Anda di halaman 1dari 22

Permainan Tradisional

Galah Panjang

Galah Panjang
sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong.

Permainan ini dimainkan oleh semua golongan masyarakat iaitu golongan kanak-kanak dan golongan dewasa.

Ia juga dijadikan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong.

Permainan ini dimainkan secara dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan.

Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan.

Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang.

Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Kebaikan Galah Panjang


Aspek Sosioemosi Permainan ini dapat membina sosialisasi kanakkanak tersebut kerana biasanya permainan ini akan dimainkan secara berkumpulan.

Secara tidak langsung di sini kanak-kanak tersebut dapat bergaul dengan masayarakat disekitarnya terutama yang sebaya dengannya.
memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan untuk memenangi pelawanan secara tidak langsung kanak-kanak ini dapat terdidik untuk bekerja dalam kumpulan serta memupuk sikap toleransi.

Aspek Fizikal
Permainan ini memerlukan strategi serta kepantasan pergerakan. kanak-kanak dapat membina gaya hidup yang sihat serta mendorong kepada kehidupan yang lebih harmonis. Permainan galah panjang ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti untuk memanaskan badan dan membina pergerakan otot kasar mereka.

Aspek Intelektual
Permainan galah panjang ini dapat mengembangkan kecerdasan intelektual mereka.

Hal ini kerana mereka perlu memikirkan strategi yang sesuai untuk menang disamping mereka diberikan pengetahuan tentang cara-cara untuk bermain.

Permainan TRANDISIONAL

Wau

Dikenali sebagai layang-layang di negeri sebelah pantai barat semenanjung.

Reka corak biasanya bermotifkan awan larat yang menghiasi wau dan diwarnakan dengan pelbagai warna.

Permainan masa lapang bagi golonganistana dan rakyat biasa

Telah dimainkan oleh orang Melayu sekitarkurun ke lima belas

Cara bermain
Pemegang wau

1 kumpulan terdiri daripada


Pemegang tali

Langkah 1: Apabila angin bertiup, tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut terbang tinggi di udara.

Langkah 2: Menyaksikan keindahan wau yang cantik terbang tinggi di langit kerana kilauan cahaya matahari telah menambah cantik lagi wau yang dihias berwarnawarni itu.

Kepentingan permainan wau kepada kanak-kanak


Fizikal

Intelek

Sosioemosi

Intelek
Mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar. Mempelajari dan mengetahui pelbagai kemahiran. Dapat membantu berfikir secara kreatif dan logik.

Sosioemosi
Memupuk interaksi antara kanak-kanak. Memupuk sikap bekerjasama dalam menjayakan sesuatu. Meningkatkan keyakinan dan keberanian diri.

Fizikal
Kemahiran menggunakan motor halus dan motor kasar. Koordinasi mata, tangan dan kaki dapat dipertingkatkan.

PERMAINAN TRADISIONAL

SEPAK RAGA

PENGENALAN
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Seterusnya
Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

CARA BERMAIN
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.

Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Perkembangan Intelek Dapat belajar cara mengimbangkan bola dalam bulatan yang ditetapkan.

Perkembangan Sosioemosi Dapat berkomunikasi dengan baik dan tunjuk ajar yang berterusan untuk mengimbangi bola.

Perkembangan Fizikal Pergerakan kaki,tangan,mat a dan badan. Permainan yang memerlukan pergerakan pantas.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai