Anda di halaman 1dari 9

Kepesatan Bidang Teknologi Telah Membantu Golongan Kurang Upaya Di Malaysia

Dalam National Assistance Act, 1948 di Britain, OKU didefinisikan sebagai manusia yang

tidak berupaya seperti orang buta, pekak atau bisu, atau mana-mana orang yang secara kekal atau

sementara menjadi tidak upaya disebabkan oleh kesakitan, kecederaan atau ketidakupayaan yang

berlaku kerana kecacatan yang ada sejak seseorang itu lahir lagi atau mana-mana ketidakupayaan

yang dinyatakan oleh menteri.Menurut tafsiran yang telah diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu (PBB), golongan OKU boleh didefinisikan sebagai seseorang yang tidak berupaya

untuk menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa

seseorang individu itu dan tidak dapat hidupbermasyarakat sepenuhnya. Ini disebabkan oleh

sesuatu kekurangan atau keadaan lemah, sama ada dari segi fizikal atau mental atau dari segi

emosi, sama ada ia berlaku semenjak dilahirkan atau kemudian dari itu. Di dalam disertasi ini,

selain istilah orang kelainan upaya, penulis juga turut menggunakan istilah orang kurang upaya.

didefinisikan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal,

mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat

penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat (Akta Orang Kurang Upaya, 2008).

Walaupun golongan OKU dilihat sebagai kelompok minoriti di Malaysia, namun golongan

ini juga sewajarnya mendapat peluang yang sama seperti individu normal lain dari segala aspek.

Ini kerana golongan OKU adalah sebahagian daripada masyarakat, sehubungan itu mereka

mempunyai hak kesaksamaan dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat

yang lain. Hal ini demikian kerana semua individu tanpa mengira keupayaan dan ketidakupayaan

mereka, jantina, sosial, ekonomi, kebudayaan, latar belakang etnik atau agama mempunyai hak

yang sama rata untuk mendapatkan kualiti kehidupan yang baik Hazlin Falina et.al (2015). Salah

1
satu medium ke arah mendapatkan kualiti kehidupan yang baik adalah melalui pendidikan. Justeru,

perkembangan OKU harus diambil berat dan diberi perhatian yang sewajarnya terutamanya di

peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Ini adalah penting bagi

membantu golongan pelajar OKU ini mendapat pekerjaan apabila sudah tamat belajar. Terdapat

banyak jenis kekurangupayaan namun kertas kerja ini hanya akan memberi penekanan kepada

orang kurang upaya dari sudut penglihatan.

Kepesatan teknologi maklumat dalam pelbagai sektor secara tidak langsung

menjadikannya satu keperluan untuk ‘golongan istimewa’ itu mencapai taraf hidup yang lebih baik

dan tidak terpinggir.Antara masalah utama orang kurang upaya (OKU) penglihatan ialah

mengakses maklumat yang kebanyakannya dalam bentuk cetakan biasa dan elektronik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Orang Buta Malaysia (MFB) Silatul Rahim

Dahman, Meskipun ada maklumat yang dicetak dalam format tulisan braille, tetapi ia masih terhad.

Itulah yang menjadi jurang terbesar antara kami dengan manusia normal yang lain . Kepesatan

teknologi maklumat terutama penggunaan komputer yang bersifat ‘wajib’ dalam pelbagai sektor

hari ini secara tidak langsung menjadikannya satu keperluan untuk ‘golongan istimewa’ itu

mencapai taraf hidup yang lebih baik dan tidak terpinggir dengan misi penubuhan yayasan, akan

membantu OKU penglihatan untuk mahir dalam bidang teknologi termasuklah berkongsi manfaat

teknologi baru. Sehingga kini yayasan melatih kira-kira 10,000 OKU penglihatan di Malaysia,

rantau Asia Tenggara dan rantau Asia Pasifik mengguna perisian khas yang dipasang pada

komputer.

Seiring dengan arus kemodenan beberapa alat teknologi yang direka khas khususnya untuk

OKU cacat penglihatan sedikit sebanyak membantu gologan tersebut menjalankan urusan harian

mereka. Beberapa teknologi yang dapat membantu golongan ini antaranya Brainport yang telah

2
dicipta oleh seorang saintis daripada Universiti Pittburg. Alat ini menggunakan teori yang sama

seperti koklea implant iaitu kamera mengambil gambar persekitaran dan maklumat tersebut akan

diproses oleh cip. Cip tersebut berperanan untuk menukarkan maklumat yang diterima kepada

rangsangan elektrik. Rangsangan elektrik yang dihasilkan akan dihantar ke otak melalui lidah.

Otak manusia mampu mentafsir rangsangan ini dalam bentu visual seterusnya dan akan diarahkan

ke visual kortex untuk membolehkan individu tersebut melihat. Walau bagaimanapun, imej yang

dihasilkan tidak sama seperti yang dihasilkan oleh mata sebenar. Imej yang dihasilkan adalah

berbentuk pixel dan polygon.

Selain itu penggunaan Braille Sense PLUS pula adalah alat yang digunakan untuk

membuat nota bagi golongan orang kurang upaya penglihatan menggunakan papan kekunci

Braille. Saiz alat ini adalah kecil dan mempunyai reka bentuk yang menarik dan mudah dibawa ke

mana-mana sahaja. Terdapat pelbagai fungsi antaranya ialah “word processor”, “web browser”,

“schedule manager”, dan “media player”. Alat ini juga mempunyai perisian internet yang

membolehkan penggunannya menghantar e-mel dan boleh dihubungkan kepada komputer

menggunakan USB, memori CF dan Bluetooth. Selain itu, kemudahan audio seperti MP3, MP4,

WAV yang dilengkapi dengan set kesan bunyi seperti “BassBoost”, gema dan kesan 3D. Perisian

audio ini juga membolehkan pengguna untuk merakam suara.Alat ini adalah sangat mahal dan

tidak terdapat di Malaysia dan hanya boleh didapati di negara-negara yang maju seperti Jepun,

Kanada, German, dan Perancis. Alat ini sangat membantu terutama kepada golongan OKU

penglihatan yang menggunakan medium Braille kerana alat ini memang direka khas untuk mereka

dan memudahkan mereka di tempat kerja atau belajar. Hal ini demikian kerana, alat ini boleh

menterjemah tulisan Braille kepada tulisan biasa.

3
Seterusnya pula Frenchman Louis Braille merupakan seorang insan yang menjadi pencetus

kepada kehidupan OKU maslah penglihatan apabila beliau mencipta Braille pada tahun 1982 bagi

membolehkan golongan yang mempunyai masalah penglihatan untuk mengejar perkembangan

sastera yang sebelum hanyalah mimpi bagi mereka. walau bagaimanapun pencetakan tulisan

Braille adalah tidka sesuai untuk teks yang panjang kerana kos yang tinggi. Oleh itu, sekumpulan

pereka telah berusaha untuk mengatasi maslah yang dialami oleh mereka. Seon-Keun Park,

Byung-Min Woo, Sun-Hye Woo and Jin-Sun Park telah mencipta satu alat baru yang inovatif iaitu

“Braille E-Book”. Braille E-Book ini boleh digunakan untuk menyimpan dan mencetak manuskrip

yang besar yang membantu untuk menjimatkan ruang dan kos. Braille E-Book, menggunakan

teknologi EAP yang berfungsi untuk mengubah bentuk permukaan melalui isyarat

elektromagnetik. Walau bagaimanapun, alat ini tidak banyak terdapat di dalam pasaran kerana

harga pasaran yang tinggi.

Voice Stick pula diciptakan oleh Sungwoo Park. Voice Stick ini mempunyai bentuk yang

kecil dan ringan menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana. Alat ini akan “membaca” teks

dengan kuat. Teknologi OCR akan mengimbas perkataan dan menukarkannya serta

menterjemahkan perkataan kepada teks. Kemudian perisian untuk menterjemahkan teks kepada

suara digunakan untuk membolehkan golongan masalah penglihatan membaca surat khabar, buku

dan sebagainya. Alat ini menggunakan prinsip yang sama seperti alat terjemah bahasa. Ianya boleh

didapati di USA, Canada, kawasan barat Eropah dan beberapa Bandar besar di sekitar Asia dan

Amerika Latin.

4
Kamera Braille Polaroid adalah alat yang telah dicipta oleh Son Seunghee, Lee Sukyung,

dan Kim Hyunsoo. Alat ini membolehkan golongan yang bermasalah penglihatan terutamnya yang

buta untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu objek dan merakamkan kenangan mereka

melalui gambar seperti orang tipikal yang lain. Pereka alat ini telah memenangi anugerah Red Dot

design concept pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, produk ini masih berada dalam peringkat

konsep dan belum terdapat di pasaran. Produk atau alat ini menggunakan prinsip yang hamper

sama dengan kemera conventional tetapi gambar yang dihasilkan adalah dalam bentuk timbul bagi

membolehkan orang yang mengalami masalah penglihatan untuk merasai tekstur gambar tersebut.

Sebastian Ritzler, ialah pelajar reka bentuk di Jerman yang telah mencipta tongkat putih

beroda yang dipanggil Mygo. Mygo menggunkana “sensor-kamera” untuk mengukur permukaan

lantai di bawahnya dan memberikan maklum balas melalui fon kepala tanpa wayar. Roda yang

berada di bahagian bawah tongkat berfungsi sebagai enjin stereng yang membantu pengguna

berjalan dengan menyediakan maklum balas melalui gengaman. Ketinggian tongkat ini boleh

diubah suai mengikut kesesuaian, tahan lasak dan kalis air. Menggunakan bateri lithium-ion yang

bertahan selama 6 jam. Tongkat ini berharga RM 200.

Selain itu alat teknologi yang membantu golongan ini adalah satu alat yang dipanggil B&D

messenger dimana alat tersebut mempunyai saiz yang kecil, ringan dan murah. Produk ini direka

khas untuk pengguna yang menghadapi masalah penglihatan dan/atau masalah pendengaran untuk

memudahkan mereka berkomunikasi sesame sendiri mahupun dengan pengguna telefon bimbit

biasa. B&D Messenger ini terdiri daripada LCD, papan kekunci standard numerik, dan papan

panel huruf Braille. Untuk menggunakannya, B&D Messenger ini harus terhubung ke sebuah

komputer yang seterusnya akan menerjemahkan bahasa Braille menjadi teks biasa, mahupun

sebaliknya bergantung kepada keperluan. Untuk individu bermasalah penglihatan, butang Braille

5
yang direka khas boleh digunakan untuk menulis mesej manakala untuk membaca mesej pula

mereka boleh memilih sama ada ingin membaca mesej tersebut dalam Braille ataupun

diterjemahkan dalam bentuk pertuturan

JAWS atau Job Access With Speech ialah program pembaca skrin komputer dalam

Microsoft windows yang membolehkan golongan masalah penglihatan atau buta untuk

menggunakan komputer sama ada menggunakan perisian teks ke pertuturan atau “Refreshable

Braille Display”. Perisian ini menyokong semua jenis windows termasuk windows XP. Terdapat

2 versi program iaitu standard dan profesional. Versi standard berfungsi dengan sistem operasi

home windows biasa dan dijual pada harga US$895 manakala versi profesional berfungsi untuk

semua sistem operasi dan dijual pada harga US$1095. Di Malaysia perisian ini boleh diperolehi di

Malaysian Association for the Blind yang terletak di Jalan Tun Sambathan. Harganya mencecah

RM 4000 ke atas untuk 3 kali install.

Apple iPad juga adalah salah satu teknologi yang dapat membantu golongan OKU

penglihatan ini. Teknologi-teknologi keluaran Apple telah menitiberatkan keperluan golongan

berkeperluan khas terutamanya golongan masalah penglihatan. Alat-alat keluaran Apple seperti

ipad dan iphone telah menggunakan beberapa perisian untuk memudahkan golongan kurang upaya

untuk menggunakan alat ini seperti kebolehan untuk menambah saiz teks, pilihan untuk menukar

warna latarbelakang dan perisian suara untuk membacakan perkataan yang terpapar di screen. Alat

keluaran Apple boleh didapati di pasaran Malaysia mengikut harga semasa.

Dan akhir sekali, Al-Quran Braille teknologi yang sesuai sekali untuk golongan ini. Bagi

memberi peluang kepada mereka yang cacat penglihatan membaca serta menghayati kandungan

al-Quran, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) telah memperkenalkan al-

Quran Braille. Al-Quran braille ini yang diusahakan oleh ahli jawatankuasa Pertis sendiri dengan

6
kerjasama dan nasihat Jakim, merupakan yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Kini soft copy

al-Quran Braille juga telah berjaya dicipta di Malaysia. Kedua-dua al-Quran ini boleh diperolehi

melalui Pertis di alamat Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis)

Wilayah Kelantan, Kedai Beris Kubur Besar,16050 Bachok, Kelantan.Atau menghubungi talian

09 764 9203 dan Ibu Pejabat Pertis di Kuala Lumpur (03 4021 2631).Dengan adanya teknologi-

teknologi ini secara tidak langsung boleh membantu mereka yang memerlukan penambahbaikan

taraf hidup selain golongan istimewa ini seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Secara kesimpulannya, orang kelainan upaya (OKU) bukanlah golongan yang harus

dipinggirkan memandangkan mereka juga manusia yang mempunyai naluri dan perasaan yang

sama seperti manusia tipikal. Kekurangan fizikal yang dialami mereka bukanlah satu penyebab

untuk mereka tidak boleh meletakkan diri mereka bersama-sama dengan golongan tipikal

untuk mencapai keinginan dan kejayaan. Mereka juga mampu memberikan khidmat kepada

masyarakat lain dan juga mampu memberikan sumbangan kepada negara. Ini dapat

dibuktikan dengan ramainya golongan OKU yang mampu melanjutkan pelajaran keperingkat

pengajian tinggi dimana ini membuktikan bahawa golongan OKU juga mampu bersaing

dengan golongan tipikal dalam soal akademik dan lain-lain lagi. Oleh itu bagi memupuk

semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar OKU, pihak pengurusan sesebuah IPT haruslah

mengambil langkah dalam menjaga kebajikan pelajar OKU.Walaupun golongan OKU adalah

merupakan golongan minoriti di IPT tetapi mereka juga mampu menjadi seorang graduan

yang berjaya dalam akademik dan kokurikulum lantas dapat member sumbangan dan khidmat

kepada masyarakat dan negara. Penyediaan fasiliti yang mesra OKU dapat memberikan

keselesaan kepada pelajar OKU dan dengan itu pelajar OKU tersebut dapat tinggal dan

belajar dengan selesa sepanjang pengajian di IPT.Pengurusan dan pelajar tipikal juga haruslah

7
sentiasa mendekati pelajar OKU bagi mewujudkan ikatan yang mesra.Dengan ini,pelajar OKU

akan merasakan dirinya disayangi dan dihargai,seterusnya mereka akan lebih bermotivasi dalam

mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Rujukan

Kamus Dewan, ed. ke-4 (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), 583, entri

“interaksi”.

Ab. Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya,

Definisi OKU, laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat, dicapai 29 Jun 2018,

http://www. jkmwpkl.gov.my/perkhidmatan-luar/orang-kurang-upaya-termasuk-pdk

OKU/Usaha%20OKU%20penglihatan%20tepati%20kehendak%20teknologi%20_%20Free%20

Malaysia%20Today.html

Ab Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam terhadap Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur : Universiti

Malaya, 2009.

Teknologi dalam pendidikan .dicapai pada 2julai 2018 daripada

OKU/TeKnOlOgI%20DaLam%20PenDiDikAn_%2010%20TEKNOLOGI%20UNTUK

%20OKU%20PENGLIHATAN.html

Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia

Berhad.

8
Abdul Munir Ismail, Mazdi Marzuki, Mohd Noor Daud & Abdul Hadi Borham (2015)

“Penyediaan Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) Di Masjid-Masjid: Kajian Kes Di Masjid-

Masjid Daerah Batang Padang”, Al-Hikmah 7(1) 2015: 62-78

Egilson, S,T., & Traustadottir, R., (2009) “Participation of Students With Physical

Disabilities in the School Environment” American Journal of Occupational therapy.

Hazlin Falina Rosli, Wan Amizah Wan Mahmud & Maizatul Haizan Mahbob. 2015. Realiti dan

Kesamarataan Hak Orang Kelainan Upaya (OKU) di Malaysia. International Conferences on

Media and Communication (MENTION 2015).

Anda mungkin juga menyukai