Anda di halaman 1dari 6

ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

PENULIS: PUAN THILAGAWATHY A/P RAMAKRISHNAN

Pengenalan

Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju sepertimana yang diwawaskan
dalam Wawasan 2020. Dasar-dasar Pendidikan Negara sentiasa dikaji dan kurikulum
pendidikan dikemas kinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan dan memastikan
keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf
baru. Kurikulum Sekolah Bestari digubal dengan mengambil contoh amalan-amalan
yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan
membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara
untuk :

"memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat
menghasilkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani dan jasmani. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan keupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara"

Disamping memberi penekanan kepada usaha yang lebih gigih untuk membina
kekuatan daya fikiran dan penerapan nilai secara eksplisit,ia juga menekankan
perkembangan potensi pelajar secara individu untuk memanfaatkan pengetahuan ICT.

Fenomena yang membawa perubahan dalam Pendidikan Matematik

Budaya sekolah seharusnya perlu diubahkan daripada sesuatu yang berdasarkan


memori kepada berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini (KPM,1997). Mengikut pengarang buku 'Reshaping
Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum (National Research
Council [NRC],1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam Pendidikan
Matematik. Antaranya ialah :
 Pendidikan Matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua
rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarkat. Oleh yang
demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan idea-
idea baru yang canggih.

 Ciri bidang Matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik
matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru

 Perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan


penyelesaian masalah yang efektif

 Pandangan pelajar juga telah berubah dimana kanak-kanak zaman kini ingin
belajar lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan
menganalisadan menerokai penyelesaian masalah mereka.

 Perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu


aspek yang membawa kepada perbahan dalam pendidikan matematik pada
semua peringkat.

Pengajaran Berbantukan Komputer

Komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan matematik.Penggunaan


komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkan
dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM(National
Council of Teacher’s of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya matematik perlu
mengambil peluang yang luas yang ditawarkan oleh komputer.

Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan


pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah
mengubahkan kepentingan sesuatu topik dalam matematik. Aktiviti penyelesaian
masalah adalah bahagian yang terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian
yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seorang pelajar tidak mampu
melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockroft (1982) menegaskan
bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa
matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan
fahaman yang lengkap terhadap konsep yang terkandung dalam masalah
tersebut.Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan
sesetengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui komputer (Lim,
1989). Pada pandangan pelajar-pelajar, pendidikan matematik merupakan sesuatu
yang amat sukar, membosankan dan penuh dengan pola nombor dan
hafalan.Pandangan ini dapat dikikis dengan penggunaan komputer.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhauser, 1993: Henderson and
Landersman, 1992: Chozon, 1988: McCoy, 1991: Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa
pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih
positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran
akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah
dan berkesan. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan


beberapa aplikasi seperti spreedsheet, multimedia dan internet. Penggunaan perisian
seperti Mikrosoft-Excell,The Geometer's Sketchpad dan Logo menarik minat pelajar-
pelajar Matematik. Perisian-perisian ini boleh membantu pelajar meneroka dan
menyiasat pola nombor, memahami konsep dan prinsip-prinsip Matematik dengan
mudah dan berkesan. Dalam pengajaran berbantukan komputer, komputer boleh
diangap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah,
guru berperanan sebagai pemudahcara (fasilitator), penerang. Peranan ini boleh
diambil alih oleh komputer. Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem
tutorial,permainan dan simulasi (PPK,1993:Jamaludin, 1989).

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan


manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi (Baharuddin & Mohd ).

Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu


pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar
memahami konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Tho & Ng, 1994:
Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin dan Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia
mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah
multimedia boleh;

1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar berdasarkan kemampuan


masing-masing
2. memudahkan dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik

3. menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan

4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar

5. membantu pelajar mengulangi sesuatu pelajaran berulangkali

Pendidikan kini tidak lagi menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari,
teknologi bukan memberi fleksibiliti untuk membasmi ketegangan dalam pendidikan.
Pelajar yang lebih cerdas akan menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian lebih
awal daripada tempoh normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui program
asas mengikut kadar pembelajarannyaserta diberi bantuan khas oleh guru. Sistem
penilaian ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk bekerja pada
aras yang berlainan dalam mata pelajaran yang sama, selainmembenarkan pelajar
terus ke arah yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila bila masa.
Penggunaan Internet

Internet atau' International Network of Networks ' ialah suatu rangkaian komputer di
peringkat antarabangsa. Kajian oleh Christle ( 1996 ) terhadap penggunaan mel
elektronik ( e-mel) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah
mendapati bahawi selain daripada semangat belajar secara kumpulan ( Cooperaticve
learning ), para pelajar juga semakin mesra denngan alat teknologi ini dan sentiasa
berusaha untuk meneroka ' alam yang baru ditemui ' ( virtual reality )mereka sentiasa
menemui maklumat baru dan bahan - bahan yang menarik perhatian. Nolan dan Martin
( 1994 ) menyatakan bahawa pembelajaran dan suasana baru sepereti menggunakan
internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati
lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.

Dalam rangkaian internet terdapat berbagai - bagai jenis bahan termasuk artikel, imej,
grafik, majalah, video. audio, kertas persidangan dan sebagainya. Matematik adalah
seni, bentuk-bentuk geometri dan diolah dan dipelbagaikan akan menghasilkan suatu
corak yang menarik dan berharga. Melalui internet, corak - corak yang menarik itu boleh
dipamerkan dalam bentuk interaktif. Para guru dan pelajar akan berpeluang
menghasilkan corak - corak tersebut dengan menggunakan daya kreativiti dan
imaginasi masing - masing. Selain daripada huraian konsep pennyelesaian masalah
dalam internet, terdapat juga aktiviti - aktiviti yang meliputi pelbagai topik dalam
matematik. Para guru boleh mambimbing pelajar memilih aktiviti - aktiviti yang
berkaitan. Di sini guru harus bertanggungjawab menyediakan suasana yang
menggalakkan ke arah kendiri yang keratif dan berdikari. Guru yang berperanan
sebagai fasilitator, galakkan pelajar untuk membina kemahiran sosial dan jugamenerap
nilai - nilai moral dan etika yang baik serta nilai patriotism.

Rangkaian sedunia ( www ) adalah sebahagian daripada internet yang lebih dikenali
sebagai laman web. Maklumat - maklumat mengenai pendidikan matematik banyak
dapat diterokai oleh guru dan pelajar sendiri. Antara tapak - tapak web yang kita boleh
lawati ialah:-
b. http://forum.swarthmore/edu.arithmetic/arith.unit.html/

c. http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html

d. http://www.edven.com/Gold Medal Math.

Kemudahan internet juga memudahkan perhubungan antara guru dengan ibu bapa.
Guru bolah terus berhubung dengan ibu bapa serta boleh membincangkan kemajuan
anak mereka dalam pendidikan matematik melalui mel elektronik.

Penutup
Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa komputer dan internet mempunyai potensi untuk
menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna.
Walaupun begitu, guru harus membantu pelajar untuk mewujudkan suasana
pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu self access, self paced
dan self directed dan seterusnya menjayakan matlamat pelaksanaan Sekolah Bestari.

Anda mungkin juga menyukai