Anda di halaman 1dari 13

Huraian

Islam adalah agama Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan
yang tidak terdapat pada agama lain atau pun ciptaan manusia sendiri. Antara ciri-ciri
keistimewaan tersebut adalah seperti, Rabbaniyah, Syumulliyah, Waqi’iyah, Alamiyah,
Sepadu dan Seimbang :

• Rabbaniyah
Rabbaniyah membawa erti bahawa Islam datangnya daripada Allah S.W.T. Ia juga
merangkumi hukum-hakam, konsep, prinsip dan nilai-nilai peraturan hidup
manusia adalah mutlak milik Allah S.W.T. Manusia yang hidup di muka bumi ini
hanyalah sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah
S.W.T. Seseorang yang mempunyai hubungan erat dengan Allah S.W.T adalah
disebut sebagai rabbani. Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian :

1. Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.


Bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat
keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Kesemua ajaran
Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-
lain adalah bertujuan untuk menyedarkan manusia supaya menjadi hamba
kepada Allah semata-mata.
Kesan daripada konsep ini, kita dapat mengetahui matlamat hidup manusia
di dunia, mengenal fitrah di bumi, selamat dari pertentangan dengan diri
sendiri dan bebas dari sifat perhambaan dan runtuhan hawa nafsu.

2. Rabbani dari sudut manhaj dan sumber.


Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana
bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu
alaihi wasallam. Dalam hal ini, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi
Muhammad dalam dua pendekatan. Pertama wahyu diturunkan dalam
bentuk lafaz dan makna, iaitu al-Quran, dan yang kedua ialah dalam
bentuk maknanya sahaja iaitu al-Sunnah.

Kesan daripada sumber dan manhaj rabbani ini ialah Islam terhindar dari
segala bentuk kekurangan, terhindar dari pengaruh kekayaan, Islam sesuai
untuk semua manusia, dan mendapat penghormatan dan kehebatan. Islam
agama Allah S.W.T dan agama-agama yang lain tidak diterima oleh Allah
S.W.T sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya agama
(yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. (Surah Ali-Imran ayat 19).
Islam dicipta oleh Allah S.W.T manakala agama-agama lain adalah hasil
ciptaan idea dan falsafah serta pandangan manusia. Sesiapa yang
menganut agama lain adalah sesat.

4
• Syumuliyah
Syumuliyah bererti ajaran Islam itu adalah sempurna dan lengkap. Malah tiada
cacat celanya yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia tanpa kecuali,
dari sekecil-kecil urusan sampailah ke besar-besar perkara. Segala apa yang
diterangkan oleh Islam adalah benar dan nyata belaka. Dalam hal ini, beberapa
aspek dijelaskan, antaranya ialah :

1. Sudut kesyumulan Islam


Islam telah mengemukakan undang-undang ataupun peraturan-peraturan
kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia. Islam juga
telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar
perundangan sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti
hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).
Ia juga berkaitan dengan hukum yang bersangkutan dengan urusan
hubungan manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa, dan ibadah lain.
Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia
lain seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkaitan dengan
pemerintahan Negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang
melakukan kesalahan.

a.Keadilan
Islam telah memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam islam adalah
memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan
wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, musuh Islam atau
kawan, ahli keluarga, atau bukan ahli keluarga.

b.Kehakiman
Islam mengemukan system kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam
menentukan di dalam hubungan permasalahan sesama manusia kerana
manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan
menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak
kepada yang empunya hak.
Islam telah meletakan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Dimana
setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah
ditentukan oleh Allah.

c. Negara
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan
persoalan Negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di
antara manusia dengan manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun
hubungan manusia sesama manusia dan hubungan dengan jamaah lain.
Ketua Negara dipilih dikalangan orana-orang Islam sesuai dengan syarat-
syarat seperti sifat Ouwwah dan Amanah. Peranan ketua Negara Islam
ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk
melakukannya
5
d.Akhlak
Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap
akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat
dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.

e.Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat
sesuai dengan tempat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah,
mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat
yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh
membawa kepada mengenali Allah.

6
• Alamiyyah
Alamiyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk
orang Arab, Melayu, Cina, India, dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia
bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat
sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk
semua zaman sama ada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman
teknologi moden yang canggih ini. Sesuai sampai ke hari qiamat.
Islam meraikan kehendakan dan keperluan manusia dalam beberapa perkara
seperti:

2. Dharuriyyat
Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-
perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, jiwa, keturunan, dan
harta.

3. Hajiyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia
hidup tanpa kewujudkannya.

4. Tahsinniyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih
mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia
lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.

Alimiyyah Islam membawa keadilan sejagat kepada seluruh alam terutamanya


manusia.

Keadilan Islam bukan hanya terbatas kepada individu, puak, keturunan, warna
kulit dan sempadan malah keadilan Islam adalah alamiyyah iaitu menyeluruh. Ini
terbukti apabila Rasulullah s.a.w telah menolak diringankan hukuman potong
tangan ke atas Fatimah binti al-Aswah seorang wanita golongan bangsawan Bani
Makhzum yang telah mencuri.

Begitu juga diriwatkan bahawa Baginda s.a.w sendiri akan memotong tangan
anaknya Fatimah sekiranya dia mencuri. Sudah jelas dan amat nyata sekali kepada
kita bahawa Islam itu adalah agama yang indah dan memenuhi kehendak
manusia.

7
5. Waqi’iyah
Al-Waqi’iyah bermaksud ajaran Islam adalah bersifat praktikal dan sesuai
diamalkan dalam kehidupan manusia. Apa-apa persoalan yang ditimbulkan oleh
manusia yang bersangkut paut dengan kehidupan mereka dapat diselesaikan oleh
Islam melalui ajaran-ajarannya yang benar lagi tepat sekali. Islam perkara
mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat
tetapi cara pelaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang
Muslim itu berada.

6. Sepadu dan Seimbang


Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu seimbang.
Setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan. Oleh itu syriah
ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia, bukan sebahagian
tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu sahaja dan
meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka serta
pincanglah kehidupan masyarakat dan negara.
Kesepaduan dan keseimbangan system Islam ini bukan sahaja dalam aspek
hukum bahkan dalam semua ciptaan Allah S.W.T. termasuklah penciptaan langit
dan bumi serta peredaran bumi, bintang dan matahari, semuanya bersifat sepadu
dan seimbang. Seimbang bermaksud sama berat dan tidak berat sebelah.
Keseimbangan juga dapat dilihat dari sudut rohani dan jasmani, dunia dan akhirat.
Islam juga menjamin keseimbangan antara kehidupan individu dan masyarakat.

7. Tinggi dan Agung


Islam adalah satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Sesungguhnya ugama(yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam

(Ali-Imran:19)
Ketinggian Islam adalah bermula dari keyakinan bahawa Islam itu dating dari Zat
yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang mempunyai
kedudukan yang tertinggi jika dibandingkan dengan agama-agama lain. Malah
adalah tidak wajar membandingkan Islam dengan agama budaya ciptaan manusia.

8
Ciri-ciri keunggulan Islam
1.Persamaan (kesamarataan):
Sesungguhnya Allah SWT akan memeberi pahala yang sama kepada kaum lelaki
dan kaum wanita apabila melakukan amal ibadat tanpa dibezekan mengikut
gender (jantina), begitu juga saf hadapan di masjud bukan dikhususkan kepada
golongan hartawan atau pemimpin tertentu, malah disediakan kepada siapa yang
dating lebih awal di kalangan orang Islam dan sebagainya.

2.Keadilan:
Islam berlaku adil kepada sesiapa dikalalangan manusia walaupun seorang itu
tidak Islam, jika dia diperlukan tanpa alasan yang munasabah, dia perlu dibela
sama seperti orang Islam dalam erti kata lain bahawa Islam melindungi hak-hak
manusia.

3.Kebabasan:
Islam memberikan kebebasan untuk bersuara atau memberi pendapat, kebebasan
berfikir, berpolitik, beragama, berusaha dan lain-lain, tetapi bagi orang Islam
tidak bermakna mereka bebas memilih cara hidup atau fahaman lain yang tidak
selari dengan Islam ataupun ,ereka tidak boleh diberi peringatan untuk mendirikan
solat atas alasan mereka bebas untuk tidak bersolat.

4.Tidak boleh mebahayakan diri dan orang lain:


Ia merupakan cirri utama yang pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah
S.A.W., dalam erti kata bahawa seorang Muslim itu tidak boleh melakukan
tindakan yang boleh membahayakan orang lain seperti terlibat dalam aksi bahaya
mat rempit atau lumba haram.

5.Islam menjamin hak asasi manusia:


Ia merupakan satu jaminan yang diabaikan oleh isme falsafah ciptaan manusia.

6. Menjaga enam perkara iaitu agama, harta, akal, jiwa, kehormatan dan
keturunan.

9
Penghargaan

Pertama sekali kami ingin bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dapat menyiapkan

tugasan ini dengan jayanya. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Ustaz Yazid bin Muhamad Rumbali kerana memberi dorongan ketika menyiapkan

tugasan ini. Ketiga, kepada rakan-rakan yang lain yang sering berusaha memberi

pendapat dan pertolongan. Terakhir sekali, kepada ahli kumpulan yang saling bantu-

membantu dan kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan ini.

1
Rumusan

Selepas menyiapkan tugasan ini kami telah banyak mempelajari tentang ciri-ciri

keistimewaan agama Islam. Ciri-ciri keunggulan tersebut antaranya Rabbani, Syumuldan

lengkap, sepadu dan seimbang, waqie atau praktikal, tinggi dan agung, dan alami dan

universal. Pertama, apakah maksud Rabbani?. Maksudnya Rabbani ialah sumber utama

syariah ialah wahyu Allah S.W.T. diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan

dua perkataan. Bagi syumul dan lengkap, syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup

manusia, memenuhi segala kepentingan mereka dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan

tahsiniyyat. Sepadu dan seimbang pula, seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan

atas dasar sepadu dan seimbang. Selain itu, tentang sepadu dan seimbang ialah setiap satu

bahagian denagn bahagian yang lain saling sering berkaitan. Ketiga, perkara-perkara

tentang waqie atau praktikal. Islam bukan agama yang berbentuk teori semata-mata iaitu

yang menyangkut kepada persoalan hati dan fikiran, bukan juga kepada pertuturan

sahaja, malah lebih dari itu kerana Islam adalah agama yang mencukupi seluruh kejadian

manusia dan bidang kehidupan. Keempat, tinggi dan agung. Islam satu-satunya agama

yang diakui dan diterima oleh Allah S.W.T.. Terakhir, alami dan universal. Islam adalah

agama yang bersifat universal. Maksudnya, Ia meliputi semua tempat dan masa.

11
Bahan Rujukan:
8. Internet:

1.http://noradilla tripod.com/skimatarbiyyahhipij/104.html

2.http://www.harakahdaily.net/tm/index.php?option=com_content&task=v
iew&id=11063&itemid=50

9. Buku Rujukan:

1.Terjamahan Al-Quran
2.Prinsip-prinsip asas Islam: Islam dan Akidah.
Mohd Asri Abdullah
3.Tasawwur Islam SPM. Zulkifli Ahmad.
Terbitan Pustaka Reka, 1997.

10
Isi Kandungan
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Penghargaan 1
2. Pendahuluan 2-3
3. Laporan:
10. Huraian
11. Rabbaniyah
12. Syumuliyah
13. Alamiyyah 4-9
14. Waqi’iyah
15. Sepadu dan Seimbangan
16. Tinggi dan Agung
17. Ciri-ciri keunggulan Islam
4. Bahan Rujukan 10
5. Rumusan 11
Pendahuluan

Allah telah memberi pengakuan bahawa Islam adalah agama yang diredai Nya dan amat
sesuai dijadikan panduan dan ikutan kepada manusia. Islam adalah agama yang berbeza
dengan agama-agama lain.Islam merupakan al-Din iaitu suatu cara hidup manusia.
Apabila Islam itu dinobatkan suatu cara hidup manusia ini bermakna Islam meletakkan
beberapa garis panduan dan peraturan hidup dalam memandu kehidupan manusia. Jadi
manusia hendaklahmengikuti budaya hidup Islam.

Sebaik-baik nikmat kurniaan Allah S.W.T kepada umat manusia ialah Islam. Islam
merupakan agama yang mulia dan amat sesuai sekali dengan fitrah semula jadi manusia
bagi menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Islam pada bahasa ialah selamat,sejahtera,aman dan damai.Manakala pada pengertian


syarak ialah menyerahkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T semata-
mata,tunduk dan patuh kepada segala suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan segala
larangan Allah.S.W.T.

Daripada pengertian di atas,Islam adalah agama yang diredai Allah S.W.T dan Islam
adalah agama yang memandu hidup manusia ke arah kesejahteraan dan keredaan hidup di
dunia dan kenikmatan hidup di akhirat sebagaimana firman Allah S.W.T.

Sebelum kedatangan Islam,didapati masyarakat pada masa itu,meraba-raba mencari


tuhan.Ada yang menyembah berhala patung,pokok,matahari ,sungai,manusia dan
sebagainya.Ada juga manusia yang mengaku menjadi tuhan seperti Firaun,Haman dan
lain-lain lagi.Dalam pada itu pula kita dapati cara beribadat mereka tidak sama antara
satu sama lain dan sememangnya batil.Ada yang langsung tiada agama.Ada berhala yang
mereka sembah itu bermacam-macam keadaan dan bentuk.Ada yang besar,kecil,tinggi
,rendah dan sebagainya.

Berhala yang mereka sembah adalah hasil buatan mereka sendiri dan mana-mana
makhluk yang mereka sembah tidak dapat memberi apa-apa kebaikkan dan kemudaratan
kepada manusia.

Sudah nyata pasti makhluk yang mereka sembah dan yang mengaku dirinya tuhan akan
musnah dan binasa akibat keangkuhan dan ketakburan mereka terhadap nikmat Allah
S.W.T.

Dalam pada itu juga Allah telah menegaskan bahawa agama-agama lain yang wujud di
dunia ini selain daripada agama Islam tidak akan mendapat tempat di sisi Allah.Sesiapa
yang menganut atau mempercayai agama selain agama Islam maka dia adalah tergolong
dalam orang-orang yang rugi dan di akhirat nanti akan mendapat balasan yang amat
buruk sekali iaitu neraka jahanam.

2
Cara hidup yang dianjurkan oleh Islam adalah yang terbaik dan terindah yang tiada tolak
bandingnya dengan ajaran-ajaran agama lain.Semasa zaman jahiliyyah dahulu, kita dapati
masyarakat hidup dengan tiada nilai-nilai murni,tiada kesejahteraan hidup,tiada jaminan
untuk mengecap kebahagian, hidup dalam ketakutan,huru hara,maksiat berleluasa dan
sebagainya.Kita dapati yang kaya berkuasa,yang miskin dijadikan hamba abdi,yang kuat
menindas yang lemah,yang berkuasa membuat kejahatan dibiarkan tetapi yang miskin
membuat kejahatan diseksa.Ini berlaku adalah kerana tidak ada panduan hidup yang
hakiki dan setiap puak ada undang-undang tersendiri yang boleh dipinda-pinda mengikut
hawa nafsu mereka.

Islam datang untuk membetulkan keadaan akhlak manusia.Menyeru manusia membuang


segala sifat kemungkaran yang berpunca daripada nafsu yang jahat dan godaan syaitan
kepada sifat dan akhlak yang terpuji dan dipandang mulia oleh Allah S.W.T.Islam datang
untuk menyucikan hati-hati manusia,menanam benih-benih nur iman dan hidayah.Kalau
dahulu sebelum datangnya Islam,masyarakat hidup porak peranda.Kekuatan fizikal dan
kabilah menjadi asas kepada penguasaan terhadap kaum yang lain.Manusia hidup dalam
kesesatan yang nyata,boleh dikatakan sama dengan haiwan malah lebih teruk daripada
haiwan.

Islam yang dicari oleh manusia amat berguna kepada manusia untuk memajukan diri ke
tahap yang lebih baik.Dengan ilmu itu jugalah dapat manusia membangunkan tamadun
hidup manusia yang berjalan dengan kehendak-kehendak Islam.

Bagi orang yang berilmu,Islam memberi kelebihan darjat istimewa di dunia mahupun di
akhirat.Islam juga mengangkat martabat kedudukkan orang yang berilmu kepada
kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T dan dihormati masyarakat

Setelah kita mengetahiu dengan panjang lebar mengenai Islam dan peranan Islam
terhadap corak hidup manusia,maka dapat kita simpulkan bahawa Islam itu adalah
sebenarnya agama yang paling indah dan mulia di sisi Allah S.W.T.Islam dikatakan amat
indah kerana ianya mempunyai beberapa faktor, dan factor-faktor itu akan dapat kita
bincang kan bersama.