Anda di halaman 1dari 22

zanas.wordpress.

com/nilai-dan-norma-melayu/

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Nilai dan Norma Melayu Buku kecil menumpukan kepada nilai dan norma di kalangan orang-orang Melayu. Perbincangan ini memperlihatkan nilai dan norma dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan perubahan yang berlaku sehingga kini. Walaupun orang-orang Melayu pesat melalui proses perubahan, terutama dengan pendedahan kepada kemasukan unsur-unsur budaya asing yang kian meluas kini, warisan dan amalan tradisi itu turut juga dipertahankan. Mungkin, orang-orang Melayu di bandar telah mengalami berbagai-bagai perubahan, tetapi mereka yang tinggal di pendalaman masih mempertahankan warisan dan amalan tradisi itu. Tradisi dan Moden dalam Nilai dan Norma Apabila memperkatakan tentang nilai-nilai sosial tradisi bermakna kita merujuk kepada warisan tradisi yang dipertahankan dalam masyarakat, yang dapat dianggap sebagai menyatakan jatidiri Melayu itu. Nilai-nilai moden itu pula ialah kesan perubahan, bagi masyarakat menyesuaikan dengan perubahan dan perkembangan semasa. Walau bagaimanapun proses perubahan yang berlaku itu merupakan usaha penyesuaian antara yang lama dengan orang baru. Tetapi penerimaan sesuatu yang baru itu tidak bermakna melenyapkan yang lama. Perubahan yang berlaku, dalam perkembangan modenisasi itu merupakan suatu proses yang berlaku bagi memperbaiki dan meningkatkan pencapaian peradaban manusia. Konsep Nilai dan Norma Secara mudah, nilai itu boleh difahami sebagai ukuran tentang sesuatu, perlakuan dan seumpamanya yang menentukan baik buruk, cantik tidak cantik, tinggi rendah, dan halus kasar. Sebagai anggota masyarakat, seorang itu dipupuk dengan nilai-nilai sosial, iaitu nilai-nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat. Nilai-nilai sosial itu dibina dan dipupuk secara bersama, yang seterusnya menentukan perlakuan-perlakuan yang diberikan pengesahan oleh masyarakat berasaskan kepada nilai-nilai sosial itu. Perlakuan-perlakuan yang telah menjadi kelaziman atau kebiasaan dalam masyarakat itu dikatakan norma. Walaupun individu mempunyai pemikiran dan penilaian sendiri tentang sesuatu, tetapi masyarakat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi nilai individu itu. Terdapat perbezaan nilai antara individu dengan individu lain, tetapi mereka sebagai anggota-anggota masyarakat, perbezaan itu tidak ketara, memandangkan nilai-nilai sosial memainkan peranan penting mempengaruhi mereka. Walau bagaimanapun, kedudukan nilai, misalnya antara baik dan buruk, bukanlah suatu yang bertentangan atau berlawanan. Ukuran nilai yang dinyatakan itu adalah berasaskan suatu

penilaian yang bergerak dari satu hujung ke satu hujung yang lain. Dalam keadaan itu, masih terdapat ukuran nilai tentang kedudukan di antara baik buruk itu, misalnya kurang baik, terlalu baik dan sebagainya. Pemupukan Nilai-nilai Sosial Nilai-nilai sosial itu dipupuk secara formal, seperti sekolah, kelas agama dan seumpamanya, tetapi sebahagian besarnya dipupuk secara tidak formal, melalui berbagai-bagai saluran sosial. Penyampaian nilai-nilai sosial itu dapat dilakukan dengan berkesan melalui unsurunsur hiburan dan mainan. Melalui cerita-cerita, seperti novel, filem, cerpen dan sebagainya turut memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai sosial itu kepada anggota-anggota masyarakat. Misalnya, cerita-cerita yang disampaikan itu merupakan teladan dan ingatan kepada orang ramai. Pengalaman hidup bermasyarakat itu sangat penting dalam menyuburkan penyebaran dan perkembangan nilai-nilai sosial. Walau bagaimanapun, kerapkali pula anggota-anggota masyarakat itu berusaha mencapai nilai-nilai sosial itu dengan apa cara pun. Misalnya, untuk dihormati dan dipandang tinggi, orang sanggup melakukan sesuatu yang boleh membawa bahaya kepada dirinya. Sebagai contoh yang lain, bagi menjaga diri untuk dipandang cantik, orang sanggup melakukan sesuatu, walaupun boleh membawa kesan buruk kepada dirinya. Nilai: Individu, Masyarakat dan Budaya Individu dipupuk dengan nilai-nilai sosial. Individu sebagai anggota masyarakat menerima dan dipengaruhi, juga kemungkinan dapat memainkan peranan dalam mempengaruhi masyarakat. Nilai-nilai sosial itu mempengaruhi perlakuan dan tindakan individu dan anggota-anggota masyarakat. Budaya itu terbina berlandaskan nilai-nilai sosial, perlakuan individu dan masyarakat, peraturan sosial dan adat. Nilai-nilai sosial itu amat penting dalam membina dan membentuk budaya bagi sesuatu masyarakat. Proses Pemupukan Nilai-nilai Sosial Individu mengalami proses sosial sepanjang hayatnya. Ia mempelajari dan menyesuaikan diri selaras dengan nilai-nilai sosial. Dengan itu membolehkannya diterima oleh masyarakat. Dirinya dapat menyesuaikan dengan kehendak dan kepentingan masyarakat. Nilai-nilai sosial yang dipupuk kepada individu itu bersesuaian dengan peringkat-peringkat perkembangan individu itu. Seseorang itu berusaha menyesuaikan perlakuannya mengikut landasan nilai-nilai sosial itu. Saluran pemupukan nilai-nilai sosial dalam masyarakat Melayu tradisional terbatas. Antaranya yang penting ialah ibu bapa, keluarga, rakan-rakan sebaya, guru-guru agama dan

kelompok sosial di keliling mereka. Suasana sosial yang seragam (homogenous) itu tidak banyak menimbulkan konflik nilai-nilai sosial. Dalam masyarakat Melayu moden saluran pemupukan nilai itu semakin bertambah dan meluas. Selain saluran tradisi itu, kini pendidikan moden memainkan peranan penting dalam pemupukan nilai. Selain itu melalui saluran teknologi media, seperti bahan-bahan bercetak, media elektronik dan komputer turut memainkan peranan dalam menyalurkan nilai-nilai sosial. Dengan itu kerapkali pula berlaku konflik atau pertentangan nilai. Nilai Individu dan Nilai Sosial Individu membina ukuran nilai berasaskan pengalaman dan kebiasaannya. Adalah disedari ukuran nilai, citarasa atau anggapannya mungkin berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Walaupun terdapat perbezaan antara individu-individu itu, tetapi sebagai anggota masyarakat, individu itu dipengaruhi nilai-nilai masyarakat, yang dapat dianggap sebagai nilai-nilai sosial. Sebagai anggota masyarakat, seseorang itu menerima dan berusaha menyesuaikan diri dengan nilai-nilai sosial, bagi membolehkan dirinya diterima oleh masyarakat. Nilai-nilai sosial itu diterima berasaskan proses sosial, pengalaman dan pemelajaran yang dilalui dalam masyarakatnya. Penyelidikan Tentang Nilai-nilai Sosial Penyelidikan tentang pembinaan nilai-nilai yang terbina pada individu itu merupakan bidang yang menjadi tumpuan saikologi. Kajian boleh diberikan tumpuan kepada individu tertentu untuk memahami perlakuan, tindakan atau personalitinya. Tetapi bidang nilai-nilai sosial ini adalah berasaskan disiplin antropologi dan sosiologi, iaitu ilmu tentang hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan. Nilai-nilai sosial itu merupakan nilai-nilai yang dipupuk dan dibina dalam sesuatu masyarakat selaras dengan tradisi budaya yang diwarisi. Bidang yang menjadi tumpuan ini ialah untuk memahami nilai-nilai yang dikongsi bersama dalam sesuatu masyarakat, khususnya masyarakat Melayu. Tetapi tidak memberikan perhatian kepada individu. Kaedah Penyelidikan dan Disiplin Pengajian Untuk memahami nilai-nilai sosial, penyelidikan boleh diberikan tumpuan kepada perlakuanperlakuan sosial yang menjadi amalan dan kelaziman dalam kehidupan bermasyarakat. Bagi mendapat maklumat tentang nilai-nilai sosial ini, penyelidikan dilakukan dengan menggunakan kaedah penyelidikan dalam sains sosial, mengikut disiplin antropologi atau sosiologi. Berbagai cara/kaedah telah sekian lama menjadi amalan dalam penyelidikan yang dikatakan ilmiah, saintifik dan empirikal: Rujukan Berasaskan kepada bahan-bahan kepada catatan bahan-bahan kajian bertulis, bahan yang utama lepas. (primary).

Penyelidikan lapangan soal-selidik responden, temuduga informan, pemerhatian, pengalaman, perlibatan dan seumpamanya. Penyelidikan antropologi mengutamakan kualitatif, sedangkan sosiologi pula mengutamakan kuantitatif. Namun penyelidikan itu berusaha untuk mendapatkan maklumat yang tepat bagi sesuatu kelompok yang menjadi tumpuan penyelidikan itu. Nilai dan norma sosial itu sebagai asas budaya, bersifat dinamiks, sentiasa berubah menyesuaikan dengan kehendak dan kepentingan masyarakat. Untuk memahami nilai-nilai sosial tradisi, penyelidikan dapat dilakukan terhadap teks/catatan lama. Nilai-nilai Tradisi dan Moden Dalam memisahkan antara tradisi dan moden itu, melibatkan nilai-nilai sosial. Sesuatu yang tradisi itu tidak boleh diukur sebagai bertentangan dengan yang moden. Tradisi dan moden itu merupakan konsep yang kita bina berasaskan rangka pemikiran tentang perubahan yang berlaku kepada amalan yang telah sekian lama diwarisi. Orang Melayu peka kepada perubahan, dan mereka inginkan kemajuan dan kemodenan, tetapi mereka juga berusaha mempertahankan sebahagian daripada warisan tradisi. Tradisi itu tetap merupakan jatidiri/budaya kepada sesuatu masyarakat itu. Tradisi dan perubahan itu berlaku secara persambungan, yang adakala sukar dipisahkan antara kedua-dua itu. Masyarakat Melayu moden kini, dalam keadaan tertentu berusaha mempertahankan nilai-nilai tradisi, terutama yang berasaskan kepada Islam. Orang-orang Melayu yang tinggal jauh dari bandar masih kukuh mempertahankan tradisi. Nilai-nilai Ideal Masyarakat melakukan penyusunan tinggi rendah sesuatu nilai sosial itu. Sesuatu nilai yang sangat dipandang tinggi dan disanjung itu dapat dianggap sebagai nilai-nilai sosial yang ideal. Misalnya, perlakuan atau budi bahasa yang baik itu terdapat kedudukan yang paling baik yang ingin dicapai oleh setiap orang. Walau bagaimanapun nilai-nilai ideal itu boleh dicapai, bergantung kepada kemampuan seseorang. Tidak bermakna nilai-nilai ideal itu hanya menjadi harapan atau dorongan ke arah itu, tanpa mencapainya. Sebagai anggota masyarakat, setiap orang menyedari nilai-nilai ideal yang sepatutnya diusahakan dan dicapai oleh setiap orang. Nilai-nilai Universal Semua masyarakat dan agama berusaha mendorongkan anggota-anggotanya untuk mematuhi dan melakukan kebaikan berasaskan nilai-nilai sosial. Oleh itu terdapat nilai-nilai yang dianggap universal, iaitu yang diterima dan dipupuk dalam semua masyarakat. Misalnya, nilai-nilai sosial dalam menjaga kebersihan, hormat menghormati, amanah, ikhlas dan sebagainya. Nilai-nilai itu menjadi teras tradisi budaya yang dditerima oleh semua masyarakat di dunia ini. Cuma yang membezakan antara satu budaya dengan satu budaya yang lain ialah dari segi amalan dan ukuran nilai itu. Amalan/perlakuan anggota-anggota

masyarakat bagi mengisi nilai-nilai sosial itu terdapat perbezaan antara satu dengan yang lain yang berasaskan kedudukan tradisi budaya yang diwarisi. Agama memainkan peranan penting dalam membina dan memupuk nilai-nilai universal itu. Budaya Melayu dan Nilai-nilai Islam Islam adalah teras kepada budaya Melayu. Orang-orang Melayu sentiasa merujuk kepada ajaran Islam apabila mereka menghadapi permasalahan. Misalnya, dalam pertembungan dengan berbagai-bagai unsur budaya yang dibawa dari luar, bagi menentukan dapat diterima atau tidak mereka merujuk kepada ajaran Islam. Malahan, mereka juga sentiasa menilai kembali unsur-unsur budaya warisan dari segi kesesuaiannya dengan ajaran Islam. Mereka meletakkan ajaran Islam sebagai landasan dalam menentukan perjalanan hidup mereka. Walau bagaimanapun, ilmu pengetahuan tentang Islam itu kian meningkat. Itulah dikatakan orang-orang Melayu itu sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan ilmu Islam. Proses Islamisasi yang berlaku sepanjang masa itu membolehkan orang-orang Melayu memperbaiki dan menyesuaikan perlakuan dalam kehidupan mereka dengan ajaran Islam. Dalam perkembangan budaya Melayu, tradisi budaya Melayu/ peradaban Melayu itu telah melalui beberapa tahap perubahan. Setiap tahap perubahan itu bermakna orang-orang Melayu melakukan proses penyesuaian antara tradisi dengan sesuatu yang baru itu. Apabila orang Melayu bertembung dengan pengaruh budaya asing, maka berlaku proses difusi budaya. Penerimaan pengaruh budaya asing sentiasa disesuaikan dengan kehendakkehendak tradisi. Mengikut sejarah budaya Melayu, pengaruh peradaban dari India telah mempengaruhi kehidupan orang Melayu sebelum kedatangan Islam. Walaupun pengaruh budaya asing didapati sangat ketara, tetapi orang-orang Melayu berusaha mempertahankan tradisi. Apabila orang-orang Melayu menerima Islam, proses penyesuaian antara tradisi dengan ajaran Islam itu mengambil masa yang lama. Proses islamisasi itu berlaku secara berterusan. Kedatangan pengaruh barat itu juga disesuaikan dengan kehendak-kehendak ajaran Islam. Nilai-nilai Islam Islam itu agama universal, yang berkembang luas merentasi berbagai bangsa dan budaya. Masyarakat yang menerima Islam itu tetap mempertahankan tradisi budaya tempatan, yang melaluinya itu dapat menyatakan jatidiri tradisi budaya itu. Masyarakat Melayu mempertahankan tradisi budayanya asalkan tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak Islam. Islam itu diturunkan lengkap dengan peraturan/hukum hakam yang merangkumi keseluruhan kehidupan ummah Islam. Islam telah menetapkan nilai-nilai sosial yang perlu diikuti dan dipatuhi. Ketetapan itu meliputi dalam membina keharmonian hubungan manusia sesama manusia dan alam sekitar. Tidak mematuhi nilai-nilai yang ditetapkan itu akan dikenakan tekanan, dosa dan pahala. Nilai-nilai yang telah ditetapkan dalam Islam itu merupakan ketetapan, namun dalam mempengaruhi perlakuan/tindakan itu adalah mengikut tradisi budaya masing-masing.

Misalnya, Islam telah menetapkan nilai-nilai dalam menjaga aurat. Maka bagi menentukan cara atau kaedah untuk memenuhi nilai-nilai itu adalah berasaskan kepada budaya tradisi. Orang-orang Melayu mempunyai tradisi pakaian mereka tersendiri sebagai menyatakan jatidiri pakaian Melayu. Nilai-nilai Islam itu telah ditetapkan oleh al-Quran dan Hadith, yang tidak lagi merupakan masalah dan persoalan. Adakala timbul persoalan memberi makna atau pengertian selaras dengan kepentingan hidup moden. Kelompok-kelompok Sosial dan Sub-budaya Adakala nilai-nilai sosial itu berbeza antara satu kelompok sosial dengan satu kelompok sosial yang lain, atau satu sub-budaya dengan satu sub-buddaya yang lain. Kelompokkelompok sosial itu berasaskan: kedaerahan, jantina, generasi dan kelas sosial. Walau bagaimanapun, sebagai suatu masyarakat, maka perbezaan itu masih dalam lingkungan sebagai tradisi budaya yang sama. Perbezaan itu tidak menunjukkan suatu yang amat jauh berbeza di antara kelompok-kelompok sosial atau sub-budaya itu. Kelompok-kelompok sosial dalam masyarakat saling berhubung dan bekerjasama. Anggotaanggotanya masih berkongsi nilai-nilai yang sama. Melalui hubungan sosial, anggota-anggota masyarakat menyedari nilai-nilai sosial dominan. Misalnya, orang-orang muda mempunyai pandangan hidup dan nilai-nilai sosial yang tersendiri, tetapi apabila mereka meningkat dewasa, mereka berusaha mempertahankan nilai-nilai sosial yang dominan. Konflik Nilai Apabila terdapat banyak saluran yang memupuk dan menyebarkan nilai-nilai sosial dalam masyarakat, maka kerapkali pula berlaku konflik atau percanggahan nilai antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami pembangunan, yang membawa kepada perubahan, maka terdapat penyebaran nilai-nilai moden yang tidak selaras dengan nilai-nilai tradisi. Keadaan ini boleh menimbulkan konflik nilai. Sebagai contoh, penyebaran bahan-bahan budaya yang dibawa dari luar adakala bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dan nilai-nilai Islam. Adakala perbezaan generasi, antara orang-orang muda dengan orang tua, mempunyai nilainilai yang berbeza, antara satu dengan yang lain. Oleh itu, konflik nilai boleh timbul di antara generasi yang berbeza itu. Kelompok kanak-kanak selalu menghadapi masalah dalam menerima nilai-nilai sosial yang berbagai yang adakala menimbulkan konflik antara satu saluran dengan saluran yang lain. Konflik nilai itu selalunya tidak membawa kepada permasalahan sosial. Anggota-anggota masyarakat berusaha mencari keseimbangan dan keharmonian. Nilai-nilai Sosial Itu Ditentukan Mengikut Kesesuaian Peraturan Kedudukan sesuatu nilai sosial itu tidak terpisah daripada suasana yang terlibat, misalnya masa dan tempat. Sesuatu itu dianggap baik pada suatu ketika dan sebaliknya pada waktu lain. Misalnya, perlakuan membunuh itu sangat dipandang berat dan dikenakan hukuman berat pada orang yang melakukannya. Tetapi semasa perang, membunuh musuh itu dianggap

sangat baik, yang diberikan pujian dan penghormatan. Ukuran nilai yang diberikan itu merupakan pengesahan yang dikongsi bersama, bersesuaian dengan kepentingan dan keperluan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, nilai-nilai sosial itu juga boleh berubah apabila masa berlalu. Sesuatu yang dipandang tinggi dan dihormati pada suatu masa itu, akan dipandang rendah pada masa yang lain. Begitu juga, sesuatu itu dilarang atau dipandang rendah pada sesuatu masa, akan diberikan nilai yang tinggi pada masa dan tempat yang berlainan. Anggota-anggota masyarakat yang terdedah kepada perubahan itu, boleh mengalami perubahan. Keadaan itu turut mempengaruhi nilai-nilai sosial. Hubungan Sosial Masyarakat Melayu tradisional sangat menekankan ikatan atau hubungan yang erat di kalangan anggota-anggota kelompok. Mereka membina dan tinggal di kampung. Konsep kampung itu membawa pengertian yang mendalam tentang kepentingan hubungan sosial, berkampung. Mereka memupuk nilai-nilai sosial, berasaskan kepada kelompok orang kita. Ikatan kekitaan itu dapat diteliti kepada berbagai tindakan yang mereka lakukan. Mereka menyedari bahawa mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka menyedari bahawa sebagai anggota kelompok yang erat hubungan sosial, mereka dapat membina kepentingan bersama. Mereka saling mengenali, tinggal bersama dalam jangka masa yang lama, membolehkan mereka dapat mengenali dan membina ikatan sosial yang mendalam. Hubungan sosial yang tidak formal, bersemuka dan saling mengenali itu menyebabkan ikatan sosial dapat dijalin dengan erat. Selain itu kehidupan mereka yang seragam (homogenous) dapat membina minat dan kepentingan yang sama. Ikatan/hubungan sosial dalam kelompok itu juga diperkukuhkan oleh ikatan kejiranan. Konsep kejiranan itu menerangkan, mereka mewarisi adat berjiran mengambil tahu antara satu sama lain dan sentiasa bekerjasama/ bergotong-royong. Rasa kekitaan yang dibina dalam kelompok itu sangat kuat, iaitu rasa kekitaan sebagai orang kita dalam keluarga, orang kita yang tinggal setempat dan orang kita yang mempunyai kepentingan bersama. Kekuatan ikatan sosial dalam kelompok kekitaan itu dapat mengurangkan tekanan ego kepada individu. Nilai-nilai yang dipupuk demikian, maka orang Melayu memandang rendah kepada seseorang yang memperagakan diri atau selalu mengangkatkan diri. Nilai-nilai dipupuk demikian itu juga menjadikan individu-individu itu merasa rendah diri. Ikatan Kekeluargaan Ikatan sosial yang erat, baik di kalangan anggota-anggota kelompok mahupun anggotaanggota keluarga sangat dititikberatkan oleh ajaran Islam. Ikatan yang merupakan hubungan siratulrahim itu merupakan suatu kewajipan kepada semua orang Islam. Setiap orang menyedari peranan dan tanggungjawab dalam keluarga, mengikut kedudukan dan hubungan di kalangan mereka. Begitu juga tentang kesedaran kedudukan atau tempat dalam ruang keluarga itu.

Anggota-anggota keluarga berusaha menjaga nama baik keluarga. Oleh itu, mereka sentiasa mengambil tahu dan mengawasi antara satu dengan yang lain. Seorang anggota keluarga melakukan penyelewengan, maka dengan itu menjejaskan kedudukan nama keluarga. Setiap orang menyedari peranan untuk menjaga nama baik keluarga. Bagi menyatakan hubungan erat dalam keluarga, mereka mempunyai nama panggilan, yang menerangkan kedudukannya dalam keluarga. Panggilan itu turut terbawa-bawa kepada seluruh anggota kelompok. Anak-anak sentiasa menghormamti dan memberikan taatsetia kepada ibu bapa. Ajaran Islam sangat menekankan anak-anak sentiasa menghormati atau tidak boleh membelakangkan ibu. Tidak berbuat demikian atau derhaka kepada ibu bapa dipercayai orang itu tidak diberkati atau akan menerima pembalasan yang sangat berat. Nilai-nilai yang dipupuk dalam hubungan di kalangan anggota-anggota keluarga itu, adalah selaras dengan nilai-nilai yang dipupuk dalam memperkukuhkan ikatan sosisal dalam kelompok. Orang-orang muda sentiasa menghormati orang tua. Dan orang tua itu pula hendaklah sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada orang-orang muda. Ikatan sosial itu terjalin melalui perlakuan-perlakuan yang menyatakan kasih sayang antara seorang dengan seorang yang lain. Ikatan kekeluargaan itu berpanjangan dan tidak putus atau berakhir. Apabila ibu bapa telah meningkat tua, maka anak-anak tetap menjaga mereka. Pemilihan Pasangan Dalam Perkahwinan Dalam memilih pasangan perkahwinan, orang-orang Melayu mempunyai ukuran nilai sendiri. Dalam perkara ini, bukan sahaja melibatkan nilai-nilai yang diberikan dalam ajaran Islam, tetapi didapati pengaruh tradisi budaya itu sangat jelas. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jodoh atau pasangan anak mereka. Perkara itu mempunyai nilai-nilai tertentu yang menjadi pertimbangan mereka. Misalnya, bagi mencari keharmonian dan kesetabilan pasangan yang berkahwin itu tidak dapat dipisahkan daripada hubungan ibu bapa, mertua dan besan dalam konteks ikatan sosial. Apabila masyarakat Melayu telah mengalami perubahan, maka nilai-nilai tradisi itu turut berubah, tetapi disesuaikan dengan keperluan-keperluan baru. Sebagai contoh, orang-orang muda yang berpindah bekerja di bandar, mereka turut mengalami perubahan nilai. Orangorang muda itu sendiri yang menentukan pemilihan pasangan dan mereka mempunyai ukuran nilai tersendiri. Mereka menilai keharmonian itu tidak sangat ditentukan oleh hubungan sosial di kalangan orang-orang tua. Tradisi dan Perubahan dalam Ikatan Kekeluargaan dan Kelompok Beberapa perkara telah menjejas ikatan/hubungan sosial yang erat sebagaimana dalam masyarakat Melayu tradisional;

Perpindahan orang-orang muda bekerja di tempat lain. Pembangunan dan proses urbanisasi telah membawa perubahah kepada gaya hidup. Nilai-nilai yang mementingkan diri dan kekayaan. Kehidupan menampakkan tidak lagi keseragaman, tetapi keragaman. Apabila mereka tidak tinggal setempat maka hubungan sosial itu tidak lagi sebegitu kukuh sebagaimana dalam suasana mereka tinggal setempat. Suasana hidup di bandar agak berbeza daripada di kampung. Misalnya, hubungan kejiranan di bandar tidak sebegitu kuat sebagaimana di kampung. Walau bagaimanapun, kepesatan perubahan yang dilalui orang-orang Melayu itu tidak dapat dianggap mereka meninggalkan nilai-nilai tradisi. Perubahan itu berlaku pada perkaraperkara tertentu, tetapi nilai-nilai asas yang berteraskan kepada ajaran Islam tetap dipertahankan. Malahan perpindahan orang-orang Mealyu ke bandar tidak bermakna mereka berusaha menerima atau dipengaruhi nilai-nilai baru yang berkembang di bandar. Mereka turut membawa dan cuba dipertahankan amalan tradisi itu dalam kehidupan mereka di bandar. Misalnya, nilai-nilai yang mengeratkan hubungan kekeluargaan dan ikatan sosial sebagaimana yang diperkukuhkan oleh ajaran Islam, tetap mereka pertahankan. Nilai-nilai Sosial dan Gender Kedudukan lelaki dan wanita bukan sahaja dibezakan oleh kejadian fisikal meeka, tetapi juga diberikan nilai-nilai yang berbeza oleh budaya. Ajaran Islam telah menerangkan dengan jelas kedudukan lelaki dan wanita. Di sisi Allah lelaki dan wanita itu adlaah sama. Tetapi Islam telah memberikan garis perbezaan kedudukan dalam peranan dan tanggungjawab tertentu: lelaki sebagai suami dan bapa bertanggungjawab dalam menjaga nafkah keluarga, dan isteri/ibu mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu. Orang-orang Melayu memupuk nilai-nilai sosial kedudukan lelaki dan wanita itu berbeza berasaskan kepada tradisi buddaya yang mereka warisi. Antaranya, peranan wanita dalam rumahtangga, seperti memasak, membasuh, menjaga anak dan sebagainya. Wanita tidak digalakkan dalam berbagai kegiatan di luar rumah. Wanita itu juga sangat dititikberatkan tentang moral dan akhlak berbanding dengan lelaki. Walaupun kini wanita telah berjaya dalam berbagai bidang, bersaing dengan lelaki, tetapi wanita masih dipengaruhi nilai-nilai budaya tradisi. Selain itu, pengaruh perjuangan wanita di barat tidak banyak mempengaruhi wanita Melayu. Nilai-nilai yang dipupuk oleh ajaran Islam tetap kukuh dalam mempertahankan prinsip-prinsip menentukan kedudukan lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, wanita Melayu telah terlibat dalam berbagai bidang dan lapangan. Perubahan yang berlaku itu tidak bermakna kedudukan wanita itu dianggap sama sebagaimana lelaki. Penyebaran Nilai-nilai Sosial Dengan memupuk nilai-nilai sosial yang sewajarnya, ibu bapa mengharapkan anak-anak dapat diterima dan menyesuaikan diri dengan anggota-anggota masyarakat keliling. Anakanak yang baik itu dengan sendirinya menyatakan ibu bapa telah berjaya mendidik anakanak. Tetapi sebaliknya, apabila dikatakan anak-anak itu kurang ajar maka akan turut menjejaskan kedudukan ibu bapa. Oleh itu adalah menjadi harapan ibu bapa mendidik anak-

anak agar menjadi orang. Anak-anak yang berpelakuan buruk itu turut menjejaskan kedudukan keluarga mereka. Kini dengan pembangunan pesat yang dilalui orang-orang Melayu, proses modenisasi dan urbanisasi turut membawa nilai-nilai sosial baru. Proses globalisasi, membawa penyebaran unsur-unsur budaya barat yang kian meluas bermakna turut menyalurkan niali-nilai mereka itu ke negara lain. Penyebaran nilai-nilai sosial yang berlaku secara global itu boleh membawa kesan kepada nilai-nilai sosial tradisi orang-orang Melayu. Adakala nilai-nilai yang dibawa itu bercanggah dengan nilai-nilai tempatan. Perkara ini telah lama menimbulkan kebimbangan kepada orangorang Melayu. Orang-orang Melayu kini kian terdedah kepada berbagai nilai-nilai sosial yang dibawa dari luar itu. Dalam perkembangan itu, Islam merupakan benteng utama kepada orang-orang Melayu bagi mempertahankan nilai-nilai tradisi. Di samping pesatnya proses globalisasi, kesedaran untuk mempertahankan tradisi budaya tidak dinafikan. Nilai-nilai Ekonomi Kegiatan ekonomi itu dipengaruhi perkara-perkara yang berkaitan dengan faktor bukan ekonomi, terutama nilai-nilai sosial dan world-view. Pekerjaan: Pekerjaan itu bukan sahaja merupakan daya usaha untuk mendapatkan nafkah dan seterusnya untuk hidup, tetapi turut dipengaruhi berbagai-bagai perkara. Pekerjaan sebagai usaha mendapatkan rezeki adalah selaras dengan kehendak-kehendak Islam rezeki itu hendaklah bersih, dan dibersihkan dengan mengeluarkan zat. Pemilihan pekerjaan dan nilai-nilai sosial yang diberikan terhadap pekerjaan itu melibatkan nilai-nilai sosial sebagaimana yang dibina dalam tradisi budaya. Beberapa perkara selalu diberikan perhatian oleh orang-orang Melayu kuasa, kedudukan sosial, gaya hidup, kemudahan kerja, ganjaran persaraan, jaminan pekerjaan dan keselesaan kerja. Sejak pemerintahan kolonial, orang-orang Melayu memandang tinggi pekerjaan makan gaji dengan kerajaan. Keutamaan dalam pekerjaan itu kepada orang-orang Melayu bukan sahaja ditentukan oleh pendapatan atau pulangan kewangan. Pemilihan pekerjaan itu adalah berasaskan kepada nilai-nilai sosial. Kini, apabila suasana ekonomi telah berubah, orang-orang Melayu turut melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan pembuatan. Nilai-nilai sosial yang berubah itu kini lebih mementingkan kepada pulangan pendapatan, bukan lagi kerja makan gaji dengan kerajaan. Orang-orang Melayu telah melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi perdagangan, maritim semasa kerajaan Melayu tradisi dahulu. Apabila kedatangan pemerintah kolonial, tekanan dikenakan, yang menghindar minat orang Melayu dalam kegiatan itu. Ini membuktikan bahawa orang Melayu boleh berjaya dalam bidang itu apabila diberikan peluang. Nilai-nilai Sosial: Kekayaan dan Harta Image/gambaran tentang orang-orang Melayu selalunya dikaitkan dengan masalah kemiskinan. Pegawai-pegawai kolonial British selalu menganggap orang Melayu itu malas,

tiada inisiatif, tetapi suka berpoya-poya. Dalam keadaan itu, orang-orang Melayu sangat jauh ketinggalan dalam ekonomi berbanding dengan orang-orang bukan Melayu. Berbagai-bagai faktor bukan ekonomi, yang melibatkan nilai dan sikap orang Melayu sendiri yang menyebabkan mereka lemah dalam ekonomi. Kemiskinan mereka itu selalu dikaitkan dengan tradisi budaya mereka, yang tidak mendorongkan mereka untuk maju. Terdapat pandangan sarjana barat yang membincangkan masalah kelemahan orang Melayu itu berasaskan kepada faktor-faktor bukan ekonomi seperti berikut: Kepercayaan kepada konsep rezeki, nasib dan takdir yang menyebabkan mereka tidak mempunyai usaha untuk meningkatkan kedudukan ekonomi mereka. Menganggap harta itu suatu maslaah, harta itu dianggap sebagai sesuatu yang boleh membawa kemusnahan dan permasalahan kepada seseorang. Tidak mahu mengubah tradisi. Misalnya, mereka mengutamakan tinggal dalam kelompok hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, mereka berpendapat lebih baik di negeri sendiri. Kurang dorongan untuk mencuba sesuatu yang baru yang boleh membawa perubahan kedudukan ekonomi. Faktor-faktor yang pernah dikemukakan itu selalunya merupakan sebab musabab yang dikaitkan bagi memberikan rasional tentang kelemahan ekonomi orang-orang Melayu. Adakala sarjana barat itu cuba mengaitkan dengan agama Islam sebagai penghalang kepada kemajuan ekonomi orang-orang Melayu. Sedangkan perkara ini boleh dibincangkan dengan mendalam. Islam mendorongkan ummah supaya berusaha untuk meningkatkan kekayaan. Islam bencikan kemiskinan kemiskinan itu boleh menggugat keimanan. Kekayaan itu membolehkan orang-orang Islam berkedudukan yang tinggi. Peradaban Islam yang tinggi itu adalah didorongkan oleh pencapaian ekonomi orang-orang Islam. Kekayaan itu dapat memberikan berbagai kemudahan untuk melakukan kekayaan. Tentang rezeki dan nasib itu adakala kurang tepat dalam memberikan pengertian menyebabkan seseorang itu kurang dorongan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi. Masalah kemiskinan orang Melayu itu boleh dibincangkan dari berbagai pendekatan. Budaya kerja mereka tidak memberikan mereka kekuatan untuk meningkatkan ekonomi. Mereka rajin bekerja, tetapi kurang pandai bekerja. Walau bagaimanapun, perbincangan tentang perkara ini telah banyak diperkatakan oleh orang ramai. Kepercayaan warisan, misalnya berkaitan dengan pantang larang dan petua tradisi itujuga dapat dianggap mempunyai kesan terhadap kedudukan ekonomi orang Melayu. Umumnya, orang-orang Melayu tidak menolak kekayaan, malah telah berubah nilai-nilai sosial. Mereka berusaha untuk mengubah kehidupan mereka. Mobiliti/untuk memperbaiki melalui pendidikan. Perpidnahan orang-orang muda mencari pekerjaan di bandar. Perubahan nilai, turut memberikan peluang kepada anak-anak perempuan seperti anak-anak

lelaki. Menerima dan terlibat Turut berusaha dalam Bersaing dengan Berubah gaya hidup.

dalam berbagai rancangan pembangunan berbagai-bagai bidang misalnya dunia kumpulan-kumpulan ethnik bukan

kerajaan. koporat. Melayu.

Orang-orang Melayu mahukan kekayaan, misalnya mereka mahukan kekayaan yang cepat seperti terlibat dalam skim cepat kaya, yang membawa kepada penipuan. Susunlapis Sosial dan Kepimpinan Penyusunan sosial ditentukan oleh nilai-nilai sosial yang dibina dan dipupuk oleh anggotaanggota masyarakat. Terdapat berbagai-bagai faktor yang menentukan kedudukan seseorang dalam suatu stesyen hidup yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial itu. Nilai-nilai sosial itu dapat mendorongkan anggota-anggota masyarakat untuk mencapainya. Kedudukan sosial yang tinggi itu dihormati dan disanjung oleh orang ramai. Dalam masyarakat Melayu tradisional terdapat beberapa faktor yang menentukan kedudukan sosial itu. Berasaskan Umur. Ilmu Kebolehan dan Peribadi/perlakuan. Kekayaan. darah keagamaan keahlian yang dalam sesuatu keturunan. tinggi. bidang.

Walau bagaimanapun dalam masyarakat Melayu tradisional itu, pergerakan/mobiliti sosial dalam ruang sosial sangat terbatas, yang dipengaruhi darah keturunan/ascribed. Dalam masyarakat Melayu moden, yang lebih terbuka dan dipengaruhi berbagai-bagai nilai sosial yang dibawa dari luar, maka faktor-faktor yang menentukan kedudukan seseorang itu dalam ruang sosial turut mengalami perubahan. Faktor keturunan tidak lagi begitu dominan. Orang biasa juga turut berpeluang untuk memperbaiki kedudukan sosial. Mobiliti dalam ruang sosial itu didapati lebih terbuka. Antara faktor-faktor penting dalam menentukan kedudukan sosial dalam masyarakat Melayu kini adalah seperti berikut: Pendidikan Kebolehan Kekayaan Pekerjaan Keagamaan Peribadi/perlakuan

dan

keahlian

Anggota-anggota masyarakat berusaha mencapai kedudukan sosial yang baik, kerana dengan itu juga menyatakan pencapaian seseorang dalam hidup. Pemimpin ialah orang yang dapat memainkan peranan dalam memberikan kepimpinan, seperti memberikan nasihat, bimbingan, dan membawa pengikut-pengikut atau anak buahnya kepada kehidupan yang lebih baik. Kepimpinan itu bermula dalam keluarga dan kemudian di

kalangan kekerabatan, sebelum terlibat kepimpinan di kalangan anggota-anggota kelompok dan seterusnya masyarakat. Terdapat dua kumpulan pemimpin, iaitu pemimpin rasmi/formal yang dilantik diberikan kuasa oleh pihak pemerintah, dan pemimpin tidak rasmi/formal yang diberikan pengesahan oleh anggota-anggota kelompok atas dasar-dasar tertentu. Dalam menentukan pemimpin itu, nilai-nilai sosial sebagai mana yang telah diterangkan tentang kedudukan sosial itu sangat penting menjadi pertimbangan. Sebagai pemimpin yang berkesan, adalah berasaskan kepada sejauhmana pemimpin itu dapat memenuhi jangkaan peranan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, pemimpin-pemimpin di peringkat kampung adalah seperti berikut: Pemimpin rasmi yang dilantik oleh golongan pemerintah, iaitu penghulu dan imam. Pemimpin tidak rasmi Orang-orang yang ahli dalam agama seperti guru agama. Orang-orang yang ahli dalam magis seperti bomoh, dukun. Orang tua dalam keluarga. Apabila masyarakat Melayu mengalami perubahan terdapat pemimpin-pemimpin baru di peringkat kampung, seperti guru, pegawai-pegawai kerajaan, orang kaya, orang politik dan seumpamanya. Kepimpinan di peringkat yang lebih luas, perlu dilihat dalam konteks penyusunan politik. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kedudukan golongan memerintah dan rakyat jelata ditentukan oleh keturunan darah. Raja mempunyai kuasa yang mutlak. Hubungan raja dan golongan memerintah dengan rakyat itu melibatkan nilai-nilai sosial. Nilai-nilai sosial yang terbina antara golongan memerintah dan rakyat.Taatsetia pembesar dan rakyat kepada raja yang memerintah. Konsep daulat dan derhaka. Keistimewaan raja darah keturunan, kuasa, ilmu, kebolehan dan sebagainya. Gaya hidup raja kuasa dan kekayaan. Hubungan raja dan rakyat itu memerlukan keharmonian dan kesetabilan. Islam sebagai teras atau asas tradisi budaya Melayu itu, secara simbolis apabila seorang raja itu ditabalkan maka ia berjanji dengan berpegang kepada ajaran al-Quran untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna. Rakyat memberikan taatsetia kepada pemimpin. Pemimpin juga menyedari tanggungjawab dan peranannya. Seorang rakyat yang engkar kepada suruhan raja bermakna ia derhaka. Tetapi raja yang zalim, tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna akan dikenakan pembalasan sewajarnya oleh Allah.Nilainilai sosial dan world-view itu sangat penting dalam menjamin keharmonian dan kesetabilan sosial.
zanas.wordpress.com/nilai-dan-norma-melayu/

cikgu-rozali.blogspot.com/.../nilai-dalam-budaya-mas

NILAI DALAM BUDAYA MASYARAKAT MELAYU- Muada bin Ojihi [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]
Abstrak Bahasa dan budaya Melayu sebagai asas kepada pembentukan tamadun Malaysia. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti nilai-nilai budaya masyarakat Melayu yang berteraskan kepada nilainilai agama Islam. Aspek nilai-nilai yang dikaji boleh dilihat dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kajian ini memilih nilai budaya masyarakat Melayu dalam asas pembentukan negara bangsa kerana terdapat unsur-unsur nilai yang penting. Walaupun negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan, namun kajian ini menitikberatkan nilai budaya masyarakat Melayu. Dalam dunia sekarang, nilai-nilai ini seakan-akan tercabar dengan kehadiran pelbagai pengaruh dari luar. Perubahan demi perubahan memberi kesan yang amat mendalam dalam nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Hasil kajian ini didapati daripada pelbagai bahan ilmiah dan rujukan yang berkaitan dengan nilai budaya masyarakat Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa asas kepada pembentukan negara bangsa Malaysia adalah pengaruh agama Islam. Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu menjadikan bahasa dan budaya Melayu menjadi semakin penting. Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia. Nilai bahasa dan budaya masyarakat Melayu perlu dipelihara dan dikembangkan untuk membentuk dan meneruskan masyarakat Malaysia yang harmoni dan sejahtera. PENGENALAN Pada saat perhatian hampir semua orang tertumpu pada globalisasi, dunia tanpa sempadan, dasar langit terbuka, ledakan maklumat, pencapaian taraf negara maju sepenuhnya menjelang 2020 dan segala agenda besar lain yang merangsang cita manusia, terasa ironis juganya bangsa apabila kita masih perlu berbicara tentang nasib dan martabat bahasa dan budaya Melayu. Dasar-dasar kenegaraan, termasuk Dasar Bahasa Kebangsaan, seharusnya tidak menjadi barang tawar menawar lagi, sesudah puluhan tahun dasar itu membuktik an hasilnya, baik dalam pemenuhan fungsi perlambangannya sebagai tanda kewujudan bangsa dan negara yang berdaulat, sebagai bahasa perpaduan, sebagai bahasa pendidikan. Namun, justeru kerana soal martabat bahasa dan budaya Melayu sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa dan negara masih terus-menerus menjadi atau dijadikan isu, maka ada kewajarannya kita terus membicarakannya. Bahasa mencakup banyak perkara, antaranya sistem komunikasi, alat berfikir, dan pemangkin untuk pembinaan ummah. Bahasa juga merujuk kepada pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda, yang membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita dan makna, serta dapat melaksanakan fungsi bahasa yang lain. Ini menunjukkan bahawa bahasa amat penting bagi kehidupan di alam ini. Nilai budaya merupakan nilai- nilai yang disepakati dan tertanam dalam suatu masyarakat, lingkup organisasi, lingkungan masyarakat, yang mengakar pada suatu kebiasaan, kepercayaan (believe), simbol-simbol, dengan karakteristik tertentu yang dapat dibedakan satu dan lainnya sebagai acuan prilaku dan tanggapan atas apa yang akan terjadi atau sedang terjadi. Nilai budaya akan tampak pada simbol-simbol, slogan, moto, visi misi, atau sesuatu yang nampak sebagai acuan pokok moto suatu lingkungan atau organisasi. Ada tiga hal yang terkait dengan nilai-nilai budaya ini iaitu : 1. Simbol-simbol, slogan atau yang lainnya yang kelihatan kasat mata (jelas) 2. Sikap, tindak laku, gerak gerik yang muncul akibat slogan, moto tersebut

3. Kepercayaan yang tertanam (believe system) yang mengakar dan menjadi kerangka acuan dalam bertindak dan berperilaku (tidak terlihat). Nilai budaya mencakup tradisi lisan, bahasa, festival budaya, ritus dan kepercayaan, muzik dan lagu-lagu, seni pertunjukan, pengubatan tradisional, literatur, makanan tradisional serta olah raga dan permainan tradisional. Budaya sesuatu masyarakat akan membezakan dengan masyarakat yang lain. Setiap masyarakat mempunyai nilai budaya yang tersendiri. Namun, terdapat banyak persamaan dari segi tujuan atau motif utamanya. Oleh itu, budaya masyarakat Melayu yang penuh dengan nilai-nilai yang tinggi dan tertib telah menjadi tonggak utama pembangunan negara Malaysia sebagai negara Islam dan demokrasi berparlimen. Justeru, menerusi kajian ini akan menjelaskan nilai peradaban masyarakat Melayu berteraskan nilainilai agama Islam dalam pembinaan negara bangsa. Kajian ini juga akan menghuraikan asas-asas nilai-nilai budaya masyarakat Melayu yang kini berhadapan dengan pengaruh luar dalam era globalisasi serta permasalahan yang dihadapi oleh bangsa Melayu dalam konteks negara bangsa. Kajian ini akan menumpukan kepada nilai-nilai murni yang terdapat dalam budaya masyarakat Melayu. Nilai murni masyarakat Melayu perlu ditittikberatkan kerana asas kepada perkembangan kebudayaan masyarakat Melayu di negara ini. Asas kepada nilai-nilai budaya masyarakat Melayu dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu yang telah membentuk budaya Melayu. Sejarah Ringkas Masyarakat Melayu Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan kepada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Dengan kepelbagaian kelompok sosial dan sub budaya yang membina masyarakat dan budaya Melayu yang lebih luas itu telah memberikan kekuatan yang menyatakan kekayaan khazanah budaya Melayu. Istilah Melayu merujuk kepada tiga pengertian atau dimensi yang berbeza, iaitu ras (genetik atau biologi), kebudayaan dan bahasa. Ras Melayu merujuk kepada sekumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri genetik yang sama dan yang berasal dari alam Melayu. Kebudayaan Melayu merujuk kepada pegangan dan amalan yang didasarkan kepada agama Islam dan adat resam masyarakat Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa yang dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu. Ia merangkumi subkeluarga seperti bahasa Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis dan Sulu. Selepas kedatangan Islam bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa terpenting di dunia (Osman Bakar, Azizan Baharudin, dan Zaid Ahmad, 2009: 6364). Masyarakat Melayu sudah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu. Amalan bermesyuarah dalam masyarakat Melayu diamalkan bersesuaian dengan cara kehidupan masyarakat yang menekankan nilai kesaksamaan antara ahli-ahlinya. Amalan ini lazimnya diamalkan dalam kalangan masyarakat desa manakala masyarakat bangsawan dan istana, raja atau sultan berkuasa mutlak. Selain daripada kemunculan nilai-nilai yang dibentuk sendiri dalam budaya Melayu, nilai-nilai baru juga diterima daripada interaksi dengan masyarakat luar. Perkembangan masyarakat Melayu selalu dikaitkan dengan kerajaan-kerajaan awal Melayu seperti Kerajaan Lembah Bujang (Kedah Tua), Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Majapahit, Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Kesultanan Johor dan seterusnya. Nilai-nilai masyarakat Melayu tergambar dalam setiap perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu. Kedatangan agama Hindu, Buddha dan Islam telah memantapkan lagi nilai-nilai yang sedia ada. Pandangan Semesta Alam Masyarakat Melayu Bagi mengkaji nilai dalam budaya masyarakat Melayu, adalah penting untuk melihat secara ringkas pengaruh-pengaruh yang membentuk budaya masyarakat Melayu. Sebelum kedatangan Islam, agama Hindu atau Buddha telah bertapak di dalam kehidupan masyarakat di Kepulauan Melayu. Pengaruh agama Hindu atau Buddha telah memberi kesan yang amat dalam dan kuat terutama sekali dalam sistem politik, sosial, ekonomi dan pemikiran masyarakat Melayu. Kedatangan Islam dikatakan telah memantapkan keseluruhan Pandangan Semesta Melayu. Pandangan dunia Melayu

(Malay World view) dilihat dari pelbagai aspek iaitu merangkumi pandangan terhadap: (Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law Nguik Hung, Tamadun Islam dan Asia, 2008: 57) a) Alam nyata yang meliputi pandangan dan cerapan (persepsi) terhadap objek alam seperti laut, sungai, hutan dan gunung. b) Alam ghaib yang meliputi makhluk ghaib, alam selepas mati dan konsepsi kuasa atau tenaga dalam alam seperti semangat, nyawa dan roh. c) Sesama manusia yang meliputi pandangan terhadap orang lain dalam rangka hubungan kitamereka (we-they) Dalam budaya masyarakat Melayu, pelbagai upacara agama dilakukan yang menggambarkan interaksi manusia dengan kuasa ghaib. Penggunaan pelbagai lambang seperti bulan bintang juga melambangkan hubungan manusia dengan agama Islam. Cerita penglipur lara juga tidak hilang dalam budaya masyarakat Melayu. Amalan berpantun, pepatah, perbilangan dan sebagainya menggambarkan kebudayaan Melayu yang tinggi nilainya. Sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Melayu mengamalkan kepercayaan animisme dan dinamisme. Animisme adalah percaya kepada setiap benda ada jiwa, roh dan semangat. Dinamisme pula, kepercayaan kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau benda-benda yang boleh mendatangkan kesan baik dan buruk. Kedatangan Hindu atau Buddha telah menjadikan upacara keagamaan masyarakat Melayu lebih rapi dan formal. Kesan yang jelas sekali ialah pemisahan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata. Dan ini telah menular dalam budaya masyarakat Melayu. Kedatangan agama Islam telah memberi jawapan terhadap kejadian alam, memantapkan keseluruhan pandangan semesta Melayu dan tertumpu kepada Tuhan (God-Centered) (Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law Nguik Hung, Tamadun Islam dan Asia, 2008: 60) Budaya masyarakat Melayu terbina dengan semulajadi sejak awal lagi. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh agama Hindu atau Buddha dan agama Islam telah mengukuhkan lagi sistem kepercayaan, kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu. 314 Pengaruh Agama Islam Dalam Masyarakat Melayu Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat Melayu. Kesan dan pengaruh kedatangan Islam dalam kebudayaan Melayu dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti, akidah, politik, sosial, undang-undang, ekonomi, kesenian, bahasa dan sastera serta pendidikan. Nilai-nilai keislaman dalam budaya Melayu amat jelas sekali. Agama Islam telah mengubah bentuk kepercayaan, corak hidup dan pandangan semesta masyarakat Melayu. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar keada kepercayaan kepada Allah S.W.T dan rasul-Nya. Walaupun Islam telah bertapak kuat alam kehidupan masyarakat Melayu, ini tidak bermakna kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha berjaya dikikis sepenuhnya daripada kehidupan masyarakat Melayu. Masih terdapat banyak petunjuk yang menggambarkan masyarakat Melayu terpengaruh dengan unsur-unsur sebelum kedatangan Islam. Proses Sosialisasi dan Pembudayaan dalam masyarakat Melayu Sosialisasi merujuk kepada proses mempelajari aspek-aspek kemasyarakatan atau perkara-perkara yang diamalkan dalam masyarakat supaya seseorang itu dapat berfungsi dalam masyarakatnya. Pembudayaan (enculturation) merujuk kepada proses penerapan unsur-unsur budaya supaya seseorang bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai masyarakatnya. (Nadiah bt Abdul Rahman dan Priscilla law Nguik Hung, 2008:70). Kedua-duanya bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya Melayu. Keutamaan orang Melayu dalam proses sosialisasi dan pembudayaan ialah pembentukan jati-diri serta peribadi Melayu yang baik, berakhlak dan berbudi. Proses ini telah menanam nilai budaya yang kuat dalam masyarakat Melayu. Antara agen yang penting dalam proses ini ialah keluarga, kelompok, sekolah sekular dan agama, maktab-maktab dan universiti-universiti. Pembentukan budaya masyarakat Melayu mempunyai asas yang kukuh. Asas utama ialah agama Islam. Masyarakat Melayu akan mengazankan (membacakan kalimah azan)

kepada bayi lelaki dan mengqamatkan bayi perempuan (membacakan kalimah qamat). Budaya ini telah dilakukan sejak kedatangan Islam ke Alam Melayu sejak dahulu lagi. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan seruan azan, kalimah syahadah dan untuk meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi. Asas kedua pula ialah mengamalkan dan mengekalkan adat turun menurun. Ini adalah amalan yang dilakukan sekian lama atas pengaruh Islam dan Arab. Konsep adat memancarkan hubungan mendalam serta bermakna antara manusia dengan alam sekitarnya, termasuk alam tabii, alam sosial dan alam ghaib. Gabungan Islam dan adat terdapat dalam semua upacara kitaran hidup masyarakat Melayu seperti mencukur rambut, turun tanah atau mencecah tanah, membela mulut serta berkhatan. Antara unsur-unsur Islam yang diterapkan secara berterusan ialah kanak-kanak diajar konsep dosa, pahala, haram dan halal. Begitu juga dengan kanak-kanak diajar sembahyang, berpuasa dan mengaji al-Quran. Kesemua ini telah membentuk nilai budaya masyarakat Melayu yang tinggi sehingga kini. Terdapat beberapa daya kreativiti budaya masyarakat Melayu yang dapat dilihat melalui penggubalan peribahasa dan kata perbilangan yang bertujuan sebagai panduan, teladan dan sempadan dalam proses sosialisasi. Contohnya: i. Seperti ayam mematuk anaknya ii. Tatkala rebung hendak dilentur jangan dinantikan menjadi aur iii. Bapa borek anak rintik iv. Seperti ketam mengajar anak berjalan lurus v. Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari Pemikiran Masyarakat Melayu Pemikiran adalah perilaku penyelesaian masalah. Manusia mula berfikir sebagai daya usaha untuk penyesuaian diri dengan alam sekeliling. Kenyataan ini amat relevan dalam konteks pemikiran Melayu tradisional. (Che Ibrahim Salleh, Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, 2008: 35). Masyarakat Melayu mengalami perubahan alam pemikiran secara evolusi bermula dengan pegangan kepada konsep kepercayaan Paganisme, Animisme, Hindu, Buddha, Islam, dan sekularisme. Dalam hal ini, pegangan masyarakat Melayu turut dipengaruhi oleh konsep-konsep kepercayaan tersebut. Perubahan ini menunjukkan alam pemikiran Melayu terbuka. Seandainya proses penyesuaian tidak dilakukan, mungkin berlaku pertentangan dan konflik budaya akan menyebabkan berlakunya permusuhan dan penolakan terhadap konsep yang cuba diterapkan. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa unsur rasionalisme dan intelektualisme ke dalam penghidupan masyarakat Melayu. Perubahan yang jelas sekali ialah mengubah kepercayaan masyarakat Melayu dari kepercayaan yang mempersekutukan Allah kepada agama mentauhidkan Allah. Islam sebagai agama sejagat yang merangkumi keseluruhan cara hidup, sudah tentu membawa perubahan keseluruhan pemikiran masyarakat Melayu. Demikianlah hubungan Islam dengan masyarakat Melayu ketika awal kedatangannya sehingga meninggalkan kesan dalam jiwa bangsa Melayu. Kini Islam dan Melayu sudah menjadi suatu sinonim yang tidak dapat dipisahkan. Masyarakat Melayu dalam ilmu pengetahuan tidak lagi terkongkong di istana dan kalangan golongan bangsawan, seperti zaman Hindu-Buddha, tetapi disebarkan juga dalam kalangan rakyat jelata melalui pendidikan dan pengajaran di masjid, surau, madrasah dan pesantren. Penumpuan ilmu pengetahuan dan persuratan bukan lagi menekankan aspek estetik, romantik, ketakjuban, daya khayalan dan imaginasi, tetapi kepada yang lebih rasional, akali dan intelektual, cetusan dan dorongan secara langsung daripada al-Quran dan hadis yang menekankan kewarasan, kerasionalan berasaskan akal budi dan ilmu yang sahih dan nyata. Proses ini telah membentuk alam pemikiran masyarakat Melayu termasuk budayanya. Asas Nilai Pembentukan Kebudayaan Melayu

Memandangkan kebudayaan mencakupi segala bidang kehidupan manusia, adalah penting untuk membincangkan secara ringkas aspek sosial, politik, adat dan istiadat, serta ekonomi. Aspek ini hampir menerangkan kebudayaan masyarkat Melayu sehingga kini. Aspek sosial meliputi kepercayaan dan agama sejak pra-sejarah hingga kedatangan Islam, struktur masyarakat, perhubungan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Aspek budaya politik termasuklah konsep raja dan kerajaan yang melibatkan asal keturunan raja, kebesaran, taat setia rakyat dan penubuhan sesebuah kerajaan atau negeri serta sistem pemerintahan. Aspek kebudayaan juga menyentuh adat istiadat yang merupakan undang-undang dan peraturan seperti pertabalan, perkahwinan dan kematian. Disini bentuk serta perlaksanaan adat istiadat akan dititikberatkan. Aspek ekonomi merujuk kepada ekonomi tradisional yang sering dikaitkan dengan orang Melayu seperti ekonomi sara diri (secukup hidup). Pendedahan dan penyesuaian masyarakat Melayu dengan budaya baru dari luar telah mengubah nilai budaya mereka. Namun bukan semua yang mengalami perubahan. Aspek kepercayaan animisme masih lagi dikekalkan. Pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Akidah Islam Nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat dalam agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa, perumpamaan dan pepatah-pepatih. Terdapat pelbagai perkara yang boleh dibuat untuk menunjukkan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Pengaruh kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu banyak mengubah budaya Melayu. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Ia melibatkan asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kepada kehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala yang dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah S.W.T. adalah sebahagian daripada cara bagaimana orang Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini, pandangan semesta masyarakat Melayu berunsurkan tradisional disesuaikan dengan dasar-dasar akidah Islam. Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin Sejarah masyarakat Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat Melayu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-menurun yang diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke hari ini. Ini membuktikkan bahawa budaya masyarakat Melayu amat menghormati pemimpin. Nilai ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan atau Raja telah menjadi sebahagian budaya orang Melayu. Nilai inilah yang membentuk budaya masyarakat Melayu menjadi orang yang berdisiplin. Dalam agama Islam pemimpin adalah khalifah Allah S.W.T. di muka bumi. Dalam pepatah Melayu: Ada raja adat berdiri, Tiada raja adat mati Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Biar mati anak, jangan mati adat dan, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Berpegang Teguh kepada Adat Resam Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuk pantang-larang dan adat isitadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-menurun. Antara adat istiadat yang masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian. Orang Melayu memahami kedaulatan hukumhukum adat sejak dahulu lagi dan mematuhinya. Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, adat dikelek dan hukum dijunjung. Terdapat beberapa upacara rites de passage gabungan unsur Islam dan adat diadakan pada hampir setiap tahap kitaran hidup. Contohnya, sebelum seseorang itu dilahirkan lagi, berbagai-bagai pantang larang diikuti. Ibu yang mengandung dilarang melakukan

perbuatan yang buruk atau keji. Dengan berbuat demikian, dipercayai anak yang bakal dilahirkan sedikit sebanyak mewarisi perangai kedua-dua ibu bapaya (yang dilakukan semasa ibu mengandungkannya). Memuliakan yang Tua Dalam masyarakat Melayu, menghormati dan memuliakan orang yang tua adalah satu nilai yang jelaskan sekali berlaku. Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding orang-orang muda. Pengalaman adalah sesuatu yang sentiasa dipandang penting dalam masyarakat Melayu. Golongan muda digalakkan merantau untuk mencari pengalaman lain. Dalam konteks Islam, Baginda S.A.W. tidak mengiktiraf umat yang tidak menghormati orang yang tua dan menyayangi orang yang orang muda. Menghormati dan mendengar nasihat orang tua, orang muda tidak akan melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup mereka. Apa yang penting ialah kerjasama antara orang muda dengan orang tua harus dipupuk untuk menjamin keharmonian masyarakat sekeliling. Saling Menghormati Salah satu nilai budaya orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang Melayu saling menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang Melayu digalakkan memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang yang tidak membalas penghormatan yang diberi akan dipandang rendah. Meraikan Tetamu Meraikan tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melyu. Mengikut ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan dengan sebaik mungkin, malah tuan rumah disunatkan berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri demi menjaga dan menghormati tetamu. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya. Bertimbang Rasa Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan. Sikap bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu tidak mementingkan perasaannya semata-mata. Pemikiran ini memerlukan kita tidak mengikut perasaan sahaja, ia memerlukan pertimbangan perasaan orang lain. Nilai bertimbang rasa ini adalah salah sifat terpuji dalam Islam. Dalam masyarakat Melayu kini, orang muda haruslah meminta kepada orang tua sesuatu yang termampu dan tidak melampau. Begitu juga, dengan permintaan terhadap rakan-rakan, seharusnya rasional dan wajar. Setiap permintaan dan kelakuan harus ada timbang rasa. Budaya inilah yang akan menaikkan masyarakat Melayu. Bersopan Santun atau Berbudi Pekerti Nilai ini membentuk masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan santun dan berbudi pekerti adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang berkaitan dengan beradab (atau civilized). Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus (atau refined) budi pekertinya, manakala yang tidak beradab dianggap kasar. Sesuai dengan penegasan Nabi S.A.W. bahawa: Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Islam menganjurkan pengikutnya sentiasa bercakap benar dan melarang pembohongan. Begitu juga di bidang penulisan, terutama dalam konteks laporan berita, isi karya yang dihasilkan mestilah benar dan tidak mengandungi penyelewengan. Ia harus membantu dalam meninggikan pemikiran masyarakat. Dalam berpakaian, selain bersih, Islam juga menekankan pentingnya menutup aurat. Namun, sesetengah orang Melayu/Islam moden gemar mengamalkan budaya dedah.

Pendidikan moral memang sesuai untuk membentuk masyarakat lain yang sopan. Tetapi, masyarakat Melayu dan Islam amnya amat perlukan pendidikan Islam. Untuk membina masyarakat sopan, kita harus mulakan dari institusi keluarga. Ibubapa memainkan peranan penting kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa menjadi orang berguna. Tugas utama mereka ialah memastikan keharmonian keluarga dan tidak bercerai-berai. Sekitaran yang harmoni dapat merangsang perkembangan mental dan rohani anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Misalnya, mereka tidak harus bertengkar di hadapan anakanak kerana ini akan menjejas jiwa anak-anak mereka. Banyak masalah sosial yang melanda masyarakat berpunca daripada kelalaian ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Oleh itu, ibubapa Melayu/Islam perlu menilai kembali pegangan hidup mereka demi mengekalkan citra sopan Melayu. Bekerja bersungguh-sungguh Masyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga sebahagian daripada ajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan halal dan kesungguhan bekerja. Mengikut pemikiran ini, hasil pekerjaan kita akan menjadi sebahagian daripada darah daging kita dan juga ahli keluarga kita. Apabila kita melakukan perkerjaan yang haram atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan sempurna, perkara yang tidak elok akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri dan ahli keluarga. Ia mampu untuk membuatkan kita menjadi orang yang tidak elok. Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa Allah S.W.T. amat menyukai mukmin yang tekun dan teliti apabila menunaikan satu-satu pekerjaan yang diamanahkan. Terdapat pemimpin Negara kita yang mengutamakan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Antaranya, Perdana Menteri Malaysia Kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau sentiasa mengingatkan masyarakat agar menerapkan nilai ini dalam kerjaya. Bergotong-royong Salah satu nilai budaya masyarakat orang Melayu ialah melakukan sesuatu perkerjaan dengan bergotong-royong kehidupan secara berkumpalan. Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan rumah ibadat dan tanah perkuburan. Masyarakat Melayu kini, masih lagi giat bergotong-royong dalam melaksanakan apa sahaja untuk kepentingan masyarakat sekeliling. Antara sifat masyarakat Melayu ialah dalam membersihkan masjid, surau dan sebagainya. Dalam membersihkan masjid, amalan ini dilakukan sejak awal kedatangan Islam di Alam Melayu. Sifat ini menggambarkan budaya Melayu sentiasa bersatu padu dalam apa jua cabaran dan halangan. Bermesyuarah dan Bermuafakat Nilai masyarakat Melayu iaitu bermesyuarah ataupun bermuafakat adalah cara bagaimana masyarakat Melayu cuba mencapai persetujuan ramai. Orang Melayu selalu menyebut Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Orang ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat. Sesuai dengan perintah Allah SWT dalam al-Quran : Supaya sentiasa bermesyuarat dalam semua urusan hidup mereka (surah al-Syura, ayat 38) Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim Dalam budaya masyarakat Melayu adalah satu perkara penting yang harus diketahui oleh masyarakat kini iaitu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti, datuk, nenek, along, angah, pak cik dan mak cik. Apa yang paling jelas sekali ialah cara bagaimana mengikat hubungan silaturahim orang Melayu. Orang Melayu bersifat bekerjasama dalam mengadakan kenduri kendara dan saling ziarah

menziarahi. Amalan ini amat berkesan dalam memupuk ikatan kekeluargaan malah dalam persahabatan. KESIMPULAN Nilai bahasa dan budaya adalah amat penting dalam pembentukan negara bangsa. Adalah penting untuk mempertahankan nilai-nilai yang dimiliki oleh masyarakat setempat. Sebagai sebuah negara bangsa yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama seharusnya memiliki pelbagai nilai dan norma. Hal ini dapat diperhatikan dalam perlakuan-perlakuan harian masyarakat setempat. Bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi pembentukan tamadun Malaysia hingga kini. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan perlakuan seseorang dalam meletakkan kedudukannya dalam masyarakat. Seperti yang telah dibincangkan dalam kajian ini, pengaruh agama Islam terhadap masyarakat Melayu amat mendalam sekali. Sehingga membentuk sebuah masyarakat yang memiliki nilai-nilai yang jelas dalam kehidupan harian. Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu telah menaikkan martabat bahasa dan budaya masyarakat Melayu sehingga kini. Nilai utama Islam yang berasaskan akidah telah membentuk nilai ketaatan dan keimanan kepada Allah S.W.T. sehingga membentuk nilai-nilai baru dalam budaya Melayu. Dalam membina peradaban bangsa Malaysia menjelang 2020, apa yang pasti ialah budaya dan nilai luhur yang wujud dalam agama Islam dan budaya orang Melayu perlu diperkasakan dan dijadikan sebagai teras kepada pembentukan dan pembinaan bangsa Malaysia dan Negara Malaysia. Ini kerana Melayu pernah membuktikan kepada dunia bahawa mereka pernah mengecapi zaman kegemilangan lantaran berpegang teguh dan menghayati sepenuhnya agama Islam. Dalam konteks negara bangsa, adalah amat penting bagi masyarakat kini menilai dan menghayati kembali nilai-nilai dalam budaya Melayu yang telah menjadi asas dalam pembentukan tamadun Malaysia. Sebagai sebuah negara yang majmuk, seharusnya kerjasama dan toleransi amat penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian. Penerapan nilai bahasa dan budaya Melayu perlu dilaksanakan oleh semua pihak dan pelbagai bidang. Walaupun amat dititikberatkan dalam pendidikan Islam dan Moral dalam pembelajaran, namun institusi lain juga harus menerapkan nilai-nilai tersebut. Semua pihak haruslah berganding bahu bagi mengekalkan nilai-nilai budaya yang selama ini menjadi asas bagi keharmonian dan ketamadunan negara Malaysia. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Keenam haruslah diiringi dengan penerapaan nilai-nilai budaya Melayu. Begitu juga dengan nilai-nilai budaya masyarakat yang lain. Saling menghormati dan terbuka akan meningkatkan lagi keharmonian masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, adalah satu kepentingan untuk memupuk nilai- nilai budaya masyarakat Melayu kepada masyarakat zaman sekarang supaya dapat mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia. Untuk mengulangi zaman kegemilangan Melayu ketika dahulu, generasi hari ini perlu kembali memahami dan menghayati agama Islam dalam erti kata yang sebenar kerana Islam adalah dinamik dan progresif.

cikgu-rozali.blogspot.com/.../nilai-dalam-budaya-mas

Anda mungkin juga menyukai