Anda di halaman 1dari 4

NAMA KURSUS DEA 2332 SUPERVISORY ELECTRICAL WORKS

STANDARD KANDUNGAN 6. MONITOR LOG BOOK ON WORK ACTIVITIES

TUJUAN
Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan kepada pelatih bagaimana untuk membuat
buku log dengan cara yang betul.

Apa itu Buku Log?


Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk
menduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log
kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga
(ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik
ada menyebutkan perkara ini.

Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk
menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah
kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas.

Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau
ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Anda seharusnya menyediakan sekurang –
kurangnya 10 projek untuk dimasukkan dalam Buku Log.
Antara skop Penjaga Jentera Elektrik AO adalah :
1. Penyelanggaraan MSB.
2. Penyelanggaraan ACB.
3. Pengujian.
4. Pembuman.
5. Motor elektrik.
6. Faktor kuasa.
7. Bekalan 3 fasa.
8. Pendawaian.
9. Pendawaian Bawah.
10. Bekalan ac / dc.

Buku log boleh disediakan dalam bentuk buku bercetak ataupun buku berkulit tebal.
Buku Log adalah merupakan buku catatan kerja harian para pelatih. Berpandukan catatan yang
terdapat di dalam buku log ini, pihak Pegawai Penilai LI dapat mengetahui serta membuat
penilaian berhubung kerja yang dilakukan oleh para pelatih. Dan ia wajar disemak dan mesti
ditandatangani oleh Penyelia organisasi secara mingguan.

Pada kebiasaannya buku log mengandungi segala pengalaman pekerjaan harian, maklumat
perbincangan dengan Penyelia, komen, data-data teknikal, jadual-jadual serta maklumat yang
berkaitan serta maklumat bahan-bahan rujukan daripada organisasi.
Buku log perlu disemak oleh penyelia kerana pihak majikan akan dapat memantau aktiviti serta
majikan juga dapat menilai pengetahuan serta kemahiran yang ada seorang pekerja. Buku Log
yang telah lengkap diisi dan disahkan oleh majikan.

OBJEKTIF

Objektif buku log ini adalah seperti berikut :

a. Memastikan rekod aktiviti latihan yang yang dilakukan oleh pelatih adalah lengkap dan teratur
b. Menerangkan tentang aktiiviti harian yang dilakukan secara tepat dan terperinci.
c. Membiaskan pelatih untuk menulis laporan kerja harian.

Kepentingan buku log.

a. Menilai hasil kerja pelatih


b. Pengalaman pekerjaan harian pelatih
c. Maklumat kehadiran pelatih di tempat kerja.

Bahagian utama buku log.

i. Maklumat pekerja
ii. Maklumat majikan
iii. Rekod aktiviti yang dilakukan
iv. Rekod kehadiran pekerja
v. Pengesahan majikan/penyelia

Contoh penulisan buku log.


1. Biodata
Nama, No.KP, Pengalaman kerja dan kategori ujian. Contoh : Kategori ujian :- AO.
Masukkan latar belakang pendidikan. Untuk Penjaga Jentera Elektrik, anda sekurang –
kurangnya tamat tingkatan 5.

2. Anda juga perlu menulis tentang kemahiran – kemahiran dalam ketukangan elektrik seperti
pendawaian, penyelanggaraan motor elektrik, pengujian dan lain – lain.
Untuk menambah keyakinan para panel, mungkin ada baiknya jika anda tuliskan
pengalaman – pengalaman kerja yang lalu
Contoh : Julai 2004 – Dis 2004
Syarikat : Kilang Padi.
Tugas / kerja : ( nyatakan tugas seperti menjaga kelengkapan elektrik dsb)

3. Alasan mengapa anda perlu nyatakan tugas / kerja kerana, tidak semua tempat kerja
memberikan pengalaman untuk anda. Jika anda berkerja sebagai Pendawai Elektrik
mungkin anda tidak melakukan kerja – kerja penyelanggaraan MSB. Tetapi pengalaman
kerja penyelanggaraan MSB anda boleh dapat di tempat lain jika anda di bawah seliaan
seorang Penjaga Jentera Elektrik Kompeten.
4. Masukkan juga butir – butir Syarikat / tempat kerja seperti nama syarikat, alamat, No.
Pepasangan didaftarkan dengan ST ( jika ada ), Kakitangan berkompeten, gambar, peta
lokasi dsb.

5. Setelah anda selesai dengan perkara di atas, tuliskan projek / kerja pertama.

Tarikh : 1/9/07
Tajuk Projek / kerja : Menukar Motor Pump.
Tempat kerja : Loji Penghawa Dingin.

Cara Kerja :

1. Asingkan Litar dengan mematikan suis utama litar yang terlibat.


2. Buka sambungan / tamatan motor yang rosak.
3. Asingkan motor dari pump.
4. Periksa keadaan motor gantian sebelum dipasangkan.
5. Uji arah pusingan dengan bekalan sebenar ( 3 fasa / 420 V / 50 Hz ). Pusingan Kipas
motor mestilah mengikut arah jam.
6. Pasang motor gantian mengikut tanda dan warna kabel.
7. Hidupkan suis utama dan hidupkan sistem Penyejuk Udara Hotel.

Langkah – langkah keselamatan :

1. Penandaan pada kabel dan / atau motor sebaik- baiknya dilakukan untuk mengelekkan
kekeliruan.
2. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang berdaya tebatan yang tinggi.
3. Pastikan penyambung / pendua ( Coupling ) separas di antara motor dan dan pump.
4. Bolt dan nut diikat dengan kuat.
5. Lakukan pengujian arah putaran motor.
6. Periksa keadaan fius- fius, mcb, mccb yang terlibat sebelum dihidupkan.

Peralatan / Bahan :

1. Test pen.
2. Multi Meter.
3. Spaner mengikut kesesuaian.
4. Pemutar skru (+/-)
5. Puller.
6. Motor gantian.
7. Fius 36 A.

Analisis :
1. Setelah bekalan mengalami ganguan di Loji Penghawa Dingin, Chiller gagal beroperasi.
2. Perpandukan Papan Alamat, kerja – kerja bermula dengan pemeriksaan dan di ketuai
oleh Ketua Jurutera. Didapati Chilled Water Pump telah rosak berkemungkinan daripada
bearing yang haus / longar.

Anda mungkin juga menyukai