Anda di halaman 1dari 25

CTU 151

PEMIKIRAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN


TAMADUN ISLAM
PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU

PROGRAM : PENGAJIAN PERNIAGGAN


GROUP : MBM1112A

DISEDIAKAN OLEH:
1) MOHAMAD RAIS FAZLI BIN MOHD ADNAN 2016949413
2) MUHAMMAD WAFIQ BIN MOHD GHAZALI 2016515331
3) NORFAZLEN BINTI ZAINUDIN 2016768341
4) NUR FARAH AFIQA BINTI SHAMSUL ARIFFIN 2016741937
5) NUR LIYANA BINTI SHAHARULLAH 2016399005

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ SAIFUL AZRI BIN SHARUDDIN
Pengenalan

“ Dengan nama Allah , Yang Maha Pengasih dan Penyayang ”

Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah s.w.t.Dari-Nya kita memohon pertolongan dan
keampunan, serta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan.Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh
Allah SWT, maka mereka tidak sesat selamanya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya
disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya.

Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita
Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya
hingga hari kiamat.

Kami Muhammad Wafiq, Mohamad Rais Fazli, Nur Farah Afiqa, Nur Liyana dan Norfazlen telah
diberi tugasan ini untuk disiapkan dalam masa beberapa minggu untuk mengkaji tajuk yang
diberikan iaitu PENGARUH ISLAM KEPADA ALAM MELAYU. Alhamdulillah, bersyukur ke
hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya, kami telah dapat menyelesaikan tugasan yang
diberi dengan jayanya. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami
dalam mengumpul bahan-bahan dan maklumat untuk dijadikan teras penulisan kami terutamanya
kepada keluarga serta rakan-rakan kami. Seterusnya, tak lupa juga kepada pensyarah kami Ustaz
Saiful Azri Bin Sharuddin kerana banyak memeberi tunjuk ajar kepada kami sekumpulan agar
tugasan yang diberikan dapat dijayakan dengan sempurna.
1

Aspek akidah
Akidah dari segi bahasa berasal dari bahasa Arab yang bermakna ikatan atau sangkutan
atau menyimpulkan sesuatu. Dari segi istilah pula akidah bererti kepercayaan, keyakinan, atau
keimanan yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau
luar diri seseorang. Pengertian akidah dalam Al-Quran adalah keimanan kepada Allah SWT
dengan mengakui kewujudan-Nya. Dari segi fungsinya Allah SWT sebagai Rabb, Malik, dan Ilah.
Seperti dapat dilihat dalam suruh Al-Fatihah ayat 1, 3, 4 dan suruh An-Nas ayat 1, 2, 3

Surah Al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

Surah An-Nas

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
Yang Menguasai sekalian manusia

Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu adalah penganut animisme kemudian


diikuti oleh Hindu dan Buddha. Kepercayaan animisme ini merupakan kepercayaan bahawa setiap
benda di bumi ini mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak
menganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga kehidupan
seharian mereka misalnya misalnya menyembah pokok dan batu-batuan. Konsep akidah yang
bercelaru ini berada dalam genggaman kepercayaan yang tidak rasional sehinggalah datangnya
Islam yang membawa agama tauhid. Islam telah berjaya membawa masyarakat kepada pandangan
hidup yang benar, tepat, sejagat, rasional yang tidak pernah berlaku pada zaman sebelumnya serta
membebaskan manusia dari sebarang bentuk perhambaan kecuali kepada Allah semata-mata.
Akidah Islam mengajar manusia supaya wajib menyembah Allah subhanahu wa ta’ala semata-
mata.

Selepas kedatangan Islam, kehidupan masyarakat terutamanya melayu diajari dengan adat
dan kepercayaan Islam. Kesannya, masyarakat melayu dapat meninggalkan ajaran hindu dan
Buddha dan ajaran kepercayaan animisme. Masyarakt melayu lebih percaya bahawa konsep
ketuhanan, hormat menghormati dan mengambil serius terhadap persamaan taraf.
3

Kehidupan mereka berubah dengan mengamalkan dan mengahayati ajaran Islam dalam
kehidupan. Dengan perubahan ini, masyarakat melayu mempercayai wujudnya Allah SWT,
adanya Rasul, wujudnya malaikat, adanya kebenaran kitab, wujudnya hari kiamat, dan wujudnya
qada’ dan qadar. Dengan adanya ajaran Islam, masyarakat melayu diajar untuk mengucap dua
kalimah syahadah. Selain itu, mereka memantapkan iman mereka dengan melakukan ibadat seperti
solat, berpuasa, berzakat, dan melakukan rukun haji bagi yang berkemampuan. Umat islam,
merayakan hari-hari kebesaran islam seperti mengadakan Maal hijrah, sambutan Maulidurrasul,
dan nuzul Al-Quran.

Perayaan islam juga disambut oleh masyarakat melayu dengan penuh penghayatan dan
kegembiran seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Mereka juga menambahkan
ilmu dan mempelajari Al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama’- ulama’ yang wujud di tanah
melayu sehingga kini.
4

Politik dan pentadbiran


Politik dalam bahasa arab bererti menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya.
Apabila dikatakan Sasa al-amr, siyasat bererti ia melaksanakannya. Dari sudut istilah pula
mempunyai beberapa defines. Antaranya ialah mentadbir urusan negara. Definisi lain ialah satu
ilmu atau kemahiran memerintah negara

Dalam hadis ada disebutkan bahawa: “Bani Israil telah disiasahkan oleh nabi-nabi.”
Maksudnya nabi-nabi menguruskan urusan-urusan mereka, sebagai mana yang dilakukan oleh
raja-raja dan pemimpin-pemimpin terhadap rakyat.

Politik dari pandangan Islam pula ialah menjaga urusan umat di dalam dan di luar negara
dengan cara tidak menyalahi syariat islam. Politik tidak hanya terhad kepada apa yang disebut oleh
syarak, tetapi disyaratkan agar ia tidak menyalahi teks Al-Quran, sunnah, ijmak dan kaedah-
kaedah syarak serta dasar-dasar amnya.

Ibn al-Qayyim telah berkata: “Sesiapa yang berkata bahawa politik ialah apa yang disebut
oleh syarak sahaja, maka ia adalah satu kesilapan dan menyalahi para sahabat. Ini merupakan suatu
perkara yang tidak difahami oleh segolongan manusia, lalu dengan itu mereka telah menjadikan
syariat itu lemah dan tidak mampu menangani maslahat manusia dan ia memerlukan kepada yang
lain.

Ciri-ciri utama negara Islam.

 Menjaga din atas usul-usulnya yang tetap dan yang diijamakkan ulama salaf soleh, serta
menjalankan kewajipan hak-hak, hudud agar agama terjaga daripada kehancuran.
 Melaksanakan hokum diantara dua kumpulan berpecah dan menamatkan permusuhan
sengketa.
 Menjalankan hukum hudud bagi menjaga larangan Allah daripada dicerobohi serta
menjaga hak manusia.
 Jihad menentang pengingkar Islam selepas usaha dakwah.
5

1. Perlembagaan dan kekuasaan perundangan.

Al-quran dan as-sunnah menjadi erujukan utama selain ijmak dan qias. Sesungguhnya
penurunan syariat Islam adalah demi menjaga kepentingan manusia dan kebajikan mereka.
Semua pihak sama ada islam mahupun bukan islam tidak perlu takut kepada pelaksanaan ini,
tiada sebarang kezaliman akan berlaku terhadap semua pihak.

2. Pemerintah

Pemerintah bagi sesebuah negara Islam akan dilantak daripada kalangan mereka umat
islam yang berilmu, komited dalam ajaran islam, mempunyai kekuatan fizikal dan mental.
Imam al-mawardi menggariskan sebanyak tujuh sifat, dan Imam al-Ghazali menyebut 10 sifat.
Manakala Ibnu Khaldun dan al-Baghdadi menetapkan empat sifat. Secara umumnya semuanya
menyebut perkara:

 Beragama Islam
 Mujtahid atau berilmu dalam hukum syarak dan memahami masalah semasa.
 Adil (menurut imam Bukhari iaitu warak dan taat serta iltizam dengan perintah Allah)
 Berkemampuan mental dan fizikal.
 Lelaki (bagi kemimpinan tertinggi atau wilayah ‘ammah dengan ikhtilaf di kalangan
ulama)
 Berpengaruh (mendapat sokongan)

3. Kaedah pemerintahan.
a) Secara syura(input dua hala di antara pemerintah dengan pemerintah dan pemerintah
dengan rakyat)

Daulah Islam bukan sesebuah negara teokrasi yang menindas rakyat atas nama
ketuhanan. Bahkan daulah Islam sentiasa membuk ruangdaripad rakyat sama ada daripada
kalangan Islam mahupun bukan Islam untuk mengkritik kepimpinan apabila melakukan

kezaliman serta terpesong daripada landasan keadilan hakiki.

b) Mendokong keadilan buat semua.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya
(yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah
menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar,
lagi sentiasa Melihat”

(An-Nisa’ 4:58)

Manusia adalah sama, sama ada bangsa, warna kulit dan bahasa. Perbezaan hanya terletak pada
ketakwaan kepada Allah SWT. Itulah eraca perbezaan mereka disisi Allah SWT.
7

Undang-undang
Kedatangan Islam ke alam melayu bukan sahaja mempengaruhi seni alam bina,
pentadbiran dan budaya, malah undang-undang juga dititiberatkan terhadapat masyarakat di alam
melayu. Undang-undang Islam telah dilaksanakan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau
dahulu undang-undang telah digubal mengikut citarasa dan selera Raja, Bendahara serta
Temenggung sehingga semakin tinggi taraf sosial seseorang semakin besar pula kemungkinan
terlepas daripada hukuman-hukuman tertentu.

Dalam Islam, syariah mempunyai hubungan rapat dengan agama, dan kedua-duanya
dianggap sebagai pernyataan kehendak dan keadilan Allah SWT. Fungsi syariah adalah
memberikan jalan untu melaksanakan qudrah ilahi dan matlamat-matlamat lain. Syariah juga tidak
memberikan ukuran yang khusus bagi membezakan antara perbuatan adil dengan yang tidak adil.
Maka, terserlah kepada ulama’ untuk menunjukkan prinsip-prinsip asas keadilan yang merupakan
garis panduan bagi membezakan perbuatan adil dan yang tidak adil.

Unsur-unsur keadilan yang mungkin tekandung dalam syariah, tetapi bukan undang-
undang yang hanya menentukan banyakny intisari dripada unsur-unsur keadilan yang mesti
terkandung di dalam nya, pembuat undang – undanglah yang menentukan berapa kandungannya
(secara kualiti dan kuantiti). Syariah, yang mengandungi undang-undang yang diperoleh daripada
wahyu dan hikmah (al-quran dan sunnah) juga daripada juga daripada sumber-sumber yang
diterbitkan (ijma’ dan qias), dianggap mengandungi keadilan yang telah ditetapkan oleh Tuhan,
pembuat undang-undang. Para ulama’ menyatakan unsur keadilan terkandung dalam syariah’
setelah banyak berdebat tentang keadilan.
Hukum kanun Melaka juga merupakan salah satu undang-undang yang diperkenalkan
selepas kedatangan Islam. Hukum kanun Melaka terbahagi kepada tiga hukum iaitu hukum qisas,

hukum hudud, dan hukum ta’zir.

a) Hukum qisas ialah bagi sesiapa yang mengambil nyawa seperti membunuh akan dibalas
dengan mengambil nyawa juga. Mencederakan anggota akan diberikan balasan yang
setimpal dengannya. Hal ini selari dengan surah al-maidah ayat 45.

“Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan
jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang).
Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya;
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka
itulah orang-orang yang zalim.”

Surah al-maidah ayat 5:45.


b) Hukum hudud ialah kesalahan yang perlu dihukum seperti berzina, minum arak, mencuri
dan murtad. Sebagai contoh, kesalahan berzina bagi yang sudah berzina akan direjam
sampai mati, bagi yang belum berkahwin akan dikenakan sebatan sebanyak 100kali.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari
keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan
terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada
Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada
mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”

Surah an-nur 24:2

Selain itu, Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang lain yang baik lagi suci atau
menafikan keturunannya. Kesalahan qazaf akan disebat sebanyak 80 kali sebatan.

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah
mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-
lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik

Surah an-nur 24:4


c) Hukum ta’zir ialah tidak seperti hukum hudud dan hukum qisas. Sebagai contoh,
masyarakat yang mencuri yang tidak cukup nisbahnya. Maka, hukumannya akan seperti
nasihat, teguran, ancaman pemulauan, pengisyitiharan umum, denda, penjara, buang
daerah dan bunuh.

10

Ekonomi

Dahulu, kegiatan ekonomi kebiasaannya melalui perdagangan dan pertanian, tetapi dengan
kedatangan Islam memberi sumbangan yang amat besar dengan memperkenalkan sistem timbang
dan ukur, sistem jual beli, institusi kewangan (baitulmal) dan sebagainya untuk mengendalikan
harta zakat,wakaf,sedekah dan lain-lain.

Orang Melayu kebiasaannya menjalankan kegiatan ekonomi berpandukan hukum Islam.


Beberapa aspek perubahan yang dibawa ialah:

(i) Baitulmal dijadikan sebagai badan menguruskan kewangan negara.

Satu sistem kewangan di bawah pentadbiran Baitulmal telah dibentuk. Badan ini menjadi pusat
kewangan bagi orang Islam. Semua hasil yang didapati di dalam bentuk cukai, jizyah dan
sebagainya disimpan di sini. Hasil kutipan ini digunakan untuk perbelanjaan negara.

(ii) Orang Islam digalakkan menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

Prinsip ajaran Islam telah diperkenalkan dalam bidang perniagaan. Contohnya, cara timbangan,
dilarang rnengamalkan riba, menipu dalam perniagaan dan sebagainya. Setiap kegiatan ekonomi
diperkenalkan dengan konsep perlaksanaan yang betul dan menepati syarak.
(iii) Islam menggalakkan umatnya tolong-menolong supaya satu-satu golongan masyarakat itu
tidak hidup di dalam kesusahan.

Islam menyuruh umatnya membayar zakat, bersedekah, wakaf dan sebagainya. Semuanya
bertujuan untuk menggalakkan orang Islam saling membantu. Dengan cara ini akan mewujudkan
semangat persaudaraan di kalangan orang Islam.

Pada dasarnya, harta yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang itu bukanlah harta
yang mutlak tetapi adalah harta Allah yang diamanahkan kepadanya sebagai penyalur sahaja. Oleh
yang demikian, Allah mengamanahkan kepadanya untuk diberikan pula kepada orang yang lebih
memerlukannya. Allah selalu menyebut yang bermaksud apa yang Kami kurniakan kepadanya,
selamanya Allah ingatkan bahawa Allah yang memberikan kesenangan itu.

11

Maka jangan ia lupa perkara itu sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:

“Dan pada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang
miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (dari meminta)

(Al-Zariyat:19)

Banyak lagi ayat yang menunjukkan kepentingan mengeluarkan zakat harta benda.
Seseorang dikurniakan Allah untuk mendapatkan harta tetapi jangan pula ia merasakan harta itu
hak mutlak baginya. Maka di sini ada dua perkara yang perlu diketahui:

1- Hak milik memang diakui sendiri oleh Islam.

2- Dalam hak milik ada pula hak onang lain yang mesti dikeluarkan sama ada rela ataupun tidak.
Kerajaan Islam berhak memaksa dia mengeluarkannya.

Dalam sejarah Islam, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq memerangi orang yang enggan
mengeluarkan zakat. Orang yang enggan mengeluarkan zakat beserta dengan iqtikad ianya tidak
wajib dihukumkan sebagai murtad iaitu keluar dari Islam. Harta kekayaan yang dikurniakan oleh
Allah adalah hak milik-Nya secara mutlak dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Hal ini dijelaskan
oleh Allah dalam Firman-NYA yang bermaksud:
“Kepunyaan Allahlah kerajaan di langit dan di bumi dan apa yang ada di antara keduanya

(Al-Maidah: 17)

Perintah zakat:

َّ ‫ار َكعُوا َم َع‬


)43 :‫الرا ِكعِينَ (البقرة‬ ْ ‫الزكَاة َ َو‬ َّ ‫َوأَقِي ُموا ال‬
َّ ‫صالة َ َوآتُوا‬

“Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah beserta orang-orang yang ruku’.”

(Al-Baqarah: 43)

12

Hikmah kaya dan miskin:

… )32 :‫ (الزخرف‬..‫س ْخ ِريًّا‬ ُ ‫ت ِليَت َّ ِخذَ َب ْع‬


ُ ‫ض ُه ْم بَ ْعضًا‬ َ ‫س ْمنَا بَ ْينَ ُه ْم َم ِعي َشت َ ُه ْم فِي ْال َحيَاةِ الدُّ ْنيَا َو َرفَ ْعنَا بَ ْع‬
ٍ ‫ض ُه ْم فَ ْوقَ بَ ْع‬
ٍ ‫ض دَ َر َجا‬ َ َ‫نَحْ نُ ق‬

“… Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami
telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian
mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain….”

(Az-Zukhruf: 32)

Segala yang ada di dalam alam sejagat ini semata-mata dijadikan untuk manusia supaya mereka
hidup di dalam keadaan selesa, makmur dan sejahtera. Dengan sumber rezeki ini, manusia dapat
makan makanan yang sedap. Malah hanya manusia sahaja yang dapat menikmati segala ciptaan
Allah. Ini dijelaskan dalam Firman-Nya yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan
di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan
yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan”.

(Al-Isra’ 70)
13

Bahasa dan Tulisan Jawi

Bahasa Melayu menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan
berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14, agama Islam semakin
kukuh dan semakin meluas di Asia Tenggara. Buktinya ialah melalui kewujudan penggunaan
tulisan Jawi oleh orang Melayu pada masa itu. Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400-1511M)
misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang
dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada
bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi iaitu pada dua
zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj.
Yahya, 1998: 91).

Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan alat penyebaran. Antara
faktor bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan
juga peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung
Tanah Melayu Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah menaikkan taraf,
kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam kepada masyarakat di Alam
Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Pengenalan tulisan jawi telah mempercepatkan kegiatan penulisan berbentuk karya asal
ataupun terjemahan. Hasil perkembangan Islam di Nusantara, orang Melayu diperkenalkan dengan
tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan untuk menulis mengenai perkara agama dan dijadikan tulisan
rasmi kerajaan dalam urusan pentadbiran Bahasa Melayu kuno yang menggunakan huruf-huruf
dari India seperti Pallava dan Kawi mula menggunakan huruf-huruf Arab yang disebut huruf Jawi.
Gelaran “Jawi” bagi huruf-huruf Arab mungkin berkait rapat dengan panggilan Jawi yang
digunakan oleh orang Arab terutama di Mekah terhadap bangsa Melayu dan Indonesia hingga ke
hari ini. Perkataan Jawi ini ialah kata sifat yang membawa erti “orang Jawa” atau “berasal dan
tanah Jawa”. Penulis-penulis Arab dalam zaman klasik termasuk Ibn Batuttah dalam bukunya aI-
Rihlah menggelarkan Pulau Sumatera sebagai al-Jawah. Oleh itu, orang Arab menganggap orang
Melayu dan Jawa sebagai bangsa Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab itu
disebut tulisan Jawi.

14

Tulisan Arab diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Perubahan besar berlaku apabila
masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini
dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Terdapat
penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan diguna dalam bahasa Melayu. Selain itu,
bahasa Melayu diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa Arab.
Perkembangan ini dapat dilihat dalarn kitab serta karya sastera malah buku-buku Sejarah juga
mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-
Salatin dan lain--lain lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28). Dengan perkembangan agama
Islam, maka bahasa rasmi agama Islam, iaitu bahasa Arab mula mendapat tempat di kalangan
penduduk yang beragama Islam.

Kedatangan agama Islam juga membawa perubahan yang agak besar terhadap warisan
kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi
Muhammad SAVY, Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan
Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Manakala puisi terkenal yang
dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah
Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri.

15

Sosial Budaya

Terdapat banyak unsur sosial Islam meresap ke dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Antara aspek sosial yang telah dilahirkan oleh tamadun Islam ialah:

(i)Sistem kasta dihapuskan yakni Islam membawa nilai-nilai persamaan taraf.

Terhapusnya sistem kasta yang membuat garis pemisah antara kedudukan raja dan rakyat.
Islam agama yang mengajar bahawa kemuliaan seseorang bergantung pada ketakwaannya
terhadap Allah. Keadaan ini secara tidak langsung bermakna kegiatan perhambaan, kezaliman,
hidup berpuak-puak dihapuskan. Walaubagaimanapun, ciri-ciri masyarakat Hindu masih lagi
menjadi amalan masyarakat bangsawan yang menganggap kedudukan dan keistimewaan mereka
tidak setaraf dengan rakyat bawahan.

Dalam bidang sosial, Islam telah membawa satu perubahan yang radikal seperti yang
diperkatakan oleh Weirtheim dalam bukunya Indonesia Society in Transition, Islam telah
memperkenalkan konsep sama rata atau persamaan taraf. Islam juga telah menghapuskan
semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan di kalangan penduduk alam melayu melalui
konsep Ummah. Proses perpaduan ini menurut beliau dapat dicapai melalui melakukan ibadat
termasuk mengerjakan Haji. Beliau menyamakan peranan Islam di alam melayu dengan zaman
permulaan Islam di negeri Arab kerana Islam telah menghapuskan semangat kesukuan orang-
orang Arab dalam zaman permulaannya dan mewujudkan masyarakat yang universal tanpa
semangat perkauman atau kebangsaan yang sempit.

(ii) Islam membentuk akhlak yang mulia dan semangat bersatu padu.

Masyarakat Melayu menjadikan akhlak Islam sebagai asas pedoman dan amalan hidup
mereka. Akhlak Islam telah membentuk manusia berkelakuan baik, kasih-mengasihi, tolong-
menolong, hormat-menghormati dan sebagainya. Umat Islam diajar untuk mengeratkan hubungan
antara individu dengan individu yang lain, hubungan kekeluargaan seperti antara anak dan ibu
bapa, orang tua dan orang muda dan sebagainya. Hal ini sudah tentu memberi natijah kepada
hubungan sosial masyarakat Islam. Islam memandang berat akan soal perhubungan persaudaraan.

16
Mendirikan sesebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai keislaman merupakan suatu
kewajipan yang dibebankan ke atas bahu semua orang Islam. Masyarakat Islam yang pertama
terbentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya di Madinah,
sebaik sahaja Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Umat Islam yang berada di
bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW pada ketika itu melaksanakan tugas mendirikan
masyarakat yang cekal, gigih dan jujur sehingga berjaya menjadi contoh dan model bagi
masyarakat manusia selepasnya.

Asas-asas Pembentukan Masyarakat Islam Pada Zaman Rasulullah Dan Para Sahabat
Syari’ah sebagai asas

Syari’ah sebagai asas

Pembangunan akhlak

Membentuk peribadi muslim

Pembinaan tempat ibadah

Persaudaraan Islam

Pembentukan masyarakat Islam telah digariskan mengikut asas-asas IsIam. Akhlak


menjadi perkara asas yang perlu ditanam dan disuburkan dalam pembinaan sesebuah masyarakat.
Dalam asas akhlak, pembentukan peribadi menjadi tunggak masyarakat. Individu dalam
masyarakat mesti mempunyai akhlak yang mantap untuk membentuk sesebuah masyarakat yang
stabil. Peranan tempat ibadah juga merupakan asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat
Islam kerana ibadah merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, pembinaan
tempat ibadah juga diberikan penekanan dan diletakkan sebagai asas pembentukan masyarakat.
Selain itu, pembentukan masyarakat yang lain ialah persaudaraan. Setiap anggota masyarakat
bersaudara dengan erti kata lain saling menolong dan berkerjasama dalam semua perkara. Asas-
asas tersebut saling berkait dalam pembinaan sebuah masyarakat Islam.

17
Pendidikan
Aktiviti pendidikan di alam melayu sering dilakukan di istana-istana dan tempat ibadah
secara tidak formal sebelum datangnya Islam dan berkembang pesat. Pendidikan di tanah melayu
di monopoli oleh golongan-golongan atasan yang melibatkan kerebat-kerabat diraja dan golongan
bangsawan. Pendidikan telah ditukarkan tarafnya untuk dijadikan hak awam setelah munculnya
Islam. Tidak ketinggalan juga, hak yang sama turut diberikan kepada wanita sama seperti lelaki
dalam menuntut ilmu. Pusat-pusat pendidikan makin berkembang di serata tempat di tanah
melayu. Seterusnya, dengan berkembangnya pendidikan di alam melayu ini, masjid serta surau
dan sekolah-sekolah agama didirikan untuk mengajar pelbagai ilmu agama. Kita dapat lihat hadis
di bawah yang menunjukkan hadis tentang ilmu iaitu:

‫من يرد هللا به خيرا يفقهه في الدين و انما العلم باالتعلم‬

Ertinya: “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, maka dia akan difahamkan dalam
hal agama. Dan sesungguhnya ilmu itu dengan belajar”. (HR Bukhori)

18
Kesenian
Kesenian Islam dapat dilihat pengaruhnya di dalam pelbagai aspek. Ia melibatkan kaligrafi,
seni ukir, seni bina seni suara dan muzik dan sebagainya. Konsep-konsep susun atur ruang yang
ada pada masjid-masjid terdahulu diambil dalam Alam melayu untuk dijadikan seni bina masjid.
Pelbagai jenis seni khat ditulis seindahnya melibatka ayat-ayat al-Quran, al-Hadith dan syair.

Tarannum al-Quran, berzanji, qasidah, nasyid adalah antara yang diperkenalkan seni suara
dan muzik. Manakala motif-motif berunsurkan Islam terdapat juga dalam seni ukiran contohnya
tembikar-tembikar dan dinding-dinding bangunan yang terdiri dari bahan batu mahupun kayu
dihias. Kemudiannya, tidak ketinggalan rekaan pakaian serta busana yang pelbagai hadir dengan
begitu banyak sesuai dengan konsep menutup aurat.

Pengaruh Hindu dan Buddha berjaya dihakis di Alam Melayu dan dipengaruhi Islam
keseluruhannya. Kedatangan Islam menandakan berakhirnya satu zaman kuno dan bermulanya
zaman baru di rantau ini. Peningkatan darjat bahasa melayu dan wujudnya sistem tulisan jawi yang
mantap dilihat antara yang berlaku setelah datangnya Islam. Ruang yang diberikan kepada bahasa
melayu oleh Islam juga telahdijadikan lingua franca di rantau ini. Ayat al-Quran yang
menunjukkan bahawa perlunya kita menjaga batas walaupun dalam berseni:

Firman Allah swt yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
melampaui batas."

19
Antara contoh seni khat yang dapat dilihat:

20
Isi Kandungan
Bilangan Tajuk Muka Surat
1 Pengenalan 1
2 Aspek Akidah 2-4
3 Politik Dan Pentadbiran 5-7
4 Undang-Undang 8-10
5 Ekonomi 11-13
6 Bahasa Dan Tulisan Jawi 14-15
7 Sosial Budaya 16-17
8 Pendidikan 18
9 Kesenian 19-20
10 Kesimpulan 21
11 Rujukan 22
Kesimpulan

Kedatangan Islam ke alam melayu memberi satu impak yang besar kepada masyarakat
melayu yang telah mengubahkan diri mereka kearah kebaikan mahupun meninggalkan perkara
yang tahyul atau dapat mensyirikkan Allah SWT. Pengaruh Islam ke alam melayu juga dapat
meningkatkan imej agama Islam kepada agama-agama lain seperti hindu dan Buddha yang telah
mereka amalkan semenjak sebelum kedatangan islam.
Dengan ada nya pengaruh Islam di tanah melayu ia dapat mewarisi adat-adat dan nilai-nilai
yang telah ditetapkan oleh syarak islam. Dengan mewarisi nilai-nilai ini ia dapat memupuk nilai-
nilai agama islam kepada generasi yang akan datang.

21
Rujukan

Buku

 An-Nadwi Mas’ud, Islam dan Sosialisme, (November 1983,hal 69)


 Dr. Monzer Kahf, Ekonomi Islam, (1978,hal 7)
 Majid khadduri,konsep keadilan dalam islam (1994, hal 165-166)
 Sheikh Muhammad al-mubarak ,sistem islam akidah dan ibadat(1986, hal 57)
 Mohamed s. el-wa ,sistem politik dalam pemerintahan islam (1984, hal 19)
 Dr.ismail hamid , peradaban melayu dan islam (1986, hal 60)
 Sayid sabiq , Aqidh islam (1985, hal 15)
 Dr khalid bin ali bin Muhammad , sistem politik islam (2008, hal 30)

Internet
 http://www.academia.edu/5440103/KESAN_ISLAM_TERHADAP_TAMADUN_MEL
AYU

 http://nurunnisa.wordpres.com/2012/06/15/hadits/

 http://rosyidnureka.blogspot.my/2013/09/kumpulan-hadits-mengenai-
pendidikan.html?m=1

 http://www.jais.gov.my/article/hukum-jenayah-islam

22

Anda mungkin juga menyukai