Anda di halaman 1dari 26

NILAI TRADISIONAL DAN

PERUBAHAN NILAI
TRADISIONAL
MASYARAKAT DI
MALAYSIA
NURUL SYAZWANI BINTI AWANG NOORDIN
PISMP BAHASA MELAYU 1

PENGENALAN
Nilai didefinisikan sebagai kayu ukur
seseorang individu tentang sesuatu perlakuan
baik atau buruk, kasar atau halus, tinggi atau
rendah, berasaskan kepada kelakuan yang
yang telah menjadi kebiasaan atau kelaziman
yang dikongsi bersama dan telah disahkan
oleh masyarakat kedudukan nilai tersebut.
(Wan Abdul Kadir ,2007)
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, nilai juga
didefinisikan taksiran harga, harga sesuatu
yang dibandingkan dengan harga yang lain,

Masyarakat pula bermaksud


sekumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan
aturan dan cara tertentu.
Kesimpulannya, nilai masyarakat
membawa erti satu amalan atau
kayu ukur bagi mengukur satu
perlakuan yang diamalkan oleh
sekumpulan manusia yang hidup
bersama.

NILAI TRADISIONAL
MASYARAKAT DI
MALAYSIA

MASYARAK
AT MELAYU

NILAI
TRADISIONAL
MASYARAKAT DI
MALAYSIA
MASYARAK
AT INDIA

MASYARAK
AT CINA

NILAI TRADISIONAL
MASYARAKAT MELAYU
Masyarakat Melayu merupakan
masyarakat yang kaya dengan nilai dan
adat tradisional yang diamalkan.
Nilai tradisional masyarakat ini
dipengaruhi oleh nilai dan akhlak yang
ditekankan oleh agama Islam kerana
agama Islam merupakan agama yang
dianuti oleh majoriti masyarakat Melayu di
Malaysia.

Antara nilai tradisional yang


diamalkan oleh masyarakat Melayu
ialah :
i. Kesetiaan yang tidak berbelah
bahagi kepada pemerintah atau
kuasa autoriti.
Sebagai rakyat, mereka menumpukan
sepenuh taat setia mereka kepada
pemerintah dan sentiasa memandang
tinggi pemerintah mereka.

ii. Nilai kerjasama dan gotong-royong


Apabila sesuatu majlis atau acara
berlangsung, masyarakat Melayu akan
saling bantu-membantu dan bekerjasama
dalam menjalankan tugas yang diagihkan.
iii. Nilai bersusah-susah dahulu, bersenangsenang kemudian
Nilai ini dapat dilihat dengan jelas melalui
perlakuan mereka yang sanggup
bertungkus-lumus mengharungi kesusahan
dalam usaha mengecapi kesenangan di
kemudian hari kelak.

iv. Nilai berjimat-cermat


v. Nilai menghargai masa
vi. Nilai sikap teliti dalam melaksanakan
sesuatu pekerjaan
vii.Nilai budi bahasa dan nilai
mementingkan pembangunan
sahsiah
Darjat seseorang diukur melalui budi
pekertinya dan sahsiahnya serta
kemuliaan perwatakannya bukannya
melalui kedudukan sosial yang tinggi dan
kekayaan material.

NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT


CINA
Dalam kalangan masyarakat Cina pula, nilai yang
diamalkan tidak menekankan nilai keagamaan.
Masyarakat Cina menyatukan dan menyesuaikan
pelbagai sistem kepercayaan yang berbeza ke
dalam kehidupan seharian mereka.
Mereka lebih mementingkan kejayaan dan
pencapaian materialistik berbanding pencapaian
rohaniah serta sahsiah.

Masyarakat Cina mempercayai bahawa asas


kepada perhubungan keluarga yang harmonis
dan stabil adalah bergantung kepada pengurusan
hubungan manusia dan ekonomi yang sedia ada.
Antara nilai yang diamalkan masyarakat Cina
ialah:

i. Nilai kekayaan
Kekayaan bukan sahaja memainkan peranan
penting dalam memotivasikan orang Cina mencari
dan mengecapi kekayaan namun ia juga
merasionalisasikan ketiadaan pengaruh sosial
adalah implikasi daripada tiadanya kekayaan

ii. Ketaatan kepada ibu bapa dan


menghormati ibu bapa
Mereka beranggapan ibu bapa merupakan
sumber utama kepada teras pembentukan nilai di
dalam diri mereka.

iii. Nilai persahabatan


Mereka beranggapan bahawa nilai persahabatan
bukan terletak pada rakan yang makan dan minum
bersama tetapi terletak pada rakan yang tidak
bergantung kepada soal makan dan minum.

iv. Nilai keikhlasan

v. Nilai berdikari
Masyarakat Cina tidak suka kepada
individu yang sering bergantung harap
kepada orang lain.

vi. Nilai mementingkan pendidikan


vii.Nilai ketelitian dalam merancang
kehidupan sendiri

NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT


INDIA
Masyarakat India di Malaysia juga tidak jauh
berbeza dengan masyarakat Cina.
Mereka amat mementingkan pencapaian
lahiriah yakni kekayaan material berbanding
pencapaian rohaniah.
Masyarakat India di negara ini juga berpecah
kepada beberapa kelompok kecil mengikut
bahasa, agama, kelas serta kasta.

Masyarakat ini dipengaruhi oleh sistem nilai


yang berpunca daripada gagasan agama dan
metafizikal tertentu seperti dharma dan
karma.
Antara nilai yang diamalkan oleh masyarakat
India ialah:

i. Nilai kekeluargaan
Keluarga mendapat tempat yang paling
penting dan utama dalam struktur sosial
masyarakat India kerana mereka menganggap
keluarga sebagai sebuah institusi yang suci .

ii. Nilai memelihara hubungan sesama


manusia
Mengamalkan amalan menghormati
orang tua, pemimpin, guru, orang
terpelajar dan sebagainya. Masyarakat
India diminta untuk sentiasa
berhubungan baik dengan semua dan
mengelakkan kehidupan yang
memencilkan diri.

PERUBAHAN
NILAI DALAM
MASYARAKAT

Ekoran daripada ledakan era


globalisasi dan pembangunan pesat
yang kian berleluasa, nilai yang
diamalkan di dalam masyarakat
mengalami perubahan yang amat
drastik.
Pengamalan nilai di dalam kehidupan
seharian kini dipandang enteng, dan
masyarakat kini lebih gemar
mengejar pembangunan lahiriah
berbanding pembangunan rohaniah.

Perubahan nilai ini dapat dilihat melalui:


i. Sikap bena tak bena masyarakat terhadap keunggulan
autoriti dan memandang enteng terhadap ketaatan
serta penghormatan terhadap keluarga atau orang tua
dalam hubungan keluarga dan sosial.
ii. Sikap individualisme masyarakat yang hanya
mementingkan kepentingan diri sendiri dan tidak
mengambil kisah terhadap keadaan dan kebajikan
orang lain.
iii. Penghakisan nilai kemanusiaan dalam diri individu
yang mengakibatkan gejala sosiak dan pelbagai kes
jenayah semakin menular.

FAKTOR PERUBAHAN
NILAI DALAM
MASYARAKAT

Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan


perubahan nilai dalam masyarakat di Malaysia.
Antaranya ialah:

i. Perubahan dan ledakan maklumat tanpa batas


Media massa kini dipengaruhi oleh pengaruh
negatif seperti keganasan, pornografi, gaya hidup
bebas dan pelbagai gejala tidak sihat yang lain.

ii. Perubahan ideologi dan politik


Keadaan ini dapat dilihat melalui perbezaan nilai
patriotisme masyarakat sebelum merdeka
dengan masyarakat selepas merdeka.

iii. Perubahan persekitaran operatif


masyarakat
Pertukaran ini dilihat melalui
perkembangan arus kemodenan yang
kian pesat berlaku.

LANGKAH MENGATASI
PERUBAHAN NILAI
DALAM MASYARAKAT

Antara langkah penyelesaian yang diambil


bagi mengatasi perubahan nilai adalah:
i.

Pihak autoriti dan pemimpin hendaklah


menegaskan tentang kepentingan nilai moral,
kepentingan mematuhi undang-undang,
peraturan dan disiplin dalam kalangan pelajar
dan belia.

ii. Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Moral di


sekolah menengah dan rendah
iii. Pemimpin negara juga seharusnya cuba
menerapkan nilai murni di pejabat kerajaan.

iii. Penekanan nilai-nilai kebangsaan dalam


perlembagaan dan pentadbiran oleh pihak
autoriti.
iv. Individu hendaklah sentiasa bersifat
progresif dan memiliki pemahaman positif
serta mengamalkan hubungan
kemanusiaan yang baik.
v. Penekanan nilai kemanusiaan

KESIMPULAN
Kesimpulannya, perubahan nilai yang berlaku
di negara kita menghakis nilai-nilai tradisional
yang sedia ada. Perubahan nilai ini juga
mengakibatkan implikasi negatif kepada
masyarakat sendiri, dan ianya juga mempengaruhi
keamanan dan perpaduan negara. Oleh itu, semua
pihak seharusnya berganding bahu dalam
berusaha mengekalkan pengamalan nilai di dalam
masyarakat dan individu dalam usaha
mengekalkan keamanan dan perpaduan negara
serta memastikan negara maju baik dari segi
pencapaian lahiriah mahupun rohaniah.

Anda mungkin juga menyukai