Anda di halaman 1dari 4

Minit Mesyuarat MPKK Kg Buyau dan Tanah Datar Kali Pertama 2018

Tarikh : 30 September 2018

Masa : 9.00 malam

Tempat : Balairaya Kg Buyau

Kehadiran :

1. Raja Kamarulzaman B. Raja Maamor - Pengerusi

2. Shamsuddin B. Daud - Setiausaha

3. Raim B. Aman

4. Zakri B. Yusoh

5. Syarifful Rizal B. Zainin

6. Jamaluddin B. Othman

7. Faridah Bt. Ibrahim

8. Kapten (B) Ghafar B. Hj Ibrahim

9. Khairiah B. Bidin

10. Azman B. Malek

11. Iqbal B. Sulaiman

12. Kamarudin B. Hassan

Tidak Hadir :

1. Zamri B. Abdullah

Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi

2. Perlantikan BIRO

3. Hal-hal lain

4. Penutup

1.1 Ucapan Pengerusi

1.1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua AJK MPKK yang dilantik.

1.1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran AJK yang telah dilantik
bagi sesi 2018.

1.1.3 Pengerusi mengharapkan semua AJK yang telah dilantik dapat menjalankan
amanah dan tanggungjawab dengan baik. AJK MPKK Kg Buyau/Tanah Datar
juga diharap dapat menyumbang dan menjalin kerjasama dengan semua
penduduk kampung.

2.1 Perlantikan AJK BIRO

2.1.1 Semua AJK sebulat suara bersetuju dengan lantikan :

1) Biro Pengurusan Kewangan (Bendahari) - Pn Khairiah Bt. Bidin

2) Biro Pembangunan Dan Prasarana - En Kamarudin B. Hassan

3) Biro Ekonomi Dan Keusahawanan - En Jamaluddin B. Othman

4) Biro Pendidikan Dan Inovasi - En Shamsuddin B. Daud


5) Biro Keselamatan Dan Kesihatan - Kapten (B) Ghafar B. Hj Ibrahim

6) Biro Agama Dan Sivik - En Iqbal B. Sulaiman

7) Biro Kebajikan Dan Kesukarelawan - En Raim B. Aman

8) Biro Sukan, Belia Dan Badan Sukan (NGO)- En Syarifful Rizal B. Zainin

9) Biro Infrastruktur Dan Komunikasi- En Azman B. Malek

10) Biro Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga - Pn Faridah Bt. Ibrahim

11) Biro Kesejahteraan Dan Kesenian - En Zaqri B. Yusoh

3.1 Hal-Hal Lain

3.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat MPKK akan dijalankan dua


bulan sekali.

3.1.2 Pengerusi mencadangkan supaya setiausaha menulis surat kepada mantan


ketua kampung tentang keberadaan beberapa barangan seperti mesin
chainsaw, mesin rumput sandang, pam racun, khemah dan peralatan yang
lain (jika ada).

4.1 Penutup

4.1.1 Pengerusi mengharapkan semua AJK dapat memberi kerjasama kepada


MPKK Kg Buyau/Tanah Datar sesi 2018.

4.1.2 Berharap agar semua aktiviti yang telah dirancang pada sesi ini dapat
dijalankan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.40 malam.


Disediakan oleh ;

_____________________

(Shamsuddin B. Daud)

Setiausaha MPKK Kg Buyau/Tanah Datar

Anda mungkin juga menyukai