Anda di halaman 1dari 22

FEM 2310

KULIAH 1: NILAI DAN SISTEM NILAI


SESUATU YANG DIKIRA BAIK SEPERTI
SATU PRINSIP ATAU GARIS PANDUAN YANG NORMA, KEPERCAYAAN, IDEALISME
MENYEDIAKAN ANGGOTA MASYARAKAT
KASIH SAYANG, KESOPANAN,
BUDAYA, TINGKAH LAKU YANG BAIK KEJUJURAN, KESEDERHANAAN,
UNTUK MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN
DAN SIKAP YANG TERPUJI KELEMBUTAN DAN KETENANGAN
(RATHS, HARMIN & SIMON, 1980)
(HUTCHEON, 1972) (JULES HENRY, 1975)

KONSEP NILAI
“ NILAI”membabitkan satu set idea atau prinsip
yang mampu membantu individu membezakan
perkara yang baik dan buruk, dan kemudiannya
bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan
perbezaan tersebut. Dengan kata lain, individu yang
menghayati sesuatu nilai itu tidak akan melakukan
sesuatu yang bercanggah dengan nilai yang
diamalkannya.
SISTEM-SISTEM NILAI

Nilai Nilai Nilai


Agama Akhlak Persekitaran

Nilai Nilai Nilai


Masyarakat Pendidikan Budaya
• Menurut Nik Azis Nik Pa (1994), nilai dalam agama bukan
ditentukan oleh manusia tetapi ditentukan oleh Tuhan dan
disampaikan kepada manusia melalui ilmu yang diwahyukan.
• Bersifat mutlak, muktamad dan kekal abadi.
• Garis panduan bagi individu yang beragama agar menuju ke jalan
lurus.
• Agama berperanan dalam pembentukan nilai-nilai murni seseorang

NILAI individu. Agama akan memandu seseorang itu agar berkelakuan


baik, menghormati orang dan agama lain, tidak melakukan sesuatu
di luar dari norma kehidupan, taatkan ibu bapa, taat perintah

AGAMA agama, saling tolong menolong, bekerjasama, berakhlak mulia dan


lain-lain nilai yang positif.
• Agama sememangnya berperanan memberikan identiti kepada
individu atau sesuatu kumpulan manusia. Dalam hal ini agama
memberikan ciri-ciri identiti seseorang seperti dari aspek pakaian,
pemakanan, pemikiran, perbuatan, tradisi, adat resam dan
sebagainya. Di Malaysia misalnya, masyarakat luar boleh
mengenal sama ada seseorang itu beragama Islam, Buddha atau
sebaliknya.
• Agama juga sebagai lambang perpaduan.
• Kata akhlak menurut Ibn Miskawayh ialah
keadaan jiwa seseorang yang mendorongnya
melakukan sesuatu perbuatan atau tingkah laku
tanpa memerlukan pertimbangan fikiran.
• Perkataan lain yang sama erti dengan akhlak
ialah etika dan moral.
• Etika dan moral– suatu disiplin ilmu falsafah
NILAI yang membincangkan hakikat perbuatan baik
dan buruk dan merangkumi prinsip dan nilai-nilai
AKHLAK moral.
• Prinsip akhlak terbahagi kepada beberapa
bahagian:
 Akhlak terhadap Tuhan
 Akhlak sesama manusia – ibubapa, jiran
tetangga, etc
 Akhlak terhadap alam sekitar
 Akhlak terhadap ilmu pengetahuan
• Budaya - Perkara-perkara berkaitan dengan
budi dan akal.
• Istilah budi membawa maksud asli, pertama,
sejati dan dipandang sempurna manakala daya
pula dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran
dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010: 75).
• Istilah budi juga dimaksudkan sebagai
kecergasan fikiran dan akal seseorang manusia
dalam usaha mengatasi permasalahan dengan
mencari jalan penyelesaian manakala istilah
daya merujuk kepada kekuatan tenaga dan NILAI BUDAYA
kuasa yang digunakan untuk membantu
menjana pemikiran bagi menangani sesuatu
permasalahan.
• Jika penyelesaian yang diambil daripada hasil
pemikiran tersebut diterima dan dapat
dijadikan amalan bersama, ianya diterima
sebagai budaya dalam kehidupan (Syed Ismail
Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon,
2010).
CIRI-CIRI BUDAYA

Dipelajari Perubahan Dikongsi Bersama Bernilai Integratif


- Segala bentuk tingkah laku, - Perubahan ialah proses di mana - Setiap budaya adalah dikongsi - Sesuatu masyarakat
adat resam yang menjadi ikutan bahagian-bahagian aspek budaya oleh satu kumpulan manusia. disepadukan oleh sesuatu ciri
masyarakat yang diikuti oleh itu mengalami pengubahsuaian Contohnya, bahasa sebagai budaya yang mempunyai nilai
individu adalah bukan daripada dari masa ke semasa dan simbol yang dikongsi bersama integriti. Contohnya, kegemaran
nalurinya, tetapi setiap satunya mengikut keadaan. oleh masyarakat untuk tujuan pada sesuatu jenis makanan
adalah dipelajari daripada proses berkomunikasi antara satu sama adalah ciri budaya yang mana
pembelajaran. lain. makanan inilah membawa
anggota masyarakat bersama.
1. Penerapan nilai-nilai murni merupakan salah satu daripada agenda
utama dalam Falsafah Pendidikan Negara.
2. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik,
peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya
sesama manusia, alam dan Tuhan. Dalam pendidikan, penerapan
nilai murni secara rasmi diberi penekanan adalah melalui Laporan
Kabinet.
3. Nilai-nilai murni - Merupakan tanggapan kepada perkara-perkara
yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau

NILAI ukuran. (Wan Mohd. Zahid, 1988)


4. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi

PENDIDIKAN penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif di mana nilai-


nilai murni akan disisipkan melalui kesemua mata pelajaran dan
akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum,
formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan
digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan
penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan
5. Penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak
langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini
penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti mata
pelajaran lain. Ia merupakan satu penghayatan dan pengusahaan
secara beramal bukan sekadar ingatan atau hafalan.
Antara peranan guru dalam menerapkan nilai kepada
murid adalah dengan menjadi:
• Guru pembentuk nilai - Guru adalah contoh teladan
yang baik kepada murid-murid. Seorang guru harus
mempunyai sifat-sifat yang terpuji untuk dicontohi oleh
murid-murid. (berpakaian kemas, berkelakuan baik,
bersopan santun, berbudi bahasa, menepati masa, rajin
dan sentiasa positif)
• Guru Penyayang - Guru yang prihatin, berminat,
bertimbang rasa, empati dan memberi perhatian
Sambungan terhadap permintaan dan kebajikan murid-murid.
• Guru intelek - sentiasa mengejar ilmu dan memainkan
peranan sebagai agen perubahan dan mahir dengan
teknik mengajar yang berkesan.
• Guru Sebagai Mentor - Guru merupakan pembimbing
dan penasihat yang berpengalaman dalam bidang
Pendidikan
• Guru Sebagai Patriot - Menyemaikan semangat dan
perasaan cinta terhadap negara, sentiasa mengamalkan
prinsip-prinsip Rukun Negara.
• Masyarakat penyayang boleh diertikan sebagai
kelompok masyarakat yang hidup dalam suasana
saling menghormati, berbakti, memberi khidmat,
menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan
kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan,
bertimbang rasa dan pemurah terhadap mereka yang
memerlukan pertolongan dan bantuan.
NILAI • Cara hidup ini juga dikenali sebagai “budaya ikram”.
MASYARAKAT Sifat “ikram” dikenali di dalam masyarakat Malaysia
sebagai sifat suka menolong orang lain.
• Setiap anggota masyarakat sentiasa mengambil berat
terhadap apa yang berlaku di sekitar mereka, peka
terhadap apa yang berlaku kepada orang lain,
menyayangi dan menghargai orang lain, membantu
mereka yang teraniaya dan kurang bernasib baik serta
merasa bertanggungjawab terhadap manusia lain.
• Membentuk sebuah masyarakat adalah sama seperti membina
sebuah bangunan. Sekiranya dalam pembinaan bangunan, asasnya
disiapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah dengan
pembentukan masyarakat.
• Ia mestilah dimulakan dengan pembinaan asasnya. Pembinaan
masyarakat yang ideal memerlukan asas yang kukuh di mana ia
mesti diserapkan ke dalam jiwa setiap individu.
• Asas-asas tersebut adalah seperti berikut:
i. Akhlak sebagai asas pembentukan masyarakat penyayang
NILAI
ii. Membentuk peribadi muslim yang sebenar
MASYARAKAT iii. Mempersaudarakan seluruh kaum muslimin
iv. Menjalin persahabatan dengan orang yang berlainan latar
belakang kepercayaan dan agama
v. Meletakkan asas keadilan sosial
vi. Contoh teladan yang baik dari pemimpin negara
• Alam adalah anugerah Allah yang
paling berharga bagi kehidupan
manusia dan seluruh kehidupan
NILAI di muka bumi ini.
PERSEKITARAN • Pencemaran alam sekitar
merupakan hasil pengabaian
sikap dan nafsu tamak manusia
untuk menguasai alam.
• Nilai sebagai garis panduan yang
selari dalam tindakan manusia

• Nilai sebagai kaedah untuk


menyelesaikan konflik moral manusia FUNGSI
NILAI
•  Nilai sebagai batasan
terhadap perbuatan dan
kelakuan individu atau
masyarakat
Pembangunan seimbang dari segi fizikal,
rohani dan emosi.
Mengekalkan ketamadunan manusia
Mengekalkan keamanan
KEPENTINGAN Menyempurnakan peribadi manusia
NILAI Menterjemahkan sikap positif individu
Menghalang kejahatan
Menepati fitrah kehidupan manusia
Menggalakkan fitrah
•  Menidakkan spritual atau
kerohanian dalam mencapai
Nilai dan Etika kebahagiaan
dari Pandangan •  Gerakan Hedonisme
Barat - Apa-apa saja yang memberi
keseronokan atau kebahagiaan fizikal
adalah nilai-nilai baik
• Tidak memisahkan nilai-nilai
spritual dan fizikal

Nilai dari •  Etika dalam Islam merupakan


Pandangan peraturan/ketetapan yang ditentukan
oleh Allah melalui al-Qur’an & al-
Islam Sunnah untuk diamalkan
KESIMPULAN

Program peningkatan budi Negara kita perlu memiliki


bahasa dan nilai murni dalam
kalangan rakyat patut diberi rakyat yang berbudi bahasa,
keutamaan dan dijadikan agenda bertanggungjawab, hormat-
utama ketika kita melangkah ke menghormati, beramanah,
hadapan untuk menjadi negara jujur serta berintegriti kerana
maju menjelang 2020. sistem nilai yang murni itu
Pembangunan negara tidak menjadi kayu pengukur
wajar hanya membabitkan sebenar sebuah negara maju.
bidang kemahiran dan kepakaran Pembangunan dilaksanakan
tertentu tetapi perlu seiring dengan begitu pesat dan maju
dengan pembangunan moral, tidak bermakna tanpa sistem
nilai murni dan budi pekerti
tinggi.
nilai sewajarnya.
Apa pendapat anda tentang
gambar
ini?
SEKIAN
TERIMA
KASIH
AKTIVITI 1

MENURUT PANDANGAN ANDA, APAKAH NILAI-NILAI PENTING


YANG PERLU ADA DALAM DIRI SETIAP MANUSIA DALAM
MENGHADAPI ERA GLOBALISASI INI? SERTAKAN HURAIAN
ANDA.

Anda mungkin juga menyukai