Anda di halaman 1dari 13

“Surauku Bersih,Kampungku

Ceria”

Disediakan Oleh :

Matrix Power Sdn. Bhd


No. 47-2, Jalan Putra Permai 1A, Taman Enquire, 43300 Seri Kembangan, Selangor DaruL
Ehsan
No. Tel. : 03 – 8941 3715 Fax : 06 - 556 8996 Email: matrixpower@gmail.com
Matrix Power Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat bengkel
Gotong royong adalah satu kegiatan yang dilakukan secara beramai- ramai dan
bersifat suka rela agar kegiatan yang dikerjakan dapat berjlan dengan lancar, mudah,
ringan dan dapat menjimatkan masa. Sikap gotong royong seharunya dimiliki oleh
semua elemen atau lapisan masyarakat tidak mengira pangkat dan darjat.

Adanya kesedaran setiap elemen atau lapisan masyarat dapat menerapkan perilaku
dalam gotong royong maka hubungan persaudaraan atau silaturrahim akan semakin
erat dan kuat.selepas kewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973
gotong royong telah dimartabatkan sebgai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan
dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.
Mengharapkan kesedaran positif masyarakat era moden khususnya
generasi muda kini dalam kegiatan bergotong royong yang mula terkikis.
Kesan gotong royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna,
baik untuk pembangunan material masyarakat mahu pun pembangunan
insan. Bak kata pepatah” bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafaka” Hasilnya, kerja yang berat terasa ringan apabila dilakukan
bersama-sama.

Meningkatkan rasa kekitaan, jati diri, rasa prihatin, dan penyayang


sesama ahli Matrix Power dan masyarakat amnya di samping membantu
hasrat kerajaan untuk meneraju negara mara lebih kedepan dalam era
globalisasi.

Melahirkan rasa keinsafan yang tulen serta merapatkan ahli Matrix Power
dan masyarakat kepada Surau bagi memupuk nilai-nilai murni yang suci
serta dapat meningkatkan taqwa (al-ta'awun al-birr wa al-taqwa)
TARIKH

10 HB JULAI 2018

BERSAMAAN

27 REJAB 1431 HIJRAH

HARI

SABTU

MASA

7.45 – 1.00 PETANG

TEMPAT BERKUMPUL DAN PELANCARAN

BALAI RAYA KG PADANG KELADI DURIAN TUNGGAL.


Membersih, mengemas, menghias, membaik pulih kerosakan kecil, menebas rumput,
mencatas pokok serta lain-lain kerja yang berkaitan diseluruh kawasan luar dan dalam surau
serta tanah perkuburan Kg Paadang Keladi :

Surau Nadhatul Hasanah Kg Padang Keladi


Tanah perkuburan Islam 1
Tanah perkuburan Islam 2
AHLI JAWATANKUASA MATRIX POWER

PEKERJA BENGKEL MATRIX POWER

PENGHULU KAMPUNG PADANG KELADI

AHLI JAWATANKUASA SURAU NADHATUL HASANAH KG PADANG


KELADI
SUKARELAWAN PENDUDUK KAMPUNG PADANG KELADI
Pengerusi : En. Adamz Aqmal Bin Osman

Setiausaha : En. Muhammad Bin Rosni Sham

Urusetia : En. Shahhithir Aliff Bin Sharizad

Kewangan : En. Muhd Hazmi Bin Mohd Hanapiah

AJK
- Penyelaras tugas : En. Zamri Bin Ali
En. Asri Bin Ramli
- Kelengkapan & : En. Iskandar Bin Mohd Zain
Peralatan
- Sambutan VIP & : En. Shahrul Bin Nizam
Jemputan En. Danial Zakwan Bin Kamal
- Cenderahati : En. Azrul Bin Abdul Halim
- Jamuan & Kebajikan : En. Izwan Bin Mat Noor
- Keselamatan
- Logistik : En. Muhafiz Bin Mohd Ali (Polis)
- Siaraya & : En. Azmin Bin Saiful
dokumentasi (Camera : En. Amir bin Riduan
& Video) En. Muhd Najmi Bin Mohd Din
Akan Disempurnakan Oleh:
TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI AZIZ , PENGHULU KAMPUNG
PADANG KELADI
SABTU 10 JULAI, 2018

7.30 a.m : Peserta Berkumpul di Perkarangan Surau Nadhatul Hasanah Kg Padang


Keladi

7.45 a.m : Ketibaan Jemputan/ VIP

8.00 a.m : - Ketibaan Tuan Hj Azman Bin Hj Aziz Penghulu Kampung Padang Keladi
- Ucapan Aluan Pengacara Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Penasihat MATRIX POWER
- Ucapan Tuan Hj Azman Bin Hj Aziz

8.30 a.m : Jamuan/ Sarapan Pagi

9.00 a.m : - Majlis Perasmian / Pelancaran Program Oleh Tuan Hj Azman Bin Hj
Aziz
- Majlis Penyampaian Cenderahati Dari Penaja
- Majlis Menanam Pokok Peringatan
- Lawatan Tuan Hj Ke Kawasan Surau & kubur Yang Terlibat

12.15 p.m : Berkumpul Semula di Perkarangan Surau

12.30 p.m : Jamuan Makan Tengahari

01.00 p.m : - Ucapan Penutup & Doa Penutup


- Majlis Bersurai
1. Urusetia dan Pra-persediaan
- -Alat tulis dan percetakan, sewaan dewan mesyuarat, jamuan mesyuarat, kos
perhubungan

2. Kelengkapan dan peralatan


- -Penyapu lantai, penyapu sawang, berus lantai, cangkul, penyodok longkang,
mop lantai, pencakar sampah
- -Baldi, kereta sorong, paip getah, sarung tangan, plastic sampah
- -Sabun pencuci, kamikal

3. Pokok hiasan dan buah-buahan


- -Pokok hiasan/ pokok bunga
- -Pokok buah-buahan
- -Pasu bunga, tanah hitam dan baja

4. Jamuan
- -Sarapan pagi (8.00 pagi)
- -Minum pagi (10.00 pagi)
- -Makan tengahari (12.30 tengahhari)
- -Air mineral

5. Promosi dan pengiklanan


- -Banner , Poster dan flyer

6. Cenderahati
- -Cenderahati VIP dan Cenderahati untuk surau
- -T-shirt, topi, tuala kecil dan hadiah cabutan bertuah

7. Sewaan jentera dan sistem siaraya


o -Lori pengangkut sampah
o -Sistem siaraya
Adalah diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lancar
serta menghasilkan impak yang positif khususnya kepada masyarakat
Kampung Padang Keladi dan juga pekerja MATRIX POWER.
Semoga program ini dapat memupuk semangat setiakawan,
bertanggungjawab dan menjadikan amalan gotong-royong satu
budaya yang berterusan serta menghindarkan dari sikap pentingkan
diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai