn. Bhd.

Hidayah Muhamad 2019, Roti canai tinggi serat lebih sihat. Dicapai pada 16 January 2019, daripada
https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2019/01/520744/roti-canai-tinggi-serat-lebih-sihat

Alexanderia Ludlow NP 2019, Food Pros and Cons. Dicapai pada 16 January 2019. Daripada
https://www.ucsfhealth.org/

Fazurawati Che Lah, 2017, “Banyak makan punca rakyat Malaysia gemuk”.

dlm. Keratan Akhbar Kosmo, 9 Oktober 2020.

36
030924-10-1889

LAMPIRAN 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH, PARIT

PERAK DARUL RIDZUAN

TAJUK KAJIAN: AMALAN MENYAJIKAN HIDANGAN NASI LEMAK SEBAGAI HIDANGAN


UTAMA SEMASA SARAPAN PAGI

NAMA CALON: MUHAMAD IDLAN SHAH BIN ANUSIZAN

NO. KAD PENGENALAN: 030924-10-1889

ANGKA GILIRAN: SA8001/1034

1. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang

sesuatu tinjauan berkaitan hidangan Nasi Lemak sebagai hidangan sarapan pagi utama di Seri Iskandar.

2. Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini adalah sulit dan hasil

kajian ini digunakan untuk laporan kerja kursus Pengajian Am


37
030924-10-1889
(900/4).

a. Kerjasama yang mendapatkan maklumat yang tepat mengenai hidangan sarapan pagi utama oleh
penduduk Seri Iskandar.

3. Borang soal selidik ini mengandungi bahagian (A, B, C dan D).

Justeru, tuan puan cik diminta untuk melengkapkan semua butiran seperti yang tertera. Semua maklumat
adalah untuk kegunaan kajian sahaja.

BAHAGIAN A:LATAR BELAKANG RESPONDAN

1.JANTINA

LELAKI

PEREMPUAN

2.UMUR

21-30 TAHUN

31-40 TAHUN

41-50 TAHUN

51-60 TAHUN

50 TAHUN KE ATAS

38
030924-10-1889
3.BANGSA

MELAYU

CINA

INDIA

LAIN-LAIN

4.STATUS

BUJANG

BERKAHWIN

DUDA

JANDA

5.PENDAPATAN

BAWAH RM 1000.00

RM1001-RM3000

RM 3001-RM5000

RM5001- RM10000

ATAS RM10000

39
030924-10-1889
6.PEKERJAAN

KERAJAAN

SWASTA

BEKERJA SENDIRI

PESARA

7.TARAF PENDIDIKAN

PT3

SPM

DIPLOMA/IJAZAH

MASTER/PHD

1. AGAMA

ISLAM

BUDDHA

KRISTIAN

LAIN-LAIN

40
030924-10-1889

9.WAKTU YANG ANDA SUKA MEMBELI NASI LEMAK

PAGI

TENGAH HARI

PETANG

MALAM

10..KEKERAPAN MEMBELI NASI LEMAK DI WAKTU PAGI DALAM SEBULAN

SANGAT KERAP

KERAP

TIDAK KERAP

SANGAT TIDAK KERAP

TIDAK PERNAH

41
030924-10-1889

BAHAGIAN B:PENGETAHUAN AM

BAHAGIAN B:BERDASARKAN MAKLUMAT DI BAWAH,TANDAKAN TAHAP PERSETUJUAN


ANDA TERHADAP HIDANGAN NASI LEMAK MENJADI HIDANGAN SARAPAN UTAMA
PENDUDUK DI SERI ISKANDAR DENGAN MENANDAKAN (/) PADA RUANGAN YANG
DISEDIAKAN.

PERKARA SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SANGAT


TIDAK SETUJU PASTI SETUJU
SETUJU

SKOR 1 2 3 4 5

a) Mengenalpasti hidangan Nasi Lemak sebagai makanan pilihan utama dalam kalangan masyarakat di Seri
Iskandar.

b)

BIL PERKARA SANGAT TIDAK TIDAK SETUJ SANGAT


. U SETUJU
TIDAK SETUJU PASTI

SETUJU

1 Nasi Lemak mempunyai


kandungan kolestrol yang
tinggi

2 Nasi lemak mudah didapati


di mana-mana

3 Nasi Lemak lebih murah

4 Nasi Lemak mempunyai


penyakit berbahaya

5 Nasi Lemak tidak baik untuk


kesihatan

42
030924-10-1889
6. Nasi Lemak menyebabkan
penyakit kanser

7. Nasi lemak menyebabkan


obesiti

8. Nasi lemak membuatkan kita


menjadi lemah

9. Nasi lemak mengandungi


zat-zat yang diperlukan oleh
badan

10. Nasi lemak merupakan


makanan yang ringkas dan
lazat

43
030924-10-1889

BAHAGIAN C

BERDASARKAN MAKLUMAT DI BAWAH,TANDAKAN TAHAP PERSETUJUAN ANDA


TERHADAP HIDANGAN NASI LEMAK MENJADI HIDANGAN SARAPAN UTAMA PENDUDUK DI
SERI ISKANDAR DENGAN MENANDAKAN (/) PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN.

PERKARA SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SANGAT


TIDAK SETUJU PASTI SETUJU
SETUJU

SKOR 1 2 3 4 5

A)Langkah-langkah menghadkan pengambilan Nasi Lemak dalam kalangan masyarakat di Seri


Iskandar,Perak dalam pelbagai etnik.

BIL LANGKAH-LANGKAH SANGAT TIDAK TIDAK SETUJ SANGAT


. U SETUJU
TIDAK SETUJU PASTI

SETUJU

1 Saya selalu makan roti canai

2 Saya menghadkan
pengambilan nasi lemak

3 Saya selalu makan buah-


buahan

4 Saya selalu makan sayur-


sayuran

5 Saya selalu makan mi


goreng

6. Saya berpuasa bagi


mengelakkan obesiti

44
030924-10-1889
7. Saya selalu makan makanan
kering seperti badam

8. Saya selalu makan kuih


muih

9. Saya selalu makan makanan


berkuah

10. Saya selalu makan roti

45
030924-10-1889
LAMPIRAN 2

BORANG TEMU BUAL

SOALAN Informen 1 Informen 2 Informen 3

Adakah anda suka Ya, saya sangat suka Ya saya suka dengan Sememangnya saya
dengan hidangan akan nasi lemak yang hidangan tersebut suka akan hidangan
nasi lemak sebagai menepati citarasa tersebut.
sarapan? saya.
Adakah anda kerap Dalam 2 kali Dalam 3 kali Hampir setiap hari .
membeli nasi lemak seminggu. seminggu.
di waktu pagi?

Apakah kesan Nasi Lemak dapat Nasi Lemak dapat Pengambilan


buruk pengambilan memberikan kita menganggu kesihatan hidangan ini boleh
Nasi Lemak penyakit seperti sekiranya diambil membuatkan
sekiranya diambil penyakit obesiti jika secara berlebihan. seseorang itu
secara berlebihan? pengambilan nya menjadi lemah jika di
tidak terkawal. ambil secara
berlebihan
Apakah punca Hidangan ini boleh Hidangan ini sangat Nasi Lemak mudah
hidangan nasi divariasikan dengan lazat dan kena didapati di mana –
lemak diambil pelbagai lauk dengan citarasa mana.
secara berlebihan? sampingan seperti rakyat Malaysia.
sambal sotong,
sambal kerang dan
lain – lain.
Apakah langkah Pengambilan Makan sayur-sayuran Seorang individu
yang boleh diambil makanan lain seperti merupakan langkah perlulah melebihkan
untuk mengatasi roti canai kerana roti yang boleh diambil pemakanan buah –
masalah tersebut canai adalah bagi mengurangkan buahan agar
hidangan sepinggan makan nasi lemak pemakanan menjadi
lengkap yang baik secara berlebihan. seimbang.
sebagai sarapan pagi.

46
030924-10-1889

47
030924-10-1889
Gambar hidangan Nasi Lemak

48

Anda mungkin juga menyukai