Anda di halaman 1dari 18

JABATAN PERTANIAN SABAH

CAW.PENGEMBANGAN DAERAH TAWAU

TANAMAN KACANG PANJANG

DIBENTANG SEMASA
LATIHAN 2 MINGGUAN KAKITANGAN
PEJABAT PERTANIAN TAWAU

DISEDIAKAN OLEH
MASRI MATLAN
KJP/PLDDM JPTN TWU
ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat

1.0 Maklumat Am 1

2.0 Botani Tanaman 2

3.0 Keperluan Asas Tanaman 2 - 3

4.0 Amalan Kultur 4 - 8

4.1 Penyediaan Kawasan 4

4.2 Penanaman 4 - 5

4.3 Pemasangan Junjung/Penyokong 5 - 6

4.4 Pembajaan 6 - 7

4.5 Pemangkasan 7

4.6 Kawalan Rumpai 7

4.7 Pengurusan Air 8

5.0 Perosak dan Penyakit 9 - 12

6.0 Kematangan dan Pengutipan Hasil 13

7.0 Analisa Kewangan Sehektar 13

8.0 Menanam Kacang Panjang Tanpa Junjung 14 - 16

i
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

Kacang Panjang
Vigna sesquipedalis L.

1.0 Maklumat Am

Nama Tempatan : Kacang Panjang


Nama Botani : Vigna sesquipedalis(L.)
Keluarga : Leguminosae
Asal : India

Kacang panjang adalah sejenis sayuran yang popular dikalangan penduduk


Malaysia. Ia dipercayai berasal dari India, tapi sekarang ditanam dimerata
kawasan yang beriklim tropika iaitu Asia, Afrika Timur dan Amerika Tengah.

Pada kebiasaannya lenggai kacang panjang yang muda digunakan pada


pelbagai jenis masakan. Ia juga dimakan mentah sebagai ulam. Kegunaan
lain yang bukan predisimal ialah untuk gubahan kerana saiznya yang panjang
boleh dibentuk atau dipintal menjadi raga. Ada juga lenggai yang dibuat
jeruk dan di tinkan.

Kandungan Zat Makanan


(Bagi setiap 100 g yang boleh dimakan)

Kandungan Jumlah Kandungan Jumlah


Protin 2.1 g Natrium 5.0 mg
Karbohidrat 4.0 g Karotena beta 513.0 ug
Lemak 0.9 g Vitamin B1 0.1 mg
Serabut 1.4 g Vitamin B2 0.6 mg
Kalsium 61.0 mg Vitamin C 48.5 mg
Zat Besi 0.8 mg Niacin 0.6 mg
Fosforus 33.0 mg
Kalium 53.0 mg

1
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

2.0 Botani Tanaman

Kacang Panjang adalah sejenis tanaman semusim yang tumbuh memanjat.


Ciricirinya adalah seperti berikut:-

Akar : Mempunyai akar tunjang dan daripadanya berkembang akar


lateral yang meluas.
Batang : Jenis memanjat dengan cara melilit pada penyokong dan boleh
mencapai sehingga 4 m.
Daun : Jenis majmuk.
Bunga : berwarna putih kuning atau ungu, berukuran 2 - 2.5 cm dan
terdapat dalam kelompok 3 - 6 kuntum setiap tangkai bunga.
Lenggai : Berukuran antara 20 - 70 cm dan purata garis pusat 1.2 cm.
Warnanya berbeza dari hijau muda hingga merah hati mengikut
variety
Biji : 10-30 biji setiap lenggai. Warna berbiza mengikut varieti dari
putih cerah, perang hitam dan berbintik hitam.

♦ Cara Pendebungaan sesama sendiri.

3.0 Keperluan Asas Tanaman

Iklim : Sesuai pada suhu 20-30oC

Hujan : Taburan hujan antara 138-168 mm/bulan


Tanah : Sesuai ditanam dikebanyakan jenis tanah gambuat dan pasir.
Manakala pH tanah sesuai pada kemasaman tanah pH 5.5 - 6.8.
sementara keperluan topografi,tekstur dan struktur tanah pula
adalah seperti dalam jadual :-

Jadual sifat-sifat tanah yang sesuai bagi tanaman kacang panjang.


Kesesuaian
Sifat Tanah
Sesuai Sederhana Sesuai
Kecerunan 0 - 6O 6 – 20O
Kurang salir dan agak
Saliran Tak sempurna sali-salir
sangat salir kesangat salir
Kedalaman tanah > 25 cm -

2
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

Kesesuaian
Sifat Tanah Sesuai Sederhana Sesuai
Selain dari pasir tak Pasri tak berstruktur dan
Tekstur dan Strukur
berstruktur dan lempung lempung
Kemasinan < 1 mmhos 1-2 mmhos
Kedalaman lapisan
> 50 cm 0 – 50 cm
asid sulfat
Ketebalan gambut Tiada halangan
Kandungan Batu Tiada halangan batu < 25%, jika tersebar
dipermukaan 25 cm sama rata
Ketidak seimbangan Tiada nutrien mikro
nutrien berlebihan atau CEC CEC rendah
rendah

Kultivar Yang Disyorkan

KP 1 (YB902)

1. Hasil (tan/ha) 15 - 20

2. Warna daun Hijau


3. Mula berbunga selepas tanam (apabila 10% populasi 36 - 40 hari
mekar)
4. Panjang buah 50 - 76 cm
5. Tempoh simpanan buah (pada suhu 10°C, 90% 7 hari
kelembapan relatif)
6. Kutipan hasil 45-50 hari selepas menanam. Tempoh kutipan hasil di
antara 30-40 hari.

3
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

4.0 Amalan Kultur


Biji benih yang bermutu tinggi perlu digunakan. Sejumlah 7-8kg biji benih
diperlukan bagi sehektar penanaman. Biji benih dirawat dengan racun kulat
seperti captan pada kadar 3g/1000g biji benih.

4.1 Penyediaan Kawasan

i. Diladang

Kawasan dibajak dan digembur sedalam 15-22 cm. (6-9”) supaya


pertumbuhan akar baik. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-
30cm dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Pengapuran
dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam iaitu semasa
pembajakan pada kadar 20-25tan/ha bagi tanah gambut dikawasan
baru, 2-3 tan/ha bagi tanah berpasir dan 3-4 tan/ha bagi tanah
mineral. Gaulkan 50kg tahi ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan
100 meter persegi.

ii. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah 1 bahagian


tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan Pasu dengan tanah campuran
tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.

4.2 Penanaman

i. Di ladang
Biji benih ditanam terus ke batas sedalam 2-3 cm dengan jarak
tanaman 60 cm antara baris dan 45 cm antara pokok. (21,333
pk/ha). Tanam 2 biji benih selubang. Selepas 10 hari, anak benih
dijarangkan kepada sepokok selubang. Sebanyak 70g biji benih
diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki
persegi)

4
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

ii. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 cm (1”). Selepas 2 minggu ditanam
tinggalkan satu pokok sahaja dalam satu pasu.

4.3 Pemasangan Junjung/Penyokong

i. Diladang
Kacang panjang adalah sayuran jenis memanjat oleh itu kayu-kayu
junjung atau penyokong adalah diperlukan. Junjung perlu disediakan
selewat-lewatnya 2 minggu selepas menanam.

Sistem para-para dawai adalah sistem penyokong yang sesuai untuk


tanaman kacang panjang. Sistem ini menggunakan tiang-tiang
junjung yang berukuran 2.5 cm panjang dan bergaris pusat 6 cm
panjang. Tiang-tiang ini dipacakkan diatas batas dengan jarak lebih
kurang 4 m persegi. Kemudian dawai kasar (No.10) dipasang
dibahagian atas menghubungi kayu-kayu junjung tadi. Ini diikuti
dengan memasang dawai sederhana (No.14) diatas tiap-tiap batas.
Apabial tinggi pokok lebih kurang 20 cm tali-tali rafia mula dipasang
pada tiap-tiap pokok dan kemudian diikat ke para-para dawai.

Sistem para-para dawai

5
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

ii. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan kayu pancang berukuran 2m (6.5’). Pastikan anak pokok


melilit kayu sokongan.

4.4 Pembajaan

Syor pembajaan berbeza-beza mengikut jenis tanah dan amalan


agronomi penanaman. Walaubagainampun syor dibawah boleh
digunakan.

Kadar Masa (Minggu


Jenis tanah Jenis baja Cara
(t/ha/musim) lepas tanam)
I. BRIS ( Tanah gambut)
1. Rudua Tahi ayam 10 0.7 -1 * 2,4 & 7 Gaul dalam
NPK12:12:17:2 tanah Keliling
pokok
2. Baging Tahi ayam 25 1.0 -1 * 2,4 & 7 Gaul dalam
NPK12:12:17:2 tanah Keliling
pokok

II. Bekas Lombong


1.Pasir Tahi ayam 25 1.0 -1 * 2,4 & 7 Gaul dalam
NPK12:12:17:2 tanah Keliling
pokok
III. Gambut NPK12:12:17:2 0.7 2,4 & 7 Keliling pokok

6
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

IV. Mineral Tahi ayam 5 0.7 -1 * 2,4 & 7 Gaul dalam


NPK12:12:17:2 tanah Keliling
pokok

Nota : * Satu minggu sebelum menanam

i. Diladang
Gunakan baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi
setiap 100m (1000 kaki) persegi. Pembajaan dilakukan sebanyak 3
kali iaitu pada minggu ke 2, 4 dan 7 selepas menanam.

ii. Dalam Pasu


Tabur 1 sudu teh (5g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu
setiap minggu

4.5 Pemangkasan
Pemangkasan dilakukan dengan mencantas dahan-dahan sisi terutama
dibahagian bawah. Daun-daun tua dibahagian bawah juga perlu
dipangkas untuk menggalakan pengudaraan diantara pokok.

4.6 Kawalan Rumpai

Racun rumpai pracambah metalachlor (0.3 – 1.0 kg/ha) boleh


digunakan untuk mengawal rumpai dikawasan kacang panjang. Racun
ini disembur sama rata diatas batas selepas benih ditanam tetapi
sebelum rumpai cambah.

Rumpai yang tumbuh diatas batas, selepas menyemai benih kacang


panjang, hendaklah dicabut dengan tangan atau menggunakan
cangkul.

Sungkupan yang terdiri dari lalang dan rumput kering yang diletakkan
diatas batas juga dapat menyekat pertumbuhan rumpai. Bagi rumpai
yang dijumpai diantara batas, ia dikawal dengan racun paraquat (1.0
kg/ha), glufosinate-ammonium (0.5kg/ha) atau glyphosate (0.6 – 2.5
kg/ha) yang disembur menggunakan alat penyembur bertudung bagi
mengelakkan kerosakan pada tanaman.

7
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

4.7 Pengurusan Air

Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem


pengairan renjis. Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan
pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah. Kos bahan
bagi sistem ini adalah RM 5,000 RM 8,000 sehektar. Jenis perenjis yang
sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah iaitu
2
1.5-2.5kg/cm dengan kadar alir perenjis 0.3-1.0 liter/saat dan garis
pusat siraman liputan 25-30 m.

Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.


Parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama.

Spesifikasi sistem perparitan ladang adalah seperi berikut :-

Jenis Tanah Jarak Cerun Kedalaman Lebar Kepadatan


diantara parit Tebing (m) bawah (m) parit (m/ha)
(m)

Lom Berpasir 175 - 200 1:1 0.90 1.2 50

Lempong dan
60 - 80 0.5:1 0.75 0.5 125
kelodak

Organik 40 - 60 0.25:1 1.20 0.3 170

Reka bentuk sistem parit yang disyorkan

8
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

5.0 Perosak dan Penyakit

5.1 Serangga Perosak

1. Ulat Pengorek Buah (Maruca testulalis Gayer)

Bahagian diserang : Bunga dan buah


Peringkat pokok diserang Peringkat berbuah
Tanda serangan : Lenggai berlubang dan terdapat sisa
najis pada bahagian yang diserang
Kawalan : Amalan Kultur dengan musnahkan
ulat dan diserang mengutip dan
lenggai yang
: Kawalan Kimia gunakan lambda
cyhalothrin 0.05% atau carbaryl 0.1%
b.a

2. Pemakan buah kacang (Euchrysops cnejus F)

Bahagian diserang : Buah dan bunga

Peringkat pokok diserang : Berbuah

Tanda serangan : Terdapat lubang-lubang di atas


permukaan buah

Kawalan : Sembur dengan racun serangga


carbaryl 0.1%

3. Lalat kacang (Melanagromyza phaseoli)


Bahagian diserang : Daun dan batang

Peringkat pokok diserang : Muda

Tanda serangan : Terdapat telur serangga diatas


permukaan daun. Batang rosak dan
batang muda akan tumbang

Kawalan : sembur racun diazinon atau


dimethoate ulangi sebanyak 2 kali
selang 4 hari sekali jika perlu.

9
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

4. Kutu daun (Aphis craccivora Kock)

Bahagian diserang : Pucuk , buah dan batang muda

Peringkat pokok diserang : Semua peringkat

Tanda serangan : Kelihatan koloni kutu berwarna hijau


tua atau hitam menyerang pucuk,
buah dan batang muda
menyebabkan bahagian yang
diserang menjadi terbantut dan
kerekot

Kawalan : Sembur dengan racun profenfos atau


malathion

5.2 Penyakit
1. Antraknos (Colletotrichum lindemuthianum)

Bahagian diserang : Daun dan buah

Cara Merebak : Biji benih, angin dan air

Tanda serangan : Bintik-bintik kelihatan berpusar,


berwarna kehitaman dan melekuk
kedalam.

Kawalan (Pencegahan) : Rawat biji benih dengan racun kulat


seperti captan 3 g/1000 g biji benih

: Saliran baik pada kawasan tanaman.

: Bajak reput relai kedalam tanah


semasa penyediaan tanah.
: Jika terdapat serangan sembur racun
kulat seperti mancozeb 0.1% b.a jika
perlu.

2. Bintik daun (Cercospora canescens Ell. & Mart)

Bahagian diserang : Daun

Cara Merebak : Angin

Tanda serangan : Terdapat bintik-bintik berwarna


perang pada daun dan akhirnya
pokok akan mati.

10
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

Kawalan : Musahkan bahagian yang diserang


dan sembur dengan racun kulat
seperti mancozeb atau maneb

3. Karat (Uromyces appendiculatus)

Bahagian diserang : Daun, buah dan batang

Cara Merebak : Angin

Tanda serangan : Bintik bulat dan berwarna kuning.


Ditengah bintik terdapat spora-spora
yang berwarna perang/jinga.
Serangan yang teruk menyebabkan
daun menjadi kuning dan kering.

Kawalan (Pencegahan) : Gunakan kultivar yang tahan


penyakit

: Bajak reput relai kedalam tanah


semasa penyediaan tanah

: Jika terdapat serangan sembur


dengan cyproconazole 0.003% b.a,
copper oxycloride 0.2% b.a,
mancozeb 0.1% b.a atau
chlorothalonil 0.075% b.a

4. Lecuh anak benih (Pythium sp. )

Bahagian diserang : Pangkal

Cara Merebak : Tanah dan air

Tanda serangan : Anak benih layu, rebah dan akhirnya


mati. Dipangkal batangnya kelihatan
seakan lecuh.

Kawalan (Pencegahan) : Rawat biji benih dengan racun kulat


seperti captan 3 g/1000 g biji benih

: Tentukan siraman air tidak


berlebihan dan saliran air baik.

11
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

: Sembur anak benih dengan racun


kulat 2 kali selang 5 hari sekali. ( 2
kali jika perlu)

5. Mozek daun (Mosaic virus)

Bahagian diserang : Daun

Cara Merebak : Biji benih dan kutu daun sebagai


pembawa penyakit

Tanda serangan : Daun berbintik-bintik dan


berkerekot. Serangan yang teruk
menyebabkan pokok bantut,lenggai
menjadi kecil dan berubah rupa.

Kawalan (Pencegahan) : Guna biji benih yang bebas penyakit

: Amalkan kebersihan kawasan


tanaman

: Jika terdapat serangan musnahkan


pokok yang diserang. Sembur racun
serangga seperti malathion 0.1% b.a

6. Reput pangkal (Rhizoctonia solani)


Bahagian diserang : Pangkal pokok

Cara Merebak : Tanah dan air

Tanda serangan : Pokok layu dan pangkal menjadi


reput. Terdapat maisilia dibahagian
yang berpenyakit.

Kawalan : Cabut dan bakar pokok yang


berpenyakit

: Sembur racun kulat seperti captan


0.1% b.a jika perlu.

12
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

6.0 Kematangan dan Pengutipan Hasil

Kacang panjang mula dipetik 45 – 50 hari selepas menanam. Pengutipan


dibuat setiap 2 hari selama 30 – 40 hari. Tanda-tanda peringkat kematangan
kacang pajang yang sesuai dipasarkan ialah bijinya masih kecil dan tidak
kelihatan dari luar.

Kacang panjang dipetik lenggai demi lenggai, dengan cara memulas


tampoknya dengan cepat. Perhatian perlu diberi supaya tidak terkena
tampok-tampok bunga yang lain kerana ini akan menjejaskan pengeluaran
buah seterusnya.

Lenggai kacang disusun dari pangkalnya semasa dikutip dan diikat apabila
mencapai 50 lenggai. Ikatan-ikatan ini disusun di dalam bakul yang beralas
dengan plastik dengan had muatan tidak melebihi 30 kg/bakul.

Kualiti lenggai yang dikehendaki dipasaran adalah seperti berikut:-

Saiz - Panjang > 40


- Sederhana 30 – 40
- Pendek < 30
Bentuk - Lurus dan biji tidak menonjol di permukaan
Warna - Mempunyai warna hijau muda/tua yang seragam
Tekstur - Buah masih rapuh,segar, bentuk yang sempurna dan
mempunyai ukuran yang seragam.
Keadaan - Bebas daripada serangan penyakit, kerosakan seperti
patah, berlubang atau kekotoran
Dalam keadaan ambient, lenggai kacang boleh tahan selama 2-3 hari.
0
Penyimpanan dingin pada suhu 5 – 10 C dengan kelembapan relative di
antara 90 – 95% boleh memanjangkan daya penyimpanan selama seminggu.

7.0 Analisa Kewangan Sehektar (jangka hayat 112 hari)

Kos bahan RM 6,288


Kos Buruh RM 3,455
Hasil (kg) 15,000-20,000
Pulangan bersih semusim RM20,254-30,257 (RM2.00/kg)
Pulangan bersih sehari RM180.87-270.15

13
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

Menanam Kacang Panjang Tanpa Junjung

pabila disebut kacang panjang akan terbayang dalam fikiran kita


tanaman yang memanjat dan melilit kayu junjung. Mungkin
sesetengah orang beranggapan mustahil untuk menanam kacang
panjang tanpa kayu junjung.
Tetapi percaya atau tidak, MARDI telah menjalankan penyelidikan
tentang kacang panjang yang mempunyai ciri-ciri renek.

Kacang panjang tersebut dipercayai berasal dari


selatan Thailand dan mula ditanam dinegara ini di
Changloon, Kedah. Kacang panjang dihasilkan melalui
kacukan antara kacang panjang memanjat dengan
kacang mata lembut (cowpea)

Keistimewaan Kacang Panjang Renek


Kacang panjang renek ini memang istimewa. Sifat
reneknya membolehkan jentera digunakan dalam
operasi pengeluaran seperti menanam, membaja,
merumput,menyembur racun perosak dan aktiviti
penuaian. Sifat renek ini juga membolehkan kacang
panjang ini ditanam tanpa kayu junjung.

Dengan tidak memerlukan kayu junjung, hampir 50% kos pengeluaran dapat
dikurangkan. Jangka hayat kacang panjang renek lebih pendek. Sebenarnya ada
rahmat yang terlindung disebalik sifat ini. Ia dapat mengurangkan risiko
serangan serangga perosak dan penyakit serta bencana alam diladang. Sifat ini
juga membolehkan kacang panjang renek ditanam lebih kerap dalam setahun.

14
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

Lenggainya juga lebih pendek daripada jenis biasa. Namun begitu saiz ini
memudahkan penyimpanan dalam peti sejuk dan pembungkusan untuk
pemasaran.

Pengurusan Tanaman

Cara menanam kacang panjang renek tidak banyak berbeza dengan cara
menanam kacang panjang jenis memanjat. Oleh sebab kacang panjang renek
tidak memerlukan kayu junjung, jarak tanamannya boleh dirapatkan.

Jarak tanaman yang sesuai ialah 70 cm x 50 cm jika dua pokok ditanam dalam
selubang atau 70 cm x 25cm jika ditanam dalam satu pokok selubang.

Air amat diperlukan oleh pokok kacang panjang semasa peringkat berbunga dan
pengeluaran lenggai. Sekiranya pada peringkat tersebut air tidak diperolehi
secukupnya, lenggai yang dihasilkan menjadi kecil dan pendek. Tempoh
pengeluaran juga singkat dan seterusnya mengakibatkan hasil rendah.

Biasanya, baja campuran (34 kg N, 56kg P2O5 dan 56 kg K2O sehaktar)


sesuai diberi kepada tanaman kacang panjang disemua jenis tanah. Baja
campuran ini diberikan 2 kali. Yang pertama sebagai baja asas semasa menanam
atau 1 minggu selepas menanam. Yang kedua apabila pokok kacang mula
mengeluarkan bunga.

Perosak seperti pelombong daun, kutu daun dan pengorek lenggai yang
dijumpai menyerang. Untuk mengelakkan serangan daripada merebak, beberapa
jenis racun serangga boleh digunakan. Penyakit yang perlu dikawal ialah penyakit
karat daun menggunakan racun kulat.

Penuaian hasil boleh dibuat 6 minggu selepas ditanam apapbila lenggainya


mula membengkak. Lenggai dianggap tua sekiranya biji menjadi besar dan
kelihatan jelas dari luar. Tempoh pengeluaran kacang panjang ialah 2 – 4 minggu
dengan hasil kira-kira 10 tan sehektar. Selepas dipetik lenggai kacang panjang
renek disusun dalam bakul atau bekas dengan had muatan tidak melebihi 30kg.
Pada suhu bilik, kacang panjang jenis ini menjadi layu dan bertukar warna
menjadi kuning dalam masa 2 hari selepas dipetik. Tetapi jika disimpan pada
0
suhu 5 – 10 C dengan kelembapan 90 – 95% lenggai dapat disimpan selama satu
minggu.

15
Teknologi Tanaman Kacang Panjang

Analisa Kewangan bagi sehektar (jangka hayat 63 hari)

Kos Bahan RM 2,100


Kos Buruh RM 1,960
Hasil (kg) 9000-11000
Pulangan bersih semusim RM 13,940-17,940 (RM2.00/kg)
Pulangan bersih sehari RM 221.27-284.76

Penyemburan racun hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip


hasil berpandukan tempoh dilarang mengutip hasil(TDMH) seperti dibawah :

Racun Perosak TDMH (Hari)

Malathion 3
Profenofos 7
Mancozeb 14
Captan (rawatan biji benih) Tiada
Chlorothalonil 14
Lambda-cyhalothrin 7
Carbaryl 7
Captan 7
Diazinon 7
Dimethoate 28
Cyproconazole 60
Copper oxychloride Tiada
Cuprouse oxide Tiada
Paraquat Tiada

16

Anda mungkin juga menyukai