Anda di halaman 1dari 19

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya dapat kami menyelesaikan kajian ini. Jutaan terima kasih kami tujukan kepada pensyarah matapelajaran keselamatan bengkel Cik Sarimah binti kerana telah memberi garis panduan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini berjaya.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak banyak memberi idea dan cadangan kepada kami hingga berjaya siap kajian kami ini.Tidak lupa juga kepada keluarga yang memberi bantuan dalam bentuk kewangan dan pengangkutan sehingga boleh kami melakukan kajian ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan Endau Palm Oil,En Ramasamy selaku pengurus kilang dan timbalan pengurus En.Mat bin Jawi yang sudi memberi kerjasama sepenuhnya dalam memberi maklumat dan bantuan yang diperlukan dalam penyelidikan ini. Terima kasih juga kepada EnMohamad Rabani bin Mohamed ,Pegawai Keselamatan Endau Palm Oil Mill yang sudi berkongsi pengalaman dan meluangkan masa memberi tunjuk ajar mengenai penilaian risiko keselamatan pekerja.

Staf-staf kilang yang banyak membantu juga amat dihargai dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyelidikan ini. Jasa kalian amat dikenang dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Seterusnya jutaan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menyelesaikan penyelidikan ini.

PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, isu kemalangan di tempat kerja semakin kerap diperkatakan sama ada di media cetak mahupun elektronik terutamanya kemalangan yang melibatkan sektor pembinaan dan pengilangan.Laporan Akhbar Harian Ekspres pada 5hb Januari 2006 yang lalu misalnya telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia tentang kematian seorang konsultan apabila dihempap oleh objek yang terjatuh dari sebuah tapak binaan bangunan bertingkat di Kuala Lumpur.Dengan insiden ini telah membuka mata masyarakat akan betapa pentingnya aspek keselamatan dan kesihatan harus dititikberatkan.

Pada 16 November 2012 yang lalu kumpulan kami telah mengadakan lawatan dan kajian tentang keselamatan dan kesihatan pekerja di Endau Palm Oil mill.Kilang ini terletak di Daerah Rompin,Pahang.Sebelum kajian ini dijalankan kami terlebih dahulu mengkaji tentang keselamatan dan kesihatan pekerja contohnya seperti pakaian keselamatan,cara bekerja dan lainlain lagi.

Ketika memulakan kajian ini,kami terlebih dahulu berjumpa dengan pengurus kilang ini bagi mendapatkan maklumat tentang sejarah penubuhan,pelan kilang dan kebenaran untuk melawat sekitar kilang.Kami bertuah kerana dibenarkan untuk melawat sekitar kilang sawit ini.Hal ini kerana pada setiap hari jumaat kilang ini tidak beroperasi kerana manjalani proses penyelenggaraan.Jika kilang sedang beroperasi kami tidak dibenarkan melawat sekitar kawasan kerana pengurus bimbang akan keselamatan kami.

Ketika memulakan rondaan di sekeliling kilang,kami mengambil gambar dan bertanyakan staf-staf yang ada tentang bagaimanakah mereka mempraktikan keselamatan ketika bekerja.Kami juga telah mengenal pasti beberapa alatan yang merbahaya dan bagaimanakah cara pengendalian alat tersebut.Ketika kajian ini dijalankan kami telah mengenal pasti banyak perkara untuk melengkapkan kajian keselamatan dan kesihatan pekerja ini.

PROFIL INDUSTRI
Endau Palm Oil Mill merupakan sebuah kilang sawit yang diusahakan oleh Prosper Group sdn bhd. Syarikat ini mempunyai 3 buah kilang lagi di Pahang.Syarikat ini juga mempunyai cawangan di luar negara iaitu Papua,Indonesia.Kilang ini mempunyai keluasan kirakira hektar.Rata-rata pekerja di kilang ini merupakan bangsa melayu dan pekerja dari luar negara seperti Indonesia,Bangladesh,Mymar dan juga india.

Kilang ini telah dibuka pada bulan Februari 1998 dan telah beroperasi selama 14 tahun.Dalam tempoh tersebut banyak pembaharuan yang telah dilakukan untuk meningkatkan mutu pengeluaran minyak sawit mentah dan untuk menjaga keselamatan pekerja.Kilang ini juga menyediakan tempat tinggal kepada semua pekerjanya.Terdapat taman perumahan yang didiami oleh staf-staf dan pekerja.

Kemudahan juga disediakan seperti taman permainan,padang,surau dan lain-lain lagi.Kemudahan air dan elektrik juga turut disediakan oleh pihak pengurusan kilang.Elektrik dan air dijana sendiri oleh kilang ini dan disalurkan kepada perumahan-perumahan yang disediakan.Elektrik dijana melalui bahan bakar yang terdapat di dalam kilang dan kemudahan air didapati daripada empangan air yang berdekatan dan dirawat terlebih dahulu sebelum disalurkan di kawasan perumahan.

Setiap 2 tahun,syarikat ini mengadakan hari keluarga dengan mengadakan lawatanlawatan ke tempat peranginan seperti pulau-pulau dan pusat rekreasi seperti genting highland,taman tema air dan sebagainya.Pekerja di sini berpuas hati dengan kebajikan yang telah dsediakani oleh pihak pengurusan.

OBJEKTIF KAJIAN
Pada masa kini terdapat pelbagai sektor perkilangan dalam negara kita sejajar dengan arus pembagunan dan era globalisasi.Dalam pada itu terdapat beberapa aspek keselamatan dan kesihatan yang telah dikeluarkan oleh agensi kerajaan yang berkenaan.Kami menjalankan kajian ini untuk:

a) Mengenal pasti pelan bangunan tempat kajian b) Mengenalpasti bagaimana pihak pengurusan mempraktikkan keselamatan dan kesihatan pekerja dalam pekerjaan seharian. c) Mengenal pasti bagaimana pihak pengurusan menguruskan keselamatan dan kesihatan pekerja mereka d) Rancangan pihak pengurusan dalam meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan yang sedang dijalankan.

DAPATAN KAJIAN
a) PELAN BANGUNAN

b) KAEDAH MEMPRAKTIKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA I. Pemakaian pekerja semasa bekerja

Ketika kajian ini dibuat,kami mendapati pihak pengurusan di sini menekankan aspek pemakaian pekerja.Pekerja di kilang sawit ini dibekalkan dengan pakaian keselamatan yang lengkap sesuai dengan stesen kerja masing-masing.Jika didapati mereka tidak memakai alat keselamatan ini,mereka akan dikompaun sebanyak RM5.00.Antara alat dan pakaian keselamatan yang perlu ada sebelum pekerja memulakan kerja ialah: Topi keselamatan Topi keselamatan ini dilengkapi dengan band yang boleh dilaras.Melalui topi keselamatan ini juga membezakan pangkat pekerja,misalnya putih-untuk penyelia Kuning-untuk staff dan oren-untuk pekerja biasa.Topi ini menyerap daya hentakan dan boleh dilaras mengikut sais kepala.

Topi penyelia

Topi staff

Topi pekerja biasa

Palam telinga(ear plug) Palam telinga adalah alat yang digunakan untuk melindungi telinga dari bunyi bising,menghalang dari bahan-bahan asing masuk ke telinga,menghalang air dari masuk ke telinga,habuk atau angina yang berlebihan.

Pembela telinga(Ear muffs) Pembela telinga bertujuan untuk telinga melindungi pemakainya dari bunyi bising yang keterlaluan.Alat ini menyerap gelombang bunyi dengan meningkatkan rintangan udara hingga menyebabkan gelombang bunyi tidak dapat didengari.

Sarung tangan keselamatan Sarung tangan keselamatan berfungsi untuk melindungi tangan daripada haba yang terlalu tinggi.Dalam kilang sawit ini terdapat banyak stesen-stesen yang melibatkan suhu yang tinggi.Sarung tangan ini juga berfungsi untuk melindungi tangan dari melecet ketika melakukan kerja berat ke atas permukaan yang kasar

But keselamatan But ini berfungsi untuk melindungi kaki dari terhipit atau dihentak oleh objekobjek berat ketika sedang bekerja.But ini juga melindungi kaki daripada suhu yang tinggi dan permukaan yang berminyak serta licin.But ini juga menjadi penebat elektrik kepada pekerja.

II.

Menyediakan alat keselamatan & kecemasan di setiap stesen kerja

Semasa melakukan kajian ini saya mendapati terdapat alat keselamatan di setiap stesen kerja.Hal ini penting kerana jika berlaku kecemasan tindakan serta merta dapat diambil sekaligus menyelamatkan harta benda dan juga nyawa pekerja.Alat keselamatan yang telah disediakan oleh pihak kilang ialah: Alat pemadam api Alat pemadam api disediakan oleh pihak kilang untuk kegunaan kecemasan contohnye seperti berlaku kebakaran di stesen kerja.Kebakaran di stesen kerja berkemungkinan besar boleh berlaku kerana di kilang ini menggunakan haba dan bahan api serta api pada setiap hari.Oleh hal demikian pekara ini dipandang serius oleh pihak pengurusan.

Pili bomba Pili bomba juga terdapat di kilang yang kami lawati ini.Pili bomba hanya terdapat di bahagian-bahagian terbuka dan hujung stesen sahaja.Contohnya seperti di stesen timbang,dandang serta rem.

Kit kecemasan Kit kecemasan amat penting dalam sektor perkilangan.Hal ini kerana palbagai kemalangan yang mungkin berlaku sama ada kecederaan serius atau parah.Oleh hal demikian,pihak kilang ini telah menyediakan kit keselamatan di setiap stesenstesen kerja.

Walkie-Talkie Walkie-Talkie juga digunakan untuk memaklumkan sesuatu kecemasan yang terjadi di sesuatu stesen kerja.Walkie-talkie diberikan kepada penyelia setiap stesen kerja.Hal ini akan memudahkan dan melancarkan setiap urusan dan kecemasan yang berlaku.

III. Mengadakan taklimat dan senaman pagi sebelum memulakan pekerjaan Untuk mengekalkan mutu dan kualiti pengeluaran minyak sawit mentah dan sentiasa berada pada tahap yang memuaskan,pihak pengurusan kilang mengadakan taklimat pada setiap pagi.Antara isu yang dibincangkan adalah seperti ketepatan masa,disiplin pekerja,isu keselamatan dan cara bekerja.Pihak pengurusan juga mengadakan senaman pagi pada setiap hari.Hal ini bertujuan untuk mengekalkan pekerja sentiasa dalam keaadaan cergas dan peka terhadap segala aspek yang terlibat dalam pekerjaan masing-masing terutamanya aspek keselamatan. Ketika ditanya dari mana datangnya idea mereka mengadakan senaman pagi.Pihak pengurusan menjawab idea ini datangnya apabila pekerja datang bekerja dalam keaadaan yang lesu,tidak bermaya,serta tidak bersemangat.Jadi pihak pengurusan mencadangkan senaman pagi dan akhirnya ternyata langkah ini berkesan kerana selain membuat para pekerja lebih cergas,kemalangan di tempat kerja juga dapat dielakkan kerana pekerja menjadi lebih peka dan cergas.

IV. Meletakkan papan tanda amaran. Kilang merupakan tempat kerja yang berisiko besar untuk terjadinya kemalangan,tidak kira sama ada kemalangan kecil ataupun besar.Oleh hal demikian pihak pengurusan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan papan tanda amaran.Antara papan tanda amaran yang terdapat di kilang ini ialah: Kawasan terlalu bising Terdapat di sesetengah stesen yang mempunyai kadar kebisingan yang tinggi hingga boleh menyebabkan kerosakan pendengaran.Oleh hal demikian pihak pengurusan telah meletakkan papan tanda amaran.

Eye protection Dipakai di stesen membaiki jentera dan stesen workshop.

Tanda pemakaian alat keselamatan

Tanda amaran mudah terbakar Di kawasan yang mempunyai barang yang mudah terbakar seperti stor.Tanda amaran diletakkan supaya pekerja lebih peka.Antara bahan yang mudah terbakar ialah minyak,gas oksigen,gas nitrogen,cecair kimia.

Tanda pintu kecemasan Pintu kecemasan biasanya digunakan apabila berlaku kebakaran.pintu ini sentiasa tertutup.

Tanda jentera berat sedang beroperasi Di stesen platform dan dandang terdapat beberapa buah jentera beroperasi.Oleh itu papan tanda diletakkan untuk mengigatkan pemandu lori supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada.

Papan tanda perlahan Papan tanda ini bertujuan mengigatkan kepada pemandu lori untuk memandu dengan perlahan untuk ke setesen timbang dan platform.

c) CARA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

I.

Mewujudkan carta organisasi keselamatan dan kesihatan pekerja

Dalam memastikan setiap keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa terjaga.Pihak pengurusan kilang telah menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerja.Carta organisasi dan jawatan ini penting untuk memastikan setiap aktiviti yang melibatkan keselamatan dan kesihatan pekerja dijaga dan tidak terabai.Oleh hal demikian carta organisasi ini diwujudkan oleh pihak pengue=rusan kilang selaras dengan arahan daripada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA).Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan adalah seperti yang berikut.

PENGURUS PENGURUS

MAJIKAN MAJIKAN SETIAUSAHA SETIAUSAHA

WAKILMAJIKAN MAJIKAN WAKIL

WAKIL PEKERJA WAKIL PEKERJA

Oleh hal demikian,berdasarkan carta organisasi yang telah diwujudkan pelbagai aktiviti dan kempen kesedaran boleh dibuat untuk memberi kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerja.

II.

Mengadakan program latihan tahunan keselamatan dan kesihatan.

Berdasarkan minit mesyuarat dan juga jadual yang telah diberikan.Kami perhatikan pihak pengurusan dan organisasi keselamatan dan kesihatan ini telah mengatur pelbagai perancangan aktiviti dalam setahun berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja.Jadual aktiviti adalah seperti berikut: No 1 2 3 Latihan Latihan kebakaran Latihan kecemasan Demonstrasi keselamatan/kesihatan 4 Kesihatan & keselamatan di perumahan 5 6 Pertolongan kecemasan Kesedaran keselamatan Elektrikal 7 Pengendalian selamat bahan kimia 8 9 10 Pemanduan selamat Latihan Bomba Tool Box Talk Shell Bomba/ Civil Defence Section Head Akan ditetapkan KIV Mingguan Staff Kimia May St. John Ambulamce Jurutera Elektrik Akan ditetapkan Jun St. John Ambulamce April Jurulatih Mill bomba Head S & H Commitee S & H Commitee Bulan latihan Febuari Feb/Mar & Agus/Sept March & July

Aktiviti dan program keselamatan dan kesihatan sebegini amat penting untuk memastikan semua pekerja dalam keadaan yang sentiasa bersedia dalam menghadapi kecemasan dan kemalangan yang berlaku di tempat kerja.Aktiviti-aktiviti sebegini juga boleh memberikan pendedahan awal kepada para pekerja tentang pentingnya alat-alat keselamatan seperti but keselamatan,topi keselamatan untuk melindung mereka dari mengalami kecederaan dan kemalangan di tempat kerja. Di samping itu juga,aktiviti sebegini mampu melatih para pekerja untuk menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran,kemalangan dan lain-lain lagi.Dengan mengadakan program-program seperti ini,para pekerja lebih yakin untuk bekerja kerana yakin akan keselamatan diri mereka.Hal ini juga sejajar dengan arahan daripada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) yang diperintahkan.

III.

Memberi pendedahan awal dan kesedaran tentang kepentingan keselamatan

Pelbagai cara dan kaedah yang dilakukan oleh pihak pengurusan bersama jawatankuasa kesihatan dan keselamatan untuk memberi pendedahan awal tentang keselamatan di tempat kerja.Kesedaran juga cuba dipupuk dalam kalangan pekerja.Kesemua usaha ini dilakukan melalui beberapa aktiviti seperti ucapan pagi,kempen kesedaran dan juga melalui notis-notis yang ditampal.

Pada setiap pagi satu perhimpunan nakan diadakan untuk pihak pengurusan berkomunikasi dengan pekerja.Mengetahui jika terdapat sebarang masalah atau berlaku kerosakan yang belum dibaiki di tempat kerja.Jika terdapat laporan kerosakan dan kerosakan tidak dibaiki,maka pekerja akan menaikkan isu ini.Selain itu,melalui perhimpunan pagi ini pihak pengurusan menekankan aspek keselamatan seperti ketika bekrja para pekerja perlulah memakai alat keselamatan seperti but keselamatan dan juga topi keselamatan.Melalui peringatan sebegini akan membuatkan para pekerja sentiasa peka akan pemakaian alat keselamatan.

Seterusnya ialah pendedahan melalui kempen kesedaran.Pihak pengurusan bersama dengan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerja dengan usaha sama agensi yang terlibat mengadakan kempen-kempen keselamatan dan kesedaran untuk memberi pendedahan tentang bahaya tidak megamalkan cara keselamatan ketika bekerja.Antara aktiviti yang dijalankan seperti menunjukkan gambar-gambar serta video-video tentang kemalangan yang berlaku di tempat kerja terutamanya sektor perkilangan.Hal ini mampu membuatkan pekerja berasa takut sekaligus memberikan kesedaran kepada mereka tentang pentingnya amalan kesihatan dalam pekerjaan.

Akhir sekali ialah pendedahan melalui notis-notis yang ditampal.Para pekerja diwajibkan mematuhi setiap amaran yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan.Jika didapati pekerja melanggar amaran yang dikeluarkan,mereka akan dikompaun dengan jumlah-jumlah yang telah ditetapkan.Contohnya seperti tidak memakai alat keselamatan ketika bekerja,memandu di kawasan platform dan stesen timbang secara laju,dan pelbagai lagi.Hal ini akan menyebabkan pekerja lebih berhati-hati ketika melakukan pekerjaan dan sentiasa memakai alat keselamatan untuk mengelakkan daripada dikompaun oleh pihak pengurusan.

d) RANCANGAN PENAMBAHBAIKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

I.

MEMPEBAHARUI PAPAN TANDA AMARAN Semasa melakukan rondaan di sekitar kilang sawit ini kamo dapati banyak papan tanda

yang rosak dan telah kabur.Oleh hal yang demikian,pihak pengurusan seharusnua menukar papan tanda amaran yang baru dan lebih jelas.Antara contoh papan tanda yang rosak ialah:

Keselamatan pekerja lebih terjamin jika papan tanda amaran dapat dilihat dengan jelas.Oleh hal demikian,pihak pengurusan seharusnya menukar kesemua papan tanda amaran yang rosak dan kurang jelas supaya kesemua pekerja dapat berjaga-jaga dengan adanya amaran tersebut.

II.

MEMPEBAHARU ALATAN KERJA YANG LAMA DAN PAKAIAN KESELAMATAN

Ketika melakukan rondaan di stesen kerja kami dapati terdapat beberapa alatan yang telah lama dan hampir rosak.Oleh hal demikian,pihak pengurusan sepatutnya menukar kesemua alatan dan pakaian keselamatan dalam memastikan keselamatan pekerja ketika bekerja.Antara contohnya:

Dengan mempebaharui alatan kerja keselamatan pekerja akan lebih terjamin dan kemalangan dapat dielakkan sepanjang waktu kerja.

III.

MEMPEBAHARUI ALAT KECEMASAN

Kami juga mendapati alat kecemasan seperti pemadam api dan pili bomba berada di tahap yang tidak memuaskan.Alat-alat ini tidak diselenggara dengan baik.Kami juga mendapati terdapat beberapa alat keselamatan yang tidak ada contohnya seperti hose bomba.Antara contoh:

Seharusnya perkara sebegini dipandang serius oleh pihak pengurusan.Apabila berlaku kecemasan,alat-alat ini tidak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna.Alat-alat keselamatan ini perlu diselenggara dengan berkala oleh jabatan keselamatan dan kesihatan.

IV.

MENGEMASKINI SISTEM KESELAMATAN YANG SEDIA ADA

Pihak pengurusan juga seharusnya mempebaharui dan megemaskini sistem keselamatan yang sedia ada.Contohnya seperti sistem penggera dan lampu kecemasan.SEharusnya system ini berada dalam keadaan baik dan berfungsi.Hal ini kerana system ini merupakan amaran awal untuk sebarang kecemasan yang berlaku.

Apabila kesemua sistem penggera berada dalam keadaan baik maka amaran dapat diberikan dan banyak jiwa dapat diselamatkan kelak.

Selain itu,pihak pengurusan juga seharusnya meletakkan CCTV untuk memerhatikan pekerja.Hal ini kerana setiap perlakuan pekerja boleh mendatangkan kecederaan dan kemalangan.Dengan adanya CCTV pekerja boleh dipantau oleh pihak pengurusan.

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian ini kami dapati pihak pengurusan kilang ini tidak mempraktikan secara keseluruhan tentang amalan keselamatan dan kesihatan pekerja.Hal ini dapat dilihat apabila banyak alat-alat keselamatan tidak diselenggara dengan baik.Pihak pengurusan seharusnya mengambil berat tentang alat kecemasan kerana jika berlaku sebarang kemalangan tindakan segera boleh diambil.

Walaubagaimanapun,pihak pengurusan menitikberatkan keselamatan pekerja dengan mengetatkan syarat berpakaian ketika bekerja iaitu memakai alat keselamatan untuk melindungi diri.Perkara sebegini seharusnya diteruskan dan terus dipantau agar keselamatan pekerja terjaga.Para pekerja juga seharusnya memberikan kerjasama dalam aspek pemakaian keselamatan ini supaya dapat memudahkan pihak pengurusan meguruskan hal keselamatan pekerja.

Akhir sekali,pihak pengurusan seharusnya memperbaharui papan tanda amaran agar pekerja lebih berjaga-jaga dan berhati-hati dalam melakukan pekerjaan mereka.Pekerja juga akan lebih peka terhadap sebarang bahaya yang ada di sekeliling mereka dengan adanya papan tanda amaran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai