Anda di halaman 1dari 2

BIDANG 6 : SUMBER PENDIDIKAN

6.1 Kekuatan Program Dalam Mencapai Matlamatnya

6.1.1 KVTAA mengamalkan penggunaan ICT yang berdasarkan pekeliling, garis panduan dan
arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

6.1.2 Terdapat mekanisme pengurusan bahan peperiksaan.

6.2 Penegasan Program Dalam Mencapai Matlamatnya

6.2.1 Bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan amat terhad dan tidak mencakupi semua
bidang.

6.2.2 Staf perpustakaan bukan dalam bidang pengurusan perpustakaan. (Staf akademik
dilantik secara sambilan bergilir gilir)

6.3 Bidang Yang Perlu Diberikan Perhatian

6.3.1 Peralatan di makmal/bengkel perlu ditambah berdasarkan kepada nisbah pelajar dan
keperluan program

6.3.2 Kemudahan fizikal, peralatan dan sumber manusia di kolej perlu diperbaiki untuk
mengendalikan kurikulum.

6.3.3 Pembangunan berterusan perlu terus dijalankan untuk memperbaiki kualiti kemudahan
fizikal, peralatan dan sumber manusia.

6.3.4 Bilangan computer tidak mencukupi dan spesifikasi computer tidak dapat menampung
keperluan program.

6.3.5 Kemudahan Wi-Fi perlu dipertingkatkan bagi memudahkan pelajar dan staf akademik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan ini seharusnya diperluaskan di
perpustakaan, asrama, ruang legar pelajar, bengkel dan kafeteria.
6.4 Syor Bagi Mengekalkan Kekuatan Program

6.4.1 Melanggan e book atau portal yang bersesuaian.

6.4.2 Ketika kursus induksi makmal, guru perlu menitikberatkan aspek keselamatan dan
kesihatan pelajar

6.4.3 Standard Operation Procedure (SOP) pengurusan bahan kimia, mudah terbakar dan
berbahaya perlu dibangunkan secara berjadual.

6.4.4 Mewujudkan bilik penyimpanan bahan kimia, mudah terbakar dan berbahaya supaya
perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

6.5 Langkah- Langkah Yang Telah Di ambil Untuk Mengatasi Bidang Bermasalah

6.5.1 KVTAA telah membuat permohonan untuk mendapatkan peruntukan kewangan bagi
pembelian dan penyelenggaraan peralatan PdP, pengisian jawatan penolong jurutera
dan pustakawan, pembelian sumber rujukan dan penaiktarafan ICT.

6.6 Kesimpulan Serta Cadangan Untuk Penambahbaikan

Kemudahan fizikal dan fasiliti di KVTAA adalah baik untuk menyokong pembangunan pelajar.
Namun begitu, terdapat kekurangan dari aspek penyelenggaraan peralatan di makmal, bengkel
dan pejabat pensyarah ekoran daripada kurangnya kakitangan yang berkaitan. Oleh itu, pihak
pengurusan KVTAA dicadangkan untuk memohon jawatan pembantu makmal/bengkel dan
pustakawan bagi memenuhi keperluan di makmal, bengkel dan Pusat Sumber. Hal ini akan
memberikan bantuan secara berterusan kepada pihak KVTAA dalam memberikan
perkhidmatan dan kemudahan yang kondusif kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai