Anda di halaman 1dari 3

OBJEKTIF TUGASAN

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :


1) Menaplikasikan jenis, sifat, dan fungsi bahan serta teknik pembuatan berasaskan kayu
dan logam melalui pembinaan projek reka cipta.
2) Mengaplikasikan jenis bhan pengiat, bahan kekemasan, barangan logam dan
kelengkapan melalui pembinaan projek reka cipta.
3) Mengaplikasian kemahiran asas pemansangan litar elektronik mudah mellaui projek
elektronik.
4) Mengaplikasikan peraturan keselamatan dan kesihatan di dalam bengkel melalui amali
pembinaan projek reka cipta dan projek elektronik.
5) Mempamerkan kemahiran insaniah melalui aktiviti amali pembinaan projek reka cipta
dan projek elektronik.

SKOP TUGASAN
Dalam melaksanakan tugasan ini membolehkan anda menghuraikan sistem kurikulum dan
pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ( KHSR ) di Malaysia. Dapat melatih anda
menginterpretasikan proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian KHSR. Oleh itu penting
untuk anda m,enganalisis dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk
merancang, mereka bentuk dan membina kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
Misalnya dalam tugasan 1 yang menyuruh menjalankan pengajaran makro. Di mana dalam
pengajaran makro dapa mempelajari dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH), menggunakan pendekatan dan kaedah, teknik-teknik dan strategi engajaran yang
sesuai, melatih dalam menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) dan menjalankan pengajaran
makro.
Dalam tugasan seterusnya ialah penyediaan buku skrap yang berkaitan dengan
pengurusan bengkel. Di sini anda akan menjelaskan skop organisasi dan pengurusan bengkel,
mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel, menghuraikan pengurusan kewangan,
pengendalikan bahan dan alatan, mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan
berkesan serta enyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran.
Akhir sekali, penyediaan dalam penulisan reflektif yang menrangkumi pengalaman semasa
menjalankan tugasan, masalah yang dihadapi serta kefahaman dalam menjalankan tugasan ini.


PENGENALAN
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu matapelajaran dalamKurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran inidigubal untuk
menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiranpraktisdan pengetahuan
serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dankeusahawanan. Pembentukan
sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dankeusahawanan ini adalah selaras
dengan hasrat negara danbersesuaian denganperkembangan teknologi dan
keusahawananyang pesat pada masa ini.Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah
untuk membolehkanmasyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya
menangani cabaran.
Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini,
kemahiranpraktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan
kepadamurid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah
kepadapenguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan
danKeusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan
muridmengeluarkanidea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal
bentuk-bentukasas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan
menggunakanpelbagai bahanseperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan komponen elektrik
danelektronik.
Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil padaalatan,
mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanamdan
menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran.Bidang
Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanansemasa
menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada muridmengamalkan
sikap pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapatmembantu murid
memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenaialatan, bahan dan mesin
yang ada di sekeliling mereka.Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta,
mengubah suai,mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan
perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli.Sukatan
pelajaran kemahiranhudup sekolah rendah khsr. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang
positif di kalanganmurid dapat dipupuk.
Dalam sesuatu aktivitiyang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang
baik sepertimengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik,bekerjasama,
bertanggungjawabdan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang
untukmengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan
menggalakkanmereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid
kesedaran tentangperlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam
bidang kejuruteraan,reka bentuk dan perniagaan.Kesemua ini akan menyumbang kepada
hasrat untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai