Anda di halaman 1dari 32

BAB 7

NILAI MURNI GURU

PENGENALAN
Nilai murni didefinisikan sebagai perlakuan
yang baik, adab dan tatasusila individu dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan
Tuhan. Dalam bidang pendidikan, penerapan
nilai murni diberi penekanan secara rasmi
melalui Laporan Kabinet

Nilai murni merangkumi semua nilai baik yang


diterima oleh masyarakat dan ia tidak
bercanggah atau bertentangan dengan agama
yang menjadi pegangan untuk setiap individu.
Nilai murni merangkumi nilai moral dan nilai
bukan moral (seperti ekonomi dan politik)

KONSEP NILAI
Nilai adalah sesuatu yang kompleks. Ianya
merangkumi semua perkara yang patut, betul,
sempurna, disukai dan diterima oleh agama
dan masyarakat di dalam sesebuah negara.
Nilai merupakan perkara yang subjektif yakni
sesuatu yang tidak boleh diukur, tetapi
menjadi pegangan kepada kelompok
masyarakat sama ada nilai itu dikatakan baik
atau buruk

Nilai terhasil daripada keinginan individu untuk


mendapatkan sesuatu yang baik untuk dirinya
dan tidak bertentangan dengan kehendak dan
keinginan masyarakat.
Nilai berkaitrapat dengan peraturan yang patut,
wajar, mesti dilalui dan dilakukan untuk mencapai
matlamat yang diinginkan.
Nilai tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan
manusia. Hal ini berlaku kerana nilai merupakan
tenaga pendorong bagi membentuk kelompok
yang dipandang tinggi dan disanjungi.

Nilai juga dikaitkan dengan aspek afektif atau


perasaan. Individu itu dikatakan baik, bagus,
berbudi pekerti kerana tindakannya dilihat
bersesuaian dengan perasaan orang lain iaitu
tidak menimbulkan kemarahan, rasa tidak
selesa dan kecil hati.
Nilai murni boleh dipecahkan kepada
beberapa kelas mengikut kumpulan,
keperluan kepada manusia dan hubungan
antara nilai. Keadaan ini wujud kerana
perbezaan kumpulan atau kelompok memberi
kesan kepada nilai.

Nilai seseorang individu bermula daripada


nilai yang diterapkan dalam institusi keluarga.
Nilai keluarga merupakan kumpulan besar jika
dibandingkan dengan nilai peribadi.
Dalam kehidupan, nilai sangat dititikberatkan
kerana setiap nilai mempunyai makna yang
tersendiri. Antaranya, nilai kebendaan,
ekonomi, moral, sosial, politik, estetika,
agama, intelek, profesional, sentimental (kasih
sayang).

Dalam melihat nilai dalam diri seseorang


individu, setiap nilai mempunyai hubungan
dengan nilai yang lain.
Konsep nilai murni meliputi semua perkara
yang baik, wajar, dan patut dilakukan oleh
setiap individu.
Sebagai seorang guru, nilai murni yang unggul
mesti ditanam dan diamalkan di dalam
kehidupan bagi menjamin pembentukan
sahsiah diri pelajar dapat dibina dengan
cemerlang dan tidak bertentangan dengan
nilai-nilai masyarakat

PERUBAHAN NILAI
Nilai boleh berubah daripada satu generasi kepada
generasi.
Perubahan nilai berlaku melalui perkembangan
pengetahuan dan perubahan maklumat yang
mempengaruhi individu, kumpulan, masyarakat dan
persekitaran.
Perubahan ideologi juga menyebab nilai patriotism
menjadi lemah tidak seperti di zaman penjajahan
Jepun, British dan Bintang Tiga. Perubahan terhadap
situasi politik menyebabkan masyarakat bosan dan
menganggap politik kotor dan tidak mempunyai nilainilai murni

Dalam konteks pendidikan, guru perlulah


mengadaptasikan nilai-nilai murni
bersesuaian dengan perubahan semasa.
Nescaya guru tersebut disenangi dan menjadi
teladan kepada guru-guru lain dan juga muridmurid disekolah, serta ibu bapa dan
masyarakat sekitarnya

NILAI-NILAI MURNI SEJAGAT


Setiap kelompok masyarakat mempunyai nilai
yang menjadi pegangan dan asas kehidupan
mereka.
Kepercayaan dan pegangan nilai ini pada asasnya
adalah sama pada setiap bangsa, agama dan
warna kulit kerana ia membawa kebaikan untuk
semua.
Pegangan nilai yang sama yang tidak mengenal
bangsa, agama dan warna kulit serta sempadan
negara ini disebut sebagai nilai-nilai murni sejagat

KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI


SEJAGAT
Nilai-nilai murni sejagat yang menjadi
pegangan dan amalan masyarakat seluruh
dunia seperti menghormati orang lain,
penerimaan, dan keselamatan telah
menyumbang kepada keamanan dan
keharmonian.

Tanpa adanya nilai murni yang sejagat, rasuah,


perjudian, rompakan, masalah sosial, jenayah
kolar putih dan sifat kebendaan akan berleluasa.
Dengan adanya nilai sejagat yang dipersetujui
bersama, maka garis panduan untuk bertingkah
laku akan diperoleh.
Dalam konteks Malaysia, nilai murni ditekankan
dan difahami mengikut rumpun bangsa masingmasing. Nilai-nilai tradisional Melayu luar bandar
masih kukuh dipertahankan. Mengikut Miller
(1965) Orang Melayu merupakan masyarakat
yang paling bersopan dalam dunia.

Enam Belas Nilai Sejagat


BAIK HATI
SEMANGAT
BERMASYARAKAT

BERDIKARI

RASIONAL

HEMAH TINGGI

KESYUKURAN

HORMAT

NILAI
MURNI

KESEDERHANAAN

KASIH SAYANG

KERJASAMA

KEADILAN

KERAJINAN

KEBEBASAN

KEJUJURAN

KEBERANIAAN
KEBERSIHAN
FIZIKAL DAN
MENTAL

PENDEKATAN NILAI BITARA


Apa Itu Nilai Bitara?
Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada
tolok bandingannya dan lain dari yang lain.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
menggariskan enam nilai yang membentuk
personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf
dan juga para pelajar UPSI

ENAM NILAI BITARA


iNTEGRITI

KREATIF DAN
INOVATIF

PROFESIONAL

NILAI
BTARA
UPSI
PRIHATIN
KEBAJIKAN
ANGGOTA

SEMANGAT
BERPASUKAN

BERORIENTASIKAN
PELANGGAN

NILAI BITARA INTEGRITI


Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki
secara konsisten bagi mendokong prinsip
moral tinggi atau tahap profesionalisme. Ianya
merupakan satu kesatuan yang tidak boleh
dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh
dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu
pemilikan kualiti yang konsisten.

Nilai Bitara UPSI 1: Integriti


TELUS

AKAUNTABILITI

INTEGRITI

AMANAH

ADIL

NILAI BITARA PROFESIONAL


Profesional merujuk kepada kemampuan dan
kemahiran dalam profesion serta melibatkan
kemahiran dan kecekapan. Nilai ini bermaksud
melatih diri agar mencapai tahap kompetensi
yang dikehendaki. Guru juga harus
memahirkan diri dengan teknik pengajaran
berkesan

Nilai Bitara UPSI 2.

Profesional

BERETIKA

KOMPETEN

PROFESIONAL

CINTA
BILMU

ILTIZAM

NILAI BITARA SEMANGAT BERPASUKAN


Semangat berpasukan adalah sekelompok
modal insan yang bekerja tolong-menolong di
bawah satu kepimpinan, untuk mencapai
suatu matlamat dalam jangka masa tertentu
dan menggunakan kaedah tertentu. Setiap
ahli kumpulan mestilah saling menghormati
dan mengelak daripada bercakap buruk atau
fitnah dibelakang antara satu sama lain

Nilai Bitara UPSI 3. Semangat


Berpasukan
MUAFAKAT

BANGGA BUPSI

SEMANGAT
BERPASUKAN

HORMAT
MENGHORMATI

FOKUS
MATLAMAT

NILAI BITARA BERORIENTASIKAN


PELANGGAN
Seorang pelajar universiti dan bakal guru yang
akan mendidik anak bangsa perlu menyedari
bahawa guru merupakan aset yang sangat
bernilai kepada diri, keluarga, bangsa, agama
dan negara. Setiap perkhidmatan yang
diberikan perlulah sentiasa berorientasikan
kepada kepuasan orang lain terutamanya
dengan siapa guru akan berjumpa atau
berhadapan.

Nilai Bitara UPSI 4. Berorientasikan


Pelanggan
RESPONSIF

BERKUALITI

BERORIENTASIKAN
PELANGGAN

MESRA

PROAKTIF

NILAI BITARA PRIHATIAN KEBAJIKAN


ANGGOTA
Prihatin kebajikan anggota merupakan satu
eleman penting di dalam tugas sebagai
seorang guru. Ia membawa maksud
mengambil berat tentang orang lain yang
berada di sekitar kita. Seseorang guru itu perlu
mengambil berat tentang murid-muridnya,
rakan sejawat dan hal-hal yang berkaitan
dengan sekolahnya.

Nilai Bitara UPSI 5. Prihatin


Kebajikan Anggota
PELUANG
UNTUK MAJU

KESELESAAN
PERSEKITARAN

PERIHATIN
KEBAJIKAN
ANGGOTA

PENGHARGAAN

EMPATI

NILAI BITARA KREATIF DAN INOVATIF


Kreatif dimaksudkan dengan kebolehan
seseorang individu untuk mengembangkan
sesuatu idea baru daripada sumber yang asli
serta berkebolehan untuk mencipta serta
menghasilkan sesuatu idea sama ada dalam
suatu kaedah, sistem, adat dan sebagainya.
Manakala inovatif pula bermaksud keupayaan
seseorang membuat perubahan, menambah nilai,
meningkatkan penggunaan dan keboleh pasaran
sesuatu idea yang telah ada kepada yang lebih
baik dan bermutu.

Nilai Bitara UPSI 6. Kreatif Dan


Inovatif
BERDAYA
CIPTA

NILAI
TAMBAH

KRETIF
DAN
INOVATIF

REBUT
PELUANG

PENAMBAHBAIKAN
BERTERUSAN

NILAI MURNI KEMENTERIAN


PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan telah menggariskan nilai-nilai yang
mesti didokong semua warega pendidik di
Malaysia. Nilai ini perlu disemai, dipupuk dan
diamalkan bagi menjamin profesion
perguruan sentiasa dipandang tinggi.

NILAI MURNI KEMENTERIAN


PENDIDIKAN MALAYSIA
AMANAH

PENYAYANG

IKHLAS

BENAR

NILAI
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

DEDIKASI

BERSYUKUR

BIJAKSANA

NILAI ETIKA KERJA KPM


Amanah

Penyayang

Benar

Nilai
Etika
Kerja

Ikhlas

Dedikasi

Bijaksana

Bersyukur

RUMUSAN
Nilai murni merupakan nilai yang sangat
signifikan terutamanya kepada para guru.
Tindakan dan perlakuan yang dinilai sebagai baik
merupakan nilai yang boleh diterima oleh
masyarakat, tidak bercanggah dengan etika
perguruan yang digariskan serta tidak
bertentangan dengan ajaran agama.
Oleh itu, para guru seharusnya mengamalkan
semua nilai yang sejajar dengan jangkaan
masyarakat, etika perguruan, kemahiran insaniah
digariskan serta lunas agama

Anda mungkin juga menyukai